Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Thursday, May 12, 2011

Hingga Akhirnya


Saya khabarkan di sini, bahawa kedua-dua subject design saya adalah berada pada tahap nyawa-nyawa ikan dan ayam. Boleh jadi dapat gred C je, atau mungkin masa review, the marks will be down graded. Nah, inilah hasilnya selama 1 semester +- 6 bulan, jalan yang saya pilih mengikut keinginan saya.

Ketentuan ini, saya terima seadanya walaupun sakit menanggung perasaan itu adalah perit. Kerana lorong ini yang saya pilih dan Allah telah mengizinkan saya lalu jalan ni. InsyaAllah, saya pasti BOLEH melakukannya. 1 tahun saya beri masa kepada diri sendiri [sebenarnya] untuk mendapatkan segala basic dalam architecture. Ada lagi 6 bulan. Saya tak boleh rugi-rugikan masa yang ada..

DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA KERUGIAN

Semakin susah jalan yang kita lalui, sebenarnya Allah mahu kita terus sentiasa ingat dan dekat dengan Dia. Tu sebabnya, saya diizikan olehNya untuk melalui jalan yang sukar dan mencabar ini, supaya nanti saya sentiasa bergantung harap padaNya. Alhamdulillah.

Dengan mengingati Allah itu, hatimu akan menjadi lebih tenang


There are times when all the world's asleep,
the questions run too deep

There are times when silence's the loudest voice,
the answers lost in the noise

There are times when bright sky turns grey,
the tears shy slowly away,


There are times when you prostrate and pray,
Lord made you find the way.

orgkecil : akan berusaha hingga akhirnya..YA ALLAH, beriku SEGALA KEKUATAN

No comments: