Sememangnya cuti semester akan bosan jika tiada apa hendak dilakukan. Dan sememangnya niat di hati untuk membaca sebuah novel tetapi tidak tahu novel apa yang hendak dibaca. Dan akhirnya, terdetik di hati untuk mendengar lagu OST dari filem Ketika Cinta Bertasbih. Nah, sekarang ini lagu "Ketika Cinta Bertasbih" oleh Melly Goeslow(beginikah ejaannya?) bermain-main di blog ini. Haha..Entah apa-apa. Saya agak ketinggalan kerana cerita ini sudah lama berada di pasaran(Indonesia, di Malaysia tiade) .
Walau apa pun, dengan semangat yang waja dan berkobar-kobar, sebentar tadi saya bergegas ke Alamanda di Putrajaya untuk membeli novel karya Kang Abik ini. Langsung saya beli kedua-dua episod. Hahaha. Saya lebih senang membaca dari menonton ceritanya. Sama lah juga dengan novel Ayat-ayat Cinta.
Memang, saya gila membaca novel tapi novel bukan sebarang novel. Novel dibaca perlu ada ilmunya. Pandai sungguh penulis-penulis, mereka bukan saja-saja menulis tapi mereka juga berdakwah. Wah, novelist atau penulis pernah menjadi angan-angan saya suatu ketika dulu. Semuanya gara-gara pertama kali membaca karya Ustaz Faisal Tehrani lah. Pada ketika itu beliau menulis di ruangan akhbar Utusan Malaysia bahagian cerpen, kalau tak silap saya. Pada ketika itu, Tunggu Teduh Dulu menjadi taruhan.
Siapa sangka, dari sikap saya yang asyik dan gila membaca novel-novel cinta entah apa-apa itu, terus sahaja berubah ke arah membaca novel-novel karya beliau. Bersahaja dan berilmu. Kadang-kadang yang biasa itu boleh menjadi luar biasa. Dari situ, terus-menerus saya membaca karya beliau yang mengkritik dan beralas-alas yang sedap dalam penulisannya. Anda patut baca karya-karya beliau. Entah macam mana, boleh pula saya membaca karya Kang Abik ini. Sebetulnya, memang saya sedang memahami karya beliau. Tak cuba, kita tahu. Tak kenal, maka tak cinta. Hehehe..
Semoga cuti ini saya menjadi lebih senang dan selesa dengan percutian bertemankan novel-novel Habiburrahman El-Shirazy .
No comments:
Post a Comment