Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, May 18, 2009

berJALan-jALan di hARi jADI

bYk betul yg hendak dikata kerana banyak betul perkara yang berlaku yang banyaknye menganggu minda saya. Ternyata saya masih mampu menampung rasa yang membeban.
Rasa pelbagai yang selalu membuat minda saya berfikir. Umur sudah meningkat dewasa, makin banyak pula saya berfikir. Itukah dewasa? Saya sendiri tidak pasti.
Jalan yang disediakan begitu banyak hingga saya ketandusan rasa untuk memilih yang mana satu. Sehingga saya rasa takut untuk memilih. Tiada yang membantu, itu saya sudah terima keadaan itu seadanya. Melihatkan teman-teman lain yang bersama mereka ada sahaja yang membantu, kadangkala membuat saya merasa rendah diri dan kurangnya keyakinan dalam jiwa. Dan syaitan pula bermain kata di hati sambil merasuk2 apa yang patut.
Saya tahu, ruang ini bukan untuk saya seorang. Ada lagi mereka yang lain yang tak tahu apa cerita mereka, apakah sama seperti saya? lebih baik atau kurang bernasib baik? Ini terus membuatkan saya bersyukur dan redha dgn kurniaan yg diberi kepada saya. Ye lah, syaitan yg merasuk jiwa itu, alhamdulillah, setakat ini boleh saya kawal.
Jiwa kacau meresahkan saya. Kerja yang berlambak di pejabat ini walaupun saya hanya berlatihan industri dan bukan pekerja tetap, menyebabkan saya langsung stress dan tekanan. Maka, apa yg saya dapat lakukan ialah dengan bermain bersama anak2 buah :HAZIM, HASEEB, AFIQ, AMAN ...atau bermain alat muxik yg ada di rumah seperti : KEYBOARD, GITAR, KETUK2..atau melukis WAJAH2 MANUSIA YANG MENARIK PERHATIAN .. itu jiwa saya. Siapa yang boleh menghalang darah seni yang mengalir itu? Bakat yang ada, sangat rugi jika tidak diketengahkan. Namun, itu kata2 mereka yg terlalu hedonisme. Saya seorang perempuan yg auratnya perlu dijaga dan terlalu banyak adat dan pantang yang saya tahu semuanya untuk kebaikan diri sendiri. Walhal, apabila sudah bernikah nanti pun, banyak yang perlu dijaga. Untuk seorang adam yg bakal bergelar suami kepada saya, saya akan cuba terima seadanya adam itu kerana saya tahu, saya ini bukan mudah menerima kelemahan seseorang.. Maaflah, mungkin itu yang saya fikir tapi saya tak tahu apa sudahnya nanti. Maka saya perlu terus berjalan dan terus memilih simpang2 yang ada supaya saya dapat terus berjalan...

No comments: