Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, January 30, 2012

Saya Penakut

Jari sudah tidak biasa menari-nari di keyboard. Jari-jemari semakin biasa dengan pen basah, berus dan juga gitar. Ajaibnya manusia berubah seperti air, dari cecair menjadi pepejal dan boleh juga menjadi gas.

Umur semakin meningkat dewasa. Acapkali diajukan soalan-soalan cepu emas. Namun diri, apakan daya, masih mencari-cari di merata-rata. Lagipun, ilmu yang saya baru mula belajar ini, seolah-olah enggan melepaskan saya ke alam baru. Banyak persoalan, banyak jawapan, banyak cerita.

Ya, saya memang penakut. Penakut untuk menerima dan memberi cinta kepada makhluk Tuhan yang bergelar adam. Banyak cerita, banyak buku ceritera cinta yang saya baca dan menunjukkan betapa seksanya menyintai dan dicintai.

Andai menyinta, tidak mungkin kan dicinta kembali. Ya, pengalaman banyak mengajar saya kerana acapkali saya menyinta dengan permulaan rasa yang suka-suka, semua pasti tak menjadi. Berterus-terang di sini, yang saya suka semuanya sudah berpunya dan ada juga yang sudah mahu menjadi bapa. Apakan daya, tidak pernah tersedar mereka akan kewujudan diri ini.

Andai dicintai, saya tidak pandai untuk menyinta kembali. Kerana itulah, saya memang penakut. Kerana saya pastikan kasihan sahaja pada insan yang menyinta itu. Lalu, akan bertukarkah rasa kasihan menjadi rasa cinta? Dari pengalaman saya, tidak pernah. Cuma sekadar teman bicara.

Oh, bagaimanakah rasa cinta itu? Menyintai dan dicintai..Pasti indah..Samakah cinta dan sayang? Saya sayang keluarga saya. Saya sayang teman-teman dari zaman kanak-kanak ribena hingga saya dewasa ini. Tapi bagaimana untuk saya mencinta? Sangat janggal dan saya sendiri mungkin tidak akan faham andai suatu hari nanti saya bisa mengungkapkan "Saya cintakan awak " atau " I love u" ..

orgkecil : ada teman sekelas yang membuat hati agak berdegup kencang tetapi rasa selamat bila dia memulakan bicara .. apakah itu?


Sunday, December 4, 2011

[Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik]


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪

... ... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...


Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

semoga terkesan di hati ^_____^

orgkecil : sgt terkesan...anda?

Sunday, November 20, 2011

Ilham & Rekabentuk Ruang

Perap-perap kepala terperap, idea terperangkap.

Denyut kepala , mengurut-urut, moga cepat surut.

Sudah dikata orang, kerana saya gila orangnya. Menempah jalan susah demi cita-cita dunia yang entah ke mana hujungnya. Jalan susah itu yang saya pilih dan inilah, di sepanjang lorong denai yang belum nampak cahaya di penghujung, saya terkontang-kanting gelabah mencari nafas segar. Agar termampu dek akal fikiran dan badan menjalaninya hingga ke penghujung ruang cahaya itu.

Tidak kuat dan mampu jalan sendiri, bukan bermakna saya lemah dan bergantung harap. Tapi itu hakikat manusia, tiada kuat dia sendiri kerana andai ada kekuatan, itu kekuatan dari Tuhan. Kena ingat itu semua. Ruang untuk semua manusia itu ada, ruang yang diberi oleh Tuhan, pemilik segala ruang yang ada di muka bumi ini.

Bahkan ruang untuk kita rekabentuk untuk pelanggan yang kita pilih juga milik Tuhan. Ilham rekabentuk yang datang dalam mimpi, yang datang tiba-tiba tatkala dalam jalan sunyi sendiri atau dalam kita sendirian di ruang kecil itu, semua dari Tuhan.

Dan sekiranya ilham yang kita cari untuk ruang-ruang itu, menemui sekatan jalan, juga Tuhan yang tentukan. Kenapa dan mengapa. Saya sendiri tiada jawapan pasti. Tuhan punya rencananya sendiri. Mungkin boleh dikatakan sebabnya, adalah kerana Tuhan mahu didik kita untuk sentiasa berusaha atau mungkin Dia mahu kita sentiasa ingat akan kewujudanNya dan kekuasaanNya dalam memberi ilham, idea atau buah fikiran.

Ya lah, kita seharian atau semingguan, sibuk memikirkan hal dunia yang tidak sudah-sudah ini. PanggilanNya yang lima kali sehari itupun, kita lengah-lengahkan. Tapi kalau panggilan atau pesanan ringkas berbunyi di handphone, kita segerakan; atas alasan, nanti merajuk makwe/pakwe. Hanya memikirkan rajuknya manusia, rajuk yang berterusan, penuh emosi.

Rajuknya Tuhan? Dia tiada pernah emosi dan rajuk-rajuk. Andai ada rajuknya, ya lah, mungkin seperti ini, memberi sekatan idea dan ilham untuk rekabentuk ruang untuk pelanggan, supaya nanti kita duduk kembali muhasabah; mengapa selalu saja menemui jalan buntu; mengapa tiada ruang untuk kita berfikir.


Ampuni dosa kami yang leka dengan hal dunia yang tiada kesudahannya ini. Kami insan lemah, tak tahan godaan dunia, leka bermain , membiar waktu berlalu. Bantu kami membersihkan sekatan di jalan buntu ini. Semoga nanti ada sinar ilham dan ruang yang terbaik untuk kami berikan kepada pelanggan kami. Semoga pelanggan kami itu juga nanti merasai ruang-ruang indah ciptaanMu.

orgkecil : rindu dengan ruang-ruang yang penuh sinar warna-warni, bukan kelabu menyelubungi

Tuesday, November 1, 2011

Wind That Flows, Rain That Washes

Something I wanted to share for such a long time that this blog is quiet and nothing's on the board;

Loves come in all sizes,
your friends will support you
and respect your creativity for thinking outside the box,
they'll be there when you need a shoulder to lean on
or a great big hug.

A true friend takes interest in understanding what you are all about,
they see beyond the black and white
to discover your true colors,
and accept you just the way you are,
even when you just wake up in the morning.

So make your kind of music,
follow your heart wherever it takes you,
And when someone reaches out to you,
DON'T BE AFRAID TO LOVE THEM BACK,
they may just be a friend of life,
practice patience and tolerance,
good friends are hard to find,
harder to leave
and impossible to forget.

^___^

orgkecil : too many things that touch the soul, mind and heart of me all this while that made me felt alone and gave up but luckily the wind had flown and the rain had washed away everything

Wednesday, September 21, 2011

Gelodak Kepala


Satu perjalanan yang panjang, perlu dilalui oleh makhluk yang bergelar insan. Ruang-ruang waktu yang membataskan setiap perbuatan. Dan berbezanya setiap insan itu adalah kerana imannya. Tapi itu hanya Tuhan yang pandang. Insan-insan itu memandang setiap mereka melalui kaca mata dan dunia semata. Ya, saya juga begitu.

Manusia itu tercipta lemah namun untuk menjadi kuat bergantung kepada individu dan izin dariNya. Saya bukan seorang ilmuan agama untuk menceritakan tentang kejadian manusia dan suratannya. Cukuplah untuk mengetahui bahawa manusia itu asalnya tanah yang kita pijak-pijak sekarang ini.

Manusia itu sama saja sifatnya. Pelupa. Manusia itu, keji sikapnya. Aduh, bergelodak kepala. Berputar-putar mata melihat perangai dan sikap. Ye lah, manusia itu berbeza-beza sifatnya. Andai sama saja, tak best pula.

Diri ini, hanya kecil di mata dunia. Tidak terperasan dek manusia lain. Wujud pun, macam tak wujud. Mati pun, macam tak mati. Macam butiran habuk yang ditiup angin lalu.

Tuesday, September 20, 2011

Gelodak Rasa

Ada masa terluang hari ini. Lapang sebelum sempit, tak sibuk sebelum sibuk. Ungkapan hati yang tak terungkap. Melonjak-lonjak nafas dan tersekat-sekat di kerongkong, semua kerana kisah-kisah lama yang mencuit. Pedulilah kata orang ; " asal baca je kat blog budak ni, sume cite yg feel2" .


Ah, peduli kata mereka. Mereka orang yang ego tinggi, ya, mungkin. Mereka tak mahu bercerita bagi menghilang rasa mencucuk-cucuk di benak qolbu dan fikiran. Mungkin mereka punya cara mereka sendiri untuk tidak kisah itu semua.

Mungkin mereka kata hati mereka keras. Ye lah, bagai disalut cangkerang keras [ konon-kononnya] . Tak lah, sebenarnya qolbu mereka lagi lembut dari orang yang selalu menitiskan air mata. Ye, saya mengaku saya nampak kasar tapi selalu menitiskan air mata bila qolbu terusik walaupun dah berusaha untuk tidak merasa.


[sambung tentang kisah lama] . Ruang fasa hidup dulu, lagi terasa keremajaannya berbanding sekarang walaupun fasa hidup sekarang ini dikelilingi oleh remaja muda-mudi, tapi umur semakin meningkat. Mungkin itulah yang menjadi penghalang untuk diri ini melakukan aktiviti seperti muda remaja dulu. Tersekat-sekat nafas di kerongkong, menahan gelodak jiwa.

orgkecil : memang ske mengarut,,

Saturday, September 17, 2011

Jalan-jalan di padang ragut


Satu ruang masa yang panjang, tempat ini telah saya kosongkan. Oleh kerana semester baru sudah bermula, maka bermulalah penceritaan, penderitaan dan kisah duka-ceria. Hati yang tersentuh mula berkata-kata dalam diam mulutnya.

Kerana terlalu peduli rasa hati orang lain, diri sendiri terluka. Kebal hati kerana ia memang tidak pernah berhenti tersakit luka berdarah. Ataupun, sisa-sisa luka yang masih belum kering itu berdarah kembali. Ya, niat asal mahu membantu sekadar termampu. Rupanya daya yang tiada terhingga.

Lalu terimbaulah kata-kata seorang teman : " Hati-hati membantu rakanmu itu, kerana nanti kamu yang sakit" .. Dan juga ungkapan tentang mengutip bunga tercantik di satu padang ragut ; petiklah sahaja bunga yang ada kamu jumpa, kerana kamu tak tahu bila lagi kamu akan berjumpa dengan bunga yang cantik lagi di depan sana".

Ya Tuhan, bantu diri ini untuk ikhlas dalam setiap perbuatan. Ya, ikhlas tak dapat diungkap. Sayang dan kasihnya diri ini juga tak terungkap dek mulut, hanya terpancar dengan perbuatan. Wahai hati di qolbu, maafkan tuanmu yang tak mampu menjaga dirimu sebaiknya. Selalu saja disakiti.

Ternyata diri ini tak mampu bergerak sendirian di padang ragut ini. Ya lah, mungkin kerana terlalu obses mencari bunga tercantik di padang ragut yang nyata amat kurang jumlah bunga yang tumbuh berputik harum mekar. Sedangkan ada saja bunga-bunga yang biasa. Bodoh sombong, tak mahu bertanya bolehkah dipetik bunganya.

Ruang padang ragut ini, perlu terus dilalui. Tidak kira langkah yang terhasil itu lemah-longlai, berdengkot-dengkot atau laju berlari, menari-nari. Berjumpa atau dipetik bunganya atau tidak dipetik, sama saja. Langkah diteruskan dalam darah luka-luka sambil terus mengharap kan terjumpa lagi bunga harapan itu.



Saturday, August 20, 2011

Boleh Ke Naik Kapal Dalam Laci?

Oh, baru perasan yang post sebelum ni, tarikhnya bukan tarikh umat Islam berpuasa tapi tarikh entri yang sebelumnya [ drafts ] . Sudahlah, mana ada orang perasan.

Kembali teringat waktu awal-awal pembikinan blog ni. Konon-kononya tak mahu cerita sedih tertulis dalam blog ni. Ceh, mengarut je. Tu lah kan, manusia. Lain cakap, lain yang dibuat. Ala-ala tin kosong, yang ada cuma batu seketul je di dalamnya dan berbunyi bising apabila digoncangkan.

Mula mengenal dunia maya dengan mantapnya pada tahun 2007. Ye lah, itu sudah semestinya. Takkan budak sains komputer tak tahu guna komputer dan internet, buat malu je la kan~. Masa tu, muda remaja lagi. Jadi, perasaan dan perangainya macam-macam. Emosi pun tak berapa stabil. Tengok orang lain ada blog, diri sendiri pun sibuk jugak nak berblog [ aish,, teringat cool blog laa,,sedapnye~].

Tahun tu juga, saya belajar membangkitkan diri dari kejatuhan yang agak parah pada 2005-2006. Ye lah, dapat result yang teruk masa SPM2005 hingga terbawa-bawa ke matrik 2006. Teruk, teruk, teruk. Horror, horror, horror.

Ye, orang kata yang berlaku itu, buruk atau baik, ada hikmahnya. Ye lah, kalau tak jatuh, macam mana nak tahu cara nak bangun kan? Kira eloklah saya jatuh dulu tu. Tapi kadang-kadang menyesal la jugak sebab jalan yang dipilih itu membawa saya ke kejatuhan itulah. Hmm, kalau tak pilih jalan yang salah tu, mana kita nak tau jalan tu sebenarnya betul atau salah kan?

Kita bukannnya ada Doraemon yang boleh bawa kita naik kapal dalam laci ke zaman depan atau zaman dulu2,, kan?

Friday, July 15, 2011

Sabarlah Diri

Tulis-tulis sikit tentang beberapa hari ini sebelum beberapa hari esok.

Dalam panas terik cuaca di Malaysia, umat Islam berpuasa, menunaikan rukun Islam ke-3. Saya memendekkan waktu untuk beraktiviti dalam alam maya. Dalam pada itu, ada jugalah blog-blog yang bermanfaat [insyaAllah] yang saya baca.

Dan tersentuh memori kepala otak saya ni, bila saya baca satu cerpen ni.
Tajuknya: "Kita Bercinta Sampai Syurga ye "

Saya senyum pada satu ayatnya ;

...Untuk bercinta hanya kepada suami ...

Tapi bertukar kerutan di dahi bila baca ayat ini ;

... Ya Allah !! ...


* bacalah cerita selanjutnya sendiri .. ^__^


orgkecil : jgn menyerah dan sabarlah .. Masa untuk bertemu arkitekmu pastikan tiba jua.. Allah bersama-sama orang yang sabar



D'Masiv - Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

reff1:
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

repeat reff1

reff2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa


Wednesday, July 13, 2011

Bila Mak Anda Kempunan Burger




Pernah kan tengok iklan ni?

Bila tadi mak saya tiba-tiba kempunan nak makan burger yang dijual di gerai di tepi taman tu, serta-merta saya teringat iklan ini, dan juga kisah Batu Belah Batu Bertangkup. Dan bila kelmarin, emak saya bertanya berulang kali tentang sesuatu perkara itu kepada adik saya, dan adik saya mengatakan ketidak senangannya terhadap pertanyaan berulang kali itu.

Ya, orang tua, mereka memang selalu lupa. Kita yang anak-anak inu jga selalu lupa tentang pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita semasa kita kecil dahulu.

Oh ya, teringat satu kisah, guru sekolah menengah yang menceritakan betapa menyesalnya beliau tinggal di asrama dan jarang balik ke rumah. Dengan takdirNya, parents beliau meninggal dunia. Beliau sangat menyesal selepas itu kerana beliau mengenangkan betapa sedikitnya masa beliau bersama kedua orang tuanya. Maka, bila beliau sudah punya anak, anak-anaknya tidak dibenarkan ke sekolah asrama. Biarlah duduk di rumah, bersama keluarga.

Sabar, itu kuncinya. Sabar dengan karenah mereka. Ya Rabbi, berikan aku kesabaran itu..

orgkecil : rase macam banyak pula menulis kat blog ni..ye lah, mungkin terpengaruh dengan karekter Atilia dalam drama TV 2 , Persepsi 3.30 - 4.30 pm ^_^

Monday, July 11, 2011

Terima Kasih BERSIH



Terima kasih BERSIH , sebab saat perBERSIHan itu berlaku, barulah saya terbuka mata tentang politik Malaysia. Ya, ini adalah post pertama saya tentang politik yang sebelum ini saya fikir memang menyusahkan. Mungkin kerana sudah meningkat umurnya dan semakin perlunya kematangan dalam diri, maka sepasang mata dan telinga ini perlu membuka dan mendengar dengan lebih jelas lagi. [padahal memang dah sampai tahap kena mengundi, tu sebab la kena buka mata dan pasang telinga]

