Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Saturday, March 19, 2011

Mungkin Rerama

rerama yang saya lukis,,chantek tak??
(,,byk kne improve -_-)


Memang susah hidup dalam dunia yang sendiri, yang orang lain tak pernah cuba untuk memahami atau memang susah untuk mereka faham. Atau diri sendiri masih susah memahami orang lain. Kadang-kadang rasa diri mampu dan bersemangat melaksana segala urusan dunia yang sementara dengan harapan mendapat redha dari Tuhan Penentu Segala, padahal yang termampu tiadalah sangat dan sesungguhnya tiada redha dariNya. Rasa diri sangat lemah. Oh ya, saya lupa saya hanya manusia kecil, lemah dan kurang segala. Tiada kuasa, rupa segala.

Seperti seekor rama-rama yang mula hidupnya melihat dunia luar selepas keluar dari sebiji telur yang sangat halus dan menjadi juga, ulat yang halus. Membesar hanya dengan memakan dedaun. Kemudian tidur tergantung menyepi diri. Pabila terjaga dari tidur, dijadikan Tuhan ciptaan terindah dunia, tapi sayang hidup yang seketika cuma kerana janji Tuhan untuk kehidupan yang lagi hebat di dunia lain. Cuma rerama ini punya rupa yang cantik (opposite with me).

orgkecil : cuba untuk tidak merasa dan fokus pada kerja agar lupa segala rasa-rasa itu. Maaf
..

Wednesday, March 16, 2011

Betik Muda Lagi


Kalau saya cerita pasal betik muda ni, faham-faham je la ye( bagi yang faham) . Kepada yang tak faham, maknanya anda kena baca buku Dr Faisal Tehrani - Tunggu Teduh Dulu.

Eh, kenapa awak jolok betik muda tu. Tak masak lagi la.

Alah, kita mengidam nak makan la. Orang kata betik muda ni sedap buat jeruk, buat asam.

Eii, banyak getah. Susah nanti.

Suka hati kita la. Kan kita yang nak makan. Ha, ke awak nak jugak? Cakap je la

.
Tolong lah. Saya tak kuasa nak menyusahkan diri dengan betik muda ni. Kita nak betik yang dah masak je. Kan sedap.

Sedap ke? Bukan betik muda lagi mantap??

Betik yang dah masak tu kan manis~ Oren2 je kalernye. Sampai burung pun makan. Ade ke burung makan betik mengkal muda yang kat pokok?

Ade je. Burung yang lapar. Alah, tak salahkan? Ciptaan dan rezeki dari Tuhan gak.

Ye la, ye la. Jolok la buah betik muda tu, jangan sampai terkena getahnya sudah le. Boleh gatal nanti.

orgkecil: sekian, itu saja cerite betik utk kali ni.. ^___^

Wednesday, March 9, 2011

Pintu Terbuka & Kambing Ke?

Kalau tak kenal maka tak cinta.Hmm,, ye ke? Bukan kalau tak kenal, tak kenal la. Ape pulak kaitan dengan cinta? Heh, kasih sayang itu milik Allah. Dia boleh bagi kita rasa cinta dan menariknya bila-bila saja. Sedangkan rasa suka boleh bertukar jemu, cinta bertukar benci dan menyampah.

Al-kisahnya, saya telah menyusahkan sekumpulan rakan kerja. Tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Sesungguhnya saya terlalulah tidak dapat memaafkan diri sendiri yang hina-dina ni. Maka, berjujuranlah titisan air dari hati nan kecewa, keluar melalui mata lalu membasahi pipi. Dan tiadalah tersela titisan itu hingga membawa ke tidur. Tidak mengapalah, jadikan pengajaran. Saya ini manusia yang lemah. Setelah 2 hari bersengkang mata dan tidur yang hanya keayam-ayaman, saya ketiduran yang mati. Itulah puncanya tugasan saya tidak siap. Ingatlah, manusia itu memerlukan rehat. Manusia itu lemah.



Dan hendak diceritakan, bahawa Allah itu tidak kejam. Kekecewaan itu tertutup dengan percutian ke Langkawi bersama rakan yang dulunya saya tidak kenal. Menaiki bot mengelilingi pulau indah ciptaan Tuhan, membuatkan saya leka dan lupa sebentar tentang kekecewaan dan kesedihan. Dan rasa kasih sayang yang diberi Tuhan untuk saya berikan kepada insan tertentu sudah terbit kembali. Sebelum ini, memang tertutup dan agak payah untuk terbuka dan dibuka. Alhamdulillah dan Subhanallah. Nikmat rasa kasih sayang Tuhan yang diberi kepada makhluk-makhluknya agar hidup aman di muka bumi ni. Rasa nikmat bersaudara dan berteman.

Ya, dulu sebelum ke tempat baru ini, saya rasa sendiri. Maaf, saya tak boleh terlalu sendiri. Gila jadinya. Dan saya tidak boleh sentiasa bersama orang yang sama sahaja setiap masa atau sepanjang tahun. Bak kata orang, dekat bau tahi, jauh bau bunga. Itu memang saya yang kecil (kecik ke??).

Namun, mana ada hidup yang sempurna. Ada cacat celanya. Tak boleh lah nak semuanya ikut gaya dan kehendak kita. Andai masuk ke kandang kambing, mengembek lah. Andai masuk ke kawasan harimau, mengaum lah anda.


Di sebuah kandang sekawan kambing yang putih (sheep), ada seekor kambing hitam yang tersesat masuk ke dalamnya. Dek kerana kambing hitam itu memang sudah tiada arahnya di luar kandang dan di kandang kambing putih itu memang ada kekosongan dan sudi menerima mana-mana kambing masuk ke kandang. Tabiat si kambing putih adalah dengan mengembek dengan bunyi "mmmm..baksikit". Namun si kambing hitam itu mengembek dengan bunyi "mmmm..baknyak". Amatlah tidak digemari si kambing hitam. Maka sakitlah dan tidak selesalah si kambing hitam di kawanan kambing putih. Si kambing hitam geram dan sentiasa sahaja marah-marah dengan kawanan kambing putih itu. Walhal kambing-kambing putih itu tiadalah apa, malah terus saja mengembek "mmmm..baksikit".

Tengok, siapa yang susah? . Mungkin kambing hitam tu punya pendiriannya sendiri. Kawanan kambing putih tu sepatutnya bawa berbincang dengan si kambing hitam itu. Bila dah berbincang dan sepatutnya hormat menghormati pendirian dan pendapat masing-masing. Dan cari penyelesaian andai terbit masalah. Selesaikan secara berhadapan, tak perlu cucuk dari belakang. Carilah kawanan kambing yang coklat untuk menjadi pengantara atau hakim atau penasihat yang natural, tak berpihak pada mana-mana. Yang penting adanya komunikasi dan toleransi.

Haha..Apalah yang saya merepek ni? Mengarut. Sudahlah, sila berhenti.

orgkecil : semakin menjadi tidak berape btol

Thursday, March 3, 2011

Sakit Hati

Sungguh banyak entri tentang rasa kebelakangan ni. Ye la, macam-macam rasa tu yang membuatkan hidup yang sementara ni rasa menarik. Ye ke?

Kalau gunung berapi itu diam dan memendam dalam tempoh yang lama, lambat-laun akan meletus juga. Aduh, lagi putus asa datang. Sakit hati bila hasil kerja tidak dihormati. Tidak mengapa andai membenci atau tidak suka hasil kerja saya. Kritik la sebanyak mana pun, saya boleh terima. Tapi jangan tidak menghormati. Macam mana kamu hendak dihormati andai kamu tidak menghormati orang lain. Memang menjengkelkan.

Maaf, saya tidak boleh untuk tidak merasa. SAYA MANUSIA BIASA, SAYA ORANG KECIL. Saya masih tak cukup ilmu untuk berbicara dengan kamu. Kerana saya sangat menghormati orang yang punya ilmu. Jangan sampai rasa hormat itu saya buang dan bertukar menjadi rasa loya dan menjengkelkan, jijik. Ya, kamu patut rasa bersyukur kerana peluang yang ada di depan matamu sangat banyak dan terbentang luas. Ya, kamu adalah golongan terpilih. Maka, janganlah kamu menjadi bongkak dan angkuh dengan kedudukan kamu sekarang ni. Nikmat yang Tuhan beri boleh diambil bila-bila sahaja.

Memang, saya beremosi ketika ini. Andai boleh saya sebutkan sahaja apa yang terbuku di hati ni, pasti kelam-kabut dunia kamu sebab kamu yang membenarkan diri kamu memakan cili yang pedas itu. Namun, saya sabarkan hati yang sedang amarah, saya renjiskan air-air kesabaran pada api yang marak itu. Banyak dah saya renjis dan semburkan. Namun sampai bila renjisan dan semburan itu mampu mengawal marakan api benci dan menyampah itu?~

orgkecil : sangat loya, muak, menyampah, jijik, kotor