Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, January 31, 2011

Keterujaan Sebuah Perjalanan

Ketika ini angin bertiup kencang dan hari-hari cuti yang dilalui seperti berada di England(kurang sikit) kerana musim sejuk sudah sampai ke Malaysia!~ [cit, poyoss jerh]

Mari kite bercerita tentang trip pertama saya semasa belajar di tempat baru ini. Mula-mula sepatutnya pergi bersama-sama rakan yang lain, namun sebab masuk kelas lewat seminggu, saya terpaksa pergi sendiri dan memilih lokasinya Putrajaya [je dan dekat dengan rumah dan semestinya balik rumah]. Saya melawat dengan agak terperinci Masjid Besi dan Perbadanan Putrajaya. Yang masjid itu, pergi bersama mak saya yang ternyata sangat teruja sebagaimana saya sendiri teruja melihat senibina yang terlakar indah.

Ciptaan manusia saja dah begini terpegun, bukankah Allah yang memberi idea, inspirasi dan ilham kepada manusia. Itu baru sedikit ilmuNya yang diberi. Subhanallah.

Tapikan, masjid itu menggunakan hampir 60 tan besi namun itu bukan ukuran.

Yang menjadi ukuran, biarlah amalannya yang 60 tan. Wallahualam.


Yang Perbadanan Putrajaya tu pun sama je. Tugasan saya adalah menyelidiki bangunan berdasarkan salah satu keyword yang diberi oleh En Hailane(pensyarah subjek design).

Dan saya memilih domino, yang entah apa saya pun tak faham sangat. Yang saya tahu, domino itu pizza dan juga permainan yang masa kecil-kecil dulu main.

Baru la tahu, domino itu juga ada pada bangunan, terutama bahagian tingkap dan pintu. Oooo~..

budak2 1 group gi round Klang

Itu baru trip untuk subjek Design 1 dan ada lagi trip minggu lepas untuk subjek Design Drawing 1 (ala-ala technical drawing),, nak tahu ke mana? Ke Klang (je) .

Pakcik yang kata : "jangan guna-gunakan gambar sy"

Tapi kan nak kongsi sesuatu, saya tak tahu kenapa saya sangat teruja di hari kejadian, walhal Klang je. Dulu-dulu pun pergi sebab melawat abang dan kakak di KISAS.

masjid baru di Klang

Rupa-rupanya memang jodoh saya dengan Masjid Sultan Suleiman yang dulu-dulu saya main-main naik lif dengan adik saya. Tak sangka. Kalau dulu masjid ini dilihat dari kacamata seorang kanak-kanak, sekarang pandangan sudah berubah[mentang2 la tengah blaja architecture].

Pakcik masjid dan lagi seorang rakannya yang mengatakan: "Bercintalah dengan Allah kerana Dia yang memberi rasa cinta itu"

Memang, saya seronok belajar di UiTM ini, bukan keranaUiTM itu sentiasa di hati [maaf, tak de sape bleh rampas takhta UPM di jantung ni], sebabnya, saya belajar course yang saya suka. Ya, memang banyak kerjanya. Tiap-tiap hari ada kelas, tiap-tiap hari ada kerja. Tidur pun ala-ala kadar tapi sebab saya suka belajar benda-benda ni semua, saya macam tak kisah, malah kalau terjaga tengah-tengah malam, terus ter-ber-semangat untuk membuat kerja-kerja yang tak siap lagi.

Cuma, saya takut nanti bila suka bertukar jemu. Sayang bertukar benci. Semangat bertukar putus-asa. Kawan bertukar musuh. Aduh, saya takut. Kerana saya ini orang kecil yang lemah hati dan imannya. Seperti lembiknya batang lalang yang membiarkan dirinya ditiup angin kencang, ke sana-sini.

orgkecil: setiap perjalanan punya hikmah andai seseorang hamba itu berfikir


Friday, January 28, 2011

Cantik dan Cucuk


Dah sebulan di tempat baru. Sangat menarik bila dalam kelas dan membuat tugasan terutamanya yang perlu design dan membuat model. Hahaha, agak gila sebenarnya kerana semester ni ada 2 subjek design. Satu ala-ala technical drawing, satu lagi yang betul-betul design, buat model. Nah, terimalah semuanya. Baru sekarang rasa macam belajar. Kalau dulu, belajar juga, tapi duduk depan komputer je yang banyaknya dan menulis dalam exam. Sekarang ni, tak de pulak banyak exam tapi banyak hasilnya. Kena buat hari-hari, baru jadi. Ni la yang saya cari selama ni. Sesuatu yang hasilnya nampak di depan mata. Sekarang ni pun tengah dok sibuk membuat model-model. Dah siap nanti, ada masa, saya tunjukkan model2 yang cantek tu [cantek ke?].

Ok, cerita lain..

Itulah, sudah dipesan berkali-kali "Jangan kamu menghampiri zina" , maksudnya tak boleh dekat sikit pun. Betapa saya kagum dengan seorang teman masa di sekolah dahulu yang sekarang ini beliau betul-betul sudah berubah ke arah yang lebih baik. Sangat saya tabik spring. Walaupun beliau bukanlah bersekolah seperti sekolah saya yang lebih ditekankan agamanya, beliau sudah sangat berubah dan membuatkan hati saya tersentuh. Betapa saya semakin jauh dengan Tuhan dan agamanya.

Umpama lalang yang membiarkan angin meniup dirinya, meliuk-lintuk ke kanan kiri. Saya, di tempat baru ni, agak kabut jadinya. Pengajian saya ni, kaum adam memang mendominasi dan setiap tugasan, paksa atau rela, memang dengan mereka. Memang saya ok, masih dapat menahan diri tetapi itulah, setakat ini, tidak tahu di masa akan datang. Pengalaman saya, memang bila kita selalu bekerja bersama dengan yang berlainan jantina, walaupun semasa bekerja itu tiada apa-apa, namun lama-lama seolah-olah ada bisikan suara yang menyuruh melebih-lebih memikirkannya. Saya sangat rimas. Berhenti dari mencucuk-cucuk dan berbisik-bisik dengan saya wahai syaitan laknatullah!!.

orgkecil: maaf, tiada gambar untuk post kali ini. Sape rajin, bace, sape tak nak bace, tgk je..sekian

Sunday, January 2, 2011

Jatuh Cinta Hanya Sekali

Mula-mula sekali, bila entry tentang kehidupan ni, yang penting, mesti gelak dulu. HAHAHAHAHA :D ..

Ok, let the stories begin,,

Memang betul rasanya bila orang kata : Jatuh Cinta Hanya Sekali. Minggu orentasi di UiTM hari tu, tak se-menarik masa di UPM. Mungkin sudah biasa di UPM, hidup lebih teratur dan berdisiplin semasa minggu orentasi. Di UiTM, agak tidak berdisiplin dan tak berapa semangat. Sebenarnya, faktor umur turut menyumbang ke arah ke-tidak-semangat-an tersebut. Biasa la kan kalau IPTA, minggu orentasinya mesti ada cheers kan? Tau-tau je la, bila dah cheer2 tu, kalau kolej yang semua perempuan, kena gedik. Kalau kolej yang semua lelaki, kena la yang gagah-gagah (kononnye). Boleh pula goda-goda cheers..Aduh, astaghfirullah.


Itu baru cheers, belum bab persembahan. Di UPM dulu, Malam Tunas Budaya(MTB) menjadi ukuran pelajar-pelajar baru. Di UiTM, mungkin sebab baru, jadi persembahan agak kurang sikit la. Saya ni memang suka buat persembahan masa di UPM dulu. Agak gemar suka teater atau lakonan yang punya makna. Jadi, di UiTM hari tu, saya pun mula nak mengorak langkah menawarkan diri untuk buat persembahan. Fuuhh~ .. Alhamdulillah, tergerak hati saya untuk menarik diri. Betapalah saya agak terpana dengan tahap 'tuuutt'nya. Tak boleh komen secara terperinci, bahaya. Memang persembahan itu baik. Cuma saya tak boleh nak bayangkan diri kalau saya yang perlu berada di pentas itu. No way man.

Kasihan saya tengok. Orang-orang Melayu, termasuk saya sendiri, sudah terlalu terpengaruh dengan hiburan. Memang sangat berjaya perang saraf yang telah dilancarkan pengikut anti-islam sejak lama dahulu. Bila baca akhbar, sambutan tahun baru, pelajar IPT antara yang ditangkap khalwat dan ada yang bersekedudukan di malam sambutan awal tahun baru. Dan mesti anda semua tahu, yang ditangkap itu adalah di satu lokasi yang mana ramai penduduknya adalah melayu Islam dan di kawasan ramai pelajar bumiputra.

Saya jadi takut. Takut terpengaruh. Saya jadi gelabah pada malam persembahan tersebut. Saya menjadi yang teramat malu. Di UPM dulu, tidaklah terlalu malu sangat begini. Itulah, sudah saya katakan tadi, faktor umur dan juga pengalaman yang saya ada sebelum ini, memang menghalang saya dari terus hanyut di tempat baru.

Ya Allah,, jauhkanlah aku dari segala maksiat di tempat itu. Aku hadir ke tempat itu dengan tujuan memang untuk belajar dan mengejar untuk mencapai dan menggenggam impianku.

Baiklah, seterusnya. Cerita-cerita orang yang sedang menuju ke arah pembinaan masjid idaman mereka. Ramailah teman-teman saya yang menikah, berkahwin, berkenduri dan bertunang di bulan disember 2010 yang lalu, mahupun 1.11.11 semalam. Sedang mereka asyik membina masjid, saya masih lagi terkapai-kapai mencari arkiteknya. Haha, saya gelakkan diri sendiri kerana masih tidak dapat mencari yang sesuai. Malulah saya kepada teman-teman baru yang saya jumpa di tempat belajar yang baru ini. Walaupun mereka lagi muda remaja dari saya, tapi mereka sudah punya buah hati dan bercinta-cintun dengan bersungguh-sungguh mengikut pengamatan saya lah.

Saya harap mereka dapat mengekalkan tahap hubungan mereka itu. Biar terus menjadi suci dan jauh dari maksiat. Eh, ye ke? Bukan bila dah bercinta begitu, asyik melekat dengan telefon, bergayut sebelum tidur dalam gelap dan ber-sayang ber-honey2 dalam message, bukan itu sudah kira maksiat ke? Bagi saya itu sudah masuk ke kancahnya, sudah menghampiri zina. Astaghfirullah.

Ha, baru saya ingat, kenapa saya takut untuk mengadakan hubungan sebegitu dengan mana-mana lelaki. Saya takut saya akan hanyut dalam perasaan dan terlalu teringat-ingatkan lelaki itu melebihi ingatan saya pada Tuhan yang memberikan rasa cinta itu. Wallahualam. Saya harap mereka akan cepat-cepat mengikat hubungan mereka supaya menjadi lebih halal dan diberkati.

Andai nanti saya ditakdirkan bercintan-cintun, biarlah jatuh cinta yang hanya sekali dan lelaki itulah yang menjadi yang pertama dan terakhir. Dan dia jatuh cinta denganku bukanlah kerana dunia semata.

orgkecil : sangat takut dan malu untuk menghampiri zina