Tak ada simpati yang diminta melainkan doa semoga Tuhan mengampuni dosa-dosa saya sebelum dan akan datang. Mungkin dan memang nyata ini petunjuk dari-Nya supaya saya kembali sentiasa mengingatiNya setiap detik seperti waktu2 dulu. Pandangan saya semakin tidak jelas tentang kehidupan dan juga pandangan realiti. Ada sahaja lelehan air yang mengalir, walau saya tak minta. Waktu dulu2, senang saja lelehan ini mengalir kerana sentiasa ingat padaNya. Tapi sejak saya sudah meninggalkan yang dulu-dulu itu, sungguh jarang lelehan itu menitis sehinggalah beberapa hari ini, sentiasa sahaja mengalir. Bukan apa, saya tak tahu apa yang dirancangkan oleh Tuhan untuk saya.
Sungguh banyak sebenarnya cita-cita saya di dunia yang telah saya rancang, tapi saya sangat sedikit merancang untuk dunia yang kekal abadi. Benarlah, saya semakin kabur di atas dunia fana ini. Terbawa-bawa dengan angan-angan yang tinggi memuncak.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya tak tahu berapa lama mata saya ini akan sakit. Andai tak sembuh-sembuh dan semakin teruk sehingga Tuhan menarik nikmatNya dari saya, bermakna ini mungkin penulisan saya yang terakhir. Andai sembuh, saya akan teruslah menaip kata-kata di sini.
Apa dikisah pada mereka yang tak suka kerana diri nekad berkata suka. Apa dikisah pada mereka yang membenci kerana diri penuh menyinta. Saya manusia penuh kelemahan diri
Minta ampun dan maaf dengan kesilapan ini :)
No comments:
Post a Comment