Terima kasih BERSIH , sebab saat perBERSIHan itu berlaku, barulah saya terbuka mata tentang politik Malaysia. Ya, ini adalah post pertama saya tentang politik yang sebelum ini saya fikir memang menyusahkan. Mungkin kerana sudah meningkat umurnya dan semakin perlunya kematangan dalam diri, maka sepasang mata dan telinga ini perlu membuka dan mendengar dengan lebih jelas lagi. [padahal memang dah sampai tahap kena mengundi, tu sebab la kena buka mata dan pasang telinga]
Oh ye, bercerita tentang hari kejadian, sekatan jalan raya di mana-mana. Memang saya tak keluar rumah sebabnya memang kalau keluar je, dah jem depan rumah [almaklumlah, rumah depan highway]. Dan dalam fikiran saya, terbayang-bayang wajah-wajah orang amuk datang ke rumah dan berteriak-teriak marah seperti di Mesir. Ah, semua gara-gara kerja pemBERSIHan makcik ambiga tu [ atau ada juga yang kata hamburger]
Kemudian, cerita-cerita di Facebook, berita di tv dan internet, memang meresahkan saya. Secara jujurnya, saya memang tak kenal makcik ambiga tu, saya ingatkan dia lelaki. Ye lah, yang saya pernah dengar di tv [ hanya dgr berita di tv sambil masak-masak di dapur], yang disebut Datuk Ambiga. Rupa-rupanya perempuan.
Tapikan, ok pe kalau nak BERSIHkan pilihan raya, yang tujuannya supaya SPR lagi jujur dan berintegriti dalam proses pilihan raya ni. Ok pe. Tapi kan kalau kita nak beli sesuatu barang tu pun, kita mesti tengok dan selidik label atau nak tahu made in negara mana kan?~ [ tak tau la kalau ada yang memang pakai beli je barang,,tu namanye semberono]. Samalah juga kalau nak masuk persatuan atau parti politik mana-mana.
Kita ada pilihan, kita ada akal, kita ada mata dan telinga. Guna kurniaan Tuhan ni sebaiknya. Kita juga ada kitab ada agama. Tadi maghrib, saya terjumpa satu ayat ni :
...Pengikut-pengikut mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka) : "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dari kanan" [maksudnya : Para pemimpin itu mendatangi pengikut-pengikutnya dengan membawa tipu muslihat yang mengikat (menarik) hati ] ..
Pemimpin-pemimpin mereka menjawab :" Sebenarnya kamulah yang tidak beriman" ...
Pemimpin-pemimpin mereka menjawab :" Sebenarnya kamulah yang tidak beriman" ...
Surah Al-Saffat ayat 28 & 29
Ayat ni cerita tentang kaum musyrik di akhirat kelak..
Hmmm, kitakah kaum musyrik itu? Nauzubillah. Saya sangat takut dan terbayang-bayang andai saya ditakdir menjadi sebahagian dari mereka itu. Ya Allah.
Dan saya juga ada terbaca tentang tuntutan makcik ambiga tu di Facebook oleh dia ni dalam wall post.
Kalau benarlah ini tuntutannya yang disokong oleh pekerja-pekerja syarikat pemBERSIHan tu, memanglah kawan makcik ambiga iaitu makcik lina joy tu bahagia senyum gembira. Dan mungkin ada juga kawan-kawan mereka yang lain yang ketawa riang sambil minum arak todi.
Ya, tak baik bersangka buruk.
... Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa ...(Hujrat:12)
Kemudian, terbaca pula tuntutan 2.0 ni ; hentikan rasuah, hentikan politik kotor .
Hmm, kasihan kan rakyat awam seperti saya ni. Yang tak berapa nak tahu dan agak buta politik Malaysia. Haa, tu lah. Siapa suruh asyik belajar je. Tak aktif menjadi MPP atau apa-apa badan kepimpinan di universiti. Kasihan~
Yang Dipertuan Agong pun ada bagi nasihat . Dan saya memang sangat tertarik bila baginda kata : "..bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.."
Dan juga ikrar semasa perhimpunan sewaktu kecil-kecil dahulu di sekolah rendah :
"bahawasanya kami, rakyat Malaysia,
berikrar dan berjanji akan percaya kepada Tuhan,
kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan"
berikrar dan berjanji akan percaya kepada Tuhan,
kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan"
Kerna Melayu seperti saya mudah lupa walaupun pepatah Melayu berkata :
Kerbau setia pada talinya, manusia berpegang pada janji.
No comments:
Post a Comment