Oh ye, bercerita tentang hari kejadian, sekatan jalan raya di mana-mana. Memang saya tak keluar rumah sebabnya memang kalau keluar je, dah jem depan rumah [almaklumlah, rumah depan highway]. Dan dalam fikiran saya, terbayang-bayang wajah-wajah orang amuk datang ke rumah dan berteriak-teriak marah seperti di Mesir. Ah, semua gara-gara kerja pemBERSIHan makcik ambiga tu [ atau ada juga yang kata hamburger]

Kemudian, cerita-cerita di Facebook, berita di tv dan internet, memang meresahkan saya. Secara jujurnya, saya memang tak kenal makcik ambiga tu, saya ingatkan dia lelaki. Ye lah, yang saya pernah dengar di tv [ hanya dgr berita di tv sambil masak-masak di dapur], yang disebut Datuk Ambiga. Rupa-rupanya perempuan.

Tapikan, ok pe kalau nak BERSIHkan pilihan raya, yang tujuannya supaya SPR lagi jujur dan berintegriti dalam proses pilihan raya ni. Ok pe. Tapi kan kalau kita nak beli sesuatu barang tu pun, kita mesti tengok dan selidik label atau nak tahu made in negara mana kan?~ [ tak tau la kalau ada yang memang pakai beli je barang,,tu namanye semberono]. Samalah juga kalau nak masuk persatuan atau parti politik mana-mana.

Kita ada pilihan, kita ada akal, kita ada mata dan telinga. Guna kurniaan Tuhan ni sebaiknya. Kita juga ada kitab ada agama. Tadi maghrib, saya terjumpa satu ayat ni :

...Pengikut-pengikut mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka) : "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dari kanan" [maksudnya : Para pemimpin itu mendatangi pengikut-pengikutnya dengan membawa tipu muslihat yang mengikat (menarik) hati ] ..

Pemimpin-pemimpin mereka menjawab :" Sebenarnya kamulah yang tidak beriman" ...

Surah Al-Saffat ayat 28 & 29

Ayat ni cerita tentang kaum musyrik di akhirat kelak..

Hmmm, kitakah kaum musyrik itu? Nauzubillah. Saya sangat takut dan terbayang-bayang andai saya ditakdir menjadi sebahagian dari mereka itu. Ya Allah.

Dan saya juga ada terbaca tentang tuntutan makcik ambiga tu di Facebook oleh dia ni dalam wall post.

Kalau benarlah ini tuntutannya yang disokong oleh pekerja-pekerja syarikat pemBERSIHan tu, memanglah kawan makcik ambiga iaitu makcik lina joy tu bahagia senyum gembira. Dan mungkin ada juga kawan-kawan mereka yang lain yang ketawa riang sambil minum arak todi.

Ya, tak baik bersangka buruk.

... Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa ...(Hujrat:12)

Kemudian, terbaca pula tuntutan 2.0 ni ; hentikan rasuah, hentikan politik kotor .

Hmm, kasihan kan rakyat awam seperti saya ni. Yang tak berapa nak tahu dan agak buta politik Malaysia. Haa, tu lah. Siapa suruh asyik belajar je. Tak aktif menjadi MPP atau apa-apa badan kepimpinan di universiti. Kasihan~


Yang Dipertuan Agong pun ada bagi nasihat . Dan saya memang sangat tertarik bila baginda kata : "..bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.."

Dan juga ikrar semasa perhimpunan sewaktu kecil-kecil dahulu di sekolah rendah :

"bahawasanya kami, rakyat Malaysia,
berikrar dan berjanji akan percaya kepada Tuhan,
kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan"


Kerna Melayu seperti saya mudah lupa walaupun pepatah Melayu berkata :
Kerbau setia pada talinya, manusia berpegang pada janji.

Thursday, July 7, 2011

Buka Tutup



Susahkan nak buka pintu tu? Walaupun kunci depan mata, susah juga nak buka pintu tu. Kalaulah saya tahu macam mana nak buka, tak de lah dok bising dan pening kepala fikir. Mungkin ada cara-cara tertentu. Dan mungkin juga hanya orang-orang tertentu je yang tahu caranya dan boleh buka pintu tu.


orgkecil:selalu je putus asa nak bukak,, atau memang tak reti nak bukak??

Monday, July 4, 2011

Tidur Tak Lena

Ini lah masalahnya bila anda membenarkan blog anda diterokai oleh pengguna search engine google. Entah siapa-siapa yang datang melawat sambil-sambil meninggalkan link yang entah apa-apa. Baik berhati-hati, tak perlu terpedaya. Phishings and zombies kang jadinya.

Baiklah, kelmarin (sabtu) saya melawat mak cik di Melaka. Disebabkan naik kereta auto, saya menawarkan diri untuk menjadi pemandu. Hahaha. Pergi dan balik. Tak tahu apa mimpi. Misi berjaya.

Tapi malam tu, saya tak boleh tidur. Mungkin penat sangat. Eh, tak mungkin. Rasa-rasanya kenapa?

Kebetulan sejak beberapa hari lepas, saya semakin banyak makan seolah-olah tak kenyang-kenyang, walhal sudah dibaca doa makan dengan bersungguh-sungguh.

Herm,, mesti pernah dengar orang cakap : mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, kan?

Sindrom tu kot. Sebab malam tu, honestly, terbayang-bayang je figure seorang adam ni. Haish, bahaya ni. Sebab masalahnya, nak kata ada apa-apa, tak mungkin. Memang member2 je.

Aish,,memang hampeh kan? Tak sukanya!! ..

Oh ye, dalam perjalanan balik ke rumah dari Melaka tu, bapak saya ada mengatakan tentang ujian-ujian yang perlu dihadapi oleh bakal pakwe [ heh??~] saya. Katanya, budak lelaki itu perlu diuji dahulu. Hahahaha. Makin susah la saya nak mencari yang sesuai.

Ah, tapi apa salahnya. Kalau kaum adam mahukan criteria tertentu untuk bakal isteri mereka seperti mesti pandai memasak, menghormati orang tua, lemah-lembut dan sopan-santun, apa salahnya kalau saya sebagai kaum hawa juga menenetukan criteria atau syarat-syarat tertentu untuk bakal suami nanti. Kan?

Kan nanti yang ingin dibina adalah sebuah masjid. Mencari arkitek yang pandai merancang dan melaksanakan pembinaan itu sudah pasti. Selain itu, saya sebagai pembantu arkitek [ doakan cita-cita ini tercapai], perlu juga pandai menguruskan kerja-kerja di tapak pembinaan. Perlu juga dihiasi dengan interior design yang terbaik [ walaupun keputusan exam bagi subjek design dan juga construction sangat teruk,,,mana boleh putus asa~ ]

Pilihlah selagi boleh pilih. Jangan jadi cam Delilah ni..

Lirik kat sini


Sunday, June 26, 2011

Ekspresi Diri


Memang tak tipu punye perasaan ni,,
Siap dengan face expression,,
Maap,
memang tak reti tipu kalau bab rase2 ni..
Siapa kata saya tak touching??~


KECEWA




KESIAN~




MATI AKAL



SUDAH LAH



BAIK DIAM JE



Tuesday, June 21, 2011

ON TOP OF OLD SMOKY


Cuba korang dengar dan hayati lirik lagu ni. Sangat memberi nasihat kepada muda-mudi supaya berjaga-jaga semasa bercinta. Herm, mungkin. Tapi ni dari pandagan saya la.
Lagu ni pendek je, tapi tak tau kenapa version ni ada suara cam dalam radio..

ENJOY~!~

ON TOP OF OLD SMOKY [some info about this song]




On top of Old Smokey
All covered with snow,
I lost my true lover

For courting too slow
.


Now, courting is a pleasure
And parting is grief,
And a false-hearted lover
Is worse than a thief.

A thief will just rob you
And take what you have,
But a false-hearted lover
Will lead you to the grave.

And the grave will decay you
And turn you to dust;
Not one girl in a hundred
A poor boy can trust.

They'll hug you and kiss you
And tell you more lies
Than the crossties on the railroad
Or stars in the sky.

So, caome all you young maidens
And listen to me,
Never place your affection
On a green willow tree.

For the leaves they will wither,
And the roots they will die,
You'll all be forsaken
And never know why.

On top of Old Smokey
All covered with snow,
I lost my true lover
For courting too slow.

orgkecil : i lost my true lover for courting too slow.. cintakan bunga, bungakan layu

Wednesday, June 15, 2011

Emo pulak~

Pernah tak korang rasa bila sesuatu perkara yang korang usahakan akhirnya tidak dihargai orang lain? Mesti pernah la kan? Apa korang rasa?

