Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Saturday, October 18, 2008

geRAM..jGn diiKotKAn~

atasi rs marah dgn berjalan2..wahahaa..betul ke?
dgn memakan ais krim sour plum, supaya rase marah akibat api syaitan mengipas-ngipas dapat diredakan?
Mengingat kembali apa yang dipelajari dahulu sewaktu di Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Luar di dalam matapelajaran akhlak dan juga beberapa tazkirah di SBPI Sabak Bernam.

Dalam hadis Rasulullah SAW banyak diterangkan tentang cara mengatasi sifat marah ini. Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring"
"Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam" - ihsan seorang sahabat di Jordan.


Disebabkan kegeraman aku terhadap seseorang, lalu aku turun ke kedai membeli ais krim. Sedap sekali. Ternyata aku dapat menyelesaikan amarahku itu. Bertemu aku dengan seseorang yang juga sedang berjalan-jalan menunggu waktu asar. Nasib ku baik sekali kerana di pertemuan itu, aku diberitahu tentang perasaan sebenar penduduk di kawasan tempat tinggalku ini. Aku suka sekali dapat berkongsi cerita dan membebel tentang kehidupan selama 1.5 tahun ku di tempat ini kepada dia. Ketahuilah, tabiatku memang suka membebel nasihat dan pengajaran kepada yang memerlukan, berbekalkan pengalaman yang ada. Tapi, aku bukanlah seperti penjaga dalam post :Perjuangan daLam bebeLaN .. Sebab aku tidak berteriak-teriak tatkala orang lain sibuk bersiap-sedia menghadapi peperangan.
Kembali kepada pertemuan itu. Wah, banyak sekali ceritanya antara aku dan dia. Timbul niat di hatiku untuk terus berkeadaan seperti ini. Maksudnya membantu mereka yang di dalam kesusahan pemikiran. Memang bagus sekali. Namun, ada di antara mereka yang mengatakan aku ini kelihatannya serius sentiasa.. HAHAHA.. Itu memang aku. Tapi bagaimana nanti dengan niatku itu?. Mahukah mereka yang mempunyai kesusahan atau kesulitan pemikiran berbicara dengan aku tentang apa yang dihadapi mereka, lantas aku sendiri memberi bebelan penyelesaian itu?
Selepas habis berkata-kata tentang apa-apa sahaja isu yang dibangkitkan, kami pulang ke tempat masing-masing. Moleklah benar kerana sampai di bilik, azan di surau mula berkumandang. Lalu aku memohon petunjuk dariNya. Kerana aku sendiri tidak tahu apa yang direncanakanNya untuk aku...