Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Thursday, November 19, 2009

MenjADi pEreMPuAN

Jika menjadi seorang perempuan, tentunya menjadi orang dapur. Tapi perempuan zaman millenium ini, terutamanya yang sebaya dengan saya, mungkin rimas dengan tanggapan ini. Orang dapur..

Emak-emak dan juga makcik2 akan berkata : Alah, belajar tinggi2 pun ke dapur juga nanti. Anak2 perempuan pun berkata : Siapa nak jadi orang dapur? Ish, tak kuasa la. Apa susah, nanti upah la orang gaji.

Malunya, dulu saya pun berangggapan begitu. Namun sekarang tidak lagi. Gara-gara tergerak hati untuk membaca Ketupat Cinta[Musim Pertama] karya Faisal Tehrani.

"..dinamai orang dapur kerana ia bermakna rezeki. Kerana itulah susu orang perempuan pun dipanggil orang dapur kerana memberi ia minum untuk anaknya sampai usia boleh memamah bubur. Kerana itulah kita Melayu, oleh rasa hormat kepada perempuan memanggil isteri kita orang dapur kerana isteri itu diandai bagai rezeki, memberi anak, menjamu juadah dan mengurus rumah tangga. Jadi janganlah ada orang perempuan di kemudian hari meminta yang bukan-bukan, merasa hina digelar orang dapur atau memandai-mandai mahu melawan fitrah kerana erti dapur itu bukan main mulia dan baiknya. Berada di dapur itu menjadi dia penjaga rezeki keluarga, tidakah itu molek sekali duduknya..."

Benar kata Ustaz Faisal Tehrani ni. Bukankah dalam agama Islam itu sendiri sudah mengangkat darjat perempuan sebaik-baiknya? Dalam Al-Quran ada surah Maryam, An-Nisa'. Cerita tentang kelebihan2 menjadi perempuan. Tak kisahlah apa bangsa pun. Masuk syurga senang, tapi masuk neraka pun senang. Dikurniakan wanita itu seindah perhiasan dunia. Kalau kita nak beli kain ataupun apa2 barang, mesti je kita nak yang baru, kalau boleh yang siap berplastik lagi, takde orang pernah bukak plastik tu.

Lu'lu'(mutiara) yang paling cantik pun perlu dicari di lautan dalam.
Di sekolah dulu, selalu sahaja mendengar cerita2 ustazah tentang kedudukan perempuan, tapi sayang, saya dah semakin melupakan ilmu2 itu. Ye la, sebab saya tinggalkan sekolah itu dan tak pernah pun saya toleh-toleh apabila keluar dari pintu pagar sekolah. Kejam kan saya ni?

Berbalik kepada cerita perempuan. Perempuan ini banyak ragamnya. Iya lah, nafsu yang dikurnia banyak. Mungkin tu kot sebabnya banyak yang masuk neraka, gara-gara tidak dapat mengawal nafsu. Nauzubillah minzalik. Semoga anda dan saya tidak tergolong dalam golongan2 itu. Perempuan ini juga, banyak sakitnya. Sakit sebelum kahwin, sakit semasa bersalin. Tapi saya percaya bahawa penyakit itu penawar dosa. Dan penyakit2 itulah membuktikan bahawa perempuan itu adalah perempuan. Selepas sakit, kita menjadi lebih faham tentang diri kita, tentang kehidupan dan menjadikan kita lebih matang. Betul tak?

Perempuan juga banyak emosinya. Saya sendiri mengaku, senang sahaja menitis air mata gara-gara tersentuh rasa terhadap sesuatu. Sekasar mana pun perempuan itu, cubalah bercakap dengannya dengan nada lembut, pasti terusik juga jiwanya. Walaupun luarnya, seperti tidak ada apa tapi sebenarnya sedang mengawal diri supaya bersikap selamba. Cover2. Hati seorang perempuan itu, senang saja terusik. Walhal sepatah perkataan seperti sayang dan cinta, bagi seorang perempuan sangat mendalam maknanya. Bukan mudah untuk diguna di mana-mana sesuka hati. Ucapnya pun sungguh bermakna dan untuk yang tertentu sahaja.

Bersyukur kerana dikurnia fizikal dan minda yang sempurna. Rezeki melimpah yang dikurnia juga merupakan satu ujian. Jangan kita lupa, leka dan alpa. Menjadi seorang perempuan yang juga orang dapur, perlu kita bersyukur. Dek sifat seorang perempuan itu setia, taat, amanah dan bijak, perempuan diberi gelaran orang dapur. Banyak yang tersirat. Jangan diguna kelebihan dan kurniaan itu kepada perkara-perkara yang tak diredhaiNya. Perlu ingat, yang mengurniakan kelebihan itu semua berhak untuk mengambil semula apa yang dikurnia. Seperti tuan rumah dan penyewa. Kita hanya penyewa sementara sahaja.
  • tidak tahu kenapa tiba2 terpanggil untuk menulis tentang perempuan
  • doa2kan saya supaya menjadi orang dapur yang cemerlang dunia akhirat (^_^)
  • Ketupat Cinta [Musim Kedua] boleh dibaca di blog FT

No comments: