Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Sunday, November 29, 2009

iSi mASa LAPanG

Sememangnya cuti semester akan bosan jika tiada apa hendak dilakukan. Dan sememangnya niat di hati untuk membaca sebuah novel tetapi tidak tahu novel apa yang hendak dibaca. Dan akhirnya, terdetik di hati untuk mendengar lagu OST dari filem Ketika Cinta Bertasbih. Nah, sekarang ini lagu "Ketika Cinta Bertasbih" oleh Melly Goeslow(beginikah ejaannya?) bermain-main di blog ini. Haha..Entah apa-apa. Saya agak ketinggalan kerana cerita ini sudah lama berada di pasaran(Indonesia, di Malaysia tiade) .

Walau apa pun, dengan semangat yang waja dan berkobar-kobar, sebentar tadi saya bergegas ke Alamanda di Putrajaya untuk membeli novel karya Kang Abik ini. Langsung saya beli kedua-dua episod. Hahaha. Saya lebih senang membaca dari menonton ceritanya. Sama lah juga dengan novel Ayat-ayat Cinta.

Memang, saya gila membaca novel tapi novel bukan sebarang novel. Novel dibaca perlu ada ilmunya. Pandai sungguh penulis-penulis, mereka bukan saja-saja menulis tapi mereka juga berdakwah. Wah, novelist atau penulis pernah menjadi angan-angan saya suatu ketika dulu. Semuanya gara-gara pertama kali membaca karya Ustaz Faisal Tehrani lah. Pada ketika itu beliau menulis di ruangan akhbar Utusan Malaysia bahagian cerpen, kalau tak silap saya. Pada ketika itu, Tunggu Teduh Dulu menjadi taruhan.

Siapa sangka, dari sikap saya yang asyik dan gila membaca novel-novel cinta entah apa-apa itu, terus sahaja berubah ke arah membaca novel-novel karya beliau. Bersahaja dan berilmu. Kadang-kadang yang biasa itu boleh menjadi luar biasa. Dari situ, terus-menerus saya membaca karya beliau yang mengkritik dan beralas-alas yang sedap dalam penulisannya. Anda patut baca karya-karya beliau. Entah macam mana, boleh pula saya membaca karya Kang Abik ini. Sebetulnya, memang saya sedang memahami karya beliau. Tak cuba, kita tahu. Tak kenal, maka tak cinta. Hehehe..

Semoga cuti ini saya menjadi lebih senang dan selesa dengan percutian bertemankan novel-novel Habiburrahman El-Shirazy .

Friday, November 27, 2009

k0RBaN rASa


Di malam Hari Raya Korban ini, saya ingin juga menulis walaupun esok perlulah bangun awal untuk persiapan masak-masak raya dan apa-apa yang patut. Walaupun sambutannya tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri (memang sudah menjadi kebiasaan di Sg Ramal ini), namun masih ada sambutannya. Bersolat raya dan menanti lembu-lembu dan binatang-binatang yang merelakan diri untuk dikorbankan.

Sebentar tadi, baru sahaja menonton Halaqah di TV9 dan tajuknya "Kahwin Dulu". Agak rugi sebab saya hanya menonton bahagian akhir rancangan. Herm, tapi ilmu yang dapat dari penceramah, menyebabkan saya ingin menulis sedikit di sini. Dan rasa-rasanya boleh dikaitkan dengan perkataan 'korban'.

Halaqah bercerita tentang kahwin dulu, baru bercinta. Maknanya, berkorban perasaan cinta sebelum kahwin ke? .. Erk, tapi saya tak pandai nak mengarang seperti penceramah2 itu bercerita. Saya petik sedikit apa yang dikata tentang cinta antara yang bukan muhrim adalah haram mengikut sesetengah ulama'. Saya tak dapat tangkap pula siapa ulama' tersebut. Kemudian, penceramah itu ada berkata tentang pandang sekali, dua kali tidak mengapa tapi pandangan ketiga adalah pandangan syaitan. Ustaz di zaman saya sekolah pernah juga berkata tentang hal ini tapi saya ingat2 lupa. Kesiannya la saya ni, melupakan ilmu. Itulah akibat tanam pokok yang tidak mengeluarkan apa2 hasil..hmm~~

Penceramah kedua berkata tentang persiapan perkahwinan, yang mana ada 3 kunci utama iaitu:
  1. kunci rumah : tempat tinggal
  2. kunci kereta/motor : kenderaan untuk bergerak ke mana-mana
  3. kunci pejabat : perlu ada kerja . Nak bagi makan apa kat anak orang kalau tiada kerja?. Persiapan kenduri-kendara pun at least perlu ada RM 10, 000.
Beliau juga berkata yang perkahwinan ini bukannya seperti bermain pondok-pondok. Berkahwin dan bercerai-berai. Nauzubillahminzalik. Semoga saya dan anda tidak tergolong dalam golongan yang bermain pondok-pondok itu, walaupun mungkin semasa kecil-kecil dahulu pernah bermain permainan ini.

Penceramah ketiga berkata: Perkahwinan Adalah Ubat Cinta Ada hadis menyebut:

"tak pernah ada sesuatu yg lebih berkesan dan ubat yang mujarab kepada dua manusia yg bercinta, melainkan nikah"

Oh my, what else should I said about cinta. This is totally correct. Daripada resah terbayang-bayang orang yang dicinta, bukankah lebih baik kahwin saja? Namun nak berkahwin kena la cukup syarat, yakni sudah punya kemampuan dari segala aspek.

Teringat saya semasa belajar dahulu, ada belajar tentang maksud mampu ni. Tapi, tak berapa nak ingat. Hehe. Maaflah, saya ni tak cukup ilmu lagi tentang kahwin dan nikah ini. Maknanya, saya tak mampu lagi. Tapi saya yakin yang saya ini boleh dimampukan. Cuma butuh masa sahaja. Lagipun, saya ni bukanlah pandai dan faham apa itu cinta.

Sebab kadang-kadang saya keliru antara cinta dan bisikan syaitan ataupun nafsu semata-mata. Lantas, apa yang saya lakukan adalah sentiasa minta petunjuk dari Dia Si Pengurnia Cinta. Supaya nanti saya selamat dari hanyutan nafsu dan godaan2 dari musuh yang nyata, biiznillah.


Rasanya banyak lagi yang dikatakan oleh penceramah2 itu tapi saya tak sempat menontonnya semua. Kalau anda ingin menonton sepenunya tontonlah di Halaqah di TV9 - perlu log in dan sign up -
Semoga saya dan anda yang belum berkahwin, terutamanya, berada dalam Mawaddah Ar-Rahmah
Selamat Berhari Raya Korban !~!

Friday, November 20, 2009

biRd tHAt fLiEs - buRung yG tERbaNG

Apabila terkurungnya seekor burung di dalam sangkar, maka ia akan meronta-ronta untuk bebas. Apabila pintu sangkar dibuka, maka terbanglah ia tanpa menoleh-noleh ke arah tuannya itu. Di kejauhan, terbangnya burung itu melepasi angin yang sepoi hinggalah diredahnya angin taufan yang kencang.

Puas terbang, berehat ia mencari bijiran seperti yang biasa dimakannya tatkala di sangkar dahulu. Dicari di setiap dataran yang dijumpa. Dikais-kais tapi tiada. Yang kelihatan hanyalah geletik-geletik anak cacing ketakutan. "Mana buleh cek makan depa ini. Kesian, nanti mak pak depa carik. Apa cek nak kata?"


Teringat lah ia makanan bijirin yang pelbagai disediakan oleh tuannya dahulu. Ada bijirin dari nasi kandar, laksa asam, roti canai. Kadang-kadang ada juga tuannya bawa minuman sedap-sedap seperti teh tarik. Perutnya berkeroncong kuat, tekaknya dahagakan minuman sedap. Puas dicari, tak dijumpa.




"Apa buleh cek buat. Nampaknya terpaksa lah cek makan jugak depa ni. Dah2, hang pa tak yah buat muka kesian. Cek dah lapaq ni, bersiap sedialah" Dimakannya anak-anak cacing itu tanpa peduli apa lagi.


Sekarang baru diketahuinya bahawa bukanlah mudah untuk dia terbang sendiri. Cari makan pun susah. Pabila difikir-fikir lagi, ada baiknya kalau ia terbang melebarkan sayapnya dari duduk menunggu disuap makanan di sangkar itu. Kalau tak dikepakkan sayapnya itu, bagaimana nak tahu kepak itu boleh berfungsi atau tidak. Sejauh mana sayap itu boleh berkepak.


Menetas sahaja dari lapisan yang keras itu, makanan sudah ada di depan mata. Pernah juga dibawa keluar dari sangkar itu tapi ia sendiri masih tak mampu untuk berkepak kerana ketika itu masih kecil. Sudah itu, tak pernah lagi dibawa keluar dari sangkar.




"Tak pa lah. Takkan cek nak pi balek sangkar tu. Nanti2 cek balek la. Mana boleh cek balek teruih. Banyak benda cek nak carik ni. Mana tau kepak cek ni buleh panjang lagi. Boleh la cek terbang jauh lagi. Apa2 pun, cek mesti balek jugak nanti. Pi mai pi mai tapi tak tang tu. Tu janji cek kepada diri cek ni"

cuTi sEk0LaH daN cuTi kAhwiN


Musim cuti sekolah, musim orang kahwin. Teringat perihal abang saya dengan kegatalannya ingin berkahwin kira-kira 5 tahun yang lampau, pun bulan 12 ni juga menjadi pilihan. Siapa lagi yang buat hantaran kalau bukan saya dan mama yang bertungkus-lumus. Abang pulak, sibuk-sibuk miang. Baru saya tahu, macam tu rupenye orang gatal nak berkahwin. Mentang2 la dia yang sulung dan kahwin dulu. Tapi masa kak ngah, tak de la pulak gatalnya macam abang. Mungkin sebab dia lelaki kot. Baca message kat hp, senyum2 sorang2. Orang lain nak tengok handphone, tak bagi plak tu. Memang begitulah nampaknya. Jadi, anda jangan hairan dan terperanjat jika ada saudara lelaki anda yang menggetik-getik dan menggedik-gedik di saat menjelang hari perkahwinannya.

Sedang lepak-lepak menonton cerita seram di tv3, sambil baca-baca majalah MIDI, khas untuk wanita 40 tahun ke atas. Tapi saya baca jugak, peduli apa, saya butuh ilmu. Cerita tentang, anak2 nak kahwin, ibu bapa risau. Saya saja2 tanyakan kepada papa dan seperti biasa, 1 baris soalan ditanya, jawapannya adalah karangan 1 mukasurat. "Mesti la risau, kadang anak tak cukup duit. Abang ko dulu.. bla..bla..bla..nasib baik..bla..bla.." . Ini yang merisaukan saya ni, macam mana nanti bila saya nak kahwin nanti? Kena kumpul duit dari sekarang ni, tak kisah la bila saya nak kahwin. Tak payah la nanti nak menyusahkan papa dan mama.

Kebetulan ada kawan sekolah rendah saya yang bakal menikah 18 December ini dan majlisnya awal bulan 2010(xingat bulan berapa). Mana dia dapat duit nak buat kenduri? Dah la tak kerja lagi. Oh, tidak mengapa. Keluarganya dari orang berada. Punya ongkosnya. Wah, awal sungguh dia berkahwin. Baru 21 tahun dan pasangannya 22 tahun.

Ish, saya tak punya calon lagi ni. Dah la sudah nak habis belajar, tak dapat2 lagi. Tipulah saya andai tiada yang cuba mendekati tetapi yang datang itu tidak bersungguh. Seperti main-main sahaja, tidak serius. Dan diajaknya saya untuk berjumpa dengan menelefon, entah mana didapatnya no hp saya pun, tak saya ketahui. Tak mahulah saya, langsung tak saya kisah. Bukan saya sombong, saya tak mahu dipermain. Selepas itu, ada lagi. Cukup sifatnya pada mata saya tapi lagi sekali, tiada kesungguhan. Biasanya memang saya akan melihat sejauh mana kesungguhan seseorang itu dahulu. Kemudian, baru saya buat keputusan. Selepas itu, tiada yang bersungguh. Jadi bagaimana? Baguslah tu. Saya pun boleh fokus kepada pelajaran. Tiada komitmen terhadap mana2 hubungan.

Kadang-kadang terfikir, egokah saya ni? Ye la kot. Tu la takde siapa berani dekat. Hahaha. Padan muka saya. Habis tu, dah memang gini, camna nak buat lagi. Susahnya nak mencari pasangan yang telah ditulis untuk kita ni. Mungkin masanya belum tiba lagi kot. Harap-harap, tidaklah terlalu lewat saya kan ketemu dia nanti.

Kerja Tuhan Siapa Yang Tahu.
Dia tahu yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Pinta dan teruskan berdoa.