Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Sunday, December 26, 2010

Masjid Idaman

Baiklah, sudah sampai masa dan saatnya saya perlu kembali menempuh hidup sebagai 'student'. Haha, sering saya gelakkan diri sediri kerana perlu menjadi serperti remaja(konon-kononnya). Tak mengapalah, kerana cita-cita dan impian, saya perlu kuat untuk menempuhinya semua.

Melihat teman-teman lain sudah mula serius membina masjid dan ada juga yang dah tersergam indah masjidnya, saya juga yang masih terkapai-kapai mencari arkitek dan kontraktor untuk membina masjid idaman. Ya, saya mengaku, memang gagah untuk saya mencapai impian dan cita-cita, tetapi saya tidak gagah untuk membina masjid saya sendiri.

Semoga saya tetap kuat dan gigih untuk terus belajar bersama-sama remaja-remaja itu dan terus gigih mencari arkitek untuk masjid idaman.

p/s: memang entri ni pendek dan tiada gambar..sekian ^_^

Thursday, December 16, 2010

Sesuatu Yang Disegerakan


Apabila ingin membuat post baru dan meng-klik new post, semua idea yang terfikir untuk ditulis tadi, hilang dihembus angin kipas. Aduih, ingat kembali apa yang ingin ditulis. Tak mengapalah, idea lain.

Baiklah, sekarang dah masuk tahun baru hijrah [walaupun sudah agak lewat untuk meraikannya]. Alhamdulillah, nikmat dikurniakan Allah untuk saya mencapai azam tahun lepas. Untuk mendapat degree dalam bidang sains komputer [bukan pilihan] dan mendapat tawaran untuk merealisasikan impian sejak kecil iaitu belajar dalam bidang senibina [memang pilihan].


Selain itu, mendapat wang dari hasil titik peluh sendiri[cikgu tadika], pun saya dapat. ALHAMDULILLAH. Namun, ada 1 yang tak tercapai. Tidak mengapalah, teruskan usaha dan jadikan azam tahun baru ini.

Akan kembali menjadi pelajar. Saya BOLEH LAKUKAN!!

Nikmat di dunia yang sementara ini, banyak yang saya perolehi.

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH

wajah terbaru akuarium saya

usrah saya

الحمدلله الحمدلله الحمد
لله شكرا بالنعمة الله

Bukan saya nak bangga diri. Cuma memuji Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Sangat berkuasa dan mendengar setiap apa yang dikata oleh hamba-hambaNya.

Membaca blog kegemaran Dr Faisal Tehrani , entry beliau tentang Wikileaks:Rupa-rupanya Aisyah Pun Meratap. Ada 1 perenggan yang mengusik jantung saya :

..sahabat Rasulullah saw bernama Abdur Rahman bin Auf, pernah satu hari dijamu makanan lazat. Tiba-tiba di hadapan hidangan beliau menangis. Apabila ditanyakan apakah sebab musababnya ia menangis, beliau memberitahu, 'Adalah aku teringat akan sahabat kita Mus'ab bin Umair yang telah terkorban sebagai syahid. Dia ternyata lebih baik daripadaku. Walaupun demikian apabila dia terbunuh dalam perang Uhud itu tiada kain kapan yang cukup untuk menutupinya. Apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutup kakinya, wajahnya pula akan terdedah.
Aku bimbang segala nikmat dunia yang dianugerahkan ini merupakan
suatu yang telah disegerakan oleh Allah untuk dunia kita. Dan di akhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat-nikmat. Lantas semua yang hadir menangis bersama-sama dengannya. (Riwayat Muslim)


Sama-sama kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan...Wallahualam


Monday, December 6, 2010

Usah Gentar

Tersentap bila baca blog penulis kegemaran saya ni. Beliau menceritakan tentang seorang pemimpin yang sangat mantap dengan istikharahnya. Huh, istikharah saya pon boleh dikira dengan hidung. Hahaha. Gelakkan diri sendiri, shame on me.

Akhirnya, saya telah buat keputusan. Dengan memilih untuk belajar lagi. Walaupun orang-orang di sekeliling akan bertanya itu dan ini. Huh~ Pasti tertekan nanti. Tak tahu apa nak jawab.

Kalau nak tahu, saya menolak tawaran untuk bekerja semata-mata untuk belajar lagi. Gaji yang ditawarkan agak lumayan dan perkara gaji ini yang sering mengganggu-gugat keteguhan saya untuk belajar.

ALLAHUAKBAR!! !!الله اكبر Shooh~~ Pergi lah engkau wahai syaitan durjana yang mencucuk diriku supaya memikirkan wang semata-mata.

Hah~~Kadang, memang saya keliru. Takut keputusan yang diambil adalah salah. Ceh, mana ada keputusan yang salah. Semuanya telah ditentukan. Panjang pendek, berliku dan lurusnya perjalanan kamu. Semua terletak di tangan Pencipta Yang Maha Agung itu.

Usah gusar dan gentar dengan masa hadapan. Semuanya sudah tertulis. Cuma kita ni semua manusia lemah yang terbatas pengetahuannya. Kita perlu berani!! . Mesti KuAT!!

JANGAN PUTUS ASA !!

Thursday, December 2, 2010

Tanya Sama Tuhan

Betullah kata mereka yang berilmu bahawa, sekiranya kita berjauhan dari Tuhan maka hidup kita akan terumbang-ambing macam kapal dalam ribut. Sejujurnya, saya seringkali hilang arah tuju, namun, tidaklah terlalu jauh kerana Tuhan masih sayangkan orang kecil ini. Setiap yang berlaku itu bukanlah kebetulan tetapi telah ditetapkan. Kerana itulah setiap yang berlaku punya sebab dan hikmahnya.

"Buatlah solat istikharah" pesan seseorang kepada saya. Ya, akhirnya saya bersujud malu kepada Tuhan kerana selama 22 tahun mengejar cita-cita dan membuat pilihan, sekali pun saya tidak pernah bertanya kepada Tuhan dengan istikharah. Hanya berpandu kepada akal yang dicampuri emosi.

Selepas melaksanakan istikharah, kitab suci paling agung saya buka. Patutlah gelisah sering menghantui sebulan 2 ini. Kitab ajaib ini, tidak dibaca dan diselak saban hari. "Oh, dulu berhenti, dah habis satu surah. Mula surah baru la ni" .. Surah Al-Isra' dibaca, berserta dengan maknanya sekali. Nah, Tuhan menjawab segala perbicaraan saya.

1. Tentang tawaran-tawaran interview, bekerja dan tawaran mengejar impian yang saya dapat [alhamdulillah].

"...Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi "- ayat 20

2. Apabila merasakan diri ini agak mudah mendapat tawaran bekerja berbekalkan keputusan yang agak baik.

" Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi-tinggi gunung. " -ayat 37

3. Tentang kealpaan saya yang agak lama tidak membuka kitab ajaib dari Tuhan(Al-Quran)

" Dan sesungguhnya dalam Al-Quran ini kami telah mengulangi (peringatan2), agar mereka selalu ingat..." -ayat 41

Sebelum membaca ayat yang seterusnya, tergerak hati saya untuk membaca makna ayat ke-36 surah Al-Isra' ini

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesunguhnya, pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya."

Adakah berbekalkan ayat ke-36 itu, adakah saya akan memilih untuk bekerja berbanding pilihan untuk belajar mengejar impian? Hmm, saya belum pasti.

Perlu lebih banyak bertanya dan berbicara dengan Tuhan, sebab, sebenarnya, Dia lebih tahu masa depan kita. Samaada jalan yang bakal kita lalu esok ni, baik atau tidak untuk kita. Lagipun, Dia yang tulis segala-galanya tentang kita. Kan? kan?

Ha, kan semuanya punya jawapan. Bukak je kitab ajaib kita tu. Semua ada kat dalam tu.


Wednesday, December 1, 2010

Sudah ..


Berakhirlah episod mengajar kanak-kanak riang dan suci itu. Pengalaman, pengajaran dan kenangan yang sangat berharga untuk masa depan(mase dpn?? dh ade ke calon??..ceh~) bermula dari Jun hingga November 2010. Selain daripada belajar erti kesabaran, sebagai teacher kepada kanak-kanak ini, saya juga belajar menjadi kanak-kanak. Hah?! . Ye lah, apabila kita semakin dewasa, kita terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi yang menekan(stress) kepala anda. Jadi, kesempatan menjadi mereka yang riang dan gembira, telah saya gunakan sebaiknya, InsyaAllah. Apa-apa pun, terima kasih Allah(kerana tertulisnya kerjaya sy sbgi pengajar sejak azali, walaupun 6 bln je) dan terima kasih pengalaman.


Sememangnya rezeki Tuhan itu ada di mana-mana. Kita hanya perlu berusaha bersungguh untuk mendapatkannya. Kerana saya sangat percaya dan berpegang pada ayat: "Tidak akan diubah nasib seseorang hamba itu kecuali dia mengubahnya sendiri" dan jika diizin Tuhan, maka apa yang dicita dan diimpikan itu akan diperoleh.

Sekarang, alhamdulillah, rezeki melimpah yakni peluang datang mencurah. Dan saya, tidak tahu mana yang mahu dipilih. Peluang untuk terus membina kerjaya dalam bidang yang telah saya peroleh degree itu, memang sangat banyak. Dan peluang saya untuk membina asas dan menunaikan impian yang telah sekian lama terpedam, juga datang serentak. Kedua-duanya memang membingungkan.

Amer Hazeem
Aduh, itulah, telah saya katakan tadi, semakin dewasa, kita menjadi terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi yang menekan(stress) kepala. Bukankah lebih baik kita semua menjadi kanak-kanak riang yang tidak tergugur dan terputih rambutnya, tidak terkerut dahinya dan yang paling utama, tidak mengalirkan air mata kerana cinta sesama manusia...