Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, July 20, 2009

Cerita Sahaja

Tak pernah puas berjalan di jalan ini..Nak pulak berjalan di jalan-jalan lain. Walupun orang kata Tuhan dah tentukan jalan untuk kita. Bukan kita telah diberi akal untuk berfikir. Dan setiap jalan yang kita lalui itu sebenarnya adalah pilihan kita sendiri. Ternyata kita tidak menyedarinya. Tuhan hanya membenar atau mengizinkann sahaja. Lalu, apakah jalan ini benar-benar pilihan aku atau sudah ditentukanNya? Kadang menjadi konpius dek kerana terlalu memikir membeban kepala.
Cerita lain;
Tipu kalau dikata tidak cemburu. Masakan saja aku membiarkan mereka itu. Tidaklah boleh menipu kerana hati merasa. Pernah aku hampir mendapatkannya. Ternyata aku bukan pilihan. Ye la, kau dan aku tidak sama dan cara kita berbeza. Mana mungkin kita boleh sama-sama merasa apa yang kita rasa. Namun, ada juga perkara yang sama. Entah, mungkin kau atau aku tak pernah sedar itu semua kerana aku mengaku yang aku punya ego. Yang ku nanti ada yang boleh merungkai ego itu.
Luarnya keras dan berduri macam durian tapi isinye sedap manis lemak.

Lantas aku biarkan sahaja mereka itu dan tak perlulah aku menoleh kepada mereka kerana rasa cemburu pasti saja meruap dan rasa-rasa menyampah terus menerjah dalam hati akibat desakan2 syaitan. Perlulah aku jauh dari mereka barang seketika hingga rasaku itu hilang.

Cerita lain;
Di mana adanya manusia, disitulah adanya kasih-sayang. Macam semut dan gula. Semakin dah dewasa, semakin tahu apa itu sayang cuma cinta itu, aku tak mengerti. Terlalulah banyak kasih dan sayangku ini dan akhirnya tertumpah kepada anak-anak buah aku yang 4 orang itu. Mana tak nya. Di kala ibu-ibu mereka sibuk atau ada urusan, mereka akan berkampung di rumah atuk dan nenek yang mana aku duduki sekarang ini. Sendiri rasa seperti sudah punya anak sendiri. Bukanlah mudah menjaga mereka. Entah bagaimana di kemudian hari esok, andai aku punya anak sendiri. Penat dan lelah tak terasa bila kita main dengan mereka. Herm, nantikan sahaja di hari esok..

No comments: