Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Friday, November 26, 2010

Hijau&Semangat


Yerkss..Berusaha untuk mengurangkan berat badan telah membuat saya tersiksa meminum minuman hijau ini, walaupun memang gemarkan warna hijau. Ooopss, bukan mengurangkan berat badan ye, tetapi membuang toksin dalam diri.

Kata orang di booth kesihatan tempoh hari, muka yang berjerawat adalah salah satu akibat penyahtoksinan dalam badan yang tidak bagus. Dan terdapat kandungan lemak(peratusan lemak dirahsiakan) yang tidak dapat terurai dek badan. Maka, saya telah mengambil langkah berani membuat pelaburan ini. Semoga saya akan kembali sihat dan bersemangat semula[heh, ada kaitan ke dgn semangat?]

Oh, tentang semangat. Hm, mungkin sudah ok. Biasalah tu, saya manusia biasa. Kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang di bawah. Pernah dengar yang perkataan manusia itu sendiri sebenarnya sudah membawa maksud pelupa. Dan pelupa itu adalah fitrah manusia. Kadang saya terbuai dan leka dengan emosi yang menggugah. Perlu sentiasa diingatkan supaya tidak terlalu emosi.

Apabila seorang muslim itu berada jauh dari Tuhannya, maka yang akan dekat menghampiri adalah syaitan yang direjam. Makhluk ini akan sentiasa mencucuk-cucuk jarum emosi kesedihan supaya muslim itu berputus-asa dan seterusnya menyalahkan Tuhan Yang Satu itu sebagai punca dan asbab kekecewaan dan kesedihan yang melanda. Menyalahkan takdir dan hanya menerima nasib tanpa berusaha, itu bukan jalan penyelesaiannya.

Ada satu cerita seorang perempuan, Rithah Al-Hamqa yang saya baca di blog semasa berjalan-jalan blog(blog walking..hehe). Mempunyai harta, tetapi agak tidak bernasib baik dalam kehidupannya terutamanya kebahagiaan dalam perkahwinan. Ditinggalkan lelaki tidak bertanggungjawab(yg hodoh sy kira..huh!~). Namun masih beruntung kerna punya harta. Dan akhirnya Rithah hanya meneruskan kehidupannya dengan sia-sia dan putus-asa. Nauzubillahi minzalik.


Ya Rabbi,
andai nanti Kau ujiku dengan ujian sebegitu
(
tiada bahagia, tiada suami&anak-anak),
satu ku pinta, janganlah Kau biarkan aku terus hanyut dalam emosi kekecewaan.
Berilah aku kekuatan.
Yakinkanlah diriku, yang Kau masih sayang kepada hambaMu yang pelupa ini.


[anda mesti sentiasa kuat !! jangan mengalah .. You make your life \(^_^)/ ]

No comments: