Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, February 28, 2011

Hiburan Yang Perlu Makna

Sebelum memaksimumkan diri supaya terus melangkah dengan lebih laju, ada perhentian yang diwujudkan. Pastinya kisah kehidupan di tempat baru yang pelbagai ini. Saya memerhati setiap tingkah laku manusia yang kebanyakan baru hendak menjengah dunia baru. Samaada terkejut atau diri sendiri ini yang terkejut dengan suasana baru ini. Ya, itulah asababnya saya hanya mendiam dan memerhati sahaja mereka. Hiburan-hiburan yang mereka sajikan atau persembahkan, terlalu kosong untuk saya. Tiada moral of the story, tiada nilai dan kosong. Yang ada hanyalah bunyi kelentongan tin-tin kosong. Sepenunhya dunia semata.

Saya rindu, saya rindukan pengertian dalam setiap perbuatan dan langkah. Saya sentiasa butuh pentunjuk dan bimbingan dalam perjalanan yang entah bila kan tamat ini. Kesibukan saya mengejar cita-cita, meresahkan jiwa yang kadang leka. Dunia ini, fana sahaja. Mengapa dalam setiap langkah itu tiada nilai dan makna?

Bimbingan dalam setiap jalan yang dipilih, hanya yang benar dari Tuhan Yang Satu. Dia menentukan apakan jadi kepada diri ini. Bila fikir tentang masa depan yang entahkan jadi entahkan tidak, jiwa kadang celaru dan buntu. Jika difikir tentang cita-cita yang sentiasa mengasyikkan, memang masyuk. Semua tinggi melangit, sedalam lautan. Jika difikir tentang kehidupan berkeluarga, diri sendiri sentiasa saja lemah dan lesu. Langsung hilang gigih. Seronok dan gembira mendengar khutbah nikah di masjid, pabila sang imam mengusik si pengantin baru. Katanya, setiap perbuatan sepanjang alam rumah tangga itu adalah ibadah. Mengemas rumah, memasak untuk suami. Semakin besar perut suami, semakin banyak ibadah yang dibuat. [hehehe, comel pulak kate2 juru nikah tu..]

Aiseyh,, sekarang suasana sudah tidak sedamai mana. Mulut-mulut lebah sudah mula menguasai ruang yang saya duduk damai tadi. Setakat ini, saya perlu berhenti. Namun saya perlu tanamkan pada diri, setiap hiburan itu perlu punya makna.

Friday, February 25, 2011

Saya Bukan Orang Yang Sangat Hebat~

Ha, sekarang lah masa yang agak sesuai untuk saya menulis. Dengan bilik yang ber-aircond dan senyap sunyi. Saya agak suka suasana ini. Dengar bunyi aircond punya kipas je. Dan berlatar belakangkan lagu-lagu yang layan je.

Macam biasa, kerja memang banyak. Ni tengah buat design drawing. Kena lukis balik plan rumah yang saya usahakan ketika time cuti hari tu. Apapun, lecturer kata saya ada effort. Ye, mestilah. Haruslah. Sayakan budak baru belajar. Kena banyak buat latihan. Tapi sayang, masih tidak dapat memuaskan hati lecturer tersebut. Malu saya dengan rakan-rakan yang pandai buat tecnical drawing ni. Diorang ni, buat latihan sikit je tapi senang-senang je lecturer suka. Tipu kalau saya kata saya tak jeles.

Lagi satu, mereka ini kata, tak payahlah buat. Ok, fine. Saya tak boleh tak buat. SAYA BUKAN ORANG HEBAT~! . Siot je rasa diri ni. Terasa sangatlah ke-rendahan ilmu architecture ni dalam diri. Buat apa-apa pun sekarang ni pun terasa sangat kerendahan ilmu. Hilang keyakinan dalam diri. Aduih, mana pergi semangat dan motivasi saya untuk mencabar diri??

