Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Sunday, November 29, 2009

iSi mASa LAPanG

Sememangnya cuti semester akan bosan jika tiada apa hendak dilakukan. Dan sememangnya niat di hati untuk membaca sebuah novel tetapi tidak tahu novel apa yang hendak dibaca. Dan akhirnya, terdetik di hati untuk mendengar lagu OST dari filem Ketika Cinta Bertasbih. Nah, sekarang ini lagu "Ketika Cinta Bertasbih" oleh Melly Goeslow(beginikah ejaannya?) bermain-main di blog ini. Haha..Entah apa-apa. Saya agak ketinggalan kerana cerita ini sudah lama berada di pasaran(Indonesia, di Malaysia tiade) .

Walau apa pun, dengan semangat yang waja dan berkobar-kobar, sebentar tadi saya bergegas ke Alamanda di Putrajaya untuk membeli novel karya Kang Abik ini. Langsung saya beli kedua-dua episod. Hahaha. Saya lebih senang membaca dari menonton ceritanya. Sama lah juga dengan novel Ayat-ayat Cinta.

Memang, saya gila membaca novel tapi novel bukan sebarang novel. Novel dibaca perlu ada ilmunya. Pandai sungguh penulis-penulis, mereka bukan saja-saja menulis tapi mereka juga berdakwah. Wah, novelist atau penulis pernah menjadi angan-angan saya suatu ketika dulu. Semuanya gara-gara pertama kali membaca karya Ustaz Faisal Tehrani lah. Pada ketika itu beliau menulis di ruangan akhbar Utusan Malaysia bahagian cerpen, kalau tak silap saya. Pada ketika itu, Tunggu Teduh Dulu menjadi taruhan.

Siapa sangka, dari sikap saya yang asyik dan gila membaca novel-novel cinta entah apa-apa itu, terus sahaja berubah ke arah membaca novel-novel karya beliau. Bersahaja dan berilmu. Kadang-kadang yang biasa itu boleh menjadi luar biasa. Dari situ, terus-menerus saya membaca karya beliau yang mengkritik dan beralas-alas yang sedap dalam penulisannya. Anda patut baca karya-karya beliau. Entah macam mana, boleh pula saya membaca karya Kang Abik ini. Sebetulnya, memang saya sedang memahami karya beliau. Tak cuba, kita tahu. Tak kenal, maka tak cinta. Hehehe..

Semoga cuti ini saya menjadi lebih senang dan selesa dengan percutian bertemankan novel-novel Habiburrahman El-Shirazy .

Friday, November 27, 2009

k0RBaN rASa


Di malam Hari Raya Korban ini, saya ingin juga menulis walaupun esok perlulah bangun awal untuk persiapan masak-masak raya dan apa-apa yang patut. Walaupun sambutannya tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri (memang sudah menjadi kebiasaan di Sg Ramal ini), namun masih ada sambutannya. Bersolat raya dan menanti lembu-lembu dan binatang-binatang yang merelakan diri untuk dikorbankan.

Sebentar tadi, baru sahaja menonton Halaqah di TV9 dan tajuknya "Kahwin Dulu". Agak rugi sebab saya hanya menonton bahagian akhir rancangan. Herm, tapi ilmu yang dapat dari penceramah, menyebabkan saya ingin menulis sedikit di sini. Dan rasa-rasanya boleh dikaitkan dengan perkataan 'korban'.

Halaqah bercerita tentang kahwin dulu, baru bercinta. Maknanya, berkorban perasaan cinta sebelum kahwin ke? .. Erk, tapi saya tak pandai nak mengarang seperti penceramah2 itu bercerita. Saya petik sedikit apa yang dikata tentang cinta antara yang bukan muhrim adalah haram mengikut sesetengah ulama'. Saya tak dapat tangkap pula siapa ulama' tersebut. Kemudian, penceramah itu ada berkata tentang pandang sekali, dua kali tidak mengapa tapi pandangan ketiga adalah pandangan syaitan. Ustaz di zaman saya sekolah pernah juga berkata tentang hal ini tapi saya ingat2 lupa. Kesiannya la saya ni, melupakan ilmu. Itulah akibat tanam pokok yang tidak mengeluarkan apa2 hasil..hmm~~

Penceramah kedua berkata tentang persiapan perkahwinan, yang mana ada 3 kunci utama iaitu:
  1. kunci rumah : tempat tinggal
  2. kunci kereta/motor : kenderaan untuk bergerak ke mana-mana
  3. kunci pejabat : perlu ada kerja . Nak bagi makan apa kat anak orang kalau tiada kerja?. Persiapan kenduri-kendara pun at least perlu ada RM 10, 000.
Beliau juga berkata yang perkahwinan ini bukannya seperti bermain pondok-pondok. Berkahwin dan bercerai-berai. Nauzubillahminzalik. Semoga saya dan anda tidak tergolong dalam golongan yang bermain pondok-pondok itu, walaupun mungkin semasa kecil-kecil dahulu pernah bermain permainan ini.

Penceramah ketiga berkata: Perkahwinan Adalah Ubat Cinta Ada hadis menyebut:

"tak pernah ada sesuatu yg lebih berkesan dan ubat yang mujarab kepada dua manusia yg bercinta, melainkan nikah"

Oh my, what else should I said about cinta. This is totally correct. Daripada resah terbayang-bayang orang yang dicinta, bukankah lebih baik kahwin saja? Namun nak berkahwin kena la cukup syarat, yakni sudah punya kemampuan dari segala aspek.

Teringat saya semasa belajar dahulu, ada belajar tentang maksud mampu ni. Tapi, tak berapa nak ingat. Hehe. Maaflah, saya ni tak cukup ilmu lagi tentang kahwin dan nikah ini. Maknanya, saya tak mampu lagi. Tapi saya yakin yang saya ini boleh dimampukan. Cuma butuh masa sahaja. Lagipun, saya ni bukanlah pandai dan faham apa itu cinta.

Sebab kadang-kadang saya keliru antara cinta dan bisikan syaitan ataupun nafsu semata-mata. Lantas, apa yang saya lakukan adalah sentiasa minta petunjuk dari Dia Si Pengurnia Cinta. Supaya nanti saya selamat dari hanyutan nafsu dan godaan2 dari musuh yang nyata, biiznillah.


Rasanya banyak lagi yang dikatakan oleh penceramah2 itu tapi saya tak sempat menontonnya semua. Kalau anda ingin menonton sepenunya tontonlah di Halaqah di TV9 - perlu log in dan sign up -
Semoga saya dan anda yang belum berkahwin, terutamanya, berada dalam Mawaddah Ar-Rahmah
Selamat Berhari Raya Korban !~!

Friday, November 20, 2009

biRd tHAt fLiEs - buRung yG tERbaNG

Apabila terkurungnya seekor burung di dalam sangkar, maka ia akan meronta-ronta untuk bebas. Apabila pintu sangkar dibuka, maka terbanglah ia tanpa menoleh-noleh ke arah tuannya itu. Di kejauhan, terbangnya burung itu melepasi angin yang sepoi hinggalah diredahnya angin taufan yang kencang.

Puas terbang, berehat ia mencari bijiran seperti yang biasa dimakannya tatkala di sangkar dahulu. Dicari di setiap dataran yang dijumpa. Dikais-kais tapi tiada. Yang kelihatan hanyalah geletik-geletik anak cacing ketakutan. "Mana buleh cek makan depa ini. Kesian, nanti mak pak depa carik. Apa cek nak kata?"


Teringat lah ia makanan bijirin yang pelbagai disediakan oleh tuannya dahulu. Ada bijirin dari nasi kandar, laksa asam, roti canai. Kadang-kadang ada juga tuannya bawa minuman sedap-sedap seperti teh tarik. Perutnya berkeroncong kuat, tekaknya dahagakan minuman sedap. Puas dicari, tak dijumpa.




"Apa buleh cek buat. Nampaknya terpaksa lah cek makan jugak depa ni. Dah2, hang pa tak yah buat muka kesian. Cek dah lapaq ni, bersiap sedialah" Dimakannya anak-anak cacing itu tanpa peduli apa lagi.


Sekarang baru diketahuinya bahawa bukanlah mudah untuk dia terbang sendiri. Cari makan pun susah. Pabila difikir-fikir lagi, ada baiknya kalau ia terbang melebarkan sayapnya dari duduk menunggu disuap makanan di sangkar itu. Kalau tak dikepakkan sayapnya itu, bagaimana nak tahu kepak itu boleh berfungsi atau tidak. Sejauh mana sayap itu boleh berkepak.


Menetas sahaja dari lapisan yang keras itu, makanan sudah ada di depan mata. Pernah juga dibawa keluar dari sangkar itu tapi ia sendiri masih tak mampu untuk berkepak kerana ketika itu masih kecil. Sudah itu, tak pernah lagi dibawa keluar dari sangkar.




"Tak pa lah. Takkan cek nak pi balek sangkar tu. Nanti2 cek balek la. Mana boleh cek balek teruih. Banyak benda cek nak carik ni. Mana tau kepak cek ni buleh panjang lagi. Boleh la cek terbang jauh lagi. Apa2 pun, cek mesti balek jugak nanti. Pi mai pi mai tapi tak tang tu. Tu janji cek kepada diri cek ni"

cuTi sEk0LaH daN cuTi kAhwiN


Musim cuti sekolah, musim orang kahwin. Teringat perihal abang saya dengan kegatalannya ingin berkahwin kira-kira 5 tahun yang lampau, pun bulan 12 ni juga menjadi pilihan. Siapa lagi yang buat hantaran kalau bukan saya dan mama yang bertungkus-lumus. Abang pulak, sibuk-sibuk miang. Baru saya tahu, macam tu rupenye orang gatal nak berkahwin. Mentang2 la dia yang sulung dan kahwin dulu. Tapi masa kak ngah, tak de la pulak gatalnya macam abang. Mungkin sebab dia lelaki kot. Baca message kat hp, senyum2 sorang2. Orang lain nak tengok handphone, tak bagi plak tu. Memang begitulah nampaknya. Jadi, anda jangan hairan dan terperanjat jika ada saudara lelaki anda yang menggetik-getik dan menggedik-gedik di saat menjelang hari perkahwinannya.

Sedang lepak-lepak menonton cerita seram di tv3, sambil baca-baca majalah MIDI, khas untuk wanita 40 tahun ke atas. Tapi saya baca jugak, peduli apa, saya butuh ilmu. Cerita tentang, anak2 nak kahwin, ibu bapa risau. Saya saja2 tanyakan kepada papa dan seperti biasa, 1 baris soalan ditanya, jawapannya adalah karangan 1 mukasurat. "Mesti la risau, kadang anak tak cukup duit. Abang ko dulu.. bla..bla..bla..nasib baik..bla..bla.." . Ini yang merisaukan saya ni, macam mana nanti bila saya nak kahwin nanti? Kena kumpul duit dari sekarang ni, tak kisah la bila saya nak kahwin. Tak payah la nanti nak menyusahkan papa dan mama.

Kebetulan ada kawan sekolah rendah saya yang bakal menikah 18 December ini dan majlisnya awal bulan 2010(xingat bulan berapa). Mana dia dapat duit nak buat kenduri? Dah la tak kerja lagi. Oh, tidak mengapa. Keluarganya dari orang berada. Punya ongkosnya. Wah, awal sungguh dia berkahwin. Baru 21 tahun dan pasangannya 22 tahun.

