Saya tutup blog saya ni kepada orang ramai buat seketika. Kenapa ye? Oh, saya sedang menghadapi minggu-minggu sukar di tempat baru ni. Baru ke? Dah satu semester yakni bersamaan 4-5 bulan lah kalau tak silap kiraannya. Jadi, minggu-minggu yang sukar ini, tak mampu diri saya nak cerita. Sebab sangat duka bagi saya. Walaupun kadang-kadang diri sendiri kata yang semua duka ini adalah ujian dari Tuhan ataupun cabaran, saya tak boleh tipu diri sendiri bila tiba bab perasaan. Saya ni manusia kecil yang lemah serba-serbi. Namun kadang-kadang kuat , bukanlah selalunya lemah.
Kekuatan dan semangat pudar hilang pada ketika diri sibuk dengan kerja yang banyak. Padahal, saya sendiri yang menjadi asbab kepada kesibukan ini. Saya sendiri yang pilih untuk kembali menuntut ilmu yang selama ini saya inginkan sedangkan dah diberitahu oleh-Nya dari istikharah saya yang hanya sekali itu. Namun, bukan itu yang saya ikut. Kerana saya ikut rasa sendiri, apa yang saya mahu kerana saya sangat berpegang pada : Allah tidak mengubah nasib sesorang itu melainkan dirinya sendiri. Tapi tadi saya terbaca ini :
Pondasi manusia itu seperti akar pada pohon, seperti pasak Eiffel.
Jika pondasi manusia itu menuruti hawa nafsunya, pastikan ia menghadapi jalan pendakian kehidupan yang sukar,
rasa kosong at times bila hilang kegembiraan in the air,
rasa sunyi bila tiada teman-teman sepermainan,
tiada arah tuju melainkan hanya seperti robot yang cuba menghabiskan sisa hidupnya.
Mana boleh saya tidak menyesal. Tipulah kalau sedetik pun tiada terlintas di hati tentang penyesalan. Tipulah kalau tiada sehembus pun keluhan terhela dari hidung ciptaan Tuhan ni. Saya ni manusia kecil yang lemah, punya rasa yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Tipu kalau saya tidak tersentuh andai ada yang menyingguh atau tersingguh. Apatah lagi selingkuh. [heh? tak de kaitan..selingkuh itu belum pernah wujud dalam dunia realiti saya setakat ini. Mungkin sebab bunyinya yang sedap .. hehehe]
Bukan saya tak reti bercakap dan bercerita atau mengadu duka dengan sesiapa. Saya tak pandai. Kerana dengan menulis, lagi terkeluar segala rasa yang membebani. Kalau bercerita, pasti saja diri ini mahukan respon atau akan tertitis-titis air dari mata. Memang, saya tak tipu. Saya memang senang menitiskan air mata. Dan kadar aliran air mata, bergantung kepada sedalam mana hati ini disentuh atau tersentuh.
Maaflah, entri kali ini memang segalanya tentang rasa. Apalah, baca je blog, semua pasal perasaan. Eh, biar le, blog saya. Biarkan saya cerita, asalkan saya tak jadi gila sebab tekanan perasaan. Tapi itulah, saat-saat saya berasa-rasa begini, selalu saya ingatkan diri sendiri yang ada fakta menunjukkan bahawa

ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG BERJAYA MENGAWAL EMOTIONAL QUETIOENT (EQ)
Tuhan itu tidak kejam. Terdetik tadi hati saya nak membuka tumbler seorang teman lama di sekolah dulu. Dan saya temui jawapan kepada rasa yang duka ini :
Suhaib berkata : tatkala Rasulullah duduk bersama para sabahatnya, tiba-tiba baginda ketawa. Baginda bertanya :
tidak mahukah kamu semua bertanya, perkara apa yang membuatkan aku ketawa?
Lalu para sahabat berkata :
Wahai Rasulullah, perkara apakah yang menyebabkan kamu ketawa?
Lantas Rasulullah bersabda :
Aku teruja dengan urusan orang mukmin, sesungguhnya,
segala urusannya , semuanya baik!
Sekiranya dia diuji dengan apa yang disukainya, dia akan memuji Allah.
Perkara itu baik baginya.
Sekiranya dia diuji dengan perkara yang tidak disukainya,
dia akan BERSABAR.
Perkara itu juga baik baginya.
Tidak ada seorang pun yang seluruh perbuatannya itu baik,
kecuali bagi orang mukmin.
(Musnad Imam Ahmad, Hadis Suhaib RA)
orgkecil : sile kembali kepada si Pemberi rase dan Penentu segale ,, sekian

No comments:
Post a Comment