
Emak-emak dan juga makcik2 akan berkata : Alah, belajar tinggi2 pun ke dapur juga nanti. Anak2 perempuan pun berkata : Siapa nak jadi orang dapur? Ish, tak kuasa la. Apa susah, nanti upah la orang gaji.
Malunya, dulu saya pun berangggapan begitu. Namun sekarang tidak lagi. Gara-gara tergerak hati untuk membaca Ketupat Cinta[Musim Pertama] karya Faisal Tehrani.
"..dinamai orang dapur kerana ia bermakna rezeki. Kerana itulah susu orang perempuan pun dipanggil orang dapur kerana memberi ia minum untuk anaknya sampai usia boleh memamah bubur. Kerana itulah kita Melayu, oleh rasa hormat kepada perempuan memanggil isteri kita orang dapur kerana isteri itu diandai bagai rezeki, memberi anak, menjamu juadah dan mengurus rumah tangga. Jadi janganlah ada orang perempuan di kemudian hari meminta yang bukan-bukan, merasa hina digelar orang dapur atau memandai-mandai mahu melawan fitrah kerana erti dapur itu bukan main mulia dan baiknya. Berada di dapur itu menjadi dia penjaga rezeki keluarga, tidakah itu molek sekali duduknya..."Benar kata Ustaz Faisal Tehrani ni. Bukankah dalam agama Islam itu sendiri sudah mengangkat darjat perempuan sebaik-baiknya? Dalam Al-Quran ada surah Maryam, An-Nisa'. Cerita tentang kelebihan2 menjadi perempuan. Tak kisahlah apa bangsa pun. Masuk syurga senang, tapi masuk neraka pun senang. Dikurniakan wanita itu seindah perhiasan dunia. Kalau kita nak beli kain ataupun apa2 barang, mesti je kita nak yang baru, kalau boleh yang siap berplastik lagi, takde orang pernah bukak plastik tu.

Lu'lu'(mutiara) yang paling cantik pun perlu dicari di lautan dalam.
Di sekolah dulu, selalu sahaja mendengar cerita2 ustazah tentang kedudukan perempuan, tapi sayang, saya dah semakin melupakan ilmu2 itu. Ye la, sebab saya tinggalkan sekolah itu dan tak pernah pun saya toleh-toleh apabila keluar dari pintu pagar sekolah. Kejam kan saya ni?


- tidak tahu kenapa tiba2 terpanggil untuk menulis tentang perempuan
- doa2kan saya supaya menjadi orang dapur yang cemerlang dunia akhirat (^_^)
- Ketupat Cinta [Musim Kedua] boleh dibaca di blog FT
No comments:
Post a Comment