Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Friday, January 1, 2010

bUnga2 di tAmAN

Ada banyak pokok bunga di laman yang perlu dijaga yakni, disiram dan disiram. Selain itu, rumput2 yang cemburu dan sentiasa sahaja berebut makanan dengan pokok2 bunga itu, perlu dibuang dan dicabut agar pokok2 bunga itu tumbuh cantik menjadi penyeri laman.

Alkisah dibuat cerita, seorang jiran baru datang, berpindah ke sebelah rumah. Ternyata, hari demi hari, jiran baru itu juga turut menanam pokok2 bunga yang begitu banyak. Memang cantik. Semua memuji kecantikkan dan keserian laman2 ataupun hadiqah mereka.

Pada suatu ketika, bunga2 di laman jiran baru itu, tiba-tiba sahaja hilang serinya. Semua gara-gara sudah terlampau banyak dan si jiran baru itu tidak mampu untuk menjaga semua pokok bunga. Lalu, dibiarkan sahaja semuanya layu, tidak bersiram, tidak dijaga, tidak dibaja.

Maka, kasihanlah jirannya terhadap pokok2 bunga jiran barunya itu. Lantas, dengan seikhlas hati beliau menyiram dan menjaga laman bunga jiran barunya itu. Sepenuh jiwa menjaga sehingga terlupa pokok2 bunga di lamannya sendiri. Sungguh kasihan bunga2 itu, yang semakin hari seolah2 dilupakan dan hampir layu jadinya. Kadang2 dirinya rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan pokok2 bunganya sendiri. Baginya, tentu sahaja jirannya itu sudah sangat penat dan memerlukan pertolongan untuk menyelenggara taman ini.


Namun, pokok2 bunga itu tidak pernah berputus harap. Walaupun, tiada lagi kasih sayang dan bisik2 manja dari tuan mereka, mereka tetap yakin bahawa keadaan ini adalah bersifat sementara. Pada fikiran mereka, tentu sahaja tuan mereka itu sangat memuliakan jirannya sehingga sanggup berkorban bunga2 sendiri.

Lantas, bunga2 tersebut memohon doa kepada Pencipta mereka supaya tuan mereka mendapat berkat dan pahala yang berlipat kali gandanya kerana pengorbanan itu. Dan bunga2 itu juga memohon, agar segala kesusahan dan dugaan yang ditimpakan ke atas mereka juga mendapat berkat dari Pencipta Yang Satu itu. "Berikan kami kesabaran, Ya Tuhan", bisik bunga2 itu.


Berkat doa bunga2 itu, suatu hari, melintas di hadapan kejiranan itu, seorang lelaki yang sederhana tubuh badannya. Hidungnya tidak mancung seperti hero2 hindustan dan matanya tidaklah galak sehingga boleh menyebabkan orang menyanyikan lagu Menatap Matamu, seperti Aril AF7 tu. Namun, mata itulah yang menangkap kelibat bunga2 layu dan hidungnya itulah yang mengesan bau bunga2 layu.


Dan keesokan harinya, lelaki itu sudah bersedia untuk membaiki laman yang bunganya layu itu. Walaupun dirinya pelik kerana laman di sebelahnya itu sangat cantik berjaga. Secara rahsia, tanpa mengharap apa2 balasan, beliau menjaga dan menyiram serta membaja pokok2 bunga tersebut. Alangkah gembiranya bunga2 itu, kerana diri mereka kembali segar menawan. Kerana kasih sayang Tuhan Yang Satu, dikurniakan kepada mereka seorang lelaki yang sangat baik kepada mereka. Sangat bersyukur tidak terhingga.

Dan berkat Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, jiran baru itu tersedar dari kepenatannya dan kembali mengambil tugas menjaga tamannya sendiri. Sangatlah beliau berterima kasih kepada jirannya itu yang menolong menjaga tamannya.

Dan dapatlah dia kembali membajai dan mencurah kasih kepada pokok2 bunganya. Ternyata dia sangat terkejut kerana pada sangkaannya tentu sahaja pokok2 bunganya itu sudah mati kerana lama sudah dia tidak menyiramnya. Namun, rahsia si lelaki penjaga taman bunga itu, masih lagi menjadi misteri. Apa2 pun, dirinya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana baginya, mungkin berkat yang diperoleh.. Entahlah, dia pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Cuma yang pasti , KerJa TuHaN siAPa yG tAHu .. ^__^

No comments: