Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Tuesday, January 5, 2010

pErteMuAn sEMuLa

Siapa sangka, kamu semua dah besar. Soalan yang terpacul di mulut pada hari kejadian:

"eh? Siapa ni? La...dah besar la.. kat mane sekarang ni?"
"Jap2, nak ingat balek muka dia mase kecik dulu. Ingat name, tapi memory lambat sket nak detect"

Kalau zaman mak bapak kita dulu2, pada umur begini sepatutnya dah kahwin dan beranak-pinak, sekurang-kurangnya 1 orang anak. Hehe, zaman sekarang dah lain. Kami yang datang, ternyata bujang2 dan gadis pingitan lagi.

Tapi, ada je yang kurang di sini. Orangnya sibuk menjadi penanggah. Lupa nak panggil. Terukkan saya ni? Apa-apa pun, sangat kagum dengan kenduri kahwin ni. Boleh dikatakan pecah rekod sebab gathering paling ramai yang datang, rasanya la. Aifaa&Khairul kahwin, kami semua boleh jumpa semula.

Itulah namanya berkat. Walaupun kami dah pilih jalan yang sangat-sangat jauh berbeza tapi ukhuwah dan ikatan persahabatan itu tetap ada. Namun, tak lah pula saya tahu niat di hati. Diri sendiri yang tahu. Semoga pertemuan itu mendapat redha Ilahi n__n

Sunday, January 3, 2010

riNdU KCB

Biar lah orang kata saya jiwang atau suka berangan.
Kalau saya dah suka sesuatu tu, mmg saya akan suka.
Ketika Cinta Bertasbih begitu menggamit-gamit ketika ini.
Kerana ada cerita lain di sebalik KCB ni..
Kang Azzam, Anna Althafunnisa, Furqan, Eliana, Tiara, Cut Mala dan abgnye(xingat plak namenye)
Tak pe lah.. Cukup saya saja yang senyum sendiri

n___n

Friday, January 1, 2010

nAsihAt iNi ..

HAWA,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu.
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,
Andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu.
Ingatlah janji Tuhan, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana dikhuatir dari mata jatuh ke hati.

Maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Dan akhirnya kan menyeksa diri.

HAWA
,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya.
Lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,
dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu
HAWA,
jagalah pandanganmu.
Awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH,
yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu.

Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik,
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


HAWA,
Cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia dengan mengoncangkan iman lelaki..

TUNDUKKAN PANDANGANMU…

p/s: ini saya ambil dari .:Cinta Rabbani:.. Ya, sebagai nasihat dan juga peringatan kepada saya sendiri. Memang, sejak kebelakangan ini, sering saja dihasuti bisikan2 syaitan yang direjam itu. Lantas, berputus harap. Oh, sepatutnya tidak begitu. Saya perlu yakin dengan janji Tuhan. Nah, di dalam kekeliruan itu, saya bertemu dengan entry ini. Sememangnya Allah itu Maha Mengetahui. Cuma, yang kupohon dari-Mu supaya berikan kekuatan dan kesabaran dalam penantian dan pencarian ini , kerna ku tAk pErnAH tAHu kERja-kErJA Mu

bUnga2 di tAmAN

Ada banyak pokok bunga di laman yang perlu dijaga yakni, disiram dan disiram. Selain itu, rumput2 yang cemburu dan sentiasa sahaja berebut makanan dengan pokok2 bunga itu, perlu dibuang dan dicabut agar pokok2 bunga itu tumbuh cantik menjadi penyeri laman.

Alkisah dibuat cerita, seorang jiran baru datang, berpindah ke sebelah rumah. Ternyata, hari demi hari, jiran baru itu juga turut menanam pokok2 bunga yang begitu banyak. Memang cantik. Semua memuji kecantikkan dan keserian laman2 ataupun hadiqah mereka.

Pada suatu ketika, bunga2 di laman jiran baru itu, tiba-tiba sahaja hilang serinya. Semua gara-gara sudah terlampau banyak dan si jiran baru itu tidak mampu untuk menjaga semua pokok bunga. Lalu, dibiarkan sahaja semuanya layu, tidak bersiram, tidak dijaga, tidak dibaja.

Maka, kasihanlah jirannya terhadap pokok2 bunga jiran barunya itu. Lantas, dengan seikhlas hati beliau menyiram dan menjaga laman bunga jiran barunya itu. Sepenuh jiwa menjaga sehingga terlupa pokok2 bunga di lamannya sendiri. Sungguh kasihan bunga2 itu, yang semakin hari seolah2 dilupakan dan hampir layu jadinya. Kadang2 dirinya rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan pokok2 bunganya sendiri. Baginya, tentu sahaja jirannya itu sudah sangat penat dan memerlukan pertolongan untuk menyelenggara taman ini.


Namun, pokok2 bunga itu tidak pernah berputus harap. Walaupun, tiada lagi kasih sayang dan bisik2 manja dari tuan mereka, mereka tetap yakin bahawa keadaan ini adalah bersifat sementara. Pada fikiran mereka, tentu sahaja tuan mereka itu sangat memuliakan jirannya sehingga sanggup berkorban bunga2 sendiri.

Lantas, bunga2 tersebut memohon doa kepada Pencipta mereka supaya tuan mereka mendapat berkat dan pahala yang berlipat kali gandanya kerana pengorbanan itu. Dan bunga2 itu juga memohon, agar segala kesusahan dan dugaan yang ditimpakan ke atas mereka juga mendapat berkat dari Pencipta Yang Satu itu. "Berikan kami kesabaran, Ya Tuhan", bisik bunga2 itu.


Berkat doa bunga2 itu, suatu hari, melintas di hadapan kejiranan itu, seorang lelaki yang sederhana tubuh badannya. Hidungnya tidak mancung seperti hero2 hindustan dan matanya tidaklah galak sehingga boleh menyebabkan orang menyanyikan lagu Menatap Matamu, seperti Aril AF7 tu. Namun, mata itulah yang menangkap kelibat bunga2 layu dan hidungnya itulah yang mengesan bau bunga2 layu.


Dan keesokan harinya, lelaki itu sudah bersedia untuk membaiki laman yang bunganya layu itu. Walaupun dirinya pelik kerana laman di sebelahnya itu sangat cantik berjaga. Secara rahsia, tanpa mengharap apa2 balasan, beliau menjaga dan menyiram serta membaja pokok2 bunga tersebut. Alangkah gembiranya bunga2 itu, kerana diri mereka kembali segar menawan. Kerana kasih sayang Tuhan Yang Satu, dikurniakan kepada mereka seorang lelaki yang sangat baik kepada mereka. Sangat bersyukur tidak terhingga.

Dan berkat Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, jiran baru itu tersedar dari kepenatannya dan kembali mengambil tugas menjaga tamannya sendiri. Sangatlah beliau berterima kasih kepada jirannya itu yang menolong menjaga tamannya.

Dan dapatlah dia kembali membajai dan mencurah kasih kepada pokok2 bunganya. Ternyata dia sangat terkejut kerana pada sangkaannya tentu sahaja pokok2 bunganya itu sudah mati kerana lama sudah dia tidak menyiramnya. Namun, rahsia si lelaki penjaga taman bunga itu, masih lagi menjadi misteri. Apa2 pun, dirinya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana baginya, mungkin berkat yang diperoleh.. Entahlah, dia pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Cuma yang pasti , KerJa TuHaN siAPa yG tAHu .. ^__^