Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, October 20, 2008

Perjuangan daLam bebeLaN

Kembali dari ujian sementara yang membebankan minda. Sedang diri masuk ke tempat itu bersama pejuang-pejuang lain, terdengar pekikan menyiksakan dan tekanan dari penjaga tempat itu. Mungkin penjaga itu lapar agaknya, lantaran ketika itu adalah waktu makan tengah hari. Atau mungkin dirinya tidak berkahwin lagi atau istilah orang zaman sekarang, andartu. Sungguh kasihan, nauzubillah minzalik. Semoga diri ini tidak seperti itu kelak.
Maka bermulalah bebelan perjuangan oleh penjaga tempat itu tentang etika-etika yang perlu dipatuhi. Malangnya para pejuang yang katanya sudah bersiap-sedia itu, rupanya belumlah lagi bersedia kerana kelengkapan asas seperti kad ID dan pisau kecil tidak mereka bawa. Kad ID itu perlu kerana seandainya tewas di medan perang itu nanti, senanglah diketahui siapa dan mudah untuk diberitahu kepada keluarga kelak. Pisau kecil itu pula adalah untuk digunakan di waktu-waktu genting kelak. Tapi, pejuang seperti aku, sudah lengkap semuanya, alhamdulillah. Semua ku bawa.
Sebenarnya, peperangan itu bukanlah sesuatu yang membebankan. Namun disebabkan penjaga itu, mereka serta aku yang mahu berjuang ini berasa tertekan. Herm, kami biarkan dia bersama-sama bebelan dan kegelabahannya berkata-kata.
Berjaya diharungi ujian itu dengan sedikit kegusaran kerana keyakinan yang tinggi sebelum perang bermula. Itulah, Tuhan tidak suka dengan orang yang takbur dan sombong. Astaghfirullah...Ingat, masih ada banyak peperangan dan diri ini belumlah cukup bersedia sepenuhnya.

Selesai itu, berlarilah aku ke tempat yang disediakan makanan untuk dialaskan ke dalam perut yang asyik berbunyi lantaran bau masakan yang menusuk nafsu. Berlari ke tempat insan menunggu kenderaan. Wah, kagum diri ini melihat merak berjubah konvo bersama keluarga. Wah, sepanjang perjalanan kembali ke istana sementara, lautan insan pelbagai rupa dan warna membanjiri tempat itu. Bagai semut menghurung gula. Bagai kaabah di Mekah tatkala musim haji. Wah, emaknya berambut merah. Bapanya berambut kelabu. Anaknya?...Anaknya berambut hitam laa.. Banyak bunga berwarna-warni, spongebob dan ultraman terbang. Aku suka. Tahun depan, aku pula. InsyaAllah..Kalau diizinkanNya. Ya lah, kita tidak tahu kerja Tuhan~