Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Friday, November 27, 2009

k0RBaN rASa


Di malam Hari Raya Korban ini, saya ingin juga menulis walaupun esok perlulah bangun awal untuk persiapan masak-masak raya dan apa-apa yang patut. Walaupun sambutannya tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri (memang sudah menjadi kebiasaan di Sg Ramal ini), namun masih ada sambutannya. Bersolat raya dan menanti lembu-lembu dan binatang-binatang yang merelakan diri untuk dikorbankan.

Sebentar tadi, baru sahaja menonton Halaqah di TV9 dan tajuknya "Kahwin Dulu". Agak rugi sebab saya hanya menonton bahagian akhir rancangan. Herm, tapi ilmu yang dapat dari penceramah, menyebabkan saya ingin menulis sedikit di sini. Dan rasa-rasanya boleh dikaitkan dengan perkataan 'korban'.

Halaqah bercerita tentang kahwin dulu, baru bercinta. Maknanya, berkorban perasaan cinta sebelum kahwin ke? .. Erk, tapi saya tak pandai nak mengarang seperti penceramah2 itu bercerita. Saya petik sedikit apa yang dikata tentang cinta antara yang bukan muhrim adalah haram mengikut sesetengah ulama'. Saya tak dapat tangkap pula siapa ulama' tersebut. Kemudian, penceramah itu ada berkata tentang pandang sekali, dua kali tidak mengapa tapi pandangan ketiga adalah pandangan syaitan. Ustaz di zaman saya sekolah pernah juga berkata tentang hal ini tapi saya ingat2 lupa. Kesiannya la saya ni, melupakan ilmu. Itulah akibat tanam pokok yang tidak mengeluarkan apa2 hasil..hmm~~

Penceramah kedua berkata tentang persiapan perkahwinan, yang mana ada 3 kunci utama iaitu:
  1. kunci rumah : tempat tinggal
  2. kunci kereta/motor : kenderaan untuk bergerak ke mana-mana
  3. kunci pejabat : perlu ada kerja . Nak bagi makan apa kat anak orang kalau tiada kerja?. Persiapan kenduri-kendara pun at least perlu ada RM 10, 000.
Beliau juga berkata yang perkahwinan ini bukannya seperti bermain pondok-pondok. Berkahwin dan bercerai-berai. Nauzubillahminzalik. Semoga saya dan anda tidak tergolong dalam golongan yang bermain pondok-pondok itu, walaupun mungkin semasa kecil-kecil dahulu pernah bermain permainan ini.

Penceramah ketiga berkata: Perkahwinan Adalah Ubat Cinta Ada hadis menyebut:

"tak pernah ada sesuatu yg lebih berkesan dan ubat yang mujarab kepada dua manusia yg bercinta, melainkan nikah"

Oh my, what else should I said about cinta. This is totally correct. Daripada resah terbayang-bayang orang yang dicinta, bukankah lebih baik kahwin saja? Namun nak berkahwin kena la cukup syarat, yakni sudah punya kemampuan dari segala aspek.

Teringat saya semasa belajar dahulu, ada belajar tentang maksud mampu ni. Tapi, tak berapa nak ingat. Hehe. Maaflah, saya ni tak cukup ilmu lagi tentang kahwin dan nikah ini. Maknanya, saya tak mampu lagi. Tapi saya yakin yang saya ini boleh dimampukan. Cuma butuh masa sahaja. Lagipun, saya ni bukanlah pandai dan faham apa itu cinta.

Sebab kadang-kadang saya keliru antara cinta dan bisikan syaitan ataupun nafsu semata-mata. Lantas, apa yang saya lakukan adalah sentiasa minta petunjuk dari Dia Si Pengurnia Cinta. Supaya nanti saya selamat dari hanyutan nafsu dan godaan2 dari musuh yang nyata, biiznillah.


Rasanya banyak lagi yang dikatakan oleh penceramah2 itu tapi saya tak sempat menontonnya semua. Kalau anda ingin menonton sepenunya tontonlah di Halaqah di TV9 - perlu log in dan sign up -
Semoga saya dan anda yang belum berkahwin, terutamanya, berada dalam Mawaddah Ar-Rahmah
Selamat Berhari Raya Korban !~!

No comments: