Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, October 22, 2008

ais di dlm cawan cair kerana dibiarkan

Dia, dalam perjalanan yang panjang itu selalu sahaja ditinggalkan oleh rakan-rakannya kerana kelemahan dirinya sendiri yang terlalu lambat berjalan seperti siput atau kura-kura. Dia membiarkan sahaja rakan-rakannya pergi kerana dia tahu rakannya pasti menunggu di hujung perjalanan itu nanti. Kadangkala dia berhenti di tepi-tepi jalan lantaran tekaknya kering ketandusan air.

"Alangkah sedapnya kalau dapat minum air milo dengan ais. Kan sedap" detik hatinya. Walhal, dia tidaklah sangat sukakan milo ais itu. Namun disebabkan waktu itu amatlah dahaga tekaknya, maka air milolah yang terlintas di benaknya. Waktu air milo di hadapannya, dia tidak sesekali menyentuhnya, hanya melihat sebelah mata. Dengan takdir Tuhannya, muncullah satu makhluk membawa air milo tapi tanpa ais.

"Wah, sedapnya. Kenapa x bawa ais sekali?. Kan sedap jika diminum dengan ais?".Dia bertanyakan kepada makhluk itu dengan selambanya walaupun dia tidak pernah melihat makhluk itu di mana-mana sebelum ini.
"Eh, aku tak mahu beri kepada kau pon milo ni. Aku nak minum sendiri. Lagipun, aku datang ni nak amek tu.." sambil menunjingkan jari telunjuknya kepada bungkusan plastik di sebelahnya(dia).

Dia membuka bungkusan plastik itu dan mendapati bahawa terdapat ketulan-ketulan ais yang masih elok dan tidak cair seolah-olah baru keluar dari peti sejuk.
"Bila masa pula aku bawa ais ni?.....Ya Tuhan, aku lupa. Memang ais ni bersama aku selama ni. Aku je x perasan. Aku nak bawa untuk rakan-rakanku sebenarnya. Takut mereka kehausan. Last-last, diorang yang tinggalkan aku. Herm, x pe la." Dia bermonolog sebentar.

"Ambik la ais ni. Maaf la ye. Saya x perasan, lupe pulak. Sebenarnya bawak ntok kengkawan tu, tapi diorg dah g dlu plak. Ambik la bape banyak pon. Tapi jgn abeskan. Saya pon haus gak ni." Dia berkata kepada makhluk itu sambil tangannya mengambil beberapa ketul ais lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Nyaman rasanya.

Makhluk itu pun mengambil ais itu lalu diisikan ke dalam satu cawan. Diberi sedikit air milo itu kepadanya. Dia pun pelik, namun diambil dan diteguk terus tanpa banyak bicara kerana haus. Air milo itu masih berbaki. Makhluk itu melihat sahaja perlakuannya tanpa menyentuh air milo itu. Ais di dalam cawan itu dibiarkan sahaja. Masing-masing melayan fikiran sendiri sambil kakinya terus melangkah. Tidak berkata walau sepatah. Dia juga lupa sebentar tentang pilihan-pilihannya itu. Mungkin kerana penangan milo ais yang sedap itu.

Di dalam hatinya, terdetik juga rasa gembira sebenarnya kerana tidaklah payah dia berjalan seorang diri kerana adanya makhluk itu. Tidak kisahlah, tak perlu cakap pun tidak mengapa. Asal ada sesuatu yang menemani. Jadila..

Setelah sekian lama perjalanannya bersama makhluk itu yang sebenarnya tidaklah berapa sangat disedari kehadirannya(sebab tidak bercakap), barulah dia perasan bahawa makhluk itu tidak meminum ais itu bersama-sama milonya. Dibiarkan sahaja ais itu cair di dalam cawan itu.
Hendak ditanya mengapa, tapi rupa-rupanya makhluk itu sudah tiada bersamanya. Ais itu dibiarkan sahaja cair di dalam cawan. Dia tidak sempat berkata apa-apa. Ditinggalkan sahaja ais cair di dalam cawan bersamanya. Apa jenis makhluk lah itu. Dia berfikir lagi, perlukah di kejarnya makhluk itu atau tidak. Makhluk itu sebenarnya sama sahaja dengan pilihannya yang pertama. Entah, dia tidak pasti.

Kerana dibiarkan sahaja ais itu, lalu cairlah keselurahan ais itu. Bertukarlah pepejal kepada cecair. Namun pencairannya elok di dalam cawan yang ditinggalkan makhluk itu. Dia membuat kesimpulan bahawa, itulah ilham dan petunjuk dari Tuhannya bahawa pilihan pertama itu bukanlah yang terbaik kerana, seperti ais itu yang akan cair. Begitulah dengan pilihannya yang pertama. Mungkin akan hilang ditiup angin atau cair dimamah cahaya matahari.

Sekarang dia sudah tidak berfikir banyak lagi. Dia terus berlari laju mengejar rakan-rakanya di hadapan. Namun, dibawanya juga ais yang menjadi air di dalam bekas bersama-sama bungkusan plastik berisi ais itu tadi.

"Tidak mengapalah berat sedikit, nanti pasti rakan-rakan ku kehausan menunggu ku di hujung sana. Boleh ku beri sebagai tanda terima kasih kerana kesabaran mereka. Boleh ku ceritakan apa yang terjadi antara aku, makhluk itu dan juga ais di dalam cawan ini." Walaupun dalam hatinya ada niat untuk mempepejalkan kembali cecair itu.

Di hujung jalan itu, dia bertemu rakan-rakannya. Diceritakan apa yan terjadi. Itulah ais di dalam cawan, cair kerana dibiarkan. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal dilaluinya selepas ini. Segalanya direncanakan oleh Tuhannya.