Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, October 29, 2008

ruPAnya mASih aDA sayaNG

Kata orang, hidup ini kalau tak ada dugaan, bukanlah hidup namanya. Kata orang lagi hidup ini sebuah mimpi yang indah atau pahit. Saya kata, kehidupan ini sebuah cerita yang walaupun kecil di mata orang lain tapi sebenarnya besar jika dihayati. Macam kata Yassin dalam lagunya Alhamdulillah: hidup ini akan lebih bererti jika dihayati. Bagi saya, memang payah bagi kita untuk mencari tempat berteduh yang betul-betul teduh untuk berlindung dari terik mentari dan hujan petir. Namun, kalau kita percaya dan yakin kerja Tuhan, InsyaAllah kita dapat apa yang kita cari.

Kerana kerja Tuhan lah, pada suatu ketika dahulu saya ditempatkan di sebuah kehidupan yang sangat mencabar. Orangnya ramai. Datang dari pelbagai negeri. Dari negara lain pun ada. Itulah, banyak orang, banyaklah garamnya. Seperti banyaknya udang dalam masakan sebagai perencah. Sedap. Kerana saya ini seorang manusia biasa yang diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini, saya tidak terlepas dari dugaan rasa yang membingungkan.
Anda pernah jatuh cinta?. Ha, itulah dugaan saya. Saya mengaku, saya tak pernah jatuh cinta kepada manusia yang bukan senasab dengan saya. Cinta saya selama ini hanya kepada Pencipta Yang Satu dan PesuruhNya serta ahli keluarga. Tidak lebih dari itu. Saya hanya melihat rakan-rakan saya bersama-sama pasangan mereka. Nampak mereka bahagia. Selalu saja senyum-senyum melihat handphone masing2. Kadang-kadang, timbul rasa cemburu. Seolah-olah syaitan dan sekutunya mendesak-desak supaya saya segera mencari pasangan. Entah la, desakan syaitan ataupun nafsu?.Atau itu fitrah?. Memang sudah ditentukan jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Jadi, saya rasa, saya tak perlu risau itu semua. Oleh itu, saya tak endah sahaja semua cerita pasal jodoh2 ni.
Setelah seminggu saya berada ditempat baru itu, pada suatu petang, saya ke tempat di mana ramai orang berkumpul. Tiba-tiba kelibat seorang adam telah menarik perhatian saya.
"Perwatakannya baik, ada segaknya. Mukanya tiada jerawat. Licin pula tu. Kenapa dia berjalan seorang diri?. Nak saya temankan?.. Hish.. apa la. Astaghfirullahalazim. Ya Tuhan..Kenapa ni?. Jantung ini laju pula. Sejuk-sejuk pula tangan ni. Ya Tuhan, aku di mana ni?. Apa jadi ni?. Hish..Bergetar pula lutut ni. Aduih..Jatuh pula buku ni!!..Ala..dia dah pandang kat sini pulak. Malunya. Cepat kutip. Lari-lari."
Saya pun pergi dari tempat itu lalu kembali ke tempat saya merehatkan diri dengan harapan saya dapat menenangkan diri semula. Namun, seperti yang telah diketahui semua, saya nampak kelibatnya di mana-mana. Semuanya dalam kepala saya. Saya mula ambil berat tentang dia. Segala butir peribadinya saya tahu termasuklah asal-usulnya. Yang saya tak tahu ialah namanya. Cuba juga saya cari, nak tanya rakan-rakan takut mereka syak. Ada juga saya cuba-cuba lihat orang lain tapi tak sama. Dia pasti datang. Mana saya pergi, secara kebetulan ataupun satu suratan, saya pasti lihat dia.
Sah, saya dah mula suka dan sayang pada dia. Sakit jatuh dia saya tahu tapi sayang, saya tak dapat nak buat apa-apa kerana saya masih berpegang pada takkan perigi cari timba. Lama saya simpan rasa itu yang kadang-kadang menganggu saya.
Namun, sudah tersurat, dia bukan untuk saya. Bagai cawan kaca terhempas jatuh dari tingkat tertinggi di KLCC ke jalan lalu dilanggar dan disepak-sepak kaca yang pecah itu. Itulah rasa tatkala saya ternampak dia dengan seorang hawa yang cantik. Saya ingatkan mereka hanya kawan biasa. Tapi, tak. Mereka akhirnya berjanji setia sampai mati. Mungkin. Itulah, remuknya hati tak terkata tapi tak siapa yang tahu kecuali Tuhan saya. Setiap masa saya berdoa kepada Tuhan supaya hati saya ini tidak berdarah. Dah balutkan dengan kain
anti bacteria but the wound wouldn’t heal, the blood didn’t stop.
Akhirnya saya menjauh dengan harapan masa dapat menyembuhkannya. Saya berjaya dan hidup saya kembali normal. Namun disebabkan Tuhan itu mahu menguji keimanan dan kesabaran saya, saya ada ternampak dirinya bersama pasangannya itu di suatu majlis keramaian. Saya buat tak endah dan ternyata saya berjaya lagi. Namun, malam itu semasa tidur, saya bermimpi pasal dia. Ternyata hanya dia yang saya lihat walaupun ramai lagi yang hadir dalam mimpi itu. Itulah, saya tidak boleh menipu hati saya. Rupanya masih ada sayang. Kepada pasangannya, saya minta maaf. Hati saya ini tidak boleh disekat apa yang dirasa. Saya harapakan dan doakan yang terbaik untuk kalian berdua. Saya hanya mampu menanti dengan sabar supaya rasa saya untuk dia hilang dimakan masa. Terima kasih Tuhan kerana memberi saya rasa itu supaya saya dapat mengerti bahawa cinta saya kepada-Mu lah yang paling membahagiakan. Semoga Kamu beri saya seorang adam yang juga sayang kepada-Mu. Amin...

++cerita ini adalah cerita rekaan yang ada benarnya++