Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, September 23, 2009

Sambil menghadap rancangan tv di raya ke-4 ni, perlulah rasenye saya ceritekan ape yang telah berlaku. Secare kebetulan atau itu sudah suratannya, saya tak pasti.

Tentang entry yang lepas.. Siapa nak kawin??~ Angkat tangan!~
Semakin lah pulak perkara ini menerjah saya di hari raya ke-4 ini..humm~ .. Saya mengaku, kelemahan saya, senang sahaja melayang berangan dan fikir dengan jauh satu2 perkara. Ada teman yang mengangkat tangan kerana katanya mahu berkahwin dan secara langsungnya fikiran saya terbang dengan melayang berangan berfikir2. Jangan disalah anggap apa, cuma diri tak mampu mengawal minda dari terus berfikir berangan. Ha ha ha.

Di ketika angan2 itu, sebenarnya saya sedang menyiram bunga-bunga di laman tatkala waktu hampir senja. Hah, tiba2 datang sekumpulan manusia mahu beraya. Alah, bukan siapa2 keluarga terdekat juga. Tapi, yang datang itu, telah buatkan diri ini malu tiba2.. Ha ha ha ha ha .. Kenapa?? Sebenarnya ada yang datang itu pernah bergurau senda mahu berkahwin dengan saya. Ha ha ha. Saya ini pemalu orangnya bila tiba bab2 begini. Tak mampu dibendung rasa malu. Ceh, rasa kelakar mengenang diri tergedik-gedik berangan. Nasiblah muka ini tak berapa nk putih. Kalau tidak, bak udang dibakar lah saya.

Sebenarnya, saya mulai sedar. Ketika ini saya tak berapa nak fikirkan perkara2 ini, namun pada masa inilah peluang datang mencurah2. Saya tidak membuka pun pintu hati ini kerana saya takut risikonya tapi pada masa yang sama tetap mahu. Bila dibuka, tiada siapa datang menjengah. Maka saya biarkan saja ia tertutup.
Andai ada yang datang, ketuklah. Ketuk sampai saya di dalam ini mendengar.

Tuesday, September 22, 2009

Kawin Raya .. Senyum2


Siapa nak kawin??~ Angkat tangan!~

Hoh, tak sanggup rasanya mendengar khabar anak-anak buah sepupu saya sebelah papa yang umurnya tak sampai 20 tahun, baru sahaja lepas SPM. Dek kerana mak bapak punya ajaran dan kepercayaan, anak-anak menjadi mangsa. Ternyata apa yang saya nampak di mata mereka seolah-olah ada yang tak terkeluar dek mulut nak berkata, ada yang terpancar di mata yang tak tertafsir, ada tingkah laku yang punya makna tak terzahir. Bukan menghalang, bukan membenci sunnah nabi untuk berkahwin namun biarlah dengan persetujuan yang ikhlas dari jantung hati anak-anak tersebut. Mungkin. Hmm, mungkin mereka sudah dibasuh minda atau brain wash oleh siapa-siapa yang mengasas organisasi itu. Perlu ke saya menyatakan apa organisasi itu? Hmm, ala ala Al-Arqam yang pernah diharamkan suatu ketika dulu kerana cara amalannya yang agak ekstrem. Entahla, saya sendiri bukan pengamal agama yang warak dan berilmu untuk menyatakan secara terbuka tentang hal-hal begini. Kerana saya tak punya cukup ilmunya. Tak mahu menduga lautan yang dalam kerana saya punya kail yang hanya sejengkal, perahu yang tiada injin yang mantap.

Semenjak Ramadhan yang baru ini dan juga Mubarak tahun ini, perkara-perkara perkahwinan atau jodoh2 semakin kerap mengasak saya. Sibuk mereka bertanya andai saya punya kekasih hati atau siapa-siapa yang berkenan. Aduih, penat menjawab tiada. Tak mengapalah, mereka tak tahu dan saya juga tak tahu siapa untuk saya. Lagipun, entahla, mencari yang sesuai, banyak yang perlu difikirkan. Bukanlah perlu mencari yang sepadan di hati sahaja. Ah, mencari yang sama di hati itu pun payah gamaknya. Hehehe. Saya punya agama dan pegangan. Banyak lohong2 kosong dalam hidup ini yang perlu diisi. Selagi mampu menimba dan punya semangat untuk penuhi yang kosong itu, saya akan lakukan. Jodoh pertemuan, biar Dia yang tentukan.

Eid Mubarak telah disambut dengan sederhana sahaja kali ini. Saya tak pergi membeli-belah baju raya atau pakaian2 raya itu. Namun, di pagi raya, rupanya mama telah membelikan sekali 1 helai pakaian raya untuk saya. Katanya, raya tak seronok kalau tiada baju baru. Ikutkan saja dan kebetulan warnanya ijau yang saya suka. Pucuk dicita ulam mendatang. Abang dan Kak Ngah sekeluarga juga berwarna hijau secare kebetulan di pagi 1 Syawal. Tanpa Melati yang kini belajar di Perancis(teringat Rafiq yg juga dari Perancis, konon2nye), raya juga saya ke belakang rumah yang rata-ratanya keluarga terdekat sebelah mama. Bersama-sama anak buah yang meningkat besar, sibuk bertanya itu ini kenapa tapi tak tanya pula bagaimana..Saya senyum sahaja mengenang kerenah mereka. Teman-teman pula ramai yang beri message raya tapi tak saya balas dek kerana sibuk melayan tetamu, mak angkat bakti siswa pun saya tak kirim khabar raya. Saya jawab sahaja dalam hati bukan saya menyombong diri.
Maaf Zahir Batin

Wednesday, September 9, 2009

sEKatAN ideA


Sudah hampir lewat mlm, tangan masih ingin menaip apa yg tersirat pada rasa.
Hormati mereka yang lebih tua, hormati guru, hormati mereka yang berilmu. Kekesalan sungguh terasa pabila nila setitik itu merosakkan susu sebelanga. Hanya segelintir golongan manusia, semua kita merasa. Apa yang boleh saya buat, kita semua satu komuniti. Different compartments in a system. Andai rosak satu, habis lah seluruh sistem itu.
Namun, pernah terfikir x? If 1 compartment(A) is excellent or good in something, then the other compartment may not really be successful or good as the compartment(A). Hah?!! Maksudnye takde la integrasi antara compartment..Haha..Fikirkan nanti.
Apa yang direpekkan di sini sbnrnya?.. Maaflah, mate sudah mula mengantuk, idea yang tadinya tersekat-sekat utk bermula, semakin lama pula sekatannya. Sudahlah, berehat lah dahulu. Nanti masanya tiba, taiplah.