Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, October 15, 2008

dALAm keKeceWAan

Kecewa or in english frustrated bermaksud apabila satu perasaan untuk sesuatu tidak kesampaian.Ish, aku berbicara tentang rasa yang x kesampaian. Aku x mahu sebenarnye, namun tu je yang aku alami untuk hari yang ku harap tenang ini.

Tatkala malam berubah siang, yang tido sudah bangon, kereta mula banyak di jalan raya dan angin berubah arah, masih ada insan yang duduk di situ menjadi pancang di tengah arus terhadap apa yang dirasanya. Sebenarnya, dia masih keliru apakah patut terus disitu terpacak, sedang insan lain berlari-lari atau berjalan bersam-sama mereka di lembah yang fana ini. Oleh tu, dia bukanlah pancang di tengah arus lagi, tetapi menjadi lalang di atas pagar. Dia mempunyai pilihan tetapi tidak tahu mana yang pasti. Lalu dia memohon pada Tuhannya kerana dia pasti tentang apa yang dialaminya itu telah direncanaNya.

Pilihan pertama bisa menentramkan dirinya tatkala gemuruh perasaan dan kehidupan berkocak dalam dirinya. Juga dapat menemani diri yg kadang sepi dan kelabu. Tetapi dia tidak pasti dengan status pilihan itu. Tuhannya tidak menggalakkan pilihan itu. Sebenarnya dia pun x pasti apakah pilihan itu adalah satu pengharaman atau tidak, lantaran pilihan itu menghampiri pengharaman Tuhannya. Jika diimbas sewaktu remajanya, itulah yg dipelajarinya tentang budaya itu. Walhal penduduk di sekitarnya mengamalkan budaya itu berleluasa. Entahla..dia pun x pasti tentang itu.
Pilihan kedua pula adalah sebaliknya. Tidak pasti lagi tentang dapat menghilangkan gemuruh perasaan itu atau tidak.Yang pasti ia akan menjadikan dirinya lebih sepi dan semakin pekat kelabunya jika dia terlalu bergantung pada pilihan kedua itu. Tuhannya pula, entahla dia lagi tidak pasti tentang itu. Bagi dirinya, pilihan kedua membuatkan dirinya agak terseksa tetapi mendekatkan lagi dirinya pada Tuhannya Yg Satu.


Itulah pilihan yang sedang difikirkan. Hati fikirannya berkata lain, suara lain pula mendesak pilihan kedua. Bagi dirinya, biarlah pilihannya ini adalah yang pertama dan terakhir kerana dia sangat takut tersalah pilih dan membuatkan jantung fikiran hatinya terobek sana-sini. Kepada insan-insan lain di lembah itu, dia sering bertanya pendapat mereka tentang budaya itu. Namun pendapat mereka lebih cenderung kepada pilihan kedua. Yalah, mereka sendiri mengamalkan budaya itu, takkanlah mereka mahu pertikaikannya.


Disinilah terletak kebijaksanaan akal, pancainderanya dan imannya dalam memilih antara 2 pilihan itu. Dalam kekecewaan, dia terus melangkah berjalan sambil menanti jawapan dari Tuhannya kerana dia pasti pilihan yang diilhamkan kepada dirinya nanti adalah pilihan yang terbaik untuk dirinya. Entahla, kerja Tuhan siapa yang tahu?~~

2 comments:

Anonymous said...

kamu pilih yg mana?

miNa said...
This comment has been removed by the author.