Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."
Showing posts with label Dialog Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Dialog Kehidupan. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Sabarlah Diri

Tulis-tulis sikit tentang beberapa hari ini sebelum beberapa hari esok.

Dalam panas terik cuaca di Malaysia, umat Islam berpuasa, menunaikan rukun Islam ke-3. Saya memendekkan waktu untuk beraktiviti dalam alam maya. Dalam pada itu, ada jugalah blog-blog yang bermanfaat [insyaAllah] yang saya baca.

Dan tersentuh memori kepala otak saya ni, bila saya baca satu cerpen ni.
Tajuknya: "Kita Bercinta Sampai Syurga ye "

Saya senyum pada satu ayatnya ;

...Untuk bercinta hanya kepada suami ...

Tapi bertukar kerutan di dahi bila baca ayat ini ;

... Ya Allah !! ...


* bacalah cerita selanjutnya sendiri .. ^__^


orgkecil : jgn menyerah dan sabarlah .. Masa untuk bertemu arkitekmu pastikan tiba jua.. Allah bersama-sama orang yang sabar



D'Masiv - Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

reff1:
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

repeat reff1

reff2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa


Thursday, May 19, 2011

Monolog HariJadi

utk siapa2 yang tak tau, monolog tu maksudnya cakap2 dalam hati sendiri..

Owh..macam ni caranya nak susun presentation board. Owh, macam ni maksudnya kalau nak render cantik. Owh, macam ni la kalau nak masukkan orang dalam 1 design space. Owh,, macam ni.Owh, macam tu. Memang terbukak bijik mata lepas review budak2 BSc. Archi UiTM. Dah tu, saya bandingkan dengan saya punya. Oh, patut lah tak dapat markah banyak, sikit je. Tu pun nyawa-nyawa ayam dan ikan. Alhamdulillah la, daripada gagal. So, sem depan, saya dah tau nak buat camne..insyaAllah..

Semalam, makan kek hari jadi. Dah makin tua hari demi hari. HAhaha..Tapi perangai macam budak-budak lagi. Dah tu, belajar dengan kawan-kawan yang lagi muda. Kadang-kadang rasa rendah diri jugak. Ye lah, dah tua baru nak belajar.

Sampai budak-budak ni kata : "Kenapa tak kerja je? Boleh la bagi duit kat parents. Dah stabil kewangan, baru la buat apa yang suka" .....hONESTLY, saya agak sakit hati bila mereka kata macam tu. Tak tau lah saya niat mereka ni apa. Sebab kita mana boleh percaya orang sangat. Sepatutnya, naikkanlah semangat. Tapi itulah apa yang saya rasa bila mula-mula mereka cakap macam tu. Saya tak tipu.

Bila fikir 2 kali, memanglah betul apa diorang cakap. Tapi rasanya saya dah jawab pertanyaan mereka masa awal-awal dulu. Mungkin mereka tak faham, sebabnya mereka bukan saya dan perlukah saya menyatakan secara detail semata-mata nak puaskan keinginan untuk mereka tahu? Haih, tolonglah faham. Saya tak suka orang mempersoalkan tindakan saya sedangkan saya dah bagitahu elok-elok awal2 dulu. Sekarang ni, tolonglah faham...Betul, saya tak tipu...

Semalam juga mak saya tanya : "dah ada pakwe? " .. Saya jawab : "Tak de" sambil menggelengkan kepala dan mencebik mulut.

Mama tanya lagi " Nak yang macam mana? Yang masuk usrah? Boleh abang carikan" ..
Saya jawab lagi tapi kali ni dalam hati " Ala, org2 yg camni mane ade pandang2 pompuan. Cakap ngn pompuan pon tak. Diorg jage pergaulan" ..
Tapi yang terkeluar kat mulut " Susah la nak carik. Kawan-kawan kat UiTM tu sumenye budak2 lagi. Nak carik yang senior pon, perangai same je cam budak2 "
dan saya sambung sendiri dalam hati " Yang tak solat pon ade je. Kan papa dah kata, kalau untuk aku, kena ada ujian dulu. Kena dengar fatihah nye betul tak"

Kelmarin, ada seorang kawan perempuan tanya : " Memang dari kecik suka yang Islamic eh?"
Saya jawab : "Entah lah, tu la yang berkenan kat hati. Yang hensem2 ke comel2 ke, tu semua skejap je melekat kat ati. Pastu terus ilang".. Kebetulan masa tu memang tengah sesi borak2 perempuan. Pun buat saya berfikir - Ha'ah kan?~ .. mungkin fitrah taste saya macam tu.



Jadi kesimpulannya, Alhamdulillah saya masih diberi ruang untuk idop. Alhamdulillah, cukup harta benda untuk saya hidup. Alhamdulillah, sepanjang 23tahun ni, walaupun saya tak pernah punya kekasih hati ataupun pakwe ataupun berkapel-kapel macam budak-budak zaman sekarang ni, saya masih punya keluarga yang sakinah. Mereka kekuatan saya. Kasih-sayang saya, saya tumpahkan kepada anak-anak akak dan abang saya yang saya dah anggap mereka macam anak sendiri. Terutama bila menidurkan si kecil Abdul Haq dan mengajar Hazim, Abdul Haseeb atau Afiq Iman membaca buku. Atau mengusik-usik Aman Fikri. Alhamdulillah.

Walaupun saya agak gusar tentang arkitek yang bakal membina masjid dengan saya nanti, saya yakin dengan Allah. Dia nak ajar saya menghargai dan belajar hal-hal rumah tangga dengan melihat rumah tangga abang dan akak saya, sebelum saya berjaya membinanya kelak. Dan Allah nak beritahu saya supaya sentiasa bergantung harap dan ingat Dia selalu. Kalau memang tak ada pun arkiteknya nanti, pemberian dariNya saja, insyaAllah cukup untuk saya bina sebuah masjid. Kan saya sedang belajar architecture... ^__^

orgkecil : tak larat nak jawab bile org tanye psal kawen ..hmm~

Monday, April 11, 2011

Roti Yang Tak Jadi


Oh, rupa-rupanya bancuhan membuat roti itu tidak sebati lagi.
Kasihan diri saya, terpaksa membancuhnya semula.
Mula-mula dulu,
bila tengok resepinya,
ye,
bersungguh-sungguh dan bersemangat waja nak buat.
Lagipun,
baca-baca resepi tu,
macam tak de la senang tapi sebab suka nak buat roti,
jadi rasa nak buat la.
Rupa-rupanya, susah dan leceh nak membancuhnya.
Walaupun ada mesin pembancuh dough, tapi tak guna.
Konon-kononnya nak rasa air tangan sendiri. Kerek.
Tak pe, teruskan juga.

Ha, sekarang, tengok,
Apa dah jadi??
Entahmana silapnya.
Mungkin yis tak dibiarkan lama atau tak cukup air.
Tengoklah hasilnya, roti yang bantat.
Dah tu, keras pulak.
Siapa yang nak roti tak jadi ni???

Bread house di Africa - deviantArt

Tapi takkan nak putus asa kan? Baru cuba buat sekali. Kalau dah suka tu, mesti tak kisah. Kalau dah cinta tu, tak kira pe, mak pak tak bagi kahwin pun, NAK JUGAK, kan??

orgkecil : tak mungkin akan putus asa, cuma masa yang tak pernah berhenti walau sedetik



Wednesday, April 6, 2011

Persoalan


gambar ni, sy sendiri yang amek mase kat langkawi hari tu

Saya menipu lagi, saya tak menulis pon apa-apa post di blog ni. Saya mungkir kata-kata sebab saya kalah dengan urusan dunia yang pelbagai. Kesian orang yang menunggu hasil penulisan saya di blog ni. Eh, ade ke?? Rasanya, orang yang baca blog ni pun, boleh dikira dengan hidung je. Hehehe. Apa-apa lah.

Bersama-sama mereka rakan-rakan baru, banyak yang saya lalui sepanjang sebulan yang lepas. Dan saya dah mula faham, masuk dengan keadaan/suasana di sini. Cuma, satu je yang masih tak faham. Kenapa ada pada perbuatan mereka itu, menyusahkan dan menyakitkaan telinga saya? Maaf, saya tak bermaksud mengongkong kehidupan mereka yang sudah sedia sangat terbuka pemikiran. Mem-barat-kan diri bersungguh-sungguh tapi kenapa mesti yang buruk sahaja mereka ambil. Hilangkah nilai yang baik seperti menghormati orang lain dan menghayati budaya sendiri?

kan best kalau kawan-kawan baru sy tu semua selalu mcm ni?~

Tapi bukan semua yang menyakitkan telinga saya. Ada je yang manis macam jus mangga yang saya selalu beli[hari-hari] di cafe berdekatan tu. Ataupun sedap macam mihun sup daging yang juga saya beli dari kawasan berhampiran. Herm, sejak jadi student lagi ni, tak pernah masak untuk santapan sendiri. Haih, macam mana nak practise jadi bini orang ni?? Asyik belajar je. [Ni la yang room-mate sy tanye hari2].

Ha ah kan? Bila saya nak bernikah dan kahwin dan ada laki,anak2 dan keluarga? Bila ya? Siapa boleh jawabkan? Saya sendiri pun tak de jawapannya. Penat saya fikirkan hari-hari, tapi masih tak de jawapan yang tepat dan memuaskan hati semua pihak. Antara jawapan saya:

  1. Saya sangat suka belajar dan belajar dan belajar sebab saya enjoy jumpa ramai manusia yang pelbagai.
  2. Banyak sangat betik muda yang saya jumpa. Kalau betik muda yang sedap dimakan tak pe juga, tapi banyak yang saya jumpa ni, ada yang agak2 busuk dan mengkal. Kan kena pilih yang terbaik?~
  3. Saya masih tak dapat clue dari Tuhan, siapa yang layak untuk saya.

Kesimpulannya,

saya mesti teruskan hidup!!

orgkecil:perlu kerja kuat untuk subjek design supaya menjadi sama hebat dengan mereka yang betul2 hebat..Oh, Allah, help and guide me,,please~


Saturday, March 19, 2011

Mungkin Rerama

rerama yang saya lukis,,chantek tak??
(,,byk kne improve -_-)


Memang susah hidup dalam dunia yang sendiri, yang orang lain tak pernah cuba untuk memahami atau memang susah untuk mereka faham. Atau diri sendiri masih susah memahami orang lain. Kadang-kadang rasa diri mampu dan bersemangat melaksana segala urusan dunia yang sementara dengan harapan mendapat redha dari Tuhan Penentu Segala, padahal yang termampu tiadalah sangat dan sesungguhnya tiada redha dariNya. Rasa diri sangat lemah. Oh ya, saya lupa saya hanya manusia kecil, lemah dan kurang segala. Tiada kuasa, rupa segala.

Seperti seekor rama-rama yang mula hidupnya melihat dunia luar selepas keluar dari sebiji telur yang sangat halus dan menjadi juga, ulat yang halus. Membesar hanya dengan memakan dedaun. Kemudian tidur tergantung menyepi diri. Pabila terjaga dari tidur, dijadikan Tuhan ciptaan terindah dunia, tapi sayang hidup yang seketika cuma kerana janji Tuhan untuk kehidupan yang lagi hebat di dunia lain. Cuma rerama ini punya rupa yang cantik (opposite with me).

orgkecil : cuba untuk tidak merasa dan fokus pada kerja agar lupa segala rasa-rasa itu. Maaf
..

Monday, February 28, 2011

Hiburan Yang Perlu Makna

Sebelum memaksimumkan diri supaya terus melangkah dengan lebih laju, ada perhentian yang diwujudkan. Pastinya kisah kehidupan di tempat baru yang pelbagai ini. Saya memerhati setiap tingkah laku manusia yang kebanyakan baru hendak menjengah dunia baru. Samaada terkejut atau diri sendiri ini yang terkejut dengan suasana baru ini. Ya, itulah asababnya saya hanya mendiam dan memerhati sahaja mereka. Hiburan-hiburan yang mereka sajikan atau persembahkan, terlalu kosong untuk saya. Tiada moral of the story, tiada nilai dan kosong. Yang ada hanyalah bunyi kelentongan tin-tin kosong. Sepenunhya dunia semata.

Saya rindu, saya rindukan pengertian dalam setiap perbuatan dan langkah. Saya sentiasa butuh pentunjuk dan bimbingan dalam perjalanan yang entah bila kan tamat ini. Kesibukan saya mengejar cita-cita, meresahkan jiwa yang kadang leka. Dunia ini, fana sahaja. Mengapa dalam setiap langkah itu tiada nilai dan makna?

Bimbingan dalam setiap jalan yang dipilih, hanya yang benar dari Tuhan Yang Satu. Dia menentukan apakan jadi kepada diri ini. Bila fikir tentang masa depan yang entahkan jadi entahkan tidak, jiwa kadang celaru dan buntu. Jika difikir tentang cita-cita yang sentiasa mengasyikkan, memang masyuk. Semua tinggi melangit, sedalam lautan. Jika difikir tentang kehidupan berkeluarga, diri sendiri sentiasa saja lemah dan lesu. Langsung hilang gigih. Seronok dan gembira mendengar khutbah nikah di masjid, pabila sang imam mengusik si pengantin baru. Katanya, setiap perbuatan sepanjang alam rumah tangga itu adalah ibadah. Mengemas rumah, memasak untuk suami. Semakin besar perut suami, semakin banyak ibadah yang dibuat. [hehehe, comel pulak kate2 juru nikah tu..]

Aiseyh,, sekarang suasana sudah tidak sedamai mana. Mulut-mulut lebah sudah mula menguasai ruang yang saya duduk damai tadi. Setakat ini, saya perlu berhenti. Namun saya perlu tanamkan pada diri, setiap hiburan itu perlu punya makna.

