Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Monday, December 8, 2008

kETakutan..mUngKin~

Hah..korban!..aku korban ape tahun ni?.. huh x de pape .. normal life, maybe .. sbb sbnrnye aku agak janggal menceritekan ape yang sbnrnye terjadi terhdp idop aku ke satu hamparan yang boleh di bace oleh manusia sekalian alam .. td aku round2 blog orang laen .. hah, tu la sebabnye aku terpengaruh nak menceritekan kehidupan seharian aku secare direct kat blog ni.. sebab blog2 yang aku g jenjalan tengok tu sume cite secare direct ape yang jadi kat diorang..menarik kehidupan diorang..cam idop aku gak..Before this, i wrote bout my life but indirectly like kesempuranaan di teduhan, milo ais n etc..but..why? huh, should u know? There are things that must be the secretes..can not easily tell anyone meh~
Dan buat pertame kalinye, aku nak ceritekan la sket ape yang jadi mase raye korban ni. Ha, cerite cam ni bley di al-kisahkan sebab, hari raye korban selalunye xde secret2. Kalau nak dibandingkn dengan kehidupan kat tempat aku belajar tu...Wah,,, hari2 ade secret, I tak suke tau. Hari2 I rase macam2..Tu la yang menjadi secret I. Aiseyh, korang dah tau sket2 psal secret I la. Tak pe, tak tau byk pon~~

Ok, kite kembali ke penceritaan hari ini.. aku tak g tgk lembu jatuh tatkala diri lembu2 itu menanti nyawanya di ambil Tuhan. Lembu2 itu pasrah kerana walaupun mereka sakit, mereka dijanjikan tempat yang terbaik untuk mereka yang terkorban.. Aku tak berani, aku takut lembu tu mengamuk dan secare jujurnye, aku geli tengok darah yang banyak..apsal aku geli?.. entah sejak aku meninggalkan bidang biologi dlm idop ni, aku makin tak mampu melihat objek2 berair,berbintik2 ..entah .. kembang tekak aku..
Hanya duduk di rumah melayan Muhammad Afiq Iman yang sekarang ini semakin meningkat umurnya.. dan aku seperti biase menjadi guru tadika sementare .. kami telah bermain chiak-chiak iaitu satu permainan main tumbuk2 angin sambil disertakan dengan fire ultraman .. fire!! chiak-chiak!! Sementare itu, babah kepada budak kici ini tadi memasang tempat sangkut langsir pada sliding door yang baru dibina hasil daripada renovation rumah asal emakku ini.. kami bermain di kawasan rumah baru ini.. oleh kerana, masih tiada perabot, suara kami berpantul-pantulan dan bergema-gema di serata rumah baru itu.. sangat gembire bermain dengannya.
Selepas bermain, aku rase aku patut ajar Afiq sesuatu.. kte orang duduk di depan umah lame dan aku ternmpk payung.. Umbrella!! .. This is my umbrella .. Lalala.. Yes!! Afiq ikut ape aku cakap.. hari ni Afiq belajar perkataan umbrella.. aku makin suke dgn pekerjaan guru tadika sementare ini..
Huargh~~..sampai masenye rehat.. aku baring2 kat karpet pink depan tv.. sambil aku mengambil book to read .. jatuh!~..jatuh~!..

Humpty Dumpty sat on the wall,
Humpty Dumpty had a great fall,
All the king's horses and all the king's men,
Couldn't put Humpty together again.
Afiq pon ikot aku baring2, sambil buku nursery rhymes di angkat tinggi.. buku yang besar aku pegang, Afiq pegang buku kecik .. pon buku nursery rhymes gak..
Rock-a-bye baby,
On the tree top,
When the wind blows,
The cradle will rock,
When the bough breaks,
The cradle will fall,
Down will come baby,
Cradle and all!
Shhhh~..Afiq meletakkan jarinye ke mulut menyuruh aku senyap sebab lukisan baby dlm cradle tengah tdo kat dlm buku nursery rhymes tu.. lame2 dia tido kat dlm boyan ..
Kesian Afiq, hr ni, selame aku menjadi guru tadika sementare, dia banyak jatuh .. terhantuk kat slidig door la.. langgar sane-sini .. Tadi dia kne g klinik sebab telinge die bernanah.. kesian .. hingus tak ilang2 .. tdo dia slalu x lena .. susah la pulak akak aku tu.. mak kpd Afiq iaitu Kngah, tgh la plak mengandung, ntah bape bulan..raye cine kang kot baru bersalin .. Afiq plak ngengade sket.. asyik2 nak dukong .. bapak die plak, slalu keje malam ..
Takut la plak nanti.. bile dah kawen kang, ade anak cam Kngah.. kalo anak 1org, x pe lagi .. dh ramai kang, takut x terurus plak~ .. hrm.. xpe .. yakin bley!! mesti bley punye .. nnt bukan aku je sorang jage anak2 tu, laki aku bley tlong jage .. jage same2 ek~ .. baru best~.. cuti skewl, bley jenjln.. amek cuti, kalo keje .. aih,..rase malas plak nak keje kalo dh ad anak nnt .. kalo jd housewife, baru la bgos, ye x? bley jage anak spenohnye .. cam jiran aku skang ni, anak dia baru 4 tahun dh bley bace malay subtitled kat tv .. impressed aku .. tp tgk lah nanti.. ape kate my future leader .. ade eloknye keje, ade duet sendri.. xyah la asyik mintak kat laki je .. nyusahkan laki je plak nnt~ huhuhu.. entah~.. aku x rase plak nk jd housewife..eh, entah.. hehehe.. x abes pk lagi .. hMMm.. just harap aku dpat..
  • abeskan blaja then sambong bwat master n then phd ..
  • ade keje .. bley bg duet tiap2 bulan kat mama n papa ..
  • ade simpanan ntok bli kete n umah n keperluan sket2..
  • kawen n ade famili..
  • duet g Mekah .. (still remember the last view of Ka'abah)

~ INSYAALLAH .. BIIZNILLAH .. BERUSAHE!! ~

Friday, November 28, 2008

Kesempurnaan Di Teduhan

Masih dalam perjalanan itu. Dirinya terus berjalan menuju ke satu arah yang dia sendiri tidak pasti. Terbayang-bayang dalam benak fikirannya tentang ais yang cair itu dan juga makhluk yang membawa milo itu.

"Hish, jangan ngada-ngada fikir pasal orang tu lagi. Dah la tak bertanggungjawab. Tinggalkan je milo tu dengan aku. Tak senonoh". Bentak hati kecilnya sambil kepalanya menggeleng-geleng sendiri.
"Oi, Ta. Ape hal kau geleng-geleng tu. Buang tebiat pe?!"
"Kene sampuk agaknye dengan mamat milo tu" HAHAHA..Berderai ketawa mereka berlima dek kerana entah apa leluconnya.
"Korang ni kan. Aku tengah sedih ni. Baru je nak usha-usha makhluk adam tu. Kot-kot boleh buat teman ke. Mane tau, tup2 ilang camtu je. Tak senonoh. Korang ni lagi satu hal, bukan nak bg support..Huh, weh, kan ak dh bgtau byk kali. Jangan panggil ak Ta. Ak tak ske. Ta tu xde maksud, sekadar huruf alif ba ta. Kauthar kan elok. Telaga di syurga. Moga-moga aku dapat minum air telaga kauthar tu nanti"

Terdiam mulut kawan-kawannya. Tak cakap walau sepatah.Padan muka. Tak pernah kawan-kawannya itu melihat dia bercakap sebegitu tinggi suaranya semenjak mereka dalam perjalanan itu. Sepanjang perjalanan itu mereka hanya diam. Hanya derap kaki mereka berenam sahaja yang kedengaran.

Akhirnya mereka tiba di satu kawasan teduhan. Tak ramai orang berteduh di situ. Masing-masing mengambil tempat berteduh mereka sendiri. Ada yang berteduh di teduhan yang rendang, teduhan yang kecil atau yang besar, teduhan yang sejuk umpama ais dinginnya atau panas bak padang sahara. Walau dimanapun tempat teduhan yang mereka tumpangi, mereka tidak menyedari akan hari-hari yang bakal mereka lalui selama 4 hari 3 malam di kawasan rehat itu.Dia tidak memilih kawasan teduhan tetapi kawasan teduhan itu yang memilihnya. Dia tidak pasti mengapa, yang dia pasti ini semua Kerja Tuhan, Tak Siapa Yang Tahu. Kawasan teduhannya tidaklah seberapa. Dia tidak suka dengan teduhan itu sebenarnya. Tak pernah seumur hidupnya, dia datang ke teduhan seperti itu. Sangat tidak selesa bagi dirinya. Deria baunya menangkap satu bau yang kurang menyenangkan. Huh, tahi makhluk Tuhan yang bernama kucing!.

"Cepat lah habis 4 hari 3 malam ni. Baik aku teruskan perjalanan yang tak berkesudahan tu lagi bagos" Detik hatinya pada petang itu.
"Hai. Termenung sorang nampak. Saya Syam. Ahmad Syamil. Selamat berkenalan",disapa seseorang.
"Erk..Eh..Assalamualaikum. Saya Nurain Kauthar. Kawan-kawan panggil saya Kauthar.Selamat berkenalan" Dia tersenyum kerana di hadapannya seorang adam yang agak tahan perwatakannya.
"Dah berapa lama awak kat teduhan ni? Saya baru je sampai"
"Saya pun baru je sampai. Saya datang dengan kawan2 saya tu. Masing-masing dah ada di teduhan diorang. Awak pun berteduh kat sini gak ke?"
"Ha'ah.Berteduh kat sni 4 hari 3 malam. Nanti malam terakhir ada aktiviti plak.Kene buat show. Herm..entah la Ain. Saya takut ni. Tak pernah buat show la katekan"
"Ada show?. Nampaknya kita sama-sama buat show la eh? Tak sangka. Ok la. Nanti Ain jumpe Syam malam show tu eh. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Bye2"
Mereka melangkahkan kaki menuju teduhan masing-masing.

Jantungnya berdegup kencang buat seketika setelah pertemuan itu. Peluh dingin memercik di dahi. Wajah Syamil terbayang-bayang di minda. Senyuman manis itu membuatkan dirinya kembali tersenyum seolah-olah membalas kembali senyuman Syamil itu. Tak pernah manusia di muka bumi ini memanggilnya Ain. Walhal manusia yang melahirkannya ke bumi pun tak pernah memanggilnya Ain. Tersenyum sendiri lagi.

Esoknya mereka bertemu secara tidak sengaja tatkala sedang membuat latihan persiapan bagi show itu. Syamil seolah-olah betul-betul mengambil berat akan dirinya. Ada sekali dirinya sakit perut yang teramat sangat tapi disembunyikan dari pengatahuan teman-teman. Namun kerana kesibukan semua pada aktiviti masing-masing, tak siapa yang sedar kecuali Syamil. Syamil yang membawakannya air yang dibacakan surah Al-Fatihah 3 kali. Kata Syamil, kalau sakit perut, biasanya dia akan meminum minuman Al-Fatihah ini. Nanti akan rasa lega.

"Thanks. Care jugak awak kat saya..Ha, dah lega sket. Mane awak tau psal ayer ni? Tapi mmg berkesan la."
Syamil hanya tersenyum mendengar.
"Sayang awak. Syam, Syam dengar tak ape saya cakap ni? Tak pe la. Ain tak harap pun Syam dengar. Hai, hati dan jantung, kenape la mudah sgt sayang kat orang? Senang sgt suke kat makhluk adam. Baru je kenal. Harap-harap Syam tak jadi cam mamat milo tu eh."Monolog dia sendiri kerana dia tahu bahawa hatinya kini sudah ditarik makhluk adam itu.

Ha, akhirnya sampailah di malam terakhir. Show diadakan. Dia nampak seorang hawa bersama Syamil. Cantik orangnya. Tinggi lampai, ada lesung pipit, dicalit sedikit make-up pada mukanya. Makhluk hawa itu beredar ke tempat manusia-manusia lain duduk menonton show.

"Ha, kan dah agak. Melepas lagi. Kerja Tuhan~", dia mengeluh sendiri.
"Ni apsal mengeluh ni. Kuat pulak tu. Dengar sampai kat sana. Hehehe. Tadi Ain nampak kan? Tu la, kalau boleh memang nak ngan dia. Tak kisah lah camne pon. Janji dengan dia", sambil raut wajahnya yang tadi gembira diganti dengan kerutan di dahi.

Dia tak berkata apa. Hanya menganggukkan kepala sambil kembali membalas senyuman yang dirasakan tawar kerana hilang manis madunya dek peria yang menabur jus pahit ke titian senyuman itu. Malam itu, show yang dipersembahkannya hanyalah gitu-gitu sahaja. Tidak dirasakan keseronokannya. Tidurnya di teduhan selepas show tidak seperti puteri di peraduan tetapi seperti ayam yang tidurnya di reban.
"Kalau boleh memang nak ngan dia. Tak kisah lah camne pon. Janji dengan dia". Terngiang-ngiang ayat itu di telinganya.
"Kenapa la aku boleh ske ngn die. Mane tak nya. Dia betol2 take care ngn aku. Care dia pandang aku. Die cakap ngn aku. Hish, Syamil kenapa la boleh camni. Syamil, memang dirimu sesempurna nama. Satu je Syam tak de. Syam tak de ati yang perasan kewujudan Ain. Makhluk hawa cam Ain ni, memang tak layak untuk orang seperti Syam. Cahaya Mata Telaga Kauthar dengan Kesempurnaan Yang Terpuji. Layak ke telaga nak dibandingkan dengan kesempurnaan macam Syamil? Tuhan, lupekan la aku kat dia". Ada air yang bertakung dalam kelopak matanya. Seperti telaga kauthar yang melimpah mata airnya.

"Jom kita gerak. Dah lambat ni. Bismillahi tawakkalna 'ala Allah". Dia bersama rakan-rakannya kembali meneruskan perjalanan yang tak diketahui penghujungnya. Kesempurnaan yang dirasakan buat sementara itu, amatlah dihargainya kerana boleh dibuat bekalan cerita catatan hidupnya sepanjang perjalanan itu. Ais yang dibiarkan cair kerana tiada milonya dan Kesempurnaan Di Teduhan, itulah yang menjadi bekalannya kini. Kaki mereka berenam terus melangkah dan dia tak mahu ketinggalan lagi.

Wednesday, November 19, 2008

meNGhaRGai kEhiduPAn iTu~

bersama mak dan Kak Pau


Selama 4 hari 3 malam di Felda Bukit Rokan, Gemencheh di Negeri Sembilan, memang mencabar emosi ini yg dah biasa dengan kehidupan yang serba lengkap