Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Thursday, April 23, 2009

kEtuKAn di pINtu-pIntu

Siapa sangka, saya terbangun agak lewat walaupun dh tidur awal. Siapa sangka, dh nak study pada agak awal pagi ni, x jadi dek kerana kedengaran tawa seorang hawa di hadapan blok. Kerana ingin tahu, mata yg sentiasa mengusha di tinkap menangkap kelibat manusia2 itu. Bukan seorang, 1 pasangan rupanya. Seorang membonceng dan seorang lagi melihat sahaja sambil senyum2 gembira dan diperhatikan oleh seorang pak cik yg bertugas.
Hari ini saya akan exam tapi waktu examnya agak lewat, jam 5ptg. 2nd last paper. Esok, paper last dan saya akan meninggalkan kolej ini. Dek kerana pasangan itu tadi, kenangan yg lama pun kembali datang kepada saya.

Saya ni pernah membuka hati seluasnya untuk seorang adam. Sangat luas tapi hanya terbuka untuk adam itu sahaja. Adam itu pun, ternyata ingin masuk ke dalam hati saya ini. Lama saya buka pintu ini sehinggakan saya rasakan seolah-olah adam itu sudah pun masuk. Namun, kerJA TuhaN sIApa yG tAhu. Semua itu hanya khayalan saya sahaja. Ada pintu lain yg baru sahaja buka, adam itu masuk tanpa menoleh ke pintu saya. Dengan sendirinya, pintu saya ini terkatup serapatnya walaupun di sebalik pintu itu, penuh dengan darah campuran air tangisan.
Sampai sekarang, pintu itu masih tertutup. Hanya menanti ketukan siapa yg sudi. Namun, di sebalik pintu itu, luka2 yg berdarah itu, tidak lagi berdarah. Air tangisan sudah kering. Parut2 yg tinggal pun semakin hilang kesannya. Cuma di ingatan, memori itu akan kekal.
Saya sentiasa doakan adam itu bahagia dalam pintu yg dipilihnya dan ternyata adam itu gembira kerana saya melihat pasangan itu gembira berboncengan di pagi hari.

Esok, saya akan mula meninggalkan tempat yg byk memberi saya ilmu yg bukan akademik. Kenapa saya tinggalkan tempat ini sedangkan saya masih ada masa 1tahun untuk menuntut? Jawapannya ada pada saya sendiri dan segala ketetapan dariNya.
Episod saya di luar sana, mungkin lebih gembira dan mencabar dengan kehadiran generasi2 baru keluarga. Yang saya pasti, hanya kepada mereka tempat saya gembira sambil menanti ketukan azimat mereka yg sudi...

Friday, April 17, 2009

kemPuNaN daN bimBang

ahaahahhahaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh...
tahun ini saya kempunan sekali kerana tak dapat menghadirkan diri ke Pesta Buku PWTC. Kempunan rasanya. Tarikh Pesta Buku in pun jatuh pada minggu exam final. AAAAHHHH.. Saya sedih tiada berlagu. Tiada teman ingin ke sana. Nasiblah badan, tiada teman yg gemarkan buku.. Kalau nak ditakungkan air mata yg nangisnya di hati sahaja, hmm, berjanggut pun tak menitik setitis pun.
Ada lagi yg menggusarkan saya. Cuti ini, saya ada latihan praktikal. Kiranya tak cuti la pun. Nak dijadikan cerita, saya praktikal bersama seorang rakan yg akan duduk dirumah saya selama 2 bln ni. Ketika itu, dia tidak mempunyai teman lelaki lg. Tapi sekarang, lain pula jadinya. Bukan saya jeles tp saya bimbang teman lelakinya itu dtg ke rumah dan kerap datang hingga jiran saya nnt akan tertanya-tanya. Huh~~~

Monday, April 13, 2009

kESAbarAN..muNGkin

Kalau anda punya kesabaran, sudah tentu anda jadi seperti saya. Saya ni boleh dikirakan sbagai manusia penyabar dan paling penting, tidak mementingkan diri sendiri. Pernah sahaja segala tugasan yg diberikan dan sepatutnya menjadi tugasan berkumpulan, menjadi tugasan saya sendiri atau dalam erti kata lain, menjadi tugasan individu. Mengapa semua ini terjadi? Pernah anda fikirkan apa sebabnya?
Walaupun anda sudah tahu jawapannya, saya tetap ingin beritahu. Semuanya gara-gara saya mengasihani ahli kumpulan kerana mereka terlalu banyak kerja dan saya tidak menjadi selfish. Saya terima kesibukan mereka sedangkan kerja saya yang begitu banyak ekoran merelakan diri menjadi kepala sesuatu tugasan berkumpulan. Dan, kerana saya tidak mahu menjadi penjual ikan (selfish), saya bahagikan tugasan supaya setiap ahli kumpulan merasa tugasan-tugasan tertentu. Supaya mereka dapat mendidik diri mereka supaya pandai membahagikan masa harian mereka dan menjadi orang yang berdisplin. Sudah saya bahagikan tugasan itu seawal yg mungkin supaya mereka punya masa menyiapkannya. Namun, apakan daya, manusia hanya pandang yg buruk sahaja. Boleh saja saya menyiapkan tugasan berkumpulan itu sendiri. Tak payah melibatkan manusia laen. Tapi bila difikirkan balik, inikan tugasan berkumpulan, jadi perlu la buat secara berkumpulan. Bukankah begitu?
Itulah, bukan kita boleh menukar sesuatu ketetapan yg telah ditulis-Nya untuk kita hadapi. Apapun, saya terima mereka seadanya.
Tidak semua manusia sempurna. Tidak ada siapa pun yang memahami apa yg terkandung di hati mahupun benak fikiran manusia lain. Kelemahan dan kelebihan itu sebenarnya saling melengkapi. Saya terima teguran dan kata-kata anda, namun hakikatnya
KerJA TuHAn SiaPA yG taHu

Saturday, April 11, 2009

suDah pasTi itU semUA

Kelegaan yg maksimum apabila segala kesusahan kita selama ini menampakkan hasilnya. Sampaikan terjadinya perkara yg memalukan diri sendiri. Namun, sebagai manusia, idop ini takkan habis selagi Tuhan Yg Kuasa mengambil balik apa yang dipinjamkannya kepada kita.

Tekontang-kantingnya aku kerana tidak mampu merencana kehidupan di kampus, itu khilafnya aku sendiri. Kala hendak ditujukan jari kepada orang laen, pastikan smua jari tertuju.
Apabila kita berada dalam kesusahan dan tiada siapa yang membantu, jgn kita putus asa. Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada yg tidak membantu itu, kerana kita perlu tahu pengalaman sendiri yg kita dpt dari kesusahan itu, mengajar kita apa ertinya hidup. Berbanding dgn manusia yg tidak membantu itu, walhal kerja itu rencananya adalah secara bersama. Namun, apa perlu aku peduli? Hidup ini anda yg tentukan.

Yang dapat aku pelajari, jgn kita menjadi perasan atau dlm kata lain, menjadi terlalu banyak rasa pada diri. Andai kita keliru atau ada persoalan yg menganggu, adalah baek kita berusaha untuk mendapatkan jawapannya. Dan hari ini, aku rase lebih lega kerana aku sudah punya kepastian tentang itu.

Dan senyumnya itu, yg boleh buat aku yg sedih ini gembira, maka berterima kasihlah kita kepada Siapa yg Menjadikannya dan Merencanakannya kepada kita. Mana pernah paras pandangan mata kami sama. Semoga pandangan itu bukanlah dari dorongan makhluk durjana. Andai ia pon, smoga aku terus berpegang kepada jln yg lurus dan aku kini, Kembali teringat semasa permulaan hidup di UPM dulu~.

Wednesday, April 8, 2009

mENJadi seMakIN deWAsa

Apa2 yg kte kne buat, mesti buat dgn terbaek.
Apa2 yg kite hadapi, kalau kite pandang dgn pandangan yg elok dan positif, maka apa yg kite akan dpt sbnrnye, sgt byk.
Jangan mengeluh dgn keadaan dan ujian kerana disitulah kita akan tahu apa itu kehidupan.
Tanpa cabaran, hidup ini takkan bermakna dan akan jadi kosong umpama sehelai kertas A4 putih tanpa sebarang habuk.
Bagaimanapun, hidup ini, anda yg tentukan dan andalah yg memilih untuk meletakkan warna apa pada kertas yg putih itu.
Takkan diuji seseorang hamba itu, di luar kemampuannya. Takkan dijadikan sesuatu makhluk iu tanpa sebarang manfaat dan sebagai manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ni. Malah makhluk sekecik hama dan tak senampak virus, ada gunanya.
Subhanallah dan Alhamdulillah kerana aku dikurniakan akal yg sangat bergune ini.
Segalanya terletak pd empunya badan dan aku rasa, aku semakin dewasa setiap hari.
Hari2 yg lalu, aku jadikan panduan untuk hari mendatang. Apa yg akan jadi, hanya Tuhan yg Tahu dan terime kasih kehidupan yg sebenarnya menarik jika anda hayati kerana hidup akan lebih bererti jika dihayati sebab Kerja Tuhan SiapA yG TAhu