Sunday, January 2, 2011

Jatuh Cinta Hanya Sekali

Mula-mula sekali, bila entry tentang kehidupan ni, yang penting, mesti gelak dulu. HAHAHAHAHA :D ..

Ok, let the stories begin,,

Memang betul rasanya bila orang kata : Jatuh Cinta Hanya Sekali. Minggu orentasi di UiTM hari tu, tak se-menarik masa di UPM. Mungkin sudah biasa di UPM, hidup lebih teratur dan berdisiplin semasa minggu orentasi. Di UiTM, agak tidak berdisiplin dan tak berapa semangat. Sebenarnya, faktor umur turut menyumbang ke arah ke-tidak-semangat-an tersebut. Biasa la kan kalau IPTA, minggu orentasinya mesti ada cheers kan? Tau-tau je la, bila dah cheer2 tu, kalau kolej yang semua perempuan, kena gedik. Kalau kolej yang semua lelaki, kena la yang gagah-gagah (kononnye). Boleh pula goda-goda cheers..Aduh, astaghfirullah.


Itu baru cheers, belum bab persembahan. Di UPM dulu, Malam Tunas Budaya(MTB) menjadi ukuran pelajar-pelajar baru. Di UiTM, mungkin sebab baru, jadi persembahan agak kurang sikit la. Saya ni memang suka buat persembahan masa di UPM dulu. Agak gemar suka teater atau lakonan yang punya makna. Jadi, di UiTM hari tu, saya pun mula nak mengorak langkah menawarkan diri untuk buat persembahan. Fuuhh~ .. Alhamdulillah, tergerak hati saya untuk menarik diri. Betapalah saya agak terpana dengan tahap 'tuuutt'nya. Tak boleh komen secara terperinci, bahaya. Memang persembahan itu baik. Cuma saya tak boleh nak bayangkan diri kalau saya yang perlu berada di pentas itu. No way man.

Kasihan saya tengok. Orang-orang Melayu, termasuk saya sendiri, sudah terlalu terpengaruh dengan hiburan. Memang sangat berjaya perang saraf yang telah dilancarkan pengikut anti-islam sejak lama dahulu. Bila baca akhbar, sambutan tahun baru, pelajar IPT antara yang ditangkap khalwat dan ada yang bersekedudukan di malam sambutan awal tahun baru. Dan mesti anda semua tahu, yang ditangkap itu adalah di satu lokasi yang mana ramai penduduknya adalah melayu Islam dan di kawasan ramai pelajar bumiputra.

Saya jadi takut. Takut terpengaruh. Saya jadi gelabah pada malam persembahan tersebut. Saya menjadi yang teramat malu. Di UPM dulu, tidaklah terlalu malu sangat begini. Itulah, sudah saya katakan tadi, faktor umur dan juga pengalaman yang saya ada sebelum ini, memang menghalang saya dari terus hanyut di tempat baru.

Ya Allah,, jauhkanlah aku dari segala maksiat di tempat itu. Aku hadir ke tempat itu dengan tujuan memang untuk belajar dan mengejar untuk mencapai dan menggenggam impianku.

Baiklah, seterusnya. Cerita-cerita orang yang sedang menuju ke arah pembinaan masjid idaman mereka. Ramailah teman-teman saya yang menikah, berkahwin, berkenduri dan bertunang di bulan disember 2010 yang lalu, mahupun 1.11.11 semalam. Sedang mereka asyik membina masjid, saya masih lagi terkapai-kapai mencari arkiteknya. Haha, saya gelakkan diri sendiri kerana masih tidak dapat mencari yang sesuai. Malulah saya kepada teman-teman baru yang saya jumpa di tempat belajar yang baru ini. Walaupun mereka lagi muda remaja dari saya, tapi mereka sudah punya buah hati dan bercinta-cintun dengan bersungguh-sungguh mengikut pengamatan saya lah.

Saya harap mereka dapat mengekalkan tahap hubungan mereka itu. Biar terus menjadi suci dan jauh dari maksiat. Eh, ye ke? Bukan bila dah bercinta begitu, asyik melekat dengan telefon, bergayut sebelum tidur dalam gelap dan ber-sayang ber-honey2 dalam message, bukan itu sudah kira maksiat ke? Bagi saya itu sudah masuk ke kancahnya, sudah menghampiri zina. Astaghfirullah.

Ha, baru saya ingat, kenapa saya takut untuk mengadakan hubungan sebegitu dengan mana-mana lelaki. Saya takut saya akan hanyut dalam perasaan dan terlalu teringat-ingatkan lelaki itu melebihi ingatan saya pada Tuhan yang memberikan rasa cinta itu. Wallahualam. Saya harap mereka akan cepat-cepat mengikat hubungan mereka supaya menjadi lebih halal dan diberkati.

Andai nanti saya ditakdirkan bercintan-cintun, biarlah jatuh cinta yang hanya sekali dan lelaki itulah yang menjadi yang pertama dan terakhir. Dan dia jatuh cinta denganku bukanlah kerana dunia semata.

orgkecil : sangat takut dan malu untuk menghampiri zina

Sunday, December 26, 2010

Masjid Idaman

Baiklah, sudah sampai masa dan saatnya saya perlu kembali menempuh hidup sebagai 'student'. Haha, sering saya gelakkan diri sediri kerana perlu menjadi serperti remaja(konon-kononnya). Tak mengapalah, kerana cita-cita dan impian, saya perlu kuat untuk menempuhinya semua.

Melihat teman-teman lain sudah mula serius membina masjid dan ada juga yang dah tersergam indah masjidnya, saya juga yang masih terkapai-kapai mencari arkitek dan kontraktor untuk membina masjid idaman. Ya, saya mengaku, memang gagah untuk saya mencapai impian dan cita-cita, tetapi saya tidak gagah untuk membina masjid saya sendiri.

Semoga saya tetap kuat dan gigih untuk terus belajar bersama-sama remaja-remaja itu dan terus gigih mencari arkitek untuk masjid idaman.

p/s: memang entri ni pendek dan tiada gambar..sekian ^_^

Monday, December 6, 2010

Usah Gentar

Tersentap bila baca blog penulis kegemaran saya ni. Beliau menceritakan tentang seorang pemimpin yang sangat mantap dengan istikharahnya. Huh, istikharah saya pon boleh dikira dengan hidung. Hahaha. Gelakkan diri sendiri, shame on me.

Akhirnya, saya telah buat keputusan. Dengan memilih untuk belajar lagi. Walaupun orang-orang di sekeliling akan bertanya itu dan ini. Huh~ Pasti tertekan nanti. Tak tahu apa nak jawab.

Kalau nak tahu, saya menolak tawaran untuk bekerja semata-mata untuk belajar lagi. Gaji yang ditawarkan agak lumayan dan perkara gaji ini yang sering mengganggu-gugat keteguhan saya untuk belajar.

ALLAHUAKBAR!! !!الله اكبر Shooh~~ Pergi lah engkau wahai syaitan durjana yang mencucuk diriku supaya memikirkan wang semata-mata.

Hah~~Kadang, memang saya keliru. Takut keputusan yang diambil adalah salah. Ceh, mana ada keputusan yang salah. Semuanya telah ditentukan. Panjang pendek, berliku dan lurusnya perjalanan kamu. Semua terletak di tangan Pencipta Yang Maha Agung itu.

Usah gusar dan gentar dengan masa hadapan. Semuanya sudah tertulis. Cuma kita ni semua manusia lemah yang terbatas pengetahuannya. Kita perlu berani!! . Mesti KuAT!!

JANGAN PUTUS ASA !!

Sunday, May 9, 2010

yang sana-sini, yang itu-ini



Hari ni je dah konpius semacam..

MySpaceYang itu suruh yang itu.
MySpaceYang ini kata macam ni.
MySpaceYang sana tu kata macam tu.
MySpaceYang sini lain pula katanya.

Yang diri sendiri kata lain, terlalu berbeza.


Peluang datang sekali je, kata yang itu.
Ikut je. Apa susah? , kata yang ini.

Ala, tah apa2, habis jugak, kata yang sana tu.

Nak tak ? , tanya yang sini.


MySpace
Diri sendiri memikirkan, takkan perlu mengorbankan impian, gara-gara mengikut sahaja flow yang ditentukan. Takkan perlu buat sesuatu yang tak rela seperti yang lepas? Membenarkan sahaja yang diimpi selama ini hanya tinggal angan-angan mat/minah jenin?

Difikir-fikir, betul juga kata yang itu dan kata yang ini. Cuma yang sana tu dan yang sini tak melalui apa yang diri sendiri lalui dengan tah apa2, walaupun habis jugak.

Runsing, diri sendiri tak mahu pisang yang tak sedap tu berbuah lagi. Yang sana, yang sini, yang tu dan yang ini tak pernah tahu dan faham apa yang diri sendiri lalui. Aduh, diri sendiri sudah serabut

MySpace


Thursday, May 6, 2010

Perangkap Perasaan


Insan
: " Saya tak boleh lupakan awak "

Saya : " Ala, apa susah. Delete je memory tu. Tak pon, format je terus."
Insan : " Yang lama tak sama dengan yang baru. Lama saya cari dulu. Lepas pindah darjah 5 sampailah form 2"
Saya : " Barangkali yang kamu suka itu tidak baik untukmu . Kitakan member2 lama . ^_^ . Yang lepas tu sudah la"
Insan : " Memang saya tak boleh lupa. Bagi la no telefon "
Saya : " Tak boleh "

Ni saya nak cerita. Dialog di atas yang berlaku di YM saya dalam 2 bulan yang lepas, ketika saya sedang sibuk final exam. Insan tersebut adalah teman sekolah rendah dahulu kala yang saya jumpa kembali di facebook. Oleh sebab lama tak bertanya khabar, saya memberi mail address dengan tiada sebarang niat lain melainkan atas dasar teman.

Tak sangka, jauh panggang dari api. Boleh pula insan itu cuba menangkapkan jiwangnya kepada saya. Nak menyesal pun tak boleh. Memanglah, semasa muda kanak-kanak dahulu, mana tahu apa-apa. Suka hati je suka-suka orang tu, suka orang ni. Sungguh kelakar bila teringat betapa jiwangnya insan itu sehingga sanggup menjadikan 2 pupu saya sebagai orang tengah, dan tak semena-mena kena gosip dengan jiran-jiran. Adoi, geli usus perutku. Dah tu, siap hantar kad raya jiwang(of course) dengan bunga-bunga. Yang paling tak tahan, hantar gambar.

Jujur, kad-kad tersebut masih ada dalam simpanan. Heheha. Bukan apa, memang saya suka menyimpan barang-barang lama untuk dikenang sebab saya percaya kalau tiada yang lama, mana boleh ada yang baru. Banyak juga barang-barang kenangan selama saya hidup yg dah nak hampir 22 tahun ni, masih lagi disimpan di bwah katil. Tak sanggup nak buang. Entah bila nak buang pun tak tau.

Ok, sambung balik. Pabila insan tu kata dia lama tunggu saya, saya menjadi agak kagum. Ada jugak orang yang minat kat saya yang tak seberapa ni. Hidung, of course la tak mancung. Pipi, ada la tersorong-sorong sikit. Hehehe. Tapi tu bukan alasan saya untuk terima dia.

Yang menjadi masalah besarnya ialah insan itu sudah berkahwin, ada isteri. Isterinya pula, berhidung mancung, wajah bak purnama di malam terang. Ada hati pula nak bermain-main kayu entah berapa dengan saya??!! .. NO WAY MAN .. I can't make other woman cry because of me. I know how does it feel. It hurts when other woman 'hijack' your love ones, especially she's your best friend(konon-kononnya).

Jadi, saya meng-hide-kan diri saya dari insan itu. I'm not a destroyer. Please lah, though he's still trying to get my phone no, i keep telling no. Muktamad.

Ni, saya cerita bukan sebab apa. Cuma saya heran la. Memang lelaki macam tu ke? Takkan lupa cinta/suka2 pertama(konon2) dan masih mengejarnya walaupun sudah berumah tangga. Samalah macam Dani dalam cerita Adamaya di TV3 tu. Takkan lah penulis cerita saja-saja reka cerita. Mesti berdasarkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Beberapa hari lepas pun, saya dengar di radio, perempuan itu menceritakan suaminya yang mengejar bekas kekasih lama. Eh, apa ni ?!!

Mesti gara-gara si syaitan2 dan sekutunya laknatullah. Nak menghancurkan anak-anak adam, dengan memberikan angan-agan indah nan kosong

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka
dan membangkitkan ANGAN-ANGAN KOSONG pada mereka,

padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipu belaka.
An - Nisa' 120


Perkara inilah yang membimbangkan saya. Saya sangat takut untuk membabitkan diri dengan perasaan kasih-sayang berlainan jantina. Syaitan itu selalu saja memanipulasi perasaan saya.

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.
Jauhkanlah aku dari terjebak dengan perangkap perasaan
oleh makhluk-makhluk yang Engkau benci itu..




Saturday, February 20, 2010

aDuLt =_= dEWasa .. ke??


Senior: Ni dah dewasa belom ni?


Saya: Hmm, boleh la..lebih kurang

Senior: Ha, dah agak dah.. Belum dewasa lagi

Saya senyum je..

Suatu ketika kemudian, saya melihat profil beliau di dalam facebook dan melihat gambar2 beliau..Ketika itu jugalah, baru saya mengerti apa yang beliau maksudkan dengan dewasa itu.

Tapi kan, dewasalah sangat andai halal dan haramnya sesuatu perkara itu tidak diambil kisah dan peduli. Pergaulan yang sangat bebas bersama adam pujaan hatinya. Memang mata sakit termelihat kemungkaran itu. Tak tahu bagaimana mahu ditegur senior tersebut.

Kalau itulah yang ditafsirkan beliau maksud dewasa, mengapa kanak2 tadika itu tidak dikatakan dewasa? Merekakan tanpa segan silu pegang2 je tangan teman2 sepermainan, tak kisah lelaki atau perempuan. Tapi, di tadika anak buah saya pun takde la pula cikgu2nya mencampurkan boys n girls.

Entah, heran dan pelik..Haih, apa2 lah yang anda tafsirkan dengan perkataan dewasa ini..
Wallahualam -_-

p/s: menulis sebab asyik teringat2 je ayat2 senior tu. walaupun dah agak lama beliau berkata tentang itu


Thursday, February 11, 2010

Di maLam pEkat dEngan pEManaSAn gLObaL


Di keheningan malam, anak bulan baru muncul di sebalik awan2 pekat. Suhu yang maha panas bahangnya ekoran hujan tak jadi, membuatkan segelintir insan masih tetap mencelikkan mata walaupun dipujuk2 mata supaya pejam sahaja.

Dan di kala ini juga, tentu saja masih ada insan2 yang mula hendak melelapkan mata dan tidak kisah tentang suhu pemanasan global kerana telah disorongkan kepadanya bantal yang empuk lagi berpeta2 sendiri.
2 insan yang punya otak, minda dan jasad yang sama pula , sedang berperang dengan dirinya sendiri...


Aku : Sekejap je..Please..


Mina : Hmm, ok.. Tapi lepas ni kene sambung balek buat project. Macam mane la nak siap. Tak pernah fokus. Buat kerja tu biarlah fokus. 1 perkara dalam 1 masa. Kau tu bukannya hebat sgt Java. Dah le tu, gne GUI plak. Totally in Java and GUI. Ingat tak ape yg ko dpt utk subjek Java mase 3rd sem dlu??

Aku: Mesti la ingat. Ye, aku tau aku bukan hebat. Kelas Dr Lily dlu, aku slalu ngantok. Ntah ape2. Mase tu aku leka siot. Ye la, UPM baru pasang U-Siput @ U-Spot. Aku leka, sampai tak blaja. Bukan pointer aku jatuh sebab aku aktif ngn aktiviti kolej. Tapi sebab aku leka ber___.

Mina: Ha, sedar pon dri. Ingat ko lupe. Habis tu, ko nak banana yg camtu berbuah lg skali ke?


Aku: Bagi aku, biar le pisang tu berbuah tapi aku je la yg kne make sure what kind of and how the banana will berbuah lg skali. Mane boleh aku tinggalkan alam virtual@maya. Tau2 je la, duduk kat bilik kat umah ni sorang2 buat keje. Senyap, sunyi. Tak de sape nak teman. Kalo dok kolej dlu, ade je roomate boleh borak2. So, kalo aku borak2 ym dgn member2, at least, tak de la sunyi sgt. Habes tu, nak buat camne? Ye tak?


Mina: Ha, tu la..Pandai buat alasan. Orang nak berjaya, takde nye bagi alasan2 yg pelbagai. Usaha tu penting. Sume masalah, tak de makne nye diceritekan kat kedai2 kopi. Orang berjaya, seimbang dan pandai mengawal EQ dan IQ. Bertindak secara rasional tanpa emosional. Udah le tu, ko kate nak skejap je kan? .. Dah, g sambong bwat keje. Ko yang kate nk membuahkan pisang tu skali lagi mengikut care ko. Smoge ko berjaye ^_^

Monday, February 1, 2010

Gunting Rambut (1)

Awal-awal perkahwinan, memang la terasa indahnya. Nak pula duduk rumah sendiri, tak perlu tinggal di rumah mak atau mak mertua. Hidup berdua, nak buat apa-apa pun boleh. Si suami seorang arkitek muda berjaya yang membina rumah indah yang mereka diami sekarang ini. Si isteri pula, walaupun punya kelayakan degree sebagai engineer tetapi tetap merendah diri dengan kerjaya sebagai guru tadika. Penat ibu bapa, keluarga dan sahabat-handai membebel dengan kerjaya pilihannya itu, "tak sesuai langsung dengan ijazah, tak guna pun ijazahnya tu, rugi masa belajar, bla..bla..bla..". Biarlah, itu pilihannya.

Bahagia dan manisnya seperti madu segar diambil dari ladang. Nikmatnya Tuhan sahaja yang tahu. Si isteri bersyukur kerana mendapat seorang suami yang diidamkan selama ini. Membimbingnya solat berjemaah dan tadarus bersama. Al-fatihah sahaja boleh menyejukkan hati mak dan ayah si isteri ketika bulan puasa,berbuka dan solat maghrib bersama. Si suami merasakan, beliaulah lelaki paling bertuah kerana berjaya mengalahkan teman-temannya untuk menyunting gadis idaman semasa di kolej dahulu. Memang ego bunyinya, tapi ye lah. Gadis yang kini menjadi isterinya itu dahulu sangat disegani dan dihormati oleh teman-teman. Muslimah yang terjaga akhlak, budi dan agamanya. Ala-ala Anna Althafunnisa dalam KCB tapi kurang sikit. Hehehe..

Masuk hampir setahun perkahwinan, si isteri belum punya tanda-tanda untuk mendapat cahaya mata. Belum rezeki, itu ujur si isteri kepada suaminya. Acuh tak acuh sahaja si suami mengiyakan. Dek kerana ingin melupakan ke-frust-annya, saja disibukkan diri di pejabat. Pabila ditanya isteri, jawabnya
"Banyak kerja la. Got new project with tan sri. Tan Sri wants the plan to be submitted asp. Don't worry ye sayang. Nanti dah siap semua, kita gi dinner same ye. Special punye".
"Yela, promise tau"
, si isteri mengiyakan saja.
Ditunggunya juga dari minggu ke minggu sehinggalah dirinya berasa kebosanan dan hampir berputus-asa.

Di suatu hari minggu, ketika menonton movie di tv bersama-sama, si isteri yang sememangya muda dari si suami berkata
"Bang, oh bang. Ayang rasa cam nak potong je rambut ni. Dah panjang, rimas la.".
"Ha, potonglah. Nak abang teman gi salun ke?"
.
"Erm, tak naklah. Bosan la gunting rambut kat kedai tu. Orang yang gunting rambut tu serius je mase gunting. Hmm, abang tolong guntingkan boleh?"...


-to be continued - bersambung ...

Monday, December 28, 2009

PermuLaAN diALog

Dayah : Oii..termenung je. Apsal muke ko lately cam bapak beruk hilang bini je?

Zaman : Agak-agak aa wei.. Beruk, beruk aa. Aku manusia aa. Nampak ni, bulu tak de la panjang cam beruk pon. Hish~~


Dayah : Awek ko lari ke?


Zaman : Asyik2 soalan same je. Huh, bukan pasal tu. Ko pon tau kan, aku mane ade awek2 ni. Tak de. Ni, ade beberape member aku story kat aku pasal life diorang.


Dayah : Biase aa tu. Nak luah2 rase. Feeling2 dengan ko. Hmm..laki ke pompuan?


Zaman: Laki pompuan.


Dayah: Pondan?


Zaman: Lelaki dan perempuan.


Dayah: So, what's the matter? Dengar je la. Takkan pasal tu pon ko boleh jadi muke tah bape sen ni? Ha... ke ko ... hm.. ko terlibat dengan kisah cinte segi ke? Ko jangan memain wei. Jangan sesekali ko terlibat. Sekali ko cecah kaki kat air tu, ade semacam kuase elektrik yg akan tarik ko kat dalam air tu. Jangan wei..


Zaman : La..yang ko kecoh sangat ni pe hal? Mak ayam bertelur, riuh sekampung... Aku.. ala..Panjang aa story nye. Aku pendekkan la. Hmm..aku dengar from both side, pompuan dengan laki tu, kebetulan atau suratan, diorang story kat aku. And setiap ape yang diorang cakap tu, semacam boleh digabungkan.


Dayah : Gabung?


Zaman: Ye la. Memula, guy tu cite kat aku ape yang die rase. Then, girl tu plak cite and story kat aku ape yang die rase. Yang aku herannye tu kan, ape yang diorang cakap tu, bile digabungkan semacam diorang tu bercakap antara diorang...Hish..susah la.. Ko paham tak, Dayah?


Dayah: Aku rase aku paham. Kirenye, once they talked to u, it looks like they are talking among themselves? Like having a dialogue or conversation between the guy and girl? Cam tu?


Zaman: Ha ah.


Dayah: Tapi peliklah. Camne pulak diorang bley dengar each other eventhough diorang just cakap dengan ko je. Ke ko bagitau either of them?


Zaman: Tak, mane ade. Serious, aku tak bagi tau pon. Not even a word. Serious. Tu yang aku jadi agak mengong ni. Bukan tu je, ape yang diorang cakap tu pon, buat aku jadi mengong.


Dayah: Complicated ni. Baik ko story kat aku. Kot-kot aku bley solvekan misteri ko.


Zaman : ..........
..

----to be continued----


p/s: Saya meniru idea
encik balam yang bercerita melalui skrip. Hehe..Jangan marah ye. Tapi dialog ni saya buat sendri. Merci encik balam.. >__<
p/s: cerite cinten-cintun memang best untuk diceritekan.