

Pada suatu ketika, bunga2 di laman jiran baru itu, tiba-tiba sahaja hilang serinya. Semua gara-gara sudah terlampau banyak dan si jiran baru itu tidak mampu untuk menjaga semua pokok bunga. Lalu, dibiarkan sahaja semuanya layu, tidak bersiram, tidak dijaga, tidak dibaja.
Maka, kasihanlah jirannya terhadap pokok2 bunga jiran barunya itu. Lantas, dengan seikhlas hati beliau menyiram dan menjaga laman bunga jiran barunya itu. Sepenuh jiwa menjaga sehingga terlupa pokok2 bunga di lamannya sendiri. Sungguh kasihan bunga2 itu, yang semakin hari seolah2 dilupakan dan hampir layu jadinya. Kadang2 dirinya rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan pokok2 bunganya sendiri. Baginya, tentu sahaja jirannya itu sudah sangat penat dan memerlukan pertolongan untuk menyelenggara taman ini.

Lantas, bunga2 tersebut memohon doa kepada Pencipta mereka supaya tuan mereka mendapat berkat dan pahala yang berlipat kali gandanya kerana pengorbanan itu. Dan bunga2 itu juga memohon, agar segala kesusahan dan dugaan yang ditimpakan ke atas mereka juga mendapat berkat dari Pencipta Yang Satu itu. "Berikan kami kesabaran, Ya Tuhan", bisik bunga2 itu.
Berkat doa bunga2 itu, suatu hari, melintas di hadapan kejiranan itu, seorang lelaki yang sederhana tubuh badannya. Hidungnya tidak mancung seperti hero2 hindustan dan matanya tidaklah galak sehingga boleh menyebabkan orang menyanyikan lagu Menatap Matamu, seperti Aril AF7 tu. Namun, mata itulah yang menangkap kelibat bunga2 layu dan hidungnya itulah yang mengesan bau bunga2 layu.


Dan dapatlah dia kembali membajai dan mencurah kasih kepada pokok2 bunganya. Ternyata dia sangat terkejut kerana pada sangkaannya tentu sahaja pokok2 bunganya itu sudah mati kerana lama sudah dia tidak menyiramnya. Namun, rahsia si lelaki penjaga taman bunga itu, masih lagi menjadi misteri. Apa2 pun, dirinya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana baginya, mungkin berkat yang diperoleh.. Entahlah, dia pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Cuma yang pasti , KerJa TuHaN siAPa yG tAHu .. ^__^
No comments:
Post a Comment