Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."
Showing posts with label Al-kisah Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Al-kisah Ceritera. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Tidur Tak Lena

Ini lah masalahnya bila anda membenarkan blog anda diterokai oleh pengguna search engine google. Entah siapa-siapa yang datang melawat sambil-sambil meninggalkan link yang entah apa-apa. Baik berhati-hati, tak perlu terpedaya. Phishings and zombies kang jadinya.

Baiklah, kelmarin (sabtu) saya melawat mak cik di Melaka. Disebabkan naik kereta auto, saya menawarkan diri untuk menjadi pemandu. Hahaha. Pergi dan balik. Tak tahu apa mimpi. Misi berjaya.

Tapi malam tu, saya tak boleh tidur. Mungkin penat sangat. Eh, tak mungkin. Rasa-rasanya kenapa?

Kebetulan sejak beberapa hari lepas, saya semakin banyak makan seolah-olah tak kenyang-kenyang, walhal sudah dibaca doa makan dengan bersungguh-sungguh.

Herm,, mesti pernah dengar orang cakap : mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, kan?

Sindrom tu kot. Sebab malam tu, honestly, terbayang-bayang je figure seorang adam ni. Haish, bahaya ni. Sebab masalahnya, nak kata ada apa-apa, tak mungkin. Memang member2 je.

Aish,,memang hampeh kan? Tak sukanya!! ..

Oh ye, dalam perjalanan balik ke rumah dari Melaka tu, bapak saya ada mengatakan tentang ujian-ujian yang perlu dihadapi oleh bakal pakwe [ heh??~] saya. Katanya, budak lelaki itu perlu diuji dahulu. Hahahaha. Makin susah la saya nak mencari yang sesuai.

Ah, tapi apa salahnya. Kalau kaum adam mahukan criteria tertentu untuk bakal isteri mereka seperti mesti pandai memasak, menghormati orang tua, lemah-lembut dan sopan-santun, apa salahnya kalau saya sebagai kaum hawa juga menenetukan criteria atau syarat-syarat tertentu untuk bakal suami nanti. Kan?

Kan nanti yang ingin dibina adalah sebuah masjid. Mencari arkitek yang pandai merancang dan melaksanakan pembinaan itu sudah pasti. Selain itu, saya sebagai pembantu arkitek [ doakan cita-cita ini tercapai], perlu juga pandai menguruskan kerja-kerja di tapak pembinaan. Perlu juga dihiasi dengan interior design yang terbaik [ walaupun keputusan exam bagi subjek design dan juga construction sangat teruk,,,mana boleh putus asa~ ]

Pilihlah selagi boleh pilih. Jangan jadi cam Delilah ni..

Lirik kat sini


Sunday, June 26, 2011

Ekspresi Diri


Memang tak tipu punye perasaan ni,,
Siap dengan face expression,,
Maap,
memang tak reti tipu kalau bab rase2 ni..
Siapa kata saya tak touching??~


KECEWA




KESIAN~




MATI AKAL



SUDAH LAH



BAIK DIAM JE



Tuesday, June 14, 2011

Tak Kahwin-kahwin Lagi


Dah 12 rejab .. 1432 Hijrah.. Saya lahir 2 Syawal 1408 Hijrah. Raya nanti, umur dah meningkat tapi perangai tak matang-matang lagi. Mana taknya, dah habis belajar bukan nak kerja. Belajar lagi pula tu.

Jadi, terpaksalah saya menunggu lagi 3 tahun ~ .. Hmm, menjadi andartu la nampaknya. Kawan-kawan dah mula nak bina masjid, arkitek dah siapkan pelan masjid. Tinggal nak dapat green light je nak mulakan binaan.

Ye lah, beruntung mereka. Ni nak mencari arkiteknya pun tak jumpa-jumpa. Sampai terkentut-kentut mencarinya. Hahahaha..Istilah saya pinjam dari tubelawak.com. [dari siang tadi dok membace entri kat tubelawak.com .. yang kureng asam + lawak .. take it positive beb~]

Sedangkan baru masuk semester 1 B.Sc Architecture ni pun, saya dah mula hilang semangat nak belajar. Ada je yang tak kena. Dengan suasananya yang mencabar iman. Rasa cam setiap hari semakin banyak je maksiat berleluasa kat tempat yang saya belajar tu.

Patutlah Tuhan mengizinkan saya merasa apa yang diinginkan setelah saya agak cukup ilmunya, setelah ada pengalaman. Ya Allah, aku tak tahu ni. Mana satu jalan yang perlu aku lalui. Aku tak kuat jalan sendiri.

Teman-teman di tempat itu, bagi saya adalah sangat tidak membantu. Maaflah, saya tidak mampu berbohong. Mereka sendiri masih muda remaja dan senang saja terikut-ikutkan kata nafsu.

Andai diikut lubuk hati yang berkata-kata ini, memang saya berhenti saja dari belajar dan kerja sahaja berdasarkan kelulusan yang lepas. Namun, banyak yang difikirkan. Sekiranya habis belajar nanti, umur dah lewat 20-an. Laku lagi ke? Ada ke adam yang sanggup menunggu?

Mak saya kata, kalau mahu kahwin masa tengah belajar ni, kahwin je lah. Aduh, fenin bila fikir soal kahwin ni. Takut tak kahwin je nnt. Hahaha...

Aaahh~ Saya bingung memikirkan masalah yang saya timbulkan sendiri. Cita-cita saya terlalu banyak , tinggi dan mengasyikkan.

orgkecil : sendri carik pasal~ sendri tanggung laa

Wednesday, March 16, 2011

Betik Muda Lagi


Kalau saya cerita pasal betik muda ni, faham-faham je la ye( bagi yang faham) . Kepada yang tak faham, maknanya anda kena baca buku Dr Faisal Tehrani - Tunggu Teduh Dulu.

Eh, kenapa awak jolok betik muda tu. Tak masak lagi la.

Alah, kita mengidam nak makan la. Orang kata betik muda ni sedap buat jeruk, buat asam.

Eii, banyak getah. Susah nanti.

Suka hati kita la. Kan kita yang nak makan. Ha, ke awak nak jugak? Cakap je la

.
Tolong lah. Saya tak kuasa nak menyusahkan diri dengan betik muda ni. Kita nak betik yang dah masak je. Kan sedap.

Sedap ke? Bukan betik muda lagi mantap??

Betik yang dah masak tu kan manis~ Oren2 je kalernye. Sampai burung pun makan. Ade ke burung makan betik mengkal muda yang kat pokok?

Ade je. Burung yang lapar. Alah, tak salahkan? Ciptaan dan rezeki dari Tuhan gak.

Ye la, ye la. Jolok la buah betik muda tu, jangan sampai terkena getahnya sudah le. Boleh gatal nanti.

orgkecil: sekian, itu saja cerite betik utk kali ni.. ^___^

Wednesday, March 9, 2011

Pintu Terbuka & Kambing Ke?

Kalau tak kenal maka tak cinta.Hmm,, ye ke? Bukan kalau tak kenal, tak kenal la. Ape pulak kaitan dengan cinta? Heh, kasih sayang itu milik Allah. Dia boleh bagi kita rasa cinta dan menariknya bila-bila saja. Sedangkan rasa suka boleh bertukar jemu, cinta bertukar benci dan menyampah.

Al-kisahnya, saya telah menyusahkan sekumpulan rakan kerja. Tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Sesungguhnya saya terlalulah tidak dapat memaafkan diri sendiri yang hina-dina ni. Maka, berjujuranlah titisan air dari hati nan kecewa, keluar melalui mata lalu membasahi pipi. Dan tiadalah tersela titisan itu hingga membawa ke tidur. Tidak mengapalah, jadikan pengajaran. Saya ini manusia yang lemah. Setelah 2 hari bersengkang mata dan tidur yang hanya keayam-ayaman, saya ketiduran yang mati. Itulah puncanya tugasan saya tidak siap. Ingatlah, manusia itu memerlukan rehat. Manusia itu lemah.



Dan hendak diceritakan, bahawa Allah itu tidak kejam. Kekecewaan itu tertutup dengan percutian ke Langkawi bersama rakan yang dulunya saya tidak kenal. Menaiki bot mengelilingi pulau indah ciptaan Tuhan, membuatkan saya leka dan lupa sebentar tentang kekecewaan dan kesedihan. Dan rasa kasih sayang yang diberi Tuhan untuk saya berikan kepada insan tertentu sudah terbit kembali. Sebelum ini, memang tertutup dan agak payah untuk terbuka dan dibuka. Alhamdulillah dan Subhanallah. Nikmat rasa kasih sayang Tuhan yang diberi kepada makhluk-makhluknya agar hidup aman di muka bumi ni. Rasa nikmat bersaudara dan berteman.

Ya, dulu sebelum ke tempat baru ini, saya rasa sendiri. Maaf, saya tak boleh terlalu sendiri. Gila jadinya. Dan saya tidak boleh sentiasa bersama orang yang sama sahaja setiap masa atau sepanjang tahun. Bak kata orang, dekat bau tahi, jauh bau bunga. Itu memang saya yang kecil (kecik ke??).

Namun, mana ada hidup yang sempurna. Ada cacat celanya. Tak boleh lah nak semuanya ikut gaya dan kehendak kita. Andai masuk ke kandang kambing, mengembek lah. Andai masuk ke kawasan harimau, mengaum lah anda.


Di sebuah kandang sekawan kambing yang putih (sheep), ada seekor kambing hitam yang tersesat masuk ke dalamnya. Dek kerana kambing hitam itu memang sudah tiada arahnya di luar kandang dan di kandang kambing putih itu memang ada kekosongan dan sudi menerima mana-mana kambing masuk ke kandang. Tabiat si kambing putih adalah dengan mengembek dengan bunyi "mmmm..baksikit". Namun si kambing hitam itu mengembek dengan bunyi "mmmm..baknyak". Amatlah tidak digemari si kambing hitam. Maka sakitlah dan tidak selesalah si kambing hitam di kawanan kambing putih. Si kambing hitam geram dan sentiasa sahaja marah-marah dengan kawanan kambing putih itu. Walhal kambing-kambing putih itu tiadalah apa, malah terus saja mengembek "mmmm..baksikit".

Tengok, siapa yang susah? . Mungkin kambing hitam tu punya pendiriannya sendiri. Kawanan kambing putih tu sepatutnya bawa berbincang dengan si kambing hitam itu. Bila dah berbincang dan sepatutnya hormat menghormati pendirian dan pendapat masing-masing. Dan cari penyelesaian andai terbit masalah. Selesaikan secara berhadapan, tak perlu cucuk dari belakang. Carilah kawanan kambing yang coklat untuk menjadi pengantara atau hakim atau penasihat yang natural, tak berpihak pada mana-mana. Yang penting adanya komunikasi dan toleransi.

Haha..Apalah yang saya merepek ni? Mengarut. Sudahlah, sila berhenti.

orgkecil : semakin menjadi tidak berape btol

Monday, February 1, 2010

Gunting Rambut (1)

Awal-awal perkahwinan, memang la terasa indahnya. Nak pula duduk rumah sendiri, tak perlu tinggal di rumah mak atau mak mertua. Hidup berdua, nak buat apa-apa pun boleh. Si suami seorang arkitek muda berjaya yang membina rumah indah yang mereka diami sekarang ini. Si isteri pula, walaupun punya kelayakan degree sebagai engineer tetapi tetap merendah diri dengan kerjaya sebagai guru tadika. Penat ibu bapa, keluarga dan sahabat-handai membebel dengan kerjaya pilihannya itu, "tak sesuai langsung dengan ijazah, tak guna pun ijazahnya tu, rugi masa belajar, bla..bla..bla..". Biarlah, itu pilihannya.

Bahagia dan manisnya seperti madu segar diambil dari ladang. Nikmatnya Tuhan sahaja yang tahu. Si isteri bersyukur kerana mendapat seorang suami yang diidamkan selama ini. Membimbingnya solat berjemaah dan tadarus bersama. Al-fatihah sahaja boleh menyejukkan hati mak dan ayah si isteri ketika bulan puasa,berbuka dan solat maghrib bersama. Si suami merasakan, beliaulah lelaki paling bertuah kerana berjaya mengalahkan teman-temannya untuk menyunting gadis idaman semasa di kolej dahulu. Memang ego bunyinya, tapi ye lah. Gadis yang kini menjadi isterinya itu dahulu sangat disegani dan dihormati oleh teman-teman. Muslimah yang terjaga akhlak, budi dan agamanya. Ala-ala Anna Althafunnisa dalam KCB tapi kurang sikit. Hehehe..

Masuk hampir setahun perkahwinan, si isteri belum punya tanda-tanda untuk mendapat cahaya mata. Belum rezeki, itu ujur si isteri kepada suaminya. Acuh tak acuh sahaja si suami mengiyakan. Dek kerana ingin melupakan ke-frust-annya, saja disibukkan diri di pejabat. Pabila ditanya isteri, jawabnya
"Banyak kerja la. Got new project with tan sri. Tan Sri wants the plan to be submitted asp. Don't worry ye sayang. Nanti dah siap semua, kita gi dinner same ye. Special punye".
"Yela, promise tau"
, si isteri mengiyakan saja.
Ditunggunya juga dari minggu ke minggu sehinggalah dirinya berasa kebosanan dan hampir berputus-asa.

Di suatu hari minggu, ketika menonton movie di tv bersama-sama, si isteri yang sememangya muda dari si suami berkata
"Bang, oh bang. Ayang rasa cam nak potong je rambut ni. Dah panjang, rimas la.".
"Ha, potonglah. Nak abang teman gi salun ke?"
.
"Erm, tak naklah. Bosan la gunting rambut kat kedai tu. Orang yang gunting rambut tu serius je mase gunting. Hmm, abang tolong guntingkan boleh?"...


-to be continued - bersambung ...

Wednesday, January 6, 2010

pEcaH, rEMuk, rEnyUk..apAkAh ?

Ada lagi yang pecah. Setiap minggu pecah. Masuk kali ni, tak yang ke entah berapa kali pecahnya. Pecah, macam pasu bunga yang diletak di tepi tingkap dan jatuh tiba-tiba entah sebab apa. Jatuhnya pula bukan di atas rumput yang tebal tetapi di atas simen keras. Lagi teruk jika pasu itu menimpa seorang manusia yang lalu di bawahnya. Alahai, malang sungguh tak berbau. Bolehkah pasu tu digunakan semula? Dah la dah banyak kali pecah.

Dan bertambah teruk, apabila menjadi remuk. Remuk, macam kereta yang terlibat dengan kemalangan yang dasyat. Bayangkanlah, andai ada mangsa yang terkorban kerana tersepit di dalam kereta. Bolehkah diperbaiki kereta itu? Dah la banyak kali accident.

Dan remuk seperti kertas yang.., eh kertas renyuk lah. Ha, lebih kurang begtu la. Dah tu, kertas yang renyuk itu pula, bukanlah kertas yang nipis. Cuba anda bayangkan, kalau kertas yang nipis, tak tebal. Apabila direnyukkan, tengok hasil renyukannya. Dan bandingkan hasil renyukan kerta yang tebal seperti kad manila. Mana lagi hodoh renyukannya? Yang saya tahu, kertas yang tebal itu. Renyukan yang memburukkan lagi kertas tersebut. Bolehkah diguna lagi kertas tu? Bukan baik guna yang baru je?

Semua gara-gara 1 pernyataan dan situasi yang dinyatakan dan terjadi. Oh, perlukah itu semua? Rasanya tak perlu kot. Apakah niat saya sebenarnya di sini? Tak tahu lah. Cuma nak menyatakan apa yang ingin dikatakan. Mengarut dan terus mengarut. Merapu dan terus merapu. Andai anda pandai berfalsafah atau berkias-kias dalam berbahasa dan berkata-kata, tentu sahaja anda faham apa itu pecah, remuk dan renyuk .. n__n

Friday, January 1, 2010

bUnga2 di tAmAN

Ada banyak pokok bunga di laman yang perlu dijaga yakni, disiram dan disiram. Selain itu, rumput2 yang cemburu dan sentiasa sahaja berebut makanan dengan pokok2 bunga itu, perlu dibuang dan dicabut agar pokok2 bunga itu tumbuh cantik menjadi penyeri laman.

Alkisah dibuat cerita, seorang jiran baru datang, berpindah ke sebelah rumah. Ternyata, hari demi hari, jiran baru itu juga turut menanam pokok2 bunga yang begitu banyak. Memang cantik. Semua memuji kecantikkan dan keserian laman2 ataupun hadiqah mereka.

Pada suatu ketika, bunga2 di laman jiran baru itu, tiba-tiba sahaja hilang serinya. Semua gara-gara sudah terlampau banyak dan si jiran baru itu tidak mampu untuk menjaga semua pokok bunga. Lalu, dibiarkan sahaja semuanya layu, tidak bersiram, tidak dijaga, tidak dibaja.

Maka, kasihanlah jirannya terhadap pokok2 bunga jiran barunya itu. Lantas, dengan seikhlas hati beliau menyiram dan menjaga laman bunga jiran barunya itu. Sepenuh jiwa menjaga sehingga terlupa pokok2 bunga di lamannya sendiri. Sungguh kasihan bunga2 itu, yang semakin hari seolah2 dilupakan dan hampir layu jadinya. Kadang2 dirinya rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan pokok2 bunganya sendiri. Baginya, tentu sahaja jirannya itu sudah sangat penat dan memerlukan pertolongan untuk menyelenggara taman ini.


Namun, pokok2 bunga itu tidak pernah berputus harap. Walaupun, tiada lagi kasih sayang dan bisik2 manja dari tuan mereka, mereka tetap yakin bahawa keadaan ini adalah bersifat sementara. Pada fikiran mereka, tentu sahaja tuan mereka itu sangat memuliakan jirannya sehingga sanggup berkorban bunga2 sendiri.

Lantas, bunga2 tersebut memohon doa kepada Pencipta mereka supaya tuan mereka mendapat berkat dan pahala yang berlipat kali gandanya kerana pengorbanan itu. Dan bunga2 itu juga memohon, agar segala kesusahan dan dugaan yang ditimpakan ke atas mereka juga mendapat berkat dari Pencipta Yang Satu itu. "Berikan kami kesabaran, Ya Tuhan", bisik bunga2 itu.


Berkat doa bunga2 itu, suatu hari, melintas di hadapan kejiranan itu, seorang lelaki yang sederhana tubuh badannya. Hidungnya tidak mancung seperti hero2 hindustan dan matanya tidaklah galak sehingga boleh menyebabkan orang menyanyikan lagu Menatap Matamu, seperti Aril AF7 tu. Namun, mata itulah yang menangkap kelibat bunga2 layu dan hidungnya itulah yang mengesan bau bunga2 layu.


Dan keesokan harinya, lelaki itu sudah bersedia untuk membaiki laman yang bunganya layu itu. Walaupun dirinya pelik kerana laman di sebelahnya itu sangat cantik berjaga. Secara rahsia, tanpa mengharap apa2 balasan, beliau menjaga dan menyiram serta membaja pokok2 bunga tersebut. Alangkah gembiranya bunga2 itu, kerana diri mereka kembali segar menawan. Kerana kasih sayang Tuhan Yang Satu, dikurniakan kepada mereka seorang lelaki yang sangat baik kepada mereka. Sangat bersyukur tidak terhingga.

Dan berkat Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, jiran baru itu tersedar dari kepenatannya dan kembali mengambil tugas menjaga tamannya sendiri. Sangatlah beliau berterima kasih kepada jirannya itu yang menolong menjaga tamannya.

Dan dapatlah dia kembali membajai dan mencurah kasih kepada pokok2 bunganya. Ternyata dia sangat terkejut kerana pada sangkaannya tentu sahaja pokok2 bunganya itu sudah mati kerana lama sudah dia tidak menyiramnya. Namun, rahsia si lelaki penjaga taman bunga itu, masih lagi menjadi misteri. Apa2 pun, dirinya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana baginya, mungkin berkat yang diperoleh.. Entahlah, dia pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Cuma yang pasti , KerJa TuHaN siAPa yG tAHu .. ^__^