Ish, saya tak punya calon lagi ni. Dah la sudah nak habis belajar, tak dapat2 lagi. Tipulah saya andai tiada yang cuba mendekati tetapi yang datang itu tidak bersungguh. Seperti main-main sahaja, tidak serius. Dan diajaknya saya untuk berjumpa dengan menelefon, entah mana didapatnya no hp saya pun, tak saya ketahui. Tak mahulah saya, langsung tak saya kisah. Bukan saya sombong, saya tak mahu dipermain. Selepas itu, ada lagi. Cukup sifatnya pada mata saya tapi lagi sekali, tiada kesungguhan. Biasanya memang saya akan melihat sejauh mana kesungguhan seseorang itu dahulu. Kemudian, baru saya buat keputusan. Selepas itu, tiada yang bersungguh. Jadi bagaimana? Baguslah tu. Saya pun boleh fokus kepada pelajaran. Tiada komitmen terhadap mana2 hubungan.

Kadang-kadang terfikir, egokah saya ni? Ye la kot. Tu la takde siapa berani dekat. Hahaha. Padan muka saya. Habis tu, dah memang gini, camna nak buat lagi. Susahnya nak mencari pasangan yang telah ditulis untuk kita ni. Mungkin masanya belum tiba lagi kot. Harap-harap, tidaklah terlalu lewat saya kan ketemu dia nanti.

Kerja Tuhan Siapa Yang Tahu.
Dia tahu yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Pinta dan teruskan berdoa.

Thursday, November 19, 2009

MenjADi pEreMPuAN

Jika menjadi seorang perempuan, tentunya menjadi orang dapur. Tapi perempuan zaman millenium ini, terutamanya yang sebaya dengan saya, mungkin rimas dengan tanggapan ini. Orang dapur..

Emak-emak dan juga makcik2 akan berkata : Alah, belajar tinggi2 pun ke dapur juga nanti. Anak2 perempuan pun berkata : Siapa nak jadi orang dapur? Ish, tak kuasa la. Apa susah, nanti upah la orang gaji.

Malunya, dulu saya pun berangggapan begitu. Namun sekarang tidak lagi. Gara-gara tergerak hati untuk membaca Ketupat Cinta[Musim Pertama] karya Faisal Tehrani.

"..dinamai orang dapur kerana ia bermakna rezeki. Kerana itulah susu orang perempuan pun dipanggil orang dapur kerana memberi ia minum untuk anaknya sampai usia boleh memamah bubur. Kerana itulah kita Melayu, oleh rasa hormat kepada perempuan memanggil isteri kita orang dapur kerana isteri itu diandai bagai rezeki, memberi anak, menjamu juadah dan mengurus rumah tangga. Jadi janganlah ada orang perempuan di kemudian hari meminta yang bukan-bukan, merasa hina digelar orang dapur atau memandai-mandai mahu melawan fitrah kerana erti dapur itu bukan main mulia dan baiknya. Berada di dapur itu menjadi dia penjaga rezeki keluarga, tidakah itu molek sekali duduknya..."

Benar kata Ustaz Faisal Tehrani ni. Bukankah dalam agama Islam itu sendiri sudah mengangkat darjat perempuan sebaik-baiknya? Dalam Al-Quran ada surah Maryam, An-Nisa'. Cerita tentang kelebihan2 menjadi perempuan. Tak kisahlah apa bangsa pun. Masuk syurga senang, tapi masuk neraka pun senang. Dikurniakan wanita itu seindah perhiasan dunia. Kalau kita nak beli kain ataupun apa2 barang, mesti je kita nak yang baru, kalau boleh yang siap berplastik lagi, takde orang pernah bukak plastik tu.

Lu'lu'(mutiara) yang paling cantik pun perlu dicari di lautan dalam.
Di sekolah dulu, selalu sahaja mendengar cerita2 ustazah tentang kedudukan perempuan, tapi sayang, saya dah semakin melupakan ilmu2 itu. Ye la, sebab saya tinggalkan sekolah itu dan tak pernah pun saya toleh-toleh apabila keluar dari pintu pagar sekolah. Kejam kan saya ni?

