Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, March 18, 2009

di kESibuKAn uJIaN~..hUh

Sebenarnya sudah lama sy tidak menjengah ke blog Ustaz Faisal Tehrani yg menjadi inspirasi sy untuk menulis blog. Dan dengan karya beliau 'Tunggu Teduh Dulu' telah mengenalkan saya kepada beliau dan juga dunia penulisan ini. Saya ini bukanlah pelajar sastera yang mengkaji asal-usul bahasa atau apa2 sj yg berkaitan dgn bahasa. Malah, saya sedang menyiapkan diri dalam degree komputer.. hahaha..aneh bukan?..Budak komputer bersastera?. Namun itulah, anugerah yg dikurniakan Ilahi kepada saya. Kerja Tuhan Siapa yG tAhu, juga saya petik dari karya beliau.
Tunggu Teduh Dulu, mengajar byk benda kpd saya. Terutamanya cerita cinta tiga sahabat. Ye la, saya ini kan dh lame di alam remaja dan tak lame lagi bakal menjengah ke alam dewasa pula. Pasti je ada rase2 dlm jiwa ni..
Tadi, sy membc blog beliau tentang bahasa..Hmm..Benarlah seperti yg dikata tentang bahasa Melayu. Sebenarnya, sy sgtlah obses terhdap bahasa inggeris dan sy terlalu mengagungkan bahasa itu terutama sekali dlm hal akademik. Bagi saya, kalau tidak tahu English, maka pasti susah kalau mahu belajr. Dan ternyata, sebenrnya sy telah terpengaruh dgn bekas perdana menteri itu..
Pada mulanya, semasa di sekolah dahulu terase diperbodoh2kn kerana dijadikan bhn uji dlm sistem pendidikan. Kami adlah mangsa zaman peralihan bahasa dari b.melayu kpd b.inggeris. Semasa UPSR, saya mendapat semua A kecuali Bahasa Inggeris dan sy mengaku memang lemah dlm bhs jajahn itu. Kerana menuruti shaja peredaran masa, sampailah ke tingkatan 3, sy masih lemah dlm bhs inggeris. Kerana takut ketinggalan, sy berhabisan wang mengikuti kelas intensif b.inggeris semasa cuti sekolah. Ternyata, b.inggeris sy menjd lebih baik malah sy boleh speaking dgn sgt lancar berserta dgn slang British sehinggakan keputusan BM saya semasa SPM adalh A2 tetapi b.inggeris adalah A1.
Betapalah sy hanyut dgn arus dunia sehingga sy lebih byk berckp dlm b.inggeris di mana sahaja walaupun sy adalh org melayu. Ternyata saya silap dan kesilapan sy ini masih boleh diperbetulkan. Takkanlah saya nak menguburi bangsa sendiri.. Tak.. Takkanlah akan hilang status dlm perlembagaan yg mengatakan apabila seseorang itu Melayu, maka dia adalah Islam..Tak mahu..
Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk membaca blog beliau walaupun sy sebenrnya sibuk dgn ujian dan peperiksaan serta tugasan2 yg sgt berlambak..

No comments: