Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, January 27, 2010

kEmbALi mEkar bUnga iTu.. tErimA kAsih

Agak berhabuk la juga blog saya ni. Adalah 2 minggu tak menulis apa-apa. Ideanya ada, nak ditulis, takut menjadi tulisan yg terlalu peribadi. Perlu ditegaskan, di blog ini, sepatutnya tidak boleh menulis tanpa berlapik. Semua perlu berlapik dan beralas-alas..

Baiklah, sekarang saya mula menulis. Sebenarnya, saya menyibukkan diri membuat perkara di luar alam maya sepanjang 2 minggu ini. Saja-saja saya cuba menjauhi dunia virtual dengan tujuan untuk menjadikan hidup saya lebih real.

Melihat dan menikmati alam semula jadi bersama rakan-rakan di Sungai Congkak pada minggu pertama. Bermain-main bersama anak-anak ikan sungai. Saya sangat suka dapat tangkap ikan-ikan tu. Makin saya duduk lama-lama di tepi gigi air sungai tersebut, makin banyak pula anak ikan yang datang. Seolah-olah mereka dengar dan memahami kata di hati. Hah, sudah, hentikan angan-angan itu. Hehehe..Ikutkan hati, memang berniat untuk berendam selama mana yang boleh sambil terapung-apung di atas air Sungai Congkak. Namun, saya ada kelas pada petangnya dan terpaksa balik awal sendirian. Dah la pertama kali men-drive sejauh itu sendirian. Memang terasa kesunyiannya. Tak pe, pengalaman.

Seterusnya, bermain-main bersama anak-anak buah di kolam renang pada hujung minggu. Dan mendapat anak buah baru, Abdul Haq namanya. Orangnya kecik je. Semoga namanya itu boleh membesarkan dirinya. Senyum je saya. Namun, masih ada yang missing. Entahlah.

Kemudian menyibukkan diri di perpustakaan di UPM. Dengan harapan, boleh study untuk Test1 dan menyiapkan bahagian pertama FYP pada minggu ini. Namun, semangat hilang entah ke mana. Itulah yang missing. Ke mana perginya semangat yang saya tanam tempoh hari? Sekejap je, pastu hilang. Sunyi pun ye juga. Kat library kan senyap je. Dengar bunyi buku diselak dan air-cond serta bisik-bisik manusia berbincang senyap, sekadar menghormati sign - Tolong Senyap - . Wah, hati saya kosong jadinya, langsung tak dapat menyudahkan apa yang dirancang. Jeles saya melihat manusia-manusia lain yang study secara berteman-teman mesra atau pasangan masing-masing. Puas saya memujuk dan mengingatkan diri tentang janji Tuhan. Syaitan terus mengasak-asak diri supaya jeles terhadap manusia lain. Astaghfirullah.

Tahan-tahan saja diri ini, sampailah tadi, selepas keluar dari library menuju ke car park yang agak jauh. Melepasi tadika, melihat kanak-kanak gembira bermain jongkang-jongkit, tak perlu kisah apa-apa. Beruntungnya menjadi kanak-kanak. Terlintas di fikiran, kepingin anak sendiri. Haih, usahlah berangan. Ruang-ruang kosong masih belum berisi, inikan pula mahu anak sendiri. Sebelum melintas jalan, perlulah melihat kiri dan kanan. Sebenarnya, memang Tuhan Maha Mendegar. Walaupun hanya secalit keluhan di hati, Dia dengar dan sayang pada hamba-hambaNya.

Saat saya menoleh, sebuah motosikal hijau modenas(kalau tak silap), melintasi saya. Wah, saya senyum melebar. Hati yang layu bunganya, kembali segar seperti baru disirami hujan selepas kemarau yang panjang. Unggas dan cengkerik kembali bernyanyi bersahutan. Insan yang membuat saya tersenyum semasa di kelas Calculus semasa sem 3, kembali membuat saya tersenyum. Namanya siapa?~ hmm..saya tak tahulah. Tak pernah bertanya. Yang penting, raut wajahnya memaniskan senyuman tawar.

Terima kasih Tuhan. Tak mengapa andai sekejap pun nikmat yang diberi, saya bersyukur, alhamdulillah. Dan sejak peristiwa sekejap itu, manisnya senyuman itu masih terasa. Namun, masih ada satu senyuman yang paling manis setakat ini yang saya nanti2kan.
n__n


No comments: