Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Sunday, December 26, 2010

Masjid Idaman

Baiklah, sudah sampai masa dan saatnya saya perlu kembali menempuh hidup sebagai 'student'. Haha, sering saya gelakkan diri sediri kerana perlu menjadi serperti remaja(konon-kononnya). Tak mengapalah, kerana cita-cita dan impian, saya perlu kuat untuk menempuhinya semua.

Melihat teman-teman lain sudah mula serius membina masjid dan ada juga yang dah tersergam indah masjidnya, saya juga yang masih terkapai-kapai mencari arkitek dan kontraktor untuk membina masjid idaman. Ya, saya mengaku, memang gagah untuk saya mencapai impian dan cita-cita, tetapi saya tidak gagah untuk membina masjid saya sendiri.

Semoga saya tetap kuat dan gigih untuk terus belajar bersama-sama remaja-remaja itu dan terus gigih mencari arkitek untuk masjid idaman.

p/s: memang entri ni pendek dan tiada gambar..sekian ^_^

Thursday, December 16, 2010

Sesuatu Yang Disegerakan


Apabila ingin membuat post baru dan meng-klik new post, semua idea yang terfikir untuk ditulis tadi, hilang dihembus angin kipas. Aduih, ingat kembali apa yang ingin ditulis. Tak mengapalah, idea lain.

Baiklah, sekarang dah masuk tahun baru hijrah [walaupun sudah agak lewat untuk meraikannya]. Alhamdulillah, nikmat dikurniakan Allah untuk saya mencapai azam tahun lepas. Untuk mendapat degree dalam bidang sains komputer [bukan pilihan] dan mendapat tawaran untuk merealisasikan impian sejak kecil iaitu belajar dalam bidang senibina [memang pilihan].


Selain itu, mendapat wang dari hasil titik peluh sendiri[cikgu tadika], pun saya dapat. ALHAMDULILLAH. Namun, ada 1 yang tak tercapai. Tidak mengapalah, teruskan usaha dan jadikan azam tahun baru ini.

Akan kembali menjadi pelajar. Saya BOLEH LAKUKAN!!

Nikmat di dunia yang sementara ini, banyak yang saya perolehi.

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH

wajah terbaru akuarium saya

usrah saya

الحمدلله الحمدلله الحمد
لله شكرا بالنعمة الله

Bukan saya nak bangga diri. Cuma memuji Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Sangat berkuasa dan mendengar setiap apa yang dikata oleh hamba-hambaNya.

Membaca blog kegemaran Dr Faisal Tehrani , entry beliau tentang Wikileaks:Rupa-rupanya Aisyah Pun Meratap. Ada 1 perenggan yang mengusik jantung saya :

..sahabat Rasulullah saw bernama Abdur Rahman bin Auf, pernah satu hari dijamu makanan lazat. Tiba-tiba di hadapan hidangan beliau menangis. Apabila ditanyakan apakah sebab musababnya ia menangis, beliau memberitahu, 'Adalah aku teringat akan sahabat kita Mus'ab bin Umair yang telah terkorban sebagai syahid. Dia ternyata lebih baik daripadaku. Walaupun demikian apabila dia terbunuh dalam perang Uhud itu tiada kain kapan yang cukup untuk menutupinya. Apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutup kakinya, wajahnya pula akan terdedah.
Aku bimbang segala nikmat dunia yang dianugerahkan ini merupakan
suatu yang telah disegerakan oleh Allah untuk dunia kita. Dan di akhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat-nikmat. Lantas semua yang hadir menangis bersama-sama dengannya. (Riwayat Muslim)


Sama-sama kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan...Wallahualam


Monday, December 6, 2010

Usah Gentar

Tersentap bila baca blog penulis kegemaran saya ni. Beliau menceritakan tentang seorang pemimpin yang sangat mantap dengan istikharahnya. Huh, istikharah saya pon boleh dikira dengan hidung. Hahaha. Gelakkan diri sendiri, shame on me.

Akhirnya, saya telah buat keputusan. Dengan memilih untuk belajar lagi. Walaupun orang-orang di sekeliling akan bertanya itu dan ini. Huh~ Pasti tertekan nanti. Tak tahu apa nak jawab.

Kalau nak tahu, saya menolak tawaran untuk bekerja semata-mata untuk belajar lagi. Gaji yang ditawarkan agak lumayan dan perkara gaji ini yang sering mengganggu-gugat keteguhan saya untuk belajar.

ALLAHUAKBAR!! !!الله اكبر Shooh~~ Pergi lah engkau wahai syaitan durjana yang mencucuk diriku supaya memikirkan wang semata-mata.

Hah~~Kadang, memang saya keliru. Takut keputusan yang diambil adalah salah. Ceh, mana ada keputusan yang salah. Semuanya telah ditentukan. Panjang pendek, berliku dan lurusnya perjalanan kamu. Semua terletak di tangan Pencipta Yang Maha Agung itu.

Usah gusar dan gentar dengan masa hadapan. Semuanya sudah tertulis. Cuma kita ni semua manusia lemah yang terbatas pengetahuannya. Kita perlu berani!! . Mesti KuAT!!

JANGAN PUTUS ASA !!

Thursday, December 2, 2010

Tanya Sama Tuhan

Betullah kata mereka yang berilmu bahawa, sekiranya kita berjauhan dari Tuhan maka hidup kita akan terumbang-ambing macam kapal dalam ribut. Sejujurnya, saya seringkali hilang arah tuju, namun, tidaklah terlalu jauh kerana Tuhan masih sayangkan orang kecil ini. Setiap yang berlaku itu bukanlah kebetulan tetapi telah ditetapkan. Kerana itulah setiap yang berlaku punya sebab dan hikmahnya.

"Buatlah solat istikharah" pesan seseorang kepada saya. Ya, akhirnya saya bersujud malu kepada Tuhan kerana selama 22 tahun mengejar cita-cita dan membuat pilihan, sekali pun saya tidak pernah bertanya kepada Tuhan dengan istikharah. Hanya berpandu kepada akal yang dicampuri emosi.

Selepas melaksanakan istikharah, kitab suci paling agung saya buka. Patutlah gelisah sering menghantui sebulan 2 ini. Kitab ajaib ini, tidak dibaca dan diselak saban hari. "Oh, dulu berhenti, dah habis satu surah. Mula surah baru la ni" .. Surah Al-Isra' dibaca, berserta dengan maknanya sekali. Nah, Tuhan menjawab segala perbicaraan saya.

1. Tentang tawaran-tawaran interview, bekerja dan tawaran mengejar impian yang saya dapat [alhamdulillah].

"...Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi "- ayat 20

2. Apabila merasakan diri ini agak mudah mendapat tawaran bekerja berbekalkan keputusan yang agak baik.

" Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi-tinggi gunung. " -ayat 37

3. Tentang kealpaan saya yang agak lama tidak membuka kitab ajaib dari Tuhan(Al-Quran)

" Dan sesungguhnya dalam Al-Quran ini kami telah mengulangi (peringatan2), agar mereka selalu ingat..." -ayat 41

Sebelum membaca ayat yang seterusnya, tergerak hati saya untuk membaca makna ayat ke-36 surah Al-Isra' ini

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesunguhnya, pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya."

Adakah berbekalkan ayat ke-36 itu, adakah saya akan memilih untuk bekerja berbanding pilihan untuk belajar mengejar impian? Hmm, saya belum pasti.

Perlu lebih banyak bertanya dan berbicara dengan Tuhan, sebab, sebenarnya, Dia lebih tahu masa depan kita. Samaada jalan yang bakal kita lalu esok ni, baik atau tidak untuk kita. Lagipun, Dia yang tulis segala-galanya tentang kita. Kan? kan?

Ha, kan semuanya punya jawapan. Bukak je kitab ajaib kita tu. Semua ada kat dalam tu.


Wednesday, December 1, 2010

Sudah ..


Berakhirlah episod mengajar kanak-kanak riang dan suci itu. Pengalaman, pengajaran dan kenangan yang sangat berharga untuk masa depan(mase dpn?? dh ade ke calon??..ceh~) bermula dari Jun hingga November 2010. Selain daripada belajar erti kesabaran, sebagai teacher kepada kanak-kanak ini, saya juga belajar menjadi kanak-kanak. Hah?! . Ye lah, apabila kita semakin dewasa, kita terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi yang menekan(stress) kepala anda. Jadi, kesempatan menjadi mereka yang riang dan gembira, telah saya gunakan sebaiknya, InsyaAllah. Apa-apa pun, terima kasih Allah(kerana tertulisnya kerjaya sy sbgi pengajar sejak azali, walaupun 6 bln je) dan terima kasih pengalaman.


Sememangnya rezeki Tuhan itu ada di mana-mana. Kita hanya perlu berusaha bersungguh untuk mendapatkannya. Kerana saya sangat percaya dan berpegang pada ayat: "Tidak akan diubah nasib seseorang hamba itu kecuali dia mengubahnya sendiri" dan jika diizin Tuhan, maka apa yang dicita dan diimpikan itu akan diperoleh.

Sekarang, alhamdulillah, rezeki melimpah yakni peluang datang mencurah. Dan saya, tidak tahu mana yang mahu dipilih. Peluang untuk terus membina kerjaya dalam bidang yang telah saya peroleh degree itu, memang sangat banyak. Dan peluang saya untuk membina asas dan menunaikan impian yang telah sekian lama terpedam, juga datang serentak. Kedua-duanya memang membingungkan.

Amer Hazeem
Aduh, itulah, telah saya katakan tadi, semakin dewasa, kita menjadi terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi yang menekan(stress) kepala. Bukankah lebih baik kita semua menjadi kanak-kanak riang yang tidak tergugur dan terputih rambutnya, tidak terkerut dahinya dan yang paling utama, tidak mengalirkan air mata kerana cinta sesama manusia...


Friday, November 26, 2010

Hijau&Semangat


Yerkss..Berusaha untuk mengurangkan berat badan telah membuat saya tersiksa meminum minuman hijau ini, walaupun memang gemarkan warna hijau. Ooopss, bukan mengurangkan berat badan ye, tetapi membuang toksin dalam diri.

Kata orang di booth kesihatan tempoh hari, muka yang berjerawat adalah salah satu akibat penyahtoksinan dalam badan yang tidak bagus. Dan terdapat kandungan lemak(peratusan lemak dirahsiakan) yang tidak dapat terurai dek badan. Maka, saya telah mengambil langkah berani membuat pelaburan ini. Semoga saya akan kembali sihat dan bersemangat semula[heh, ada kaitan ke dgn semangat?]

Oh, tentang semangat. Hm, mungkin sudah ok. Biasalah tu, saya manusia biasa. Kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang di bawah. Pernah dengar yang perkataan manusia itu sendiri sebenarnya sudah membawa maksud pelupa. Dan pelupa itu adalah fitrah manusia. Kadang saya terbuai dan leka dengan emosi yang menggugah. Perlu sentiasa diingatkan supaya tidak terlalu emosi.

Apabila seorang muslim itu berada jauh dari Tuhannya, maka yang akan dekat menghampiri adalah syaitan yang direjam. Makhluk ini akan sentiasa mencucuk-cucuk jarum emosi kesedihan supaya muslim itu berputus-asa dan seterusnya menyalahkan Tuhan Yang Satu itu sebagai punca dan asbab kekecewaan dan kesedihan yang melanda. Menyalahkan takdir dan hanya menerima nasib tanpa berusaha, itu bukan jalan penyelesaiannya.

Ada satu cerita seorang perempuan, Rithah Al-Hamqa yang saya baca di blog semasa berjalan-jalan blog(blog walking..hehe). Mempunyai harta, tetapi agak tidak bernasib baik dalam kehidupannya terutamanya kebahagiaan dalam perkahwinan. Ditinggalkan lelaki tidak bertanggungjawab(yg hodoh sy kira..huh!~). Namun masih beruntung kerna punya harta. Dan akhirnya Rithah hanya meneruskan kehidupannya dengan sia-sia dan putus-asa. Nauzubillahi minzalik.


Ya Rabbi,
andai nanti Kau ujiku dengan ujian sebegitu
(
tiada bahagia, tiada suami&anak-anak),
satu ku pinta, janganlah Kau biarkan aku terus hanyut dalam emosi kekecewaan.
Berilah aku kekuatan.
Yakinkanlah diriku, yang Kau masih sayang kepada hambaMu yang pelupa ini.


[anda mesti sentiasa kuat !! jangan mengalah .. You make your life \(^_^)/ ]

Tuesday, November 23, 2010

Tuanmu&Dirimu

Bila saya buat ujian personaliti atau personality test, ternyata, memang saya sesuai untuk menjadi seorang penulis. Mungkin kerana perasaan saya yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Ye, memang diakui, saya seorang yang mudah terasa dan merasa. Selalu sahaja terganggu dan diganggu emosi&perasaan.


Oh diri, maafkan tuanmu,
Dia tak mampu menahan rasa,
Yang sentiasa dicucuk dan mencucuk..

Wahai diri ini,
Sudah berulangkali diingati,
Usah terlalu bersandarkan kenangan,
Kelak kan rosak, jangan..

Dan pisang berbuah lagi,
Bukankah sudah berusaha mematikan?
Mungkin baja tertabur tidak sengaja,
Ketika tuanmu alpa dan leka..

Aduh,
Mengapa perlu dibazir air mata,
Kepada dia yang tidak memerlu..
Mengapa perlu diberat akal,
Kepada dia yang sebenarnya cekal.
Mengapa perlu diingat-ingatkan,
Kepada dia yang melupakan.

Dan,
Aduh,
Mengapa perlu dibenci kurniaan Tuhan?
Yang menjadikan tuanmu penuh perasaan.
Yang menjadikan tuanmu bersandar pada kenangan.

Bukankah,
Setiap kurnia,
Yang molek atau yang cela,
Punya hikmah dan rahsia?
Sapulah air yang menitis dari mata,
Biar hilang segala duka,
Ingatlah, takkan diuji tuanmu,
andai tiada dayanya.

Friday, November 19, 2010

Eden&Kekeliruan


Baiklah, hari ini adalah hari yang tidak tenteram ye..Di mana berlakunya kekeliruan sel-sel otak untuk berfikir dengan wajar lantaran rembesan hormon yang tidak menentu. Macam gambar di atas. Betapalah saya tak suka dengan kekeliruan ini.

Pencarian pekerjaan yang sebenar sudah bermula. Orang lain sudah mula awal-awal lagi tapi saya ni, baru la terhegeh-hegeh mencari. Orang dah ko bulan ekau masih di bondang laie. Apo kono la eden ni ha? Patut la lagu tu tanyo: "Apo kono ejang, termonung jauh? " .. Haa, memang la ruponyo bonda-bonda yang melibekkan maso dopan orang-orang bujang ini, memang buwek orang termonong jauh..Aduih, saket palo den ni ha..Ha, den pasti ekau orang mosti kato : Tak dapek den nak nolong .... kan??

Heh, cakap nogori pulak?? .. Apo salahnyo, skali-skalo. Eden ni ha, bukannyo orang nogori tapi eden suko naa adek rosam nogori ni. Terutamo dio punyo budayo dan masakan. Tak menahan den. Sikit-sikit, boleh la den cakap nogori.

Ok la, eden sambung pasal rembesan hormon tu. Yolah, itu sobab pertamo nyo, iaitu pasal kojo. Yang keduo nyo pulak, pasal ni ha..Alah, masaloh orang pompuan la. Apo laei masalah orang pompuan ni kalo bukan masalah hati??

Al kisahnyo bogini, macam biaso, eden ni kan suko suko kek orang laki. Dan biaso laei, bilo eden dah suko, eden diam jo, usha2 dari jaoh. Nak dijadikan cito, eden ni memang dah target la manusio adam ni untok maso dopan den..Tibo2, hujan di tongah2 paneh. Apo laei, eden tertonggeng keciwo(macam biaso, dah biaso frust). Eden pon try cubo lupokan dio dengan membuang sebarang bendo atau perkaro samoado realiti atau mayo(maya) yang berkaitan dongan dio ni. Eden tak mahu ingat, sobab dio ni orang baek-baek dan dio pon dah dapek orang yang baek-baek. Samo level la tu.

Entoh camno, dio porasan kot eden dah tak berhubung dongan dio. Dio pon, try cubo berhubung dongan eden semulo. Tapi, mintak maap banyok2 la yo. Eden tak buleh nak buwek gitu. Eden mosti lupokan apo2 yang eden ponah raso kek ekau dolu2, kironyo eden kono buang semuo raso2 den tu la. Nanti bilo eden dah ok, baru eden berhubung semulo. Eden harap ekau paham (kalao dio baco ni la)..

Masalah eden yang ketigo adalah, eden ni, memang la tak ramei kawan. Ontahlah, eden yang tak roti nak berkawan ko, atau memang orang tak suko kawan dongan den? Eden mano ado kawan rapek yang sunggoh2 kawan dongan den. Haih, apo la nasib badan. Sampei eden nak plan nak poie satu tompek ni dongan kawan2 den pon, berapo korat jo yang nak poie. Boleh den kiro dongan idung. Hoh, tak po lah. Eden raso, tho best solution iolah either den poie sendiri(boleh ko?) atau eden poie dongan famili den atau eden poie jo la dongan boborapo korat yang nak poie tu..Nasib lo..

Herm, ekau mengoluh laie?? Ish, tak baek .. Ini somuo ujian Tuhan. Dio nak nengok ekau ni sabau ke idak? Ekau kono lihat dari sudut yang tersirat dan tersurat. Fahamilah ekau akan hakikat dari sotiap ketentuan. Kojo Allah terlalu soni dan hebat. ^__^

mood : macam best jo taip guno bahaso nogori ni =))

Monday, November 15, 2010

What A Day

Fuuh~~..
What a day..Yesterday was very happening. No such words can describe it.
[Hampeh, nak tulis english, dah berkarat..Lama sangat tak guna]
Kanak-kanak riang dah konvo. Agak terkilan sebab tak sempat nak rakam apa-apa persembahan untuk di-uploadkan buat tatapan umum. Terutamanya, persembahan zapin yang saya ajarkan kepada mereka.

Ni je la gambar dari kamera orang lain -_-. Ade la dari takde

Sangat sibuk menguruskan persiapan kanak-kanak di belakang tabir walaupun adanya 'urus setia' tambahan yang lebih banyak membatukan diri. Oh, ternyata berat sekali tulang mereka. Apa yang mereka makan agaknya sampai sungguh berat bukan sahaja tulang, tapi mulut juga. Owh, mungkin mereka gemar minum susu yang berkalsium tinggi agaknya sehingga tulang mereka tidak ringan. Dan mulutnya itu, mungkin terminum gam sampai tidak boleh bertanya apa. Aduh, tidak tahu, bertanyalah. Jangan sampai sesat. [Agak geram dan tertekan dengan perangai manusia-manusia seperti ini]

Sudahlah tu, amatlah penat kaki sehingga lenguh-lenguh. Oh, padanlah tulang saya ringan. Tidak cukup kalsium, kurang minum susu. Apapun, memang saya agak berpuas hati, kot. Andai mereka yang ada di hari kejadian, melihat dari depan yang semuanya elok, namun, di belakang tabir, macamlah tongkang yang terpecah. Fuh~~..

Mula majlis jam 9.30 am dan berakhir dalam jam 12 tengah hari. Sudah makan dan siap kemas segala, kereta digerakkan untuk pulang ke rumah berehat. Hahahaha, sebuah pasu berisi pokok bunga yang agak besar telah berjaya dipecahkan oleh saya kerana konon-kononya confident membawa kenderaan. Ingatkan sudah habis berurusan dengan pihak di tempat terbabit, ada lagi rupanya. Akan terbanglah wang yang saya mahu simpan untuk pelaburan akan datang.
[Mungkin sebab saya kurang bersedekah dan agak kedekut untuk belanja orang $_$ ]



Friday, November 12, 2010

Semakin Ke Penghujung

Pemimpin masa hadapan

Ada lagi 19 hari sebelum saya mengakhiri kerjaya sebagai guru tadika sementara ini. Andai diikutkan kata hati, memang ini kerjaya pilihan. Tapi kata orang, ikut kata hati nanti mati. Lalu akal perlu digunakan supaya tidak mati.

Ok, saya bukan pancang ditengah arus yang sangat teguh terpacak di aliran air yang deras. Tapi saya juga bukan lalang ditiup angin. Setelah mengambil kira beberapa faktor termasuklah faktor kewangan(terutamanye), dengan berat hati dan kaki melangkah, saya perlu tinggalkan kerjaya yang seronok ini. Bukan untuk selamanya. Hanya koma(,) dalam satu ayat yang panjang.

Maisa Amina&Amsyar

Majlis Konvokesyen kanak-kanak tadika pada 14 nov, ahad ni... Event terakhir dengan kanak-kanak riang ini. Setelah hampir sebulan berlatih, semoga pada hari kejadian, kanak-kanak riang ini akan seronok dan bangga dengan pencapaian&persembahan masing-masing.

Guess what?~ .. Saya telah melatih kanak-kanak ini untuk menari zapin~~ .. Huuu~~ agak bangga dengan mereka ini. Mula-mula, ramai yang nak belajar menari. Namun lama-kelamaan, bila dah mula belajar langkah(steps) nye, masing-masing dah berubah hati. "Tak nak lah masuk teacher. Susah~". Dan yang tinggal, hanyalah 6 orang je. 3 laki, 3 perempuan.

Memang kanak-kanak yang 6 orang ini adalah kanak-kanak yang tekun. Mereka sangat rajin datang sekolah dan tengoklah, apa yang teacher ajar, kamu dapat dengan senang. Huhuhu, nanti kalau dah kahwin dan ada anak, saya harap anak saya nanti rajin datang ke sekolah[insyaAllah].

Sa'ad&Nuqman-BFF


Menjadi teacher di tadika, memang banyak yang saya belajar. Terutama sekali belajar untuk sabar. Dengan kanak-kanak riang,hyper-active,kanak-kanak yang tak riang, macam-macam ragam. Namun, pabila melihat kanak-kanak ini bermain, lari sana-sini dan ketawa, fuuh~ hilang segala duka. Rasa happy dan bahagia sangat..'hehehe'..

Terima kasih murid-murid

Tengoklah nanti, suatu hari. Andai diberi kekuatan, peluang dan rezeki oleh Allah, saya akan lakukan SESUATU(walaupun Saya hanya Orang Kecil).
Hmm, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya.

Teacher suka bila kamu cuba buat benda-benda baru ^__^

Wednesday, November 10, 2010

Mencari&Memilih

Janji dan kata senang diungkap. Perbuatan dan amalannya susah.
Hoho, saya telah berusaha untuk menulis, namun ada sekatan di saat minda ligat berputar.

Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, tulislah. Sejujurnya, saya masih mencari identiti ataupun tema untuk blog ni. Masih tercari-cari. Mencari dan mencari segalanya.

Itulah, manusia, terlalu mencari kesempurnaan. Cari punya cari, tak jumpa pun. Padahal, ada saja di depan mata. Tidak perasan, itu alasan biasa.

Atau ada juga alasannya;
"Kenalah cari yang sesuai. Tengok-tengok dulu. Buat koleksi. Nanti boleh la pilih yang terbaik dari koleksi. "

Ala, macam kita(yang perempuan, huh, sayalah tu) nak beli baju.
Pergi kedai A, tengok-tengok mana yang berkenan, pilih harga yang terbaik, pattern dan corak baju yang unik, tak de orang lain pakai.
Pergi kedai B pun sama dan kedai-kedai seterusnya. Dan akhirnya, mata melilau ter-rambang mata. [Haa, kan dan menyusahkan diri..Padan muka].

Itu kalau pilih baju atau barang-barang, boleh dibeli bila-bila masa sahaja. Kalau memilih orang/manusia, bagaimana? Bolehkah dibuat koleksi dulu, kemudian baru pilih antara mereka?.

Hah! Melepas le jawabnye. Boleh la dikatakan seperti baju yang berjenama(original) yang dijual dengan potongan harga yang sangat mampu dibeli oleh setiap lapisan masyarakat. Dah jumpa, tapi disebabkan nak harga yang lebih murah(konon-kononnya) di kedai lain, akhirnya dibeli oleh orang lain.

Itulah, mana ada satu benda atau manusia atau makhluk yang sesempurna Allah? Manusia itu ada kurangnya. Dalam kita memilih sesuatu atau seseorang walhal kerja sekalipun, ingatlah, tidak perlu terlalu memilih. Kita hanya Orang Kecil.

Sesuatu ketetapan itu adalah milik Yang Maha Sempurna..Wallahualam ...

p/s: tulisan ini ditujukan kepada mahkluk-makhluk yang sedang mencari-cari sesuatu atau seseorang.

Saturday, October 9, 2010

Sabar&InsyaAllah

Ini satu lagu yang saya nanti-nantikan untuk dinyanyikan kepada yang berhak. Bersabarlah, suatu hari nanti. InsyaAllah ^__^

...For the rest of my life
I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I...I`ll be there for you
...

...cinta tu macam madu kalau nak kena dapatkan beehives kena urung kena sengat sampai lebam bengkak kesakitan, baru boleh dapat... - Cinta Itu Macam Madu

Nak dapatkan cinta itu payah. Kalau mahu cinta manusia, kenalah meminta izin dan mendapat cinta daripada Penciptanya dulu. Ada yang kata, hidup akan lagi jadi mudah dengan cinta.

Wallahu'alam...

Thursday, October 7, 2010

Status Permohonan

MySpace
Status permohonan untuk saya merealisasikan impian itu, bakal diumumkan tidak lama lagi. Diri ini menanti dengan degupan jantung yang mendebarkan. Persoalan kenapa tidak dari dulu, bukan lagi menjadi semak-samun di kepala. Kerana persoalan itu, sudah punya jawapan.

MySpace
Tidak putus-putus berharap. Kepala dan minda berfikir ke hadapan dan tak mahu menoleh kebelakang tanpa sebab musabab yang penting. Cukuplah zaman kejatuhan dan kegelapan melanda diri. Sekarang ini, pandang sahaja ke depan. Rancang dan ikut perancangan dengan izin dari Allah.

MySpace
Andai nanti, statusnya men-sukacita-kan, teruskanlah langkah. Maju ke hadapan. Menggapai impian selagi punya kesempatan terhadap perkara 5 perkara, sebelum sampainya kesempitan 5 perkara.

MySpace
Andai nanti, statusnya mendukacitakan, teruskanlah jua langkah. Maju ke hadapan sebagaimana telah dirancang. Usah sekali goyah dengan situasi dan membuahkan pisang sekali lagi. Dan lakukanlah seikhlas dan se-semangat yang termampu dan menggunakan kesempatan terhadap 5 perkara, sebelum datangnya kesempitan 5 perkara.

Apapun nanti keputusannya, terima dengan penuh keredhaan, berbekal rasa syukur dengan nikmat yang diperoleh. Berfikirlah sentiasa terhadap perkara yang tersurat dan tersirat. Wallahu'alam...


Tuesday, October 5, 2010

Betik Oh Betik..

Betik itu betik muda,
Isinya kelat-kelat, ada manis sedikit.
Mereka kata,
biarpun betik muda bergetah,
sedap dibuat kerabu betik.
Itulah,
kerabu betik perlu dicampur dengan bahan-bahan lain,
untuk menjadikannya sedap.
Perlu ditambah bawang, limau, cili api..
Betik muda itu tak enak dimakan begitu sahaja.

Betik itu betik tua,
Dibiarkan masak tanpa berusik hingga ke tua,

Lihat,
Apa jadi padanya?
Isinya busuk, manisnya tiada.
Kasihan,
Betik tua tidak enak dimakan.