Rasa macam nak goreng je orang yang tak menghargai tu, lepas tu makan dengan nasi putih yang baru lepas masak. Lepas tu, calitkan dengan sambal belacan, biar sedap. Kan2 ??

Ha, mesti korang kata saya ni tak ikhlas? Kan2? Dah buat sesuatu nak mengharapkan balasan pula..

Ye lah, nak buat macam mana. Dah kalbu saya ni tersentuh. Sayakan manusia yang kecil. Tak macam orang lain yang besar-besar tu.

Ok, mula-mula saya boleh sabar tapi bila dah lama-lama. Adeh, maaflah. Kalbu saya memang senang disentuh. Lagi-lagi bila saya sorang-sorang dan dah mula jemu membuat perkara yang sama setiap hari.

Emo, memang. Saya memang tengah emo ni. HAHAHAHA.. Sudahlah..



Apapun, hadapi dengan senyuman ye..Saya sangat respect dengan Dottie ni. Mesti kena senyum dan gembira setiap hari, baru la rasa bahagia. [Eh, mesti la, ade ke orang yang bahagia tak senyum? ] .. Siapa ntah nama perempuan yang bawa watak Dottie tu tapi saya memang panggil dia Dottie dengan Jun Jun Aton dalam cerita Ahmad Albob.

orgkecil : haha ,, malas nak layan diri sendri yg byk sgt fikir -_-

Tuesday, June 14, 2011

Tak Kahwin-kahwin Lagi


Dah 12 rejab .. 1432 Hijrah.. Saya lahir 2 Syawal 1408 Hijrah. Raya nanti, umur dah meningkat tapi perangai tak matang-matang lagi. Mana taknya, dah habis belajar bukan nak kerja. Belajar lagi pula tu.

Jadi, terpaksalah saya menunggu lagi 3 tahun ~ .. Hmm, menjadi andartu la nampaknya. Kawan-kawan dah mula nak bina masjid, arkitek dah siapkan pelan masjid. Tinggal nak dapat green light je nak mulakan binaan.

Ye lah, beruntung mereka. Ni nak mencari arkiteknya pun tak jumpa-jumpa. Sampai terkentut-kentut mencarinya. Hahahaha..Istilah saya pinjam dari tubelawak.com. [dari siang tadi dok membace entri kat tubelawak.com .. yang kureng asam + lawak .. take it positive beb~]

Sedangkan baru masuk semester 1 B.Sc Architecture ni pun, saya dah mula hilang semangat nak belajar. Ada je yang tak kena. Dengan suasananya yang mencabar iman. Rasa cam setiap hari semakin banyak je maksiat berleluasa kat tempat yang saya belajar tu.

Patutlah Tuhan mengizinkan saya merasa apa yang diinginkan setelah saya agak cukup ilmunya, setelah ada pengalaman. Ya Allah, aku tak tahu ni. Mana satu jalan yang perlu aku lalui. Aku tak kuat jalan sendiri.

Teman-teman di tempat itu, bagi saya adalah sangat tidak membantu. Maaflah, saya tidak mampu berbohong. Mereka sendiri masih muda remaja dan senang saja terikut-ikutkan kata nafsu.

Andai diikut lubuk hati yang berkata-kata ini, memang saya berhenti saja dari belajar dan kerja sahaja berdasarkan kelulusan yang lepas. Namun, banyak yang difikirkan. Sekiranya habis belajar nanti, umur dah lewat 20-an. Laku lagi ke? Ada ke adam yang sanggup menunggu?

Mak saya kata, kalau mahu kahwin masa tengah belajar ni, kahwin je lah. Aduh, fenin bila fikir soal kahwin ni. Takut tak kahwin je nnt. Hahaha...

Aaahh~ Saya bingung memikirkan masalah yang saya timbulkan sendiri. Cita-cita saya terlalu banyak , tinggi dan mengasyikkan.

orgkecil : sendri carik pasal~ sendri tanggung laa

Monday, June 13, 2011

Kalbu Yang Terasa..

Baru saya perasan, rupa-rupanya, saya akan menaip perkataan di blog ini apabila hati saya yang kecil ini disentuh. Patutlah, ada pasang-surutnya saya menulis.

