Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Thursday, December 31, 2009

gAdis KeCiL & AyAh

Gadis kecil :Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?

Ayah: Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

Ayah: Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Namun, janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

Gadis Kecil: Lantas apa lagi ayah?

Ayah: Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Dan Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.


Gadis Kecil: Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?.

Ayah: Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.InsyaAllah kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh.

Gadis Kecil pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

p/s: Saya ambil dari ~ .:: اونتوقمو وانيتا ::. ~ . Saja ingin berkongsi cerita ini. Kadang2, kita yang perempuan ini lupa dan leka dengan kemewahan dunia yang nyata sementara ini. Selalunya kita , tak kiralah lelaki atau perempuan, selalu lupa kerana terlalu asyik mendambakan yang terbaik untuk diri kita tetapi, kita ini tidaklah sebaik dan sebagus mana jika dibandingkan apa yang didambakan itu. Seeloknya, cerminlah diri dan ukurlah dulu baju di badan sendiri sebelum kita mengimpikan yang baik2 itu. Kan sudah diberitahu, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

p/s: Peringatan untuk saya dan anda yang leka. Semoga tidak terus leka dan termakan bisik2 syaitan yang direjam.

Wednesday, December 30, 2009

sAkit Laaa...~~

Apa yang ku fikir, itu yang aku tulis oleh Muim@Karuk
Tapi saya tak, Apa yang saya rasa, itu yang saya tulis oleh aMaL.

Pernah atau tidak anda berkeadaan begini :
  1. Nafas sesak dan terpaksa menghembus dan menarik nafas secara dalam2
  2. Jantung semacam diracik-racik menjadi ketulan2 kecil
  3. Badan berpeluh sejuk
  4. Kulit kepala panas je
  5. Tapak kaki berkeadaan sejuk
  6. Tiba-tiba berputus-asa
Kalau pernah, maksudnya anda sedang didengarkan oleh bisikan2 tajam dari makhluk yang sentiasa jeles dengan manusia. Siapa lagi kalau bukan syaitan yang direjam.

Samaada anda jeles,cemburu, dengki kemudian ditacap pula dengan rasa putus-asa itu, yang nyata semuanya berpunca dari bisikan makhluk itu.

Adakah anda tahu, memang makhluk ni jeles dengan kita? Semuanya bermula sejak Allah nak jadikan manusia ni khalifah di muka bumi. Dek rasa jeles yang membara seperti api itu, sampai sekarang manusia akan dibisik2 rasa itu.

Aduh, sememangnya saya sedang merasainya. Memang berkecai jantung dan rasa di hati. Aduh, sakit la. Namun, apakah sebab saya berasa begitu? Mesti ada asbabnya. Tak pe lah, tak perlu saya cerita kerana saya tahu memang itu takdirnya. Bukan bermakna saya berputus-asa, cuma saya sudah mengukur baju di badan sendiri dan perkara yang diimpi itu, tak mungkin menjadi kenyataan. Walaupun adanya elemen Mat Jenin dan Belalang dalam diri saya, tapi jika sampai ke bab2 seperti ini, saya tak mampu mengangkat idea Belalang bagi merealisasikan impian Mat Jenin. Ya, memang kecewa itu ada. Apa lagi yang mampu saya lakukan. Memang sudah takdirnya.

Aduh, sakit la.
Tolonglah terbang dari minda dan hatiku, wahai bayang2mu.
Jauhlah pergi dan usah meninggalkan sebarang kesan atau jejak di hati ku ini.

Adoi, saya sakit.
Perlu ubat untuk ubat sakit ini.
Tolong,,..tolong.. butuh ubat.
Perlukah membiarkannya ia sembuh sendiri?
Bak kata orang, biar masa mengubati segala..
Perlukah?

Untuk entah ke berapa kalinya pisang2 itu berbuah,
Ada yang ranum, ada yang jatuh busuk.
Tidaaak, pergilah..
Jangan ada lagi yang hanya singgah
dan pergi begitu sahaja.
Biar yang datang itu,
duduk dan berlabuh sauhnya di sini.

Dan saya sudah penat mengeluh.
Saban hari menunggu luka2 itu sembuh.
Hingga sampai berpeluh2 basah.

Dan seperkara lagi,
mampukah saya merealisasikan azam 1431H saya?
atau perlu ditangguh lagi hingga ke tahun 1432H
yang pada ketika itu sudah 24 tahun umur saya?

Tiada detik2 gembira atau khabar2 suci yang memanggil
Dan saya akan terus berdoa dan menanti saatnya...
w___w


Monday, December 28, 2009

PermuLaAN diALog

Dayah : Oii..termenung je. Apsal muke ko lately cam bapak beruk hilang bini je?

Zaman : Agak-agak aa wei.. Beruk, beruk aa. Aku manusia aa. Nampak ni, bulu tak de la panjang cam beruk pon. Hish~~


Dayah : Awek ko lari ke?


Zaman : Asyik2 soalan same je. Huh, bukan pasal tu. Ko pon tau kan, aku mane ade awek2 ni. Tak de. Ni, ade beberape member aku story kat aku pasal life diorang.


Dayah : Biase aa tu. Nak luah2 rase. Feeling2 dengan ko. Hmm..laki ke pompuan?


Zaman: Laki pompuan.


Dayah: Pondan?


Zaman: Lelaki dan perempuan.


Dayah: So, what's the matter? Dengar je la. Takkan pasal tu pon ko boleh jadi muke tah bape sen ni? Ha... ke ko ... hm.. ko terlibat dengan kisah cinte segi ke? Ko jangan memain wei. Jangan sesekali ko terlibat. Sekali ko cecah kaki kat air tu, ade semacam kuase elektrik yg akan tarik ko kat dalam air tu. Jangan wei..


Zaman : La..yang ko kecoh sangat ni pe hal? Mak ayam bertelur, riuh sekampung... Aku.. ala..Panjang aa story nye. Aku pendekkan la. Hmm..aku dengar from both side, pompuan dengan laki tu, kebetulan atau suratan, diorang story kat aku. And setiap ape yang diorang cakap tu, semacam boleh digabungkan.


Dayah : Gabung?


Zaman: Ye la. Memula, guy tu cite kat aku ape yang die rase. Then, girl tu plak cite and story kat aku ape yang die rase. Yang aku herannye tu kan, ape yang diorang cakap tu, bile digabungkan semacam diorang tu bercakap antara diorang...Hish..susah la.. Ko paham tak, Dayah?


Dayah: Aku rase aku paham. Kirenye, once they talked to u, it looks like they are talking among themselves? Like having a dialogue or conversation between the guy and girl? Cam tu?


Zaman: Ha ah.


Dayah: Tapi peliklah. Camne pulak diorang bley dengar each other eventhough diorang just cakap dengan ko je. Ke ko bagitau either of them?


Zaman: Tak, mane ade. Serious, aku tak bagi tau pon. Not even a word. Serious. Tu yang aku jadi agak mengong ni. Bukan tu je, ape yang diorang cakap tu pon, buat aku jadi mengong.


Dayah: Complicated ni. Baik ko story kat aku. Kot-kot aku bley solvekan misteri ko.


Zaman : ..........
..

----to be continued----


p/s: Saya meniru idea
encik balam yang bercerita melalui skrip. Hehe..Jangan marah ye. Tapi dialog ni saya buat sendri. Merci encik balam.. >__<
p/s: cerite cinten-cintun memang best untuk diceritekan.

Saturday, December 26, 2009

uNTuk bLogGers

(TGV Gathering, makan cendol dan posing photoshoot)

Wah, sudah puas saya berjalan-jalan di blog teman2 dan juga teman2 kepada teman2 tersebut. Banyak ilmu yang saya peroleh. Terima kasih kepada semua penulis blog yang saya lewati blog2nye. Semoga tercapai segala maksud dan tujuan kalian menulis di blog2 kalian. Tak semua bloggers mempunyai tujuan yang sama dalam penulisan blog ini. Ada yang tujuannya untuk berdakwah, memberi informasi kepada pembaca blog tegar, menulis segala rasa yang tak terungkap dek mulut dan tak kurang juga yang menulis aktiviti2 organisasi atau kumpulan2 tertentu dan juga peribadi.

Tak kisah lah apa yang kalian coretkan dalam blog kalian, saya terhibur dan mendapat banyak ilmu dan informasi. Yang pentingnya, dunia penulisan di Malaysia semakin berkembang. Itu yang saya nampak. Ada baik, ada buruknya. Walaupun ayat tunggang-langgang dan berojak-rojak(saya juga), kalian masih menulis. Tidak mengapa, kita semua akan matang dalam dunia penulisan ini, hari demi hari. Bukanlah bermaksud saya menyokong penrojakkan bahasa Melayu dan Inggeris. Mungkin ada yang belum sedar tentang itu, atau sudah sedar dan buat2 tidak sedar.


Namun, pada pandangan mata saya, kita tak boleh menyekat pengembangan ilmu dalam dunia penulisan. Walau apa pun yang dikarang oleh penulis blog tegar tersebut, ia menjadi satu ilmu untuk dikongsi oleh semua makhluk di muka bumi ini. Siapa-siapa yang tidak mengerti, akan cuba mengerti apa yang ditulis, ditambah pula dengan gambar-gambar yang menyokong sesebuah karangan.


Apa pun pandangan saya dan anda, sama ada jelas atau kabur, tidak salah andai dikongsi bersama. Apa yang dikarang sebenarnya adalah realiti kehidupan manusia di zaman bertamadun ini(mungkin semakin tidak bertamadun).


Kepada pendakwah2, teruskan daie anda. Saya menyokong dan menerima ilmu dan dakwah yang anda khabarkan. Sebagai peringatan dan bekalan dalam menuju jalan yang diredhai Allah.


Kepada pemberi-pemberi informasi, syabas dan teruskan usaha anda. Sharing is caring. ^__^


Kepada mereka yang menulis kata2 tak terungkap dek mulut, tidak mengapa, teruskan. Andai anda rasa seperti tiada orang membaca, sebenarnya ada yang membaca. Sedih dan gembira boleh dikongsi bersama secara maya(virtual). Semoga beban rasa2 itu dapat dikurangkan.


Kepada penulis2 yang menulis aktiviti organisasi anda, baguslah. Ramai akan tahu tentang kewujudan organisasi anda.


Dan kepada semua yang menulis dalam blog, bloggers..Teruskan penulisan2 anda. Keep it up. Takkan ada siapa2 yang marah dan saman anda , selagi anda tidak menyentuh sensitiviti perkauman yang menjejaskan gagasan 1 Malaysia ..


Dan pengajian saya di UPM semakin sampai ke penghujungnya, semakin sibuk dengan projek dan exam. Selepas itu, kemungkinan besar, saya akan berlari-lari semampu boleh, mengejar mimpi-mimpi dan angan-angan yang saya kira saya perlu menggapainya. Memang, saya kuat berangan tapi saya tak mahu menjadi seperti Mat Jenin. Perlu saya gabungkan elemen Mat Jenin dan Belalang dalam kehidupan saya ini (tontonilah rancangan Belalang di Astro Prima setiap Rabu 9.30pm). Cita-cita dan impian saya memang mengasyikkan, seperti nama saya - Amalina Asyikin = Harapan/cita2 kami yang mengasyikkan. InsyaAllah \(>___<)/ Pray for me.

Thursday, December 24, 2009

meMeRLukAn iNspiRasi

Masih lagi tak dapat inspirasi. Sungguh tidak best.

Tapi tadi, saya menonton sinetron di TV3 - Tasbih Cinta. Dari tajuknya, saya ingat ala2 KCB. Tapi ada banyak lainnya. Lakonan pelakon2 dari seberang, sama sahaja tapi bisa membuatkan saya menitis air mata. Haha.



Lagi-lagi dengan lagu OST-nya yang begitu menyentuh ini. Inilah, lagu yang anda dengar sekarang ini . Menyesal oleh Ressa Herlambang.

Situasi dalam lagu ini, pernah berlaku beberapa ketika dulu. Aduh, sakit pabila mengenang kembali. Tapi, tak pe lah. Sudah biasa. Sepedih mana pun, insyaAllah bisa diatur..

Sunday, December 20, 2009

n0tiS bErHeNti .. sEKejAp

sAYa st0P mENuLiS bLog seKeJap.

mEncARi iLHam dAn idEa-idEA bAru uNtuK dimUatKaN kE dALam bLog.

sEMogE pEmbErhEntiAN sEBentAr iNi kAN mEMbAwa idEa2 yG LeBih bERinf0RmASi dAn bErgUna.

sALam sAyang dARi sAya,


Saturday, December 19, 2009

pEngALaMan daN sEni

Mana ada manusia tidak hidup bersandarkan pada kenangan dan juga pengalaman. Rencah-rencah yang diperoleh, akan terasa enaknya pabila bersama dimasak dan digaul sebati dengan lauk-lauk(ayam,ikan, nasi pon boleh) yang menjadi pilihan. Andai tiada rempah dan jangan lupa garam dan gula, pasti tak sedap. Tak de rase.

Ada kenangan menggamit rasa. Ada rindu-rindu bergurau-senda dalam diri. Teman2 yang membuat saya faham tentang hidup. Terima kasih...


Di KPSM, saya belajar memimpin dan berani. Walaupun sekarang, tidaklah menjadi pemimpin seperti rakan2 sekumpulan saya ketika itu. Terima kasih pengalaman.


Tapi, KPSM bukan puncanya. Semuanya kerana diri ini yang menghargai seni dan kebudayaan. Lantas menghadirkan diri dalam uji bakat teater, untuk wakil kolej. Tidak boleh sangat dimegah-megah, sekadar pelakon tambahan. Kerana pada masa itu, saya yakin teater boleh membuat saya bercakap di depan orang ramai, sambil membina keyakinan. Tapi, ternyata saya masih terus mencari2. Ada yang tidak sempurna dalam teater itu. Namun, terima kasih pengalaman. Menghargai setiap detik menjadi krew dalam 2 produksi teater kolej.


Di sekolah rendah dahulu, pernah terpilih pada peringkat awal untuk menari tarian endang untuk hari penyampaian hadiah. Ternyata, pilihan itu sementara. Dan saya diganti dengan orang lain. Dek kerana saya suka akan tarian melayu, saya menyempurnakan impian dengan memberanikan diri untuk belajar menari. Andai yang tidak tahu, seni tari melayu itu indah. Setiap pergerakan penuh makna dan kesopanan yang mencirikan bangsa melayu itu sendiri. Terutama zapin. Walaupun menjadi bidan terjun, tak apa walaupun sedikit ilmunya, terima kasih pengalaman.

Dan dek kerana seni itu cabangnya luas, saya mencuba bakat dalam seni visual. Sejak kecil, memang saya suka akan lukisan. Dan mendapat A untuk subjek Pendidikan Seni, sejak darjah 1 hinggalah ke tingkatan 3. Saya buka buku2 lama, memang, cita-citanya mahu jadi arkitek bila sudah besar. Tapi, jalan yang dipilih jauh menyimpang. Tak mengapalah, saya anggapnya sebagai minat dan hobi masa lapang. Keindahan seni batik memang memukau. Bukan setakat coraknya sahaja tetapi dalam melilin dan mewarna serta mematikan warnanya itu, perlu seni.

Begitu banyak seni bersangkutan dengan kehidupan saya. Andai saya tidak didedah dengan basic agama di sekolah dahulu, saya tak tahu apa jadinya. Dalam hidup juga ada seninya.
Tubuh badan manusia berlingkar-lingkar dengan salur darah dan pelbagai salur lagi.
Bagaimana sinap dalam penghantaran signal ke otak untuk di tafsir.
Bulan, matahari dan planet2 penuh aturan..

Banyak lagi la. Semua perlu seni. Salahkah kalau saya suka akan seni dan budaya itu? Salahkah saya mengamalkan seni2 itu? selagi tidak melalaikan.
Kalau disingkir, semakin ia datang. Tadi ada saya menonton tarian kontemporari melayu di tv. Dah, hati saya berdetik-detik menari bersama. Seni itu indah, terima kasih Tuhan kerana mengurniakan ku dengan deria seni yang asyik sekali. Semoga ku tidak lalai dengan kesenian2 itu.






Friday, December 18, 2009

pERMuLaAn tAhuN

Permulaan tahun baru 1431 H, alhamdulillah, permulaan yang baik. Semoga baik untuk sepanjang tahun. Banyak impian saya pada tahun ini. Semoga saya boleh menggapainya. Doa-doakan ya.

Tumpang kegembiraan seorang teman skewl rendah yang bernikah hari ini. Siapa sangka, dari dikena-kenakan oleh rakan, akhirnya mereka bersama. Jodohnya ada. Seperti kisahnya Azzam dan Anna dalam KCB. Bersiap di awal pagi, lagu OST Ketika Cinta Bertasbih berdendangan di telinga. Sepanjang perjalanan, walaupun sesat (huhuhh, dah lama tak ke rumahnya);
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih, Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta.

Ketika khutbah nikah, saya pasang telinga dan dengar walaupun teman2 lain yang hadir, gamaknya berceloteh bercerita. Doanya, saya aminkan sepenuh hati. Semoga mereka berkekalan. -...Banyak dugaan di alam rumah tangga, kena banyakkan gurau-senda antara suami isteri. Macam Aishah dan Rasulullah yang berlumba-lumba... - begitulah sebahagian kata pengkhutbah nikah tadi.

Wah, dalam hati saya berdebar-debar menunggu selesainya akad nikah tersebut. Dan detik-detik pembatalan air sembahyang pun, saya rakam. Kebetulan kami (kwn2 skewl rendah), duduk betul2 di sebelah pelamin kecil itu. Gambar shoot pun, cantik punya. Saya rakamkan detik2 itu di video. Hehehe.Namun yang peliknya, pengantin perempuan kata : " tak rasa apa-apa " , bila ditanya tentang perasaan selepas bergelar isteri orang. Mungkin disimpan di hati.


Dalam kesibukan itu, tiba-tiba, saya terkesima dek kehadiran seseorang yang juga sibuk mengambil gambar. Eeiiih??~~....Tak tahu apa yang dirasa ketika itu. Yang saya ingat, suara orang-orang yang bercakap, tiba-tiba jadi senyap dan orang-orang lain tidak bergerak. Sepertinya masa berhenti saat saya melihat dirinya. Eeiiih??~~..Entah macam mana semua makhluk yang ada kembali bergerak pun, saya tak pasti. Dan saya terus merakam detik2 pembatalan air sembahyang itu. Dan saya tak nampak2 lagi orang itu selepas majlis.

Siapa, mengapa, apakah insan itu, tak apalah, biarlah rahsia. Tapi nanti kalau dah ada suami, mesti tak boleh rahsia2 kan? .. Udah le tu..


( Aifaa dan suaminya yang juga senior 1tahun skewl rendah )

[sebenarnye geram melihat banyak sekali bunga ros hidup menghiasi rumah pengantin]
p/s : tak pandai sangat mengedit gune gambo, tapi ini le final yr project sy

Wednesday, December 16, 2009

aKiBat - ba wau sin alif nun

Itulah, nasihat ibu bapa tak mahu di dengar. Mengeraskan kepala dan hati untuk pergi melepak serta berjalan-jalan seorang diri ke tempat yang menjadi tumpuan manusia yang ramai. Bak semut berebut gula. Dan juga seperti kambing keluar dari kandang tatkala pintu keretapi komuter dibuka. Seolah-olah, tin sardin yang tak seberapa sardinnya itu, memuntahkan sardin-sardin di dalamnya.

Dan saya bertemu seorang rakan lama. Mula-mula tak kenal dek ce
rmin matanya yang coklat dan besar itu menutup mata. Pabila ditanggalkan cermin mata itu, oh, manusia ini. Hanya mengingati namanya setelah dia menyebut namanya. Dia bersama teman lelakinya, kot. Ye la tu, tapi tak tanya pula.

Apabila melangkah masuk ke bangunan tersebut, bersama sardin-sardin yang lain, wah, ramainya manusia. Bertebaran di setiap inci bangunan. Lagi-lagi sedang cuti sekolah tapi ramai juga famili2 yang datang. Oh, Y.E.S - Year End Sale . Saya belum lagi mahu berbelanja. Maklumlah, banyak telah dihabiskan semasa di Korea. Jadi, jimat-jimatlah ye. Yang perlu je. Nanti, insyaAllah, yang disimpan itu boleh diguna untuk pelancongan seterusnya. Yeah~~!!~~

Sambung kembali. Tujuan asal ke tempat itu bukanlah semata-mata untuk melepak. Ada lah sedikit keperluan yang perlu dibeli. Shoulder rest dan juga hadiah untuk teman yang bakal bernikah itu. Simple sahaja hadiahnya, semoga bermanfaat.

Namun, ada kekesalan di hati ni. Tak dapatlah saya nak bendung lagi. Manusia yang ramai itu, ternyata yang muda-mudi datangnya berpasangan, seperti rakan lama itu. Saya sangat takut jadinya.

Andai la ketika itu, Tuhan mahu menunjukkan kekuasaan dan kebesaranNya lantaran Dia murka dengan hamba-hambaNya yang melakukan maksiat seperti umat-umat terdahulu, bukankah ketika itu saya juga kan menjadi mangsa?

Nauzubillah. Tanpa segan-silu dan lagaknya seperti sudah biasa, persentuhan antara bukan muhrim berlaku. Tangan memeluk dan mengusik-usik. Aduh, sakitnya mata. Hati pun terguris-guris. Betapa lah lemah iman di hati, hanya hati yang dapat menegah dan mulut beristighfar panjang. Mungkin mereka tak tahu atau lupa, yang tangan itu akan menjadi saksi ketika mulut dikunci kelak.


Bukankah elok, andai mereka mengikat dahulu hubungan mereka dengan lafaz nikah yang menghalalkan terus yang haram itu? Wah, selepas itu, berjalanlah berdating2. Tangan memeluk dan mengusik-usik. Barulah ok. Barulah boleh buat orang2 bujang seperti saya ni jeles. Sakit mata dan hati terguris-guris mahu cepat-cepat kahwin, menyahut sunnah nabi dan melakukan ibadah selanjutnya. Hehehe.
Sesungguhnya, saya memang benar-benar saya jeles dengan seorang kawan skewl rendah saya yang bakal bernikah 1 Muharram ini. Mana taknya, sudah halal bagi dia dan lelaki idamannya bersentuhan tanpa perlu takut dosa lagi. Malah, sentuhan itu, kalau tak silap, saya pernah membaca, sentuhan suami isteri itu adalah ibadah. Bukannya sentuhan semasa tunangan ataupun sebelum lafaz nikah itu didengar. Doa-doalah saya segera bertemu jodoh dengan zaujan solihan, yang menghampiri dan mengahwini saya, dan menjadi sahabat di dunia dan akhirat. Semoga teman2 (yang belum berkahwin) juga begitu.

Tuesday, December 15, 2009

rAse berdEBar La pULa

aaahhh...tidak..tidak..
eh..ehem..ehem..relax2..be cool beb..
Saya pula yang berdebar-debar menanti 1 Muharram @ 18 Dec ni. Heh, apa lagi kalau bukan pasal kahwin.. Heheh..Macam saya pula nak kahwin.

Yang bakal melangsungkan pernikahannya adalah member skewl rendah. InsyaAllah dengan senior sekolah rendah jugak. Kalau jodoh itu tak ke mana. Ye la, serupa juga sama Azzam dan Anna dalam KCB. Nampaknya ramai juga teman2 saya yang tergila-gila dan takjub dengan KCB ini. Hehe, tapi rasanya, saya yakin mereka tentu belum pernah baca karya FT. Mesti lagi teruja.

Saturday, December 12, 2009

KCB sudah dihabiskan

Dah, kini baru saya faham dan mengerti mengapa ungkapan ketika cinta bertasbih itu dijadikan tajuk novel ini. Nak tahu mengapa dan kenapa? . Heh, maaflah. Pinta saya, biarlah anda yang membaca dan menterjemah karya Habiburrahman Elshirazy ini sendiri. Memang, ketika membaca episod pertama, saya seringkali tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan cinta yang bertasbih itu. Maklumlah, saya ini tidak pernah bercintan-cintun. Maka, apa maknanya cinta itu, saya tak tahu. Yang saya tahu, hanya tentang sayang-menyayangi. Kalau mahu dikupas erti cinta itu sendiri, saya tidak pandai. Namun, mungkin apa yang diungkap Anna Althafunnisa dalam novel ini yang dipetik dari puisi Rumi dalam Diwan Shamsi Tabriz,diterjemah oleh Abdul Hadi W.M- ada benarnya dan saya bersetuju.

Biarpun lidah sudah menghuraikan dengan jelas.
Rasanya tanpa lidah, cinta lebih jelas lagi.

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.

Kata-kata akan pecah berkeping-keping ketika sampai bab cinta.

Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya.

Bagaikan keldai terbaring dlm lumpur.

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.


Apapun, saya yakin. Suatu ketika nanti, bila tiba saatnya, saya, ya , dan juga anda yang masih belum memahami cinta, juga akan memahami apa itu cinta, seperti makhluk-makhluk ciptaan Tuhan yang sememangnya dicipta berpasang-pasangan. InsyaAllah wa biiznillah.

Saranan dari saya, bacalah cerita dalam novel ini sebab andai anda hanya menonton KCB ini, ada banyak benda yang anda terlepas. Benar, tadi saya ada menonton sedikit di Youtube filem KCB untuk episod 1. Penonton hanya disajikan dengan luaran pelakon2, tanpa mengetahui apa yang sedang dikhabarkan di hati mereka. Perkara ini membuatkan penonton bermain-main dengan imaginasi sendiri tentang apa sebenarnya yang dirasai oleh pelakon tersebut(itupun jika pelakonnya betul2 menghayati watak). Oleh itu, bacalah novelnya. Hehe.


Ketika belum lagi habis membaca, di bab yang kedua terakhir - Berkat Cincin Ibu- , saya sudah menjerit kecil di hati. Begitu tersentuh. Apatah lagi di bab akhir - Dan Cinta Pun Bertasbih - , tiada kata terungkap dek bibir, hati dan juga minda. Betapa benar ketentuan dan rancangan Ilahi terhadap hamba-hambaNya. Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz, memang Azzam untuk Anna ( dalam cerita ini) , maka, walau sejauh dan seliku mana pun perjalanan itu, mereka akan ketemu jua. Betapa besar kekuasaan dan kebijaksanaanNya dalam mengatur hidup hamba2Nya. Subhanallah.

Dan ternyata, seorang mukmin yang baik itu untuk seorang muslimah yang baik. Dan perlukah saya menjadi baik semata-mata untuk mendapat seseorang yang baik? Bukankah itu sudah tidak ikhlas namanya? Namun, itulah yang sedang difikirkan. Andai saja inginkan yang baik2 dan soleh, perlu diri ni menjadi baik dan solehah dulu. Tapi, kadang2 akal berfikir, bukankah andai yang baik itu perlu dia bersama yang tidak baik, bagi membimbing yang tidak baik itu? Hah, sekarang saya tak boleh berangan-angan dan bercita-cita tinggi.

Biarlah, walau makruh hukumnya, perlu saya lepaskan mukmin yang baik itu, untuk muslimah yang baik. Untuk saya menjadi muslimah yang baik akhlak dan terpuji sifatnya, amatlah jauh panggang dari api. Tak mungkin saya perlu mengimpikannya berterusan. Biarkanlah dia pergi dan berjalan di jalannya sendiri. Tak mungkin saya kan lalui jalan yang sama. Samalah juga diri ini seperti Furqan yang menjadi bekas suaminya Anna. Ataupun, Eliana yang menanti secara terang kasihnya Azzam. Wah, nampaknya, memang cerita ini betul-betul menguasai diri ini. Hah, saya harap untuk sementara sahaja. Namun, ilmu tambahan yang saya peroleh di dalamnya, kan saya semat dan gunakannya bila2 perlu.
Wallahu'alam


Tuesday, December 8, 2009

tAk pERnAh kiTa tAHu

Hari-hari terakhir sebelum meninggalkan bumi manusia bermata sepet ini, dilalui dengan kesabaran. Telah ditoleh ke belakang, yakni kira-kira seminggu yang lepas. Wah, terasa sekejap sahaja rupanya 10 hari itu. Namun, ketika ditunggu hari mendatang, lamalah pula yang dirasa. Ujian kesabaran yang datang, saya tempuhi seadanya dan semampu diri ini.

Benarlah, ada yang berkata, saat kita melangkah keluar dari sesuatu ujian itu, kita merasakan diri kita telah menjadi orang baru dan lebih bersemangat untuk menempuhi hidup seterusnya. Samalah juga, selepas kita keluar dari dewan peperiksaan untuk sesuatu matapelajaran yang telah kita usahakan dan ulangkaji sehabis daya sebelum peperiksaan. Walau apa jua keputusannya, yang penting self-satisfaction itu ada. Haha, macam exam tempoh hari. Memang sehabis mampu saya melaksanakannya, namun apakan daya keputusannya tidaklah seberapa. Saya tak mengalah dan menyalahkan ketentuan ini kerana saya yakin, pasti ada silapnya di mana-mana. Perlu banyak usaha dan muhasabah diri lagi selepas ini.


Hehe. Nampaknya saya mula tepengaruh dengan novel Kang Abik, Ketika Cinta Bertasbih(KCB). Ya, seperti saya berjanji pada diri, novel KCB telah saya khatamkan..[Hahah, bukan ke lebih baik saya khatam Quran dari khatam novel..hihi] .. Tapi novel KCB ini ada 2 episod. Yang telah habis dibaca adalah KCB episod 1. Nanti, insyaAllah pulang ke Malaysia, KCB episod 2 menanti. Hmm, rasa-rasanya, penulisan saya ini pun ada perubahan. Mudah terpengaruh dengan siapa-siapa sahaja penulis bagi novel yang baru dibaca. Macam lalang yang meliuk lintung ditiup angin dari pelbagai arah. Prestasi hidup ni pun, rasa seperti yoyo yang pernah menjadi permainan popular suatu ketika dulu.

Di akhir-akhir novel ini, saya tertarik dengan satu babak antara heroin dengan seorang temannya. Heroin, Anna Althafunnisa dan watak Cut Mala sedang mengulangkaji dan Cut Mala bertanyakan tentang itsar tersebut, yang saya sendiri pun tidak pernah dengar sebelum ini. Hehe. Saja berkongsi ilmu dari KCB ini. Kalau yang dah tahu tu, komen2 la kalau salah. hihi

"..mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah, atau mengutamakan orang lain dalam beribadah , itu hukumnya makruh..."
-oleh heroin:Anna Althafunnisa, menerangkan kepada Cut Mala

"...Misalnya ada seorang gadis muslimah dilamar oleh seorang pemuda yg sgt baik.Baik agamanya, akhlaknya, prestasinya, juga wajahnya. Lalu mengalah mengutamakan saudarinya yang menurutnya lebih baik darinya dan lebih layak bernikah dengan pemuda muslim tadi. Apa itu termasuk makruh kak?"

-ditanya oleh watak Cut Mala
-
{petikan novel KCB episod 1,m/s 318}

Dalam hal ini, Anna juga menjelaskan bahawa nikah itu juga satu ibadah dan perlu berlumba-lumba dalam melaksanakan sesuatu ibadah. Jadi maknanya memberi peluang kepada saudarinya itu sendiri, hukumnya makruh. Hmm, betul juga tu. Maaflah, saya tak berapa pandai ilmu-ilmu tambahan agama ni. Yang basic pun saya tak mampu khatam lagi, apatah lagi yang lain2 itu. Itulah gunanya membaca novel-novel bermanfaat ni. Tapi novel ini, masih tak dapat mengalah Faisal Tehrani, dari segi bahasa dan pengolahan cerita.

Maknanya, perlulah cepat-cepat kahwin. Andai ada yang baik dan cukup syaratnya, terima sahajalah. Hahaha, ada lagi ke muda-mudi masa kini yang masih bercinta selepas kahwin? Yang teruna datang meminang si dara walaupun tak pernah bercinta seperti dalam novel KCB ini?. Saya sendiri tak mampu menjelaskannya. Pengalaman bercinta yang sebelum kahwin ni pun tak pernah dirasa-rasa. Tak tau la selepas kahwin nanti. Hahaha, sudahlah. Jangan diberangan tinggi2 sangat, kang jatuh, pecah berderai, bukan senang nak cantum balek. HhahAHa.
Eh, haaa.. Ada-ada. Ada laa..Baru saya ingat tentang sepupu saya yang masuk persatuan yang pernah diharamkan kerajaan suatu ketika dulu. Anaknya telah dijodohkan dengan teman-teman sepersatuan itu juga. Ya, masih ada, segelintir, mungkin.

Wallahua'alam.
Dia tahu yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaanNya.
Tak pernah la kita tahu.
kERjA TuHan siAPa yG tAHu


Saturday, December 5, 2009

bEbeLan bAngkiT dARi pEnAT

Baru 4-5 hari di negara orang bermata sepet ini, terasa sudah seminggu. Namun bila ditoleh ke belakang kembali, 4-5 hari yang dilalui rupa-rupanya sekejap je. Setelah melalui hari yang agak memenatkan,namun tetap saya hargai. Di sebalik penghargaan itu, ada juga sekelumit rasa terkilan kerana ada hajat yang tak dapat diperolehi. Biasalah tu, Tuhan mengajar ilmuNya kepada kita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Terpulang kepada akal dan minda kita memikirkannya.

Bersyukur dengan nikmat yang dikurnia tak terhingga dikurnia Ilahi kerana masih punya kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi-Nya yang makmur ini. Tour trip yang disertai tadi telah membuka mata saya tentang budaya suatu bangsa lain yang sebelum ini belum pernah saya berminat untuk mengetahuinya. Ya, mata terbuka setelah beberapa lama enggan terbuka luas. Walaupun sedikit sahaja yang sempat saya peroleh, tapi saya tetap menghargainya. Kunci yang sesuai telah dijumpai, maka bolehlah dibuka pintu itu. Haha, entah apa-apa ayatnya. Tidak mengapalah. Kebetulan diri telah berehat dari penat dan saya habisi dengan melawat blog-blog teman. Sebenarnya, sudah lama saya mencari hadis ini. Dan saya jumpanya di blog seorang teman. Semasa di sekolah dulu, pernah menghafal tentangnya, apalagi kalau bukan tentang kahwin.. Hehe..gatalkah saya ini??

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi karena empat hal, iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.”

Dan juga ungkapan ini, saya suka. I like --> Ukhuwwah Fisabilillah

Tuesday, December 1, 2009

hip0teSis aWaL

(gambar yg tiada kena-mengena dgn cerita)

Kalau diikutkan rasa hati, mahu sahaja saya menghabiskan bacaan novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB) episod 1 ini sepenuhnya, sebelum berangkat ke Korea. Tapi, tidak boleh..Sudah dirancang, KCB episod 1 perlu dihabiskan sepanjang percutian di Korea dan episod 2 selepas pulang ke Malaysia yakni ketika menanti masuknya semester 6 kelak.

Maka, terpaksalah saya tahan-tahan dan disekat-sekat bacaannya. Papa pula bising melihat saya fokus kepada novel KCB. Katanya " Nanti Mina nak baca apa kat sane(Korea) nanti? kalau dah bace kat sini? " Hmm.. ye la. Saya mengaku kalah.


Bacaan saya sekarang, baru sahaja di peringkat pengenalan cerita ini gamaknya. Yakni, si penulis memperkenalkan watak-watak dalam cerita ini. Hmm, rata-rata watak yang ditimbulkan adalah bersebabkan cinta dan pernikahan. Ye la, tajuknya pun Ketika Cinta Bertasbih. Bermakna, watak-watak penting yang hadir adalah kerana adanya cinta yang timbul dalam hati mereka. Itu hipotesis awal saya tentang KCB ini. Penulis juga ada menceritakan suasananya atau environment cerita ini, iaitu di Mesir, Cairo, Alexanderia dan beberapa tempat di negara tanah kering itu. Dapat juga dibayangkan tempat itu. Saya lukis-lukiskan di minda saya. Hehe. Itu namanya berangan ~!~ ..


Saya yakin, andai ditonton KCB ini, rasanya tidak sama seperti membaca KCB. Erm, entahlah. Hanya pendapat dan hipotesis awal sahaja. Akan saya sudahkan bacaan dahulu dan andai ada kesempatan akan saya tonton ceritanya.


Sekarang ini perlu bergegas untuk persiapan dan persediaan terakhir ke bumi orang-orang bermata sepet itu.. hehehe .. selamatkan perjalanan kami ~.~