Al-kisahnya, saya telah menyusahkan sekumpulan rakan kerja. Tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Sesungguhnya saya terlalulah tidak dapat memaafkan diri sendiri yang hina-dina ni. Maka, berjujuranlah titisan air dari hati nan kecewa, keluar melalui mata lalu membasahi pipi. Dan tiadalah tersela titisan itu hingga membawa ke tidur. Tidak mengapalah, jadikan pengajaran. Saya ini manusia yang lemah. Setelah 2 hari bersengkang mata dan tidur yang hanya keayam-ayaman, saya ketiduran yang mati. Itulah puncanya tugasan saya tidak siap. Ingatlah, manusia itu memerlukan rehat. Manusia itu lemah.
Dan hendak diceritakan, bahawa Allah itu tidak kejam. Kekecewaan itu tertutup dengan percutian ke Langkawi bersama rakan yang dulunya saya tidak kenal. Menaiki bot mengelilingi pulau indah ciptaan Tuhan, membuatkan saya leka dan lupa sebentar tentang kekecewaan dan kesedihan. Dan rasa kasih sayang yang diberi Tuhan untuk saya berikan kepada insan tertentu sudah terbit kembali. Sebelum ini, memang tertutup dan agak payah untuk terbuka dan dibuka. Alhamdulillah dan Subhanallah. Nikmat rasa kasih sayang Tuhan yang diberi kepada makhluk-makhluknya agar hidup aman di muka bumi ni. Rasa nikmat bersaudara dan berteman.
Ya, dulu sebelum ke tempat baru ini, saya rasa sendiri. Maaf, saya tak boleh terlalu sendiri. Gila jadinya. Dan saya tidak boleh sentiasa bersama orang yang sama sahaja setiap masa atau sepanjang tahun. Bak kata orang, dekat bau tahi, jauh bau bunga. Itu memang saya yang kecil (kecik ke??).
Namun, mana ada hidup yang sempurna. Ada cacat celanya. Tak boleh lah nak semuanya ikut gaya dan kehendak kita. Andai masuk ke kandang kambing, mengembek lah. Andai masuk ke kawasan harimau, mengaum lah anda.
Di sebuah kandang sekawan kambing yang putih (sheep), ada seekor kambing hitam yang tersesat masuk ke dalamnya. Dek kerana kambing hitam itu memang sudah tiada arahnya di luar kandang dan di kandang kambing putih itu memang ada kekosongan dan sudi menerima mana-mana kambing masuk ke kandang. Tabiat si kambing putih adalah dengan mengembek dengan bunyi "mmmm..baksikit". Namun si kambing hitam itu mengembek dengan bunyi "mmmm..baknyak". Amatlah tidak digemari si kambing hitam. Maka sakitlah dan tidak selesalah si kambing hitam di kawanan kambing putih. Si kambing hitam geram dan sentiasa sahaja marah-marah dengan kawanan kambing putih itu. Walhal kambing-kambing putih itu tiadalah apa, malah terus saja mengembek "mmmm..baksikit".
Tengok, siapa yang susah? . Mungkin kambing hitam tu punya pendiriannya sendiri. Kawanan kambing putih tu sepatutnya bawa berbincang dengan si kambing hitam itu. Bila dah berbincang dan sepatutnya hormat menghormati pendirian dan pendapat masing-masing. Dan cari penyelesaian andai terbit masalah. Selesaikan secara berhadapan, tak perlu cucuk dari belakang. Carilah kawanan kambing yang coklat untuk menjadi pengantara atau hakim atau penasihat yang natural, tak berpihak pada mana-mana. Yang penting adanya komunikasi dan toleransi.
Haha..Apalah yang saya merepek ni? Mengarut. Sudahlah, sila berhenti.
orgkecil : semakin menjadi tidak berape btol
No comments:
Post a Comment