Berbalik kepada cerita perempuan. Perempuan ini banyak ragamnya. Iya lah, nafsu yang dikurnia banyak. Mungkin tu kot sebabnya banyak yang masuk neraka, gara-gara tidak dapat mengawal nafsu. Nauzubillah minzalik. Semoga anda dan saya tidak tergolong dalam golongan2 itu. Perempuan ini juga, banyak sakitnya. Sakit sebelum kahwin, sakit semasa bersalin. Tapi saya percaya bahawa penyakit itu penawar dosa. Dan penyakit2 itulah membuktikan bahawa perempuan itu adalah perempuan. Selepas sakit, kita menjadi lebih faham tentang diri kita, tentang kehidupan dan menjadikan kita lebih matang. Betul tak?

Perempuan juga banyak emosinya. Saya sendiri mengaku, senang sahaja menitis air mata gara-gara tersentuh rasa terhadap sesuatu. Sekasar mana pun perempuan itu, cubalah bercakap dengannya dengan nada lembut, pasti terusik juga jiwanya. Walaupun luarnya, seperti tidak ada apa tapi sebenarnya sedang mengawal diri supaya bersikap selamba. Cover2. Hati seorang perempuan itu, senang saja terusik. Walhal sepatah perkataan seperti sayang dan cinta, bagi seorang perempuan sangat mendalam maknanya. Bukan mudah untuk diguna di mana-mana sesuka hati. Ucapnya pun sungguh bermakna dan untuk yang tertentu sahaja.

Bersyukur kerana dikurnia fizikal dan minda yang sempurna. Rezeki melimpah yang dikurnia juga merupakan satu ujian. Jangan kita lupa, leka dan alpa. Menjadi seorang perempuan yang juga orang dapur, perlu kita bersyukur. Dek sifat seorang perempuan itu setia, taat, amanah dan bijak, perempuan diberi gelaran orang dapur. Banyak yang tersirat. Jangan diguna kelebihan dan kurniaan itu kepada perkara-perkara yang tak diredhaiNya. Perlu ingat, yang mengurniakan kelebihan itu semua berhak untuk mengambil semula apa yang dikurnia. Seperti tuan rumah dan penyewa. Kita hanya penyewa sementara sahaja.
  • tidak tahu kenapa tiba2 terpanggil untuk menulis tentang perempuan
  • doa2kan saya supaya menjadi orang dapur yang cemerlang dunia akhirat (^_^)
  • Ketupat Cinta [Musim Kedua] boleh dibaca di blog FT

Monday, November 16, 2009

aDa yG mENgGaMiT

Sepatutnya, tangan laju menaip proposal final year project. Banyak yang perlu dibetulkan. Perlu hantar esok tapi minda seolah-olah di-block oleh perkara-perkara lain yang mendesak. Sudahlah. Berkali saya buang dari kotak fikiran, semakin ia datang.

Teringat saya lambaian Ka'bah di tanah suci yang masih segar di ingatan walaupun sudah hampir 8 tahun saya tinggalkan. Masakan saya boleh lupa kerana ketika pandangan terakhir itu, terdetik di hati, bila lagi saya akan jejakkan kaki di situ. Sayu melihat, namun hati terpaksa merela pergi. Ketika itu, baru sahaja tingkaan 1, 13 tahun je. Masih tidak matang namun, bagaimana saya boleh merasai kesayuan itu, saya tidak pasti. Bulan lepas, kalau tidak silap. Emak saya berhasrat ingin mendaftar untuk kali kedua dan ayah saya menyuruh saya supaya daftar sekali. Ketika itu, tidak merasa apa. Betapa jahilnya saya. Namun, setelah difikir-fikir, ada baiknya. Tunggu giliran, pasti sahaja lama. Daftar sahajalah nanti, insyaAllah.


Pun begitu, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, mampukah saya berkorban? Ketika melawat makam Rasulullah, para pelawat menitiskan mata di hadapan makan baginda. Saya yang masih tidak matang dan sedikit ilmu ketika itu, menjadi pelik kerana ketika itu jugalah, bagai ada satu rasa rindu kepada Baginda, yang saya tak tahu bagaimana raut wajahnya. Biasanya, saya akan teringat-ingat di minda seseorang yang hanya saya pernah lihat wajahnya sahaja.

Tempat paling mustajab berdoa, sempat saya solat sunat walaupun ketika itu, saya solat sahaja tanpa sepenuh hati menghayati. Melawat di perkuburan Baqi, Masjid yang berkiblat dua (xingat nama), melihat dari jauh Gua Hira' (kalau tak silap). Semua nya kabur-kabur sahaja dalam ingatan. Tidak berapa saya ingat. Namun, ada 2 perkara yang saya kesal kerana tidak melakukannya ketika punya kesempatan itu. Pertama, mencium hajarul-aswad. Walhal ketika itu, mak dan adik saya sempat pergi dan ada ruang untuk saya ketika itu. Kedua, mendaki dan berdoa di Jabal Rahmah. Paling saya kesali diri ini kerana ketika itu saya mengikut kakak saya yang berkeras hati untuk tidak naik dan berdoa di tempat pertemuan Adam dan Hawa. Entah apa-apa yang saya fikirkan ketika itu. Walhal mak dan adik saya memanggil-manggil kami naik.

Ya Tuhan, maafkan hambaMu yang sombong dan kerek ini.
Sampai sekarang, setiapkali ternampak lambaian terakhir Ka'abah,
pasti sahaja Jabal Rahmah pun menggamit juga.
Entah bila kan pergi lagi ke sana.
Pasti saja Kau memberi yang terbaik untuk hambaMu.
Kuatkan hati dan iman untuk saya tempuhi dugaan yang Kau beri.
Tolonglah, bantu diriku agar terus berjalan di jalanMu yang lurus.

Saturday, November 14, 2009

bErNyaNyi LaGi sEbab sAya sUKa

Ada sedikit kelegaan kerana exam untuk sem 5 ini, sudah saya habiskan.. Dan seperti biasa, saya suka menyanyikan lagu-lagu yang punya makna yg best. Bersendirian di rumah membuatkan saya boleh buat apa-apa yang saya suka. Hahaha. Siapa suruh tinggalkan saya sendirian. Tak mengapa, saya sudah biasa sejak tingkatan 1 lagi. (^_^)

Lagu ini dalam Bahasa Perancis yang dinyanyikan oleh orang arab Cheb Khaled tapi ditulis oleh seorang perancis.
Lagu ini ada banyak versi,
English dinyanyikan oleh Outlandish - Aicha
Melayu dinyanyikan oleh Yassin - Aisha yang dah tak dalam Brothers.
Tapi saya lebih suka yang asal. Di bawah ada translation dari lagu yang asal.
Enjoy the song ~~



Khaled - Aicha
As if I don't exist
She was passing by me

With no regard, the Queen of Sheeba

I said, Aisha, take this, all of it is for you


Here, the pearls, the jewels,

also the gold around your neck

The fruits, well ripe with the taste of honey

And my life, Aisha if you love me!


I will go where your breath leads me,

In the countries of ivory and ebony

I will erase your tears, your sorrows

Nothing is too beautifull for a girl so beautiful


Aisha, Aisha listen to me

Aisha, Aisha don't go

Aisha, Aisha look at me

Aisha, Aisha answer me


I would say the words, the poems
I would play the music of the sky

I would take the rays of the sun

to light up your dreamy eyes


Ooh! Aisha, Aisha listen to me
Aisha, Aisha don't go


She said: "Keep your treasures,

Me, I'm worth more than that.

Bars are still bars even if made of gold.

I want the same rights as you

and respect for each day,

Me I want only love."


(In Arabic)
I want you Aisha and I love you to death
You are master of my life and my love

You are my years and my life

I hope to live with you, only you


p/s : saya senyum2 menyanyi lagu ini (^_^)

Monday, November 9, 2009

bEaTLes tHat siNg tO mE

Well, this song Hey Jude by The Beatles really made me feel better.
I'm not saying, it healed me completely but it's the lyric made me become stronger.
Wah, why i'm speaking London ni ??
Whatever it is, the song from Justika - Dia Harus Tahu is also made me feel better.
The melody of the song. Very catchy and I like.
So, enjoy and feel the songs. The melody and the lyrics.

-tHe bEatLes-

Saturday, November 7, 2009

yG bAik uNTuk yG bAiK

Satu perubahan yang berlaku, ada iramanya.
Dan perubahan yang berlaku itu, boleh berlaku samaada sekelip mata atau lama mata memejam.

Ceh, bermadah-madah pulak..Padahal tengah tension dan geram, ditambah pula stress telah menyebabkan semakin teruk mata saya ni. Bermula la dari demam, selesema dan sakit mata. Badan je besar, tapi selalu je sakit, sejak kebelakangan ni. Manalah boleh saya menahan diri dari merungut-rungut, begitu payah untuk menelaah pelajaran. Ada 3 lagi paper untuk diganyah setelah 3 paper sebelum ni yang entah apa2.

Namun, kejadian Tuhan itu, Siapa Yang Tahu. Sesungguhnya, penyakit itu penawar dosa. Banyak dosa-dosa kecil yang tak disedari selama ni. Mungkin anggota yang paling banyak dosanya akibat tidak dapat mengawal diri sendiri adalah mata. Itula sebabnya mata ini sakit berair-air.

Entah macam mana tadi, saya mendapat tahu sesuatu berita yang agak menyakitkan hati saya, maka semakin banyak pula air lelehan ini, merah mata menyala-nyala. Berpesan-pesan saya kepada diri sendiri bahawa adam itu terlalu baik untuk saya yang agak tidak baik ini. Orang-orang yang baik untuk mereka yang baik. Itu saya sentiasa terapkan dalam diri kerana jiwa ni selalu mengimpikan adam yang baik-baik sebagai peneman hidup. Ah, nampaknya saya perlu kuat untuk melupakan angan-angan itu sebab saya jahat. Tidak sesuai untuk adam yang baik.
Oleh itu, terima seadanya apa yang di depan mata dan kurangkan angan-angan itu


p/s: sebenarnya niat diri untuk menulis tentang orang rumah dan rajukan hati, yang feminisme. Namun diketepikan sebab rasa-rasa yang menekan. Doakan saya mampu menjawab exam nanti dan lupakan tentang angan-angan yang tinggi menggunung itu

Thursday, November 5, 2009

rInGkaS jE

Nak menules.. Ada banyak nk kate..tapi esok ade exam..
Mane lagi penting? Exam ke bwat blog?..
Haha..Kene la berkorban..Tak rugi ape2 pown..
^_^

Tuesday, November 3, 2009

maAF yA ~.~

Tuan-tuan dan puan-puan, Ketahuilah mata saya semakin sakit dan bertambah alirannya. Saya tak mampu lakukan apa-apa. Telah berjumpa doktor tetapi tiada perubahan. Esok dan tulat saya akan exam, doakan semoga mata saya tak meragam semasa menjawab soalan ( itupun kalau tuan-tuan dan puan-puan baca).

Tak ada simpati yang diminta melainkan doa semoga Tuhan mengampuni dosa-dosa saya sebelum dan akan datang. Mungkin dan memang nyata ini petunjuk dari-Nya supaya saya kembali sentiasa mengingatiNya setiap detik seperti waktu2 dulu. Pandangan saya semakin tidak jelas tentang kehidupan dan juga pandangan realiti. Ada sahaja lelehan air yang mengalir, walau saya tak minta. Waktu dulu2, senang saja lelehan ini mengalir kerana sentiasa ingat padaNya. Tapi sejak saya sudah meninggalkan yang dulu-dulu itu, sungguh jarang lelehan itu menitis sehinggalah beberapa hari ini, sentiasa sahaja mengalir. Bukan apa, saya tak tahu apa yang dirancangkan oleh Tuhan untuk saya.

Kerja Tuhan Siapa Yang Tahu.

Sungguh banyak sebenarnya cita-cita saya di dunia yang telah saya rancang, tapi saya sangat sedikit merancang untuk dunia yang kekal abadi. Benarlah, saya semakin kabur di atas dunia fana ini. Terbawa-bawa dengan angan-angan yang tinggi memuncak.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya tak tahu berapa lama mata saya ini akan sakit. Andai tak sembuh-sembuh dan semakin teruk sehingga Tuhan menarik nikmatNya dari saya, bermakna ini mungkin penulisan saya yang terakhir. Andai sembuh, saya akan teruslah menaip kata-kata di sini.

Apa dikisah pada mereka yang tak suka kerana diri nekad berkata suka. Apa dikisah pada mereka yang membenci kerana diri penuh menyinta. Saya manusia penuh kelemahan diri
Minta ampun dan maaf dengan kesilapan ini :)

Sunday, November 1, 2009

LaGU yAnG meNYanYi

Berteman lagu : Hampa Hatiku oleh Ungu
Pernahkah kau merasa, hatimu hampa

Segan nak bercerita cerita hidup secara terus terang, tak mampu rasanya. Berkongsi cerita dengan manusia-manusia lain. Bukan lah kedekut, tapi siapa yang mahu mendengar? Ye tak?

Teman lagu bertukar ke : Khatimah Cinta oleh Sixth Sense
Sudahlah sudah, ku harus pergi, jgn kau tangisi aku lagi. Biarku bawa seluruh cintamu Ku dakap dalam tidur panjangku...

Tolonglah, puas saya cuba mengikhlaskan diri membantu dan mendengar sepenuh raga. Tujuannya untuk membantu. Namun, Bisikan Godaan(oleh Isma) begitu menggugah bantuan yang saya lakukan itu. Benarlah, nasihat dari seorang keluarga saya; takkan boleh andai kau cuba membantu kerana apa-apa perasaan itu, pasti akan menganggu diri sendri. Seperti memasang jerat sendiri. Telah mencuba seikhlas hati melakukannya. Namun,seolah-olah ada je balasan yang ku ingin.

Lagu bertukar ke lagu yang ku suka: Bengang oleh Akim AF7
Tak mungkin ku percaya, kata2 yg penuh dusta hanyalah mimpi berkata yang memilukan menambah pengaruh rasa hampa...cukup berkali kau berkata jgn diulang lagi dusta, jgn dipujuk hati yang terluka... akan ku teruskan hidupku oh tanpa mu~

Ye, akan ku teruskan hidup tanpamu


Telinga dihiasi dengan lagu : Teruskanlah oleh Agnes Monica
Kau dengan dirimu saja Kau dengan duniamu saja Teruskan lah.. Teruskan lah Kau begitu Kau tak butuh diriku...

Apa boleh saya berpura-pura? Tak mampu rasanya tapi saya akan cuba untuk terus memujuk diri dan menguatkan diri supaya terus maju mengejar cita yang bukan menagih sebarang rasa dari kamu-kamu yang saya tolong

Teman lagu saya bertukar ke : Pakai Buang oleh Stacy
cintaku bknnya jenis pakai buang biarlah lebih dr sehari apa kau sangka ku cinta segera..

Ye, betul tu Stacy, bukan cinta segera. Haha, kelakar nye bercerita tentang semua ini. Sepatutnya diri ini fokus kepada peperiksaan yang menentukan masa depan ini. Bukan bermain-main rasa di sini.

Teman terakhir lagu : Aku Pergi oleh Maximus
cinta yang mengalir itulah cintaku
dicipta untuk kamu namun aku
bukanlah yang terbaik untuk kamu…
biarlah ku pergi dari sisimu diriku tak mungkin bersatu denganmu

Wah, ternyata lagu-lagu di carta radio Era minggu ini, begitu sesuai dengan mood saya ketika ini. Terima kasih kerana sudi memutar lagu-lagu tersebut, sekurang-kurangnya, tak perlu lah saya mencipta mereka memutar-belit ayat untuk menyatakan apa yang dirasa. Syabas kepada penulis lirik. Salute!~