Betik itu betik masak,
Baru sahaja ranumnya si buah betik,
Getahnya tiadalah sangat,
Manisnya bukan main,
Tak perlu ditambah bahan lain,
Enak dimakan begitu sahaja.

Betik atau nama saintifiknya
Carica papaya.
Manusia atau nama saintifiknya
Homo sapiens.
Ciptaan Tuhan, Allah Yang Satu.
Terkandung pada setiap ciptaanNya itu,
perkara yang tersurat dan tersirat.


[istilah betik ini dipinjam dari novel Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani]

Friday, October 1, 2010

Istighfar&Sabar&Rajin


Sedang kita menuju cita-cita,
Pasti ada ablasa mengugat jiwa,

Istighfarlah,

kerana musuh itu tiada tenteram..


Maka,

Sabar dengan gelodak itu,

Dan rajin serta bersemangatlah.


Perlu ingat,

Nasib seseorang itu terletak di tangannya sendiri,

Andai diberi izin Tuhan,

InsyaAllah,

Pasti tercapai cita dan impian.


Takkan sampai ke atas andai tidak dinaiki tangga..
Takkan sampai ke puncak andai tidak didaki gunung..


You'd made your life,
You're making your life,

You'll make your life..


Wednesday, September 29, 2010

Benci Cinta

Dalam kebencian dan kemarahan,
ada kasih sayang dan cinta.

Dalam kekecewaan mencari cinta manusia,
ada cinta dan kasih Tuhan,

yang tiada bertepi.



Monday, September 27, 2010

Idea & Bunga


Sungguh lama tidak menulis.

Sebabnya, inspirasi dan masa tidak digunakan sebaiknya.

Konon-kononnya, mencari ilham yang lebih baik.

Namun tidak berkesudahan dengan menaip di kekunci ini.

Ibaratnya kita mencari hanya satu bunga yang paling cantik di taman yang luas tanpa boleh menoleh ke belakang. Sudah berjumpa yang cantik, namun ditinggalkan kerana beranggapan bahawa di depan nanti, pasti berjumpa dengan yang paling cantik. Dan akhirnya, tiada satu pun bunga yang cantik dibawa pulang.

[Semoga diri kembali istiqomah menulis ^__^]

Wednesday, July 21, 2010

Senyuman Pahit Manis

Apa akan jadi terhadap sebuah senyuman yang indah dan manis terukir, bertukar menjadi hodoh dan masam terpecah?

Oi, apa yang dimengarutkan ni? Saje je . Dah lama tak menulis. Ye lah, bukan tak banyak inspirasi, ade je. Cuma tangan tak rajin menaip.

Dan hari ini, apa yang membuatkan jari-jemari ini kembali menari-nari di papan kekunci ini? Herm, kerana senyuman yang menjadi hodoh itu la~. Tidak mengapa, bukan untuk kamu kerana mungkin ada yang lebih baik walaupun sudah berkali-kali melaluinya.

Baiklah,tinggalkan sahaja senyuman hodoh itu. Kita cerita tentang senyuman dan inspirasi hebat yang saya temui semenjak sebulan dua ini.

Menjadi cikgu tadika, memang tak pernah ada dalam cita-cita saya semasa menulis biodata dari darjah 1 hinggalah ke umur 19 tahun. Dan keadaan ini berubah apabila saya mula bersuka-suka menjadi baby sitter kepada anak buah(nephew) yang pertama, yakni Hazim. Berbekalkan result SPM yang agak tidak memuaskan dan kekecewaan, saya menerbangkan diri ke Guildford, England ( yang konon-kononya ingin mencari kekuatan) dan menjadi baby sitter Hazim selama 2 bulan.

Gembira menjadi baby sitter, namun, tak meletakkan kindergarten teacher sebagai kerjaya. Sehinggalah tamat belajar di UPM dalam jurusan yang saya kira pada mulanya boleh membuatkan saya mencapai satisfaction yang dicari. Namun, tiadalah ditemui kepuasan itu.

Mengisi masa lapang sebelum konvo, nah, sekarang ni lah, saya menjadi guru tadika dan nak tahu apa yang saya temui??? .. Tu lah, satisfaction dan kegembiraan berpanjangan bersama dengan kanak-kanak suci itu. Kepuasan menjawab soalan-soalan suci murni dari mereka.

Walaupun orang dan manusia-manusia akan berkata dan bertanya :"Belajar sampai universiti, jadi cikgu tadika je?. Tak setimpal dengan kelulusan"
Dalam hati, hanya bisa menjawab : "Aku gembira bersama kanak2, masalah dunia dan kesunyian yang menghantui diri, bisa hilang tatkala melayan karenah mereka"
(sentiasa menitis air mata pabila memikirkan tentang ini)

Sekarang, saya sudah temui diri saya kembali. Saya kira, impian itu perlu ditunaikan walaupun saya pernah jatuh dalam melalui jalan-jalan terdahulu.

A kindergarten teacher is a must career, for me. But to success in that career, there's another dream that I want to accomplish. That dream was set in my mind when I was in standard 6 which was _______ . It will be published in this blog if I passed the first stage of it. Hehehe.

For now, I must be ready heading towards those dreams. Don't bother any other unstable emotional problem. Just ignore those feelings. I MUST BE STRONG. Because you and me knew that Kerja Tuhan Siapa Yang Tahu.











[pictures was taken by teacher zatil]

Sunday, May 23, 2010

Surat Harijadi

- kek buat sendiri -

18 Mei 2010, saya dah menjadi semakin tua.

Kepada Papa&Mama,
Terima kasih sebab dah bela Mina selama 22 tahun ni. Walau
pun Mina ni bukanlah anak yang baik dan menurut kata, Papa&Mama still bertahan dengan Mina. Mina lah satu-satunya anak yang masih lagi duduk di rumah. Tak macam Abang, Kak Ngah n Melati yang keluar merantau jauh mencari ilmu. Mina dekat-dekat je. Lagipun, siapa nak duduk rumah yang agak besar ni kalau bukan Mina? .. Hahaha . Kerja pun tak dapat lagi ni. Sampai bila nak bergantung dengan parents, Mina pun tak tau. But I still confident with my self that one day, I can repay you Papa&Mama.

- Hazim,Afiq,Haq,Haseeb,Aman(xde dlm gambar) -

Kepada Abang&K.Wati , Kak Ngah&Abg Faizal,
Mina dah makin tua ni. Terima kasih sebab bagi Mina anak-anak buah yang semuanya lelaki untuk Mina main-main dan hilangkan tension and stress kehidupan. Bila main dengan kanak-kanak ni, Mina dah tak fikir langsung masalah2 dunia. Sakit kepala pun boleh hilang especially bila Afiq Iman makes argument with me. Sangat suka melayan kanak-kanak bercakap dan menjawab soalan-soalan suci diorang. Tak de anak buah perempuan pun, Mina tak kisah. Yang penting, boleh diajak main-main. Dunia sunyi, jadi meriah.


Kepada Melati@Lalati,

Kalau ko nak kahwin dulu pun, aku tak kisah. Sebab, aku memang rasa yang jodoh aku ni lambat lagi. Bukanlah aku minta2 dilambatkan tapi memang aku tak nampak pon sape2. Aku pernah la macam nampak, tapi bila aku ukur baju bdan sendri, memang aku tak layak.. wah, gitu..Kalau ko nak beli kereta pon, aku tak kisah. Tapi aku nak ko tau yang Papa&Mama memang bangga giler ko dpt blaja kat France tu. So, ko kalau nak bukak kedai kek, aku setuju je. Tapi aku nak join menyumbang idea la.. hehe


Kepada awak dan awak, akak dan akak,

Terima kasih sebab menceriakan hidup kite ni. Walaupun jumlah korang tak lah ramai, tapi cukuplah mewarnai 22 tahun hidup kite ni. Maybe korang dulu mase first time jumpe kite, mesti ingat kite ni orangnye serious and matang tapi hakikatnye, bile dah kenal kite lame sket, mesti terkejut and tak sangke betapa la kite ni budak2. Rahsia2 yg pernah dicerita dan air mata yg pernah mengalir semasa kite kenal korang, kite akan tetap simpan sebagai kenangan dan memori indah.


Kepada kau&ko&beb,
Thanks aa weyh sebab selame ni korang layan je aku ni. Aku selalu gile2 ngan korang. Korang pon lagi aa gile2 ngan aku. Kalau korang2 tak gile, aku tak rasa hidup aku ni happening. Mesti korang terase bile aku ckp2 merepek tu kan? Well, sbnrnye, memang yang merepek tu dari hati yang tak tenteram ketike itu. Atau boleh diklasifikasikan sebagai gile. Aku harap korang paham. By the way, thanks and sorry.


Kepada kamu,

Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya ni. Datang dan pergi. Itu memang dah jadi kebiasaan kamu. Tapi saya tahu, kamu tiada niat untuk datang dan pergi begitu sebab kamu pun tak tahu mengapa begitu. Kehadiran yang sekejap itu sebenarnya punya maksud yang mendalam dan kita akan dapat tahu andai kita berfikir dengan akal kurniaan Ilahi. Sebahagiannya saya sudah dapat jawapan, namun ada sebahagian lagi yang masih menjadi tanda tanya. Saya harap, kamu sudah ada jawapannya. Semoga kamu bertemu dengan ketetapan yang tertulis untuk kamu.


Yang Menulis,
mina&amal
..

Wednesday, May 12, 2010

Sakit Sekejap

Susah mata hendak lelap. Ye lah. Siang tadi sudah terlena banyak dek kerana tak tertahan menahan sakit yang menggugat kerja seharian(walaupun tak kerja pe..huhu). Itulah, mahu mencari kerja tapi memilih.

Maaflah, tidak boleh berfikir dengan waras sekarang ini. Masih pening-pening sakit. Seluruh anggota lemah. Andai berjalan ke dapur pun, boleh pitam. Fizikal saya tidak dapat menahan kesakitan ini. Entah sampai bila baru boleh pulih.

Mereka kata, sakit itu penghapus dosa. Hmm, memang banyak dosa. Saya redha. Tak mengapa. Sakit saya ini sakit sekejap je. Umat Islam di Gaza dan Palestin lagi sakit. Insan-insan miskin di India, kelaparan menderita sakit. Sakit mereka sakit lama.

Di Malaysia sangat tenteram. Semua keperluan cukup. Alhamdulillah. Saya ini, tak pernah keluar jauh dari rumah ini. Mengakui, terlalu memanjakan diri dan tentulah tidak pandai berdikari. Niat mahu merantau jauh, namun tiada izin dariNya.

Ye lah, mungkin penyakit yang sekejap namun kerap ini menjadi asbabnya. Mama saya pernah kata " Macam mana la kalau Mina ni belajar jauh. Sape nak tengok-tengokkan?". Itu kekurangan saya, tak mampu sendiri walaupun secara zahir teman-teman melihat saya seorang yang matang, hakikatnya tidak.

Masa untuk saya menjadi muda semakin singkat dan mungkin ini bakal membantu saya menjadi matang sebenar-benarnya. Sakit sekejap yang kerap itu akan menjadi perkara biasa untuk selama hidup akan datang. Alah bisa tegal biasa, kata mereka.


Sunday, May 9, 2010

yang sana-sini, yang itu-ini



Hari ni je dah konpius semacam..

MySpaceYang itu suruh yang itu.
MySpaceYang ini kata macam ni.
MySpaceYang sana tu kata macam tu.
MySpaceYang sini lain pula katanya.

Yang diri sendiri kata lain, terlalu berbeza.


Peluang datang sekali je, kata yang itu.
Ikut je. Apa susah? , kata yang ini.

Ala, tah apa2, habis jugak, kata yang sana tu.

Nak tak ? , tanya yang sini.


MySpace
Diri sendiri memikirkan, takkan perlu mengorbankan impian, gara-gara mengikut sahaja flow yang ditentukan. Takkan perlu buat sesuatu yang tak rela seperti yang lepas? Membenarkan sahaja yang diimpi selama ini hanya tinggal angan-angan mat/minah jenin?

Difikir-fikir, betul juga kata yang itu dan kata yang ini. Cuma yang sana tu dan yang sini tak melalui apa yang diri sendiri lalui dengan tah apa2, walaupun habis jugak.

Runsing, diri sendiri tak mahu pisang yang tak sedap tu berbuah lagi. Yang sana, yang sini, yang tu dan yang ini tak pernah tahu dan faham apa yang diri sendiri lalui. Aduh, diri sendiri sudah serabut

MySpace


Thursday, May 6, 2010

Perangkap Perasaan


Insan
: " Saya tak boleh lupakan awak "

Saya : " Ala, apa susah. Delete je memory tu. Tak pon, format je terus."
Insan : " Yang lama tak sama dengan yang baru. Lama saya cari dulu. Lepas pindah darjah 5 sampailah form 2"
Saya : " Barangkali yang kamu suka itu tidak baik untukmu . Kitakan member2 lama . ^_^ . Yang lepas tu sudah la"
Insan : " Memang saya tak boleh lupa. Bagi la no telefon "
Saya : " Tak boleh "

Ni saya nak cerita. Dialog di atas yang berlaku di YM saya dalam 2 bulan yang lepas, ketika saya sedang sibuk final exam. Insan tersebut adalah teman sekolah rendah dahulu kala yang saya jumpa kembali di facebook. Oleh sebab lama tak bertanya khabar, saya memberi mail address dengan tiada sebarang niat lain melainkan atas dasar teman.

Tak sangka, jauh panggang dari api. Boleh pula insan itu cuba menangkapkan jiwangnya kepada saya. Nak menyesal pun tak boleh. Memanglah, semasa muda kanak-kanak dahulu, mana tahu apa-apa. Suka hati je suka-suka orang tu, suka orang ni. Sungguh kelakar bila teringat betapa jiwangnya insan itu sehingga sanggup menjadikan 2 pupu saya sebagai orang tengah, dan tak semena-mena kena gosip dengan jiran-jiran. Adoi, geli usus perutku. Dah tu, siap hantar kad raya jiwang(of course) dengan bunga-bunga. Yang paling tak tahan, hantar gambar.

Jujur, kad-kad tersebut masih ada dalam simpanan. Heheha. Bukan apa, memang saya suka menyimpan barang-barang lama untuk dikenang sebab saya percaya kalau tiada yang lama, mana boleh ada yang baru. Banyak juga barang-barang kenangan selama saya hidup yg dah nak hampir 22 tahun ni, masih lagi disimpan di bwah katil. Tak sanggup nak buang. Entah bila nak buang pun tak tau.

Ok, sambung balik. Pabila insan tu kata dia lama tunggu saya, saya menjadi agak kagum. Ada jugak orang yang minat kat saya yang tak seberapa ni. Hidung, of course la tak mancung. Pipi, ada la tersorong-sorong sikit. Hehehe. Tapi tu bukan alasan saya untuk terima dia.

Yang menjadi masalah besarnya ialah insan itu sudah berkahwin, ada isteri. Isterinya pula, berhidung mancung, wajah bak purnama di malam terang. Ada hati pula nak bermain-main kayu entah berapa dengan saya??!! .. NO WAY MAN .. I can't make other woman cry because of me. I know how does it feel. It hurts when other woman 'hijack' your love ones, especially she's your best friend(konon-kononnya).

Jadi, saya meng-hide-kan diri saya dari insan itu. I'm not a destroyer. Please lah, though he's still trying to get my phone no, i keep telling no. Muktamad.

Ni, saya cerita bukan sebab apa. Cuma saya heran la. Memang lelaki macam tu ke? Takkan lupa cinta/suka2 pertama(konon2) dan masih mengejarnya walaupun sudah berumah tangga. Samalah macam Dani dalam cerita Adamaya di TV3 tu. Takkan lah penulis cerita saja-saja reka cerita. Mesti berdasarkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Beberapa hari lepas pun, saya dengar di radio, perempuan itu menceritakan suaminya yang mengejar bekas kekasih lama. Eh, apa ni ?!!

Mesti gara-gara si syaitan2 dan sekutunya laknatullah. Nak menghancurkan anak-anak adam, dengan memberikan angan-agan indah nan kosong

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka
dan membangkitkan ANGAN-ANGAN KOSONG pada mereka,

padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipu belaka.
An - Nisa' 120


Perkara inilah yang membimbangkan saya. Saya sangat takut untuk membabitkan diri dengan perasaan kasih-sayang berlainan jantina. Syaitan itu selalu saja memanipulasi perasaan saya.

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.
Jauhkanlah aku dari terjebak dengan perangkap perasaan
oleh makhluk-makhluk yang Engkau benci itu..




Monday, May 3, 2010

Situasi


Situasi sekarang...

Mula-mula...
MySpace

Kemudian, macam lagu Tomok-> Berlari ..
MySpace

Sampai jadi camni
MySpace

Dan akhirnya,
MySpace

Hmmmmmmmm [-__-]