Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Saturday, December 19, 2009

pEngALaMan daN sEni

Mana ada manusia tidak hidup bersandarkan pada kenangan dan juga pengalaman. Rencah-rencah yang diperoleh, akan terasa enaknya pabila bersama dimasak dan digaul sebati dengan lauk-lauk(ayam,ikan, nasi pon boleh) yang menjadi pilihan. Andai tiada rempah dan jangan lupa garam dan gula, pasti tak sedap. Tak de rase.

Ada kenangan menggamit rasa. Ada rindu-rindu bergurau-senda dalam diri. Teman2 yang membuat saya faham tentang hidup. Terima kasih...


Di KPSM, saya belajar memimpin dan berani. Walaupun sekarang, tidaklah menjadi pemimpin seperti rakan2 sekumpulan saya ketika itu. Terima kasih pengalaman.


Tapi, KPSM bukan puncanya. Semuanya kerana diri ini yang menghargai seni dan kebudayaan. Lantas menghadirkan diri dalam uji bakat teater, untuk wakil kolej. Tidak boleh sangat dimegah-megah, sekadar pelakon tambahan. Kerana pada masa itu, saya yakin teater boleh membuat saya bercakap di depan orang ramai, sambil membina keyakinan. Tapi, ternyata saya masih terus mencari2. Ada yang tidak sempurna dalam teater itu. Namun, terima kasih pengalaman. Menghargai setiap detik menjadi krew dalam 2 produksi teater kolej.


Di sekolah rendah dahulu, pernah terpilih pada peringkat awal untuk menari tarian endang untuk hari penyampaian hadiah. Ternyata, pilihan itu sementara. Dan saya diganti dengan orang lain. Dek kerana saya suka akan tarian melayu, saya menyempurnakan impian dengan memberanikan diri untuk belajar menari. Andai yang tidak tahu, seni tari melayu itu indah. Setiap pergerakan penuh makna dan kesopanan yang mencirikan bangsa melayu itu sendiri. Terutama zapin. Walaupun menjadi bidan terjun, tak apa walaupun sedikit ilmunya, terima kasih pengalaman.

Dan dek kerana seni itu cabangnya luas, saya mencuba bakat dalam seni visual. Sejak kecil, memang saya suka akan lukisan. Dan mendapat A untuk subjek Pendidikan Seni, sejak darjah 1 hinggalah ke tingkatan 3. Saya buka buku2 lama, memang, cita-citanya mahu jadi arkitek bila sudah besar. Tapi, jalan yang dipilih jauh menyimpang. Tak mengapalah, saya anggapnya sebagai minat dan hobi masa lapang. Keindahan seni batik memang memukau. Bukan setakat coraknya sahaja tetapi dalam melilin dan mewarna serta mematikan warnanya itu, perlu seni.

Begitu banyak seni bersangkutan dengan kehidupan saya. Andai saya tidak didedah dengan basic agama di sekolah dahulu, saya tak tahu apa jadinya. Dalam hidup juga ada seninya.
Tubuh badan manusia berlingkar-lingkar dengan salur darah dan pelbagai salur lagi.
Bagaimana sinap dalam penghantaran signal ke otak untuk di tafsir.
Bulan, matahari dan planet2 penuh aturan..

Banyak lagi la. Semua perlu seni. Salahkah kalau saya suka akan seni dan budaya itu? Salahkah saya mengamalkan seni2 itu? selagi tidak melalaikan.
Kalau disingkir, semakin ia datang. Tadi ada saya menonton tarian kontemporari melayu di tv. Dah, hati saya berdetik-detik menari bersama. Seni itu indah, terima kasih Tuhan kerana mengurniakan ku dengan deria seni yang asyik sekali. Semoga ku tidak lalai dengan kesenian2 itu.






No comments: