Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, January 13, 2010

pERcAya daN niAt

"Memberi adalah lebih baik dari menerima"

Anda setuju dengan pernyataan ini?. Semestinya saya setuju. Namun, disebalik itu, saya tertanya-tanya apakah yang dikatakan dengan lebih baik itu?

Sendiri tak pasti hingga tercari-cari, menghilang arah pasti. Kiranya ini, menjadi orang yang sanggup berkorban untuk orang lain. Tak mengapalah, andai diri sendiri tidak dapat, asalkan orang lain dapat. Mengorbankan kebahagiaan diri sendiri. Oh, perlukah itu?

Atau memberi peluang untuk orang lain, mengecapi sesuatu yang sepatutnya milik kita. Owh, betapa sakit walaupun diri sendiri sedaya upaya mengikhlaskan. Sakit itu maksudnya, ada yang berbisik2 jahat. Aduh, tolonglah hentikan bisikan itu.

Ada juga yang kata, lebih baik kita beri hadiah kepada seseorang , sesuatu yang kita inginkan. Contohnya, saya teringin sangat nak membeli dan membaca novel Tunggu Teduh Dulu karya Faizal Tehrani[tapi saya dah beli dan baca karya ini..hihi]. Kebetulan hari jadi seorang teman baik. Lantas saya memberikan kepadanya, hadiah buku tersebut.

Entah apa-apalah yang orang sibuk katakan. Tak kisahlah apa mereka kata, yang penting diri kita itu sendiri. Niat di hati biar betul. Andai niatnya untuk mengharap balasan, itu bukanlah ikhlas namanya. Andai anda pergi ke masjid dan terlibat dengan aktiviti2 masjid hanya kerana ingin mendapat nama, maka, namalah yang anda dapat. Jika tak dapat nama, tak ada lah lagi ke masjid. Solat berjemaah di masjid, apatah lagi.

Serupa juga andai anda menulis blog untuk meluahkan rasa2 ketidakpuashatian atau ketidaksenangan rasa2 di hati dengan harapan dan niat bahawa rasa2 itu boleh dihilangkan. Maka, insyaAllah rasa2 anda itu boleh di-share oleh seluruh umat bloggers dan rasa2 itu, boleh anda kurangkan. Secara psikologinya, anda boleh menghindar diri anda dari gila yg merosakkan jiwa. Hehe..pendapat saya sahaja.

Oleh itu, apa-apa pun yang anda ingin dan mahu lakukan, mulakanlah dengan niat yang betul. Niat yang baik, akan dipermudahkan urusannya dengan izin Allah. Bukan anda tak tahu, Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui. Walau ke lubang cacing atau ke bilik tebal bersalut besi , anda cuba menyembunyikan niat , huh, takkan berjaya.

Percayalah. Anda adalah apa yang anda percaya. You are what you believe. Kerana kepercayaan itu terbitnya dari hati yang berniat. n__n

No comments: