Satu perubahan yang berlaku, ada iramanya.
Dan perubahan yang berlaku itu, boleh berlaku samaada sekelip mata atau lama mata memejam.
Ceh, bermadah-madah pulak..Padahal tengah tension dan geram, ditambah pula stress telah menyebabkan semakin teruk mata saya ni. Bermula la dari demam, selesema dan sakit mata. Badan je besar, tapi selalu je sakit, sejak kebelakangan ni. Manalah boleh saya menahan diri dari merungut-rungut, begitu payah untuk menelaah pelajaran. Ada 3 lagi paper untuk diganyah setelah 3 paper sebelum ni yang entah apa2. Dan perubahan yang berlaku itu, boleh berlaku samaada sekelip mata atau lama mata memejam.
Namun, kejadian Tuhan itu, Siapa Yang Tahu. Sesungguhnya, penyakit itu penawar dosa. Banyak dosa-dosa kecil yang tak disedari selama ni. Mungkin anggota yang paling banyak dosanya akibat tidak dapat mengawal diri sendiri adalah mata. Itula sebabnya mata ini sakit berair-air.
Entah macam mana tadi, saya mendapat tahu sesuatu berita yang agak menyakitkan hati saya, maka semakin banyak pula air lelehan ini, merah mata menyala-nyala. Berpesan-pesan saya kepada diri sendiri bahawa adam itu terlalu baik untuk saya yang agak tidak baik ini. Orang-orang yang baik untuk mereka yang baik. Itu saya sentiasa terapkan dalam diri kerana jiwa ni selalu mengimpikan adam yang baik-baik sebagai peneman hidup. Ah, nampaknya saya perlu kuat untuk melupakan angan-angan itu sebab saya jahat. Tidak sesuai untuk adam yang baik.
Oleh itu, terima seadanya apa yang di depan mata dan kurangkan angan-angan itu
p/s: sebenarnya niat diri untuk menulis tentang orang rumah dan rajukan hati, yang feminisme. Namun diketepikan sebab rasa-rasa yang menekan. Doakan saya mampu menjawab exam nanti dan lupakan tentang angan-angan yang tinggi menggunung itu
No comments:
Post a Comment