Semangat yang hilang, datanglah kembali. Selalu naik dan turun , mana ketetapan?? Kerana saya hanya orang kecil, saya tak mampu laluinya sendiri. Teman datang dan pergi silih berganti. Ada yang kosong. Mungkin kerana saya semakin jauh dari Tuhan. Kitabnya saya semakin jarang buka. Oh, Ya Allah mengapa begini ketatapan dalam hati ini? Aku tak mahu kerana nikmat yang Kau beri, aku semakin leka dan alpa.

Ya, di tempat baru ini, budayanya masih sama seperti di tempat lama. Malah, mungkin lagi berlebihan, mungkin kerana faktor zaman yang sudah semakin sampai ke penghujungnya. Dalam golongan manakah diriku ini di akhir-akhir zaman ini. Tolonglah aku...

Tuesday, February 15, 2011

Ketakutan

Kan dah cakap, mesti ada yang bertukar. Bila suka bertukar tak suka, bila sayang bertukar benci, bila gembira bertukar sedih. Oh, pasti berlaku. Itu sangatlah tidak disukai oleh sesiapa.

Keadaan semakin tidak tenang di tampat baru itu. Banyak perkara yang tidak terduga yang saya kurang untuk menerima. Mak saya kata, " tu baru kat situ, belum pergi fakulti lain, banyak lagi ragam" . Saya sangat takut untuk menghadapi situasi-situasi macam ni. Tersekat-sekat nafas saya acapkali berdepan dengan mereka. Saya gentar, takut nanti suatu ketika lalang yang terliuk-lintuk ini akhirnya tercabut akar dek kerana angin yang terlalu ribut.

Apakan daya, saya orang kecil yang diibaratkan sebatang lalang dan sendirian menghadapi segalanya dalam keterpaksaan menari-nari terliuk-lintuk dihembus angin yang sepoi-sepoi bahasa mahupun ribut tornado.

orgkecil : sangat gementar

Sunday, February 6, 2011

Hari Ini Esok dan Lusa

Oh, hari ni dah nak kena balik tempat baru tu. Dan segala keselesaan untuk seminggu ni, dah sampai ke penghujungnya. Banyak peristiwa terutama cerita di Mesir yang sebenarnya sudah lama diperintah firaun. Di kuliah subuh di masjid tadi, pun ada berkata bahawa inilah tanda akhir zaman. Pemerintah yang tidak sepatutnya memerintah dan rakyat bangkit membangkang.

My 1st design yang ntah pape -_-'

Dalam seminggu ini, banyak kerja rumah a.k.a homeworkssss. Banyak sangat designsss. Mengong kepala nak fikir, letih mata dan kurang tenaga jadinya. Tapi sebab saya suka dan enjoy buat designs yang entah apa-apa(kata kakak saya), saya jadi ok, tak kisah pun mengantuk tu.

Dalam seminggu ini juga saya terfikir-fikir, course baru yang saya pilih ini, memang berkenaan dunia semata. Terlalu materialistik saya kira. Andai nak dicerita tentang penyesalan sahaja, huih~, benda dah berlaku. Saya dah pilih pun jalan ini. Saya tidak menyesal, cuma kadang terkeliru arah dan tujuan. Macam lalu di satu lorong yang tak tahu penghujungnya. Kadang-kadang nampak silaunya ni hujung jalan, kadang-kadang sinarnya itu malap. Tunjukkanlah aku jalan yang diredhaiMu..

Mingggu baru akan bermula. Jumpa lagi teman-teman baru yang rata-ratanya masih muda-muda belaka. Namun umur yang kecil tidak bermakna kecil jumlah ilmunya. Banyak yang saya pelajari selama 1 bulan yang lepas. Rasa seperti menonton babak-babak cerita. Biasalah, ragam manusia, ragam dunia.


Entahlah, semalam sudah lepas. Esok lusa entah apakan jadi. Masih panjang atau pendek, kita tak tahu. Yang kita tahu, hanyalah hari ini, untuk detik yang baru saja berlalu.

orgkecil : dlm mood men-tabah-kan dan menguatkan diri