Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Thursday, April 23, 2009

kEtuKAn di pINtu-pIntu

Siapa sangka, saya terbangun agak lewat walaupun dh tidur awal. Siapa sangka, dh nak study pada agak awal pagi ni, x jadi dek kerana kedengaran tawa seorang hawa di hadapan blok. Kerana ingin tahu, mata yg sentiasa mengusha di tinkap menangkap kelibat manusia2 itu. Bukan seorang, 1 pasangan rupanya. Seorang membonceng dan seorang lagi melihat sahaja sambil senyum2 gembira dan diperhatikan oleh seorang pak cik yg bertugas.
Hari ini saya akan exam tapi waktu examnya agak lewat, jam 5ptg. 2nd last paper. Esok, paper last dan saya akan meninggalkan kolej ini. Dek kerana pasangan itu tadi, kenangan yg lama pun kembali datang kepada saya.

Saya ni pernah membuka hati seluasnya untuk seorang adam. Sangat luas tapi hanya terbuka untuk adam itu sahaja. Adam itu pun, ternyata ingin masuk ke dalam hati saya ini. Lama saya buka pintu ini sehinggakan saya rasakan seolah-olah adam itu sudah pun masuk. Namun, kerJA TuhaN sIApa yG tAhu. Semua itu hanya khayalan saya sahaja. Ada pintu lain yg baru sahaja buka, adam itu masuk tanpa menoleh ke pintu saya. Dengan sendirinya, pintu saya ini terkatup serapatnya walaupun di sebalik pintu itu, penuh dengan darah campuran air tangisan.
Sampai sekarang, pintu itu masih tertutup. Hanya menanti ketukan siapa yg sudi. Namun, di sebalik pintu itu, luka2 yg berdarah itu, tidak lagi berdarah. Air tangisan sudah kering. Parut2 yg tinggal pun semakin hilang kesannya. Cuma di ingatan, memori itu akan kekal.
Saya sentiasa doakan adam itu bahagia dalam pintu yg dipilihnya dan ternyata adam itu gembira kerana saya melihat pasangan itu gembira berboncengan di pagi hari.

Esok, saya akan mula meninggalkan tempat yg byk memberi saya ilmu yg bukan akademik. Kenapa saya tinggalkan tempat ini sedangkan saya masih ada masa 1tahun untuk menuntut? Jawapannya ada pada saya sendiri dan segala ketetapan dariNya.
Episod saya di luar sana, mungkin lebih gembira dan mencabar dengan kehadiran generasi2 baru keluarga. Yang saya pasti, hanya kepada mereka tempat saya gembira sambil menanti ketukan azimat mereka yg sudi...

No comments: