Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Tuesday, September 22, 2009

Kawin Raya .. Senyum2


Siapa nak kawin??~ Angkat tangan!~

Hoh, tak sanggup rasanya mendengar khabar anak-anak buah sepupu saya sebelah papa yang umurnya tak sampai 20 tahun, baru sahaja lepas SPM. Dek kerana mak bapak punya ajaran dan kepercayaan, anak-anak menjadi mangsa. Ternyata apa yang saya nampak di mata mereka seolah-olah ada yang tak terkeluar dek mulut nak berkata, ada yang terpancar di mata yang tak tertafsir, ada tingkah laku yang punya makna tak terzahir. Bukan menghalang, bukan membenci sunnah nabi untuk berkahwin namun biarlah dengan persetujuan yang ikhlas dari jantung hati anak-anak tersebut. Mungkin. Hmm, mungkin mereka sudah dibasuh minda atau brain wash oleh siapa-siapa yang mengasas organisasi itu. Perlu ke saya menyatakan apa organisasi itu? Hmm, ala ala Al-Arqam yang pernah diharamkan suatu ketika dulu kerana cara amalannya yang agak ekstrem. Entahla, saya sendiri bukan pengamal agama yang warak dan berilmu untuk menyatakan secara terbuka tentang hal-hal begini. Kerana saya tak punya cukup ilmunya. Tak mahu menduga lautan yang dalam kerana saya punya kail yang hanya sejengkal, perahu yang tiada injin yang mantap.

Semenjak Ramadhan yang baru ini dan juga Mubarak tahun ini, perkara-perkara perkahwinan atau jodoh2 semakin kerap mengasak saya. Sibuk mereka bertanya andai saya punya kekasih hati atau siapa-siapa yang berkenan. Aduih, penat menjawab tiada. Tak mengapalah, mereka tak tahu dan saya juga tak tahu siapa untuk saya. Lagipun, entahla, mencari yang sesuai, banyak yang perlu difikirkan. Bukanlah perlu mencari yang sepadan di hati sahaja. Ah, mencari yang sama di hati itu pun payah gamaknya. Hehehe. Saya punya agama dan pegangan. Banyak lohong2 kosong dalam hidup ini yang perlu diisi. Selagi mampu menimba dan punya semangat untuk penuhi yang kosong itu, saya akan lakukan. Jodoh pertemuan, biar Dia yang tentukan.

Eid Mubarak telah disambut dengan sederhana sahaja kali ini. Saya tak pergi membeli-belah baju raya atau pakaian2 raya itu. Namun, di pagi raya, rupanya mama telah membelikan sekali 1 helai pakaian raya untuk saya. Katanya, raya tak seronok kalau tiada baju baru. Ikutkan saja dan kebetulan warnanya ijau yang saya suka. Pucuk dicita ulam mendatang. Abang dan Kak Ngah sekeluarga juga berwarna hijau secare kebetulan di pagi 1 Syawal. Tanpa Melati yang kini belajar di Perancis(teringat Rafiq yg juga dari Perancis, konon2nye), raya juga saya ke belakang rumah yang rata-ratanya keluarga terdekat sebelah mama. Bersama-sama anak buah yang meningkat besar, sibuk bertanya itu ini kenapa tapi tak tanya pula bagaimana..Saya senyum sahaja mengenang kerenah mereka. Teman-teman pula ramai yang beri message raya tapi tak saya balas dek kerana sibuk melayan tetamu, mak angkat bakti siswa pun saya tak kirim khabar raya. Saya jawab sahaja dalam hati bukan saya menyombong diri.
Maaf Zahir Batin

No comments: