Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, April 13, 2009

kESAbarAN..muNGkin

Kalau anda punya kesabaran, sudah tentu anda jadi seperti saya. Saya ni boleh dikirakan sbagai manusia penyabar dan paling penting, tidak mementingkan diri sendiri. Pernah sahaja segala tugasan yg diberikan dan sepatutnya menjadi tugasan berkumpulan, menjadi tugasan saya sendiri atau dalam erti kata lain, menjadi tugasan individu. Mengapa semua ini terjadi? Pernah anda fikirkan apa sebabnya?
Walaupun anda sudah tahu jawapannya, saya tetap ingin beritahu. Semuanya gara-gara saya mengasihani ahli kumpulan kerana mereka terlalu banyak kerja dan saya tidak menjadi selfish. Saya terima kesibukan mereka sedangkan kerja saya yang begitu banyak ekoran merelakan diri menjadi kepala sesuatu tugasan berkumpulan. Dan, kerana saya tidak mahu menjadi penjual ikan (selfish), saya bahagikan tugasan supaya setiap ahli kumpulan merasa tugasan-tugasan tertentu. Supaya mereka dapat mendidik diri mereka supaya pandai membahagikan masa harian mereka dan menjadi orang yang berdisplin. Sudah saya bahagikan tugasan itu seawal yg mungkin supaya mereka punya masa menyiapkannya. Namun, apakan daya, manusia hanya pandang yg buruk sahaja. Boleh saja saya menyiapkan tugasan berkumpulan itu sendiri. Tak payah melibatkan manusia laen. Tapi bila difikirkan balik, inikan tugasan berkumpulan, jadi perlu la buat secara berkumpulan. Bukankah begitu?
Itulah, bukan kita boleh menukar sesuatu ketetapan yg telah ditulis-Nya untuk kita hadapi. Apapun, saya terima mereka seadanya.
Tidak semua manusia sempurna. Tidak ada siapa pun yang memahami apa yg terkandung di hati mahupun benak fikiran manusia lain. Kelemahan dan kelebihan itu sebenarnya saling melengkapi. Saya terima teguran dan kata-kata anda, namun hakikatnya
KerJA TuHAn SiaPA yG taHu

No comments: