Apabila terkurungnya seekor burung di dalam sangkar, maka ia akan meronta-ronta untuk bebas. Apabila pintu sangkar dibuka, maka terbanglah ia tanpa menoleh-noleh ke arah tuannya itu. Di kejauhan, terbangnya burung itu melepasi angin yang sepoi hinggalah diredahnya angin taufan yang kencang.
Puas terbang, berehat ia mencari bijiran seperti yang biasa dimakannya tatkala di sangkar dahulu. Dicari di setiap dataran yang dijumpa. Dikais-kais tapi tiada. Yang kelihatan hanyalah geletik-geletik anak cacing ketakutan. "Mana buleh cek makan depa ini. Kesian, nanti mak pak depa carik. Apa cek nak kata?"
Teringat lah ia makanan bijirin yang pelbagai disediakan oleh tuannya dahulu. Ada bijirin dari nasi kandar, laksa asam, roti canai. Kadang-kadang ada juga tuannya bawa minuman sedap-sedap seperti teh tarik. Perutnya berkeroncong kuat, tekaknya dahagakan minuman sedap. Puas dicari, tak dijumpa.
"Apa buleh cek buat. Nampaknya terpaksa lah cek makan jugak depa ni. Dah2, hang pa tak yah buat muka kesian. Cek dah lapaq ni, bersiap sedialah" Dimakannya anak-anak cacing itu tanpa peduli apa lagi.
Sekarang baru diketahuinya bahawa bukanlah mudah untuk dia terbang sendiri. Cari makan pun susah. Pabila difikir-fikir lagi, ada baiknya kalau ia terbang melebarkan sayapnya dari duduk menunggu disuap makanan di sangkar itu. Kalau tak dikepakkan sayapnya itu, bagaimana nak tahu kepak itu boleh berfungsi atau tidak. Sejauh mana sayap itu boleh berkepak.
Menetas sahaja dari lapisan yang keras itu, makanan sudah ada di depan mata. Pernah juga dibawa keluar dari sangkar itu tapi ia sendiri masih tak mampu untuk berkepak kerana ketika itu masih kecil. Sudah itu, tak pernah lagi dibawa keluar dari sangkar.
"Tak pa lah. Takkan cek nak pi balek sangkar tu. Nanti2 cek balek la. Mana boleh cek balek teruih. Banyak benda cek nak carik ni. Mana tau kepak cek ni buleh panjang lagi. Boleh la cek terbang jauh lagi. Apa2 pun, cek mesti balek jugak nanti. Pi mai pi mai tapi tak tang tu. Tu janji cek kepada diri cek ni"
No comments:
Post a Comment