Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, January 27, 2010

kEmbALi mEkar bUnga iTu.. tErimA kAsih

Agak berhabuk la juga blog saya ni. Adalah 2 minggu tak menulis apa-apa. Ideanya ada, nak ditulis, takut menjadi tulisan yg terlalu peribadi. Perlu ditegaskan, di blog ini, sepatutnya tidak boleh menulis tanpa berlapik. Semua perlu berlapik dan beralas-alas..

Baiklah, sekarang saya mula menulis. Sebenarnya, saya menyibukkan diri membuat perkara di luar alam maya sepanjang 2 minggu ini. Saja-saja saya cuba menjauhi dunia virtual dengan tujuan untuk menjadikan hidup saya lebih real.

Melihat dan menikmati alam semula jadi bersama rakan-rakan di Sungai Congkak pada minggu pertama. Bermain-main bersama anak-anak ikan sungai. Saya sangat suka dapat tangkap ikan-ikan tu. Makin saya duduk lama-lama di tepi gigi air sungai tersebut, makin banyak pula anak ikan yang datang. Seolah-olah mereka dengar dan memahami kata di hati. Hah, sudah, hentikan angan-angan itu. Hehehe..Ikutkan hati, memang berniat untuk berendam selama mana yang boleh sambil terapung-apung di atas air Sungai Congkak. Namun, saya ada kelas pada petangnya dan terpaksa balik awal sendirian. Dah la pertama kali men-drive sejauh itu sendirian. Memang terasa kesunyiannya. Tak pe, pengalaman.

Seterusnya, bermain-main bersama anak-anak buah di kolam renang pada hujung minggu. Dan mendapat anak buah baru, Abdul Haq namanya. Orangnya kecik je. Semoga namanya itu boleh membesarkan dirinya. Senyum je saya. Namun, masih ada yang missing. Entahlah.

Kemudian menyibukkan diri di perpustakaan di UPM. Dengan harapan, boleh study untuk Test1 dan menyiapkan bahagian pertama FYP pada minggu ini. Namun, semangat hilang entah ke mana. Itulah yang missing. Ke mana perginya semangat yang saya tanam tempoh hari? Sekejap je, pastu hilang. Sunyi pun ye juga. Kat library kan senyap je. Dengar bunyi buku diselak dan air-cond serta bisik-bisik manusia berbincang senyap, sekadar menghormati sign - Tolong Senyap - . Wah, hati saya kosong jadinya, langsung tak dapat menyudahkan apa yang dirancang. Jeles saya melihat manusia-manusia lain yang study secara berteman-teman mesra atau pasangan masing-masing. Puas saya memujuk dan mengingatkan diri tentang janji Tuhan. Syaitan terus mengasak-asak diri supaya jeles terhadap manusia lain. Astaghfirullah.

Tahan-tahan saja diri ini, sampailah tadi, selepas keluar dari library menuju ke car park yang agak jauh. Melepasi tadika, melihat kanak-kanak gembira bermain jongkang-jongkit, tak perlu kisah apa-apa. Beruntungnya menjadi kanak-kanak. Terlintas di fikiran, kepingin anak sendiri. Haih, usahlah berangan. Ruang-ruang kosong masih belum berisi, inikan pula mahu anak sendiri. Sebelum melintas jalan, perlulah melihat kiri dan kanan. Sebenarnya, memang Tuhan Maha Mendegar. Walaupun hanya secalit keluhan di hati, Dia dengar dan sayang pada hamba-hambaNya.

Saat saya menoleh, sebuah motosikal hijau modenas(kalau tak silap), melintasi saya. Wah, saya senyum melebar. Hati yang layu bunganya, kembali segar seperti baru disirami hujan selepas kemarau yang panjang. Unggas dan cengkerik kembali bernyanyi bersahutan. Insan yang membuat saya tersenyum semasa di kelas Calculus semasa sem 3, kembali membuat saya tersenyum. Namanya siapa?~ hmm..saya tak tahulah. Tak pernah bertanya. Yang penting, raut wajahnya memaniskan senyuman tawar.

Terima kasih Tuhan. Tak mengapa andai sekejap pun nikmat yang diberi, saya bersyukur, alhamdulillah. Dan sejak peristiwa sekejap itu, manisnya senyuman itu masih terasa. Namun, masih ada satu senyuman yang paling manis setakat ini yang saya nanti2kan.
n__n


Wednesday, January 13, 2010

pERcAya daN niAt

"Memberi adalah lebih baik dari menerima"

Anda setuju dengan pernyataan ini?. Semestinya saya setuju. Namun, disebalik itu, saya tertanya-tanya apakah yang dikatakan dengan lebih baik itu?

Sendiri tak pasti hingga tercari-cari, menghilang arah pasti. Kiranya ini, menjadi orang yang sanggup berkorban untuk orang lain. Tak mengapalah, andai diri sendiri tidak dapat, asalkan orang lain dapat. Mengorbankan kebahagiaan diri sendiri. Oh, perlukah itu?

Atau memberi peluang untuk orang lain, mengecapi sesuatu yang sepatutnya milik kita. Owh, betapa sakit walaupun diri sendiri sedaya upaya mengikhlaskan. Sakit itu maksudnya, ada yang berbisik2 jahat. Aduh, tolonglah hentikan bisikan itu.

Ada juga yang kata, lebih baik kita beri hadiah kepada seseorang , sesuatu yang kita inginkan. Contohnya, saya teringin sangat nak membeli dan membaca novel Tunggu Teduh Dulu karya Faizal Tehrani[tapi saya dah beli dan baca karya ini..hihi]. Kebetulan hari jadi seorang teman baik. Lantas saya memberikan kepadanya, hadiah buku tersebut.

Entah apa-apalah yang orang sibuk katakan. Tak kisahlah apa mereka kata, yang penting diri kita itu sendiri. Niat di hati biar betul. Andai niatnya untuk mengharap balasan, itu bukanlah ikhlas namanya. Andai anda pergi ke masjid dan terlibat dengan aktiviti2 masjid hanya kerana ingin mendapat nama, maka, namalah yang anda dapat. Jika tak dapat nama, tak ada lah lagi ke masjid. Solat berjemaah di masjid, apatah lagi.

Serupa juga andai anda menulis blog untuk meluahkan rasa2 ketidakpuashatian atau ketidaksenangan rasa2 di hati dengan harapan dan niat bahawa rasa2 itu boleh dihilangkan. Maka, insyaAllah rasa2 anda itu boleh di-share oleh seluruh umat bloggers dan rasa2 itu, boleh anda kurangkan. Secara psikologinya, anda boleh menghindar diri anda dari gila yg merosakkan jiwa. Hehe..pendapat saya sahaja.

Oleh itu, apa-apa pun yang anda ingin dan mahu lakukan, mulakanlah dengan niat yang betul. Niat yang baik, akan dipermudahkan urusannya dengan izin Allah. Bukan anda tak tahu, Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui. Walau ke lubang cacing atau ke bilik tebal bersalut besi , anda cuba menyembunyikan niat , huh, takkan berjaya.

Percayalah. Anda adalah apa yang anda percaya. You are what you believe. Kerana kepercayaan itu terbitnya dari hati yang berniat. n__n

Sunday, January 10, 2010

kEkHiLaFan sAya


Saya ceritakan sahaja tentang reunion kecil yang berlaku beberapa jam lalu kepada mama dan papa saya tadi. Abang dan isterinya juga ada. Cerita dengan gembira dan selamba. Pelik juga saya dengan diri sendiri. Kenapa mesti saya cerita ya? Selalunya, diam sahaja.

Rupa2nya ada hikmahnya. Ada peringatan yang amat penting saya dapat.

" Baik-baik Mina jaga2. Jangan sampai kena tangkap basah. Papa tu orang berkuatkuasa masjid."

Ya Allah!~..Saya boleh lupa tentang itu?~~ Sebenarnya, saya telah melakukan sesuatu sehingga membiarkan seorang teman saya menghampiri zina. Astaghfirullah..Masa tu lah, ayat yang saya belajar dan hafal di sekolah dahulu semata2 untuk exam iaitu : La taqrabuz zina , bermain2 di telinga.. Ya Tuhan, memang aku yang bersalah dalam hal ni.

Sepatutnya saya yang mengambil teman saya yg perempuan itu di rumahnya. Namun, sebab saya penat dan keletihan tadi, saya tak mampu untuk men-drive. Dan saya biarkan teman saya yg lelaki itu mengambilnya sendirian. Ya Alllah, kejam nya aku. Langsung tak fikir tentang itu. Maafkan saya. Saya janji dengan sepenuh hati, takkan membiarkan perkara ini berlaku lagi. InsyaAllah. Tolong2 lah ingatkan saya -__-

p/s:...sangat takut ketika ini, bila mengenangkannya..

Wednesday, January 6, 2010

pEcaH, rEMuk, rEnyUk..apAkAh ?

Ada lagi yang pecah. Setiap minggu pecah. Masuk kali ni, tak yang ke entah berapa kali pecahnya. Pecah, macam pasu bunga yang diletak di tepi tingkap dan jatuh tiba-tiba entah sebab apa. Jatuhnya pula bukan di atas rumput yang tebal tetapi di atas simen keras. Lagi teruk jika pasu itu menimpa seorang manusia yang lalu di bawahnya. Alahai, malang sungguh tak berbau. Bolehkah pasu tu digunakan semula? Dah la dah banyak kali pecah.

Dan bertambah teruk, apabila menjadi remuk. Remuk, macam kereta yang terlibat dengan kemalangan yang dasyat. Bayangkanlah, andai ada mangsa yang terkorban kerana tersepit di dalam kereta. Bolehkah diperbaiki kereta itu? Dah la banyak kali accident.

Dan remuk seperti kertas yang.., eh kertas renyuk lah. Ha, lebih kurang begtu la. Dah tu, kertas yang renyuk itu pula, bukanlah kertas yang nipis. Cuba anda bayangkan, kalau kertas yang nipis, tak tebal. Apabila direnyukkan, tengok hasil renyukannya. Dan bandingkan hasil renyukan kerta yang tebal seperti kad manila. Mana lagi hodoh renyukannya? Yang saya tahu, kertas yang tebal itu. Renyukan yang memburukkan lagi kertas tersebut. Bolehkah diguna lagi kertas tu? Bukan baik guna yang baru je?

Semua gara-gara 1 pernyataan dan situasi yang dinyatakan dan terjadi. Oh, perlukah itu semua? Rasanya tak perlu kot. Apakah niat saya sebenarnya di sini? Tak tahu lah. Cuma nak menyatakan apa yang ingin dikatakan. Mengarut dan terus mengarut. Merapu dan terus merapu. Andai anda pandai berfalsafah atau berkias-kias dalam berbahasa dan berkata-kata, tentu sahaja anda faham apa itu pecah, remuk dan renyuk .. n__n