Now I believe when people says that if you want to write or to sing or to do anything, do it from your heart [is this sound familiar? hmm, kak ogy always says it during the critic session in AF..what can i say, sy penonton setia AF].

Tak kiralah kalau saya gembira sangat sampai membuat saya tersenyum-senyum [like previous post..ah~ if only i can always smiles with u, together.. heh?] atau kecewa atau terasa sehingga tertitis-titis air mata, pada ketika inilah hati kecil saya ini rancak berkata-kata. Yang peliknya, mulut saya terkunci rapat.

Andai boleh dibelah dan dilihat hati yang berkata-kata itu, pasti saja riuhnya seperti pasar malam. Tapi, pabila dibelah abdomen2 badan ini, pasti saja takkan terlihat hati yang bising itu.

Yang kelihatan hanyalah jantung(heart) yang berdetak atau hati (liver) yang besar. Betapa agung ciptaanNya, mencipta kalbu/qolbu.

Maafkan saya wahai teman-teman. Tipulah kalau saya kata saya tak kisah apa yang kalian kata.

Samaada saya tahu dari orang lain atau dari mulut kalian sendiri atau dari tulisan kalian di mana-mana media. Saya tak mampu untuk tidak merasa.

Ya, faktor umur dan pengalaman hidup membuatkan kita sangat-sangat berbeza. [ i'm still learning to ignore those feelings from bothering my qolbu ]


Padi- Sahabat Selamanya ( OST Upin&Ipin)

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…


orgkecil : kan best jadi macam upin,ipin dan kawan-kawannye .. صاحبا فى الدنيا وفي الجنة

Friday, June 10, 2011

Senyum ... ke ? ~


Owh, lamanya terperap di rumah. Hampir menjadi pekasam.. Hahaha..

Terima kasih sebab u sudi date dengan i. Tak sangka.....


Eh, mengarut..Sudah..Abaikan~!~..

Dah lama rasanya tak buat muka senyum. Asyik buat muka biasa je. Apa pun, alhamdulillah. Gembira yang tak lama itu pun, ok pe, daripada tak gembira langsung.

Ok, lepas tu saya berselisih dengan 2 orang yang saya kenal. 1 besar ke tepi, 1 lagi panjang ke atas. Saya tegur yang besar ke tepi itu. Sengaja tidak yang memanjang ke atas. Ye lah, ada kisah lama kan menggamit nanti. Maaf, bukan tak mahu cerita tapi tak berani. Kalau mahu tahu, tanya la saya sendiri (PM= private message)..

Hihi, tapi apa pun, agak kelakar dunia orang dewasa ni kan?~ Ye lah, masih agak awal menjadi dewasa, maka cerita-cerita yang remaja itu selalu juga terputar-putar dengan tidak sengaja atau sengaja.


Baiklah, sekarang ini, walaupun cemburu tengok kawan-kawan kahwin, saya tetap rasa best pe untuk terus single sehingga sampai waktunya nanti. Bila single, boleh buat apa-apa dengan gembiranya, tak perlu fikir banyak. Tapi bila rasa sunyi, saya tak perlu risau. Sebab saya masih ramai kawan-kawan yang single. Allah kan ada~

Saya sudah penat untuk menyukai [menaruh rasa..hahaha..mengong] dengan sesuka-sukanya atau sedalam-dalamnya dengan mana-mana kaum yang berlainan jenis dari saya ni. Sebab saya tahu, pasti saja tak kesampaian hajat di hati dan seterusnya kan mengundang kepada kekecewaan menonggeng pabila melihat taruhan hati itu senyum-senyum bersama orang lain.

Ya lah, mana boleh saya mengekang fitrah suka-suka ini. Maka dengan itu, saya tetap akan terus suka dengan sesuka-sukanya sehinggalah tiba saatnya [entah bila], saya suka dengan serius-seriusnya. Saya agak berat hati untuk serius. Tapi kalau memang dah ada yang mahu serius, saya akan belajar untuk serius. Saya boleh belajar..hahahaha ..

orgkecil: memang mangarut,,,sudah~!!~


Tuesday, May 31, 2011

Takkan Punye Lah~


Takkan nye la saya akan menjadi orang yang baik-baik..
TAKKAN..

Dah DICUBA..

Dah DIBERITAHU..

Memang TAKKAN..

HAH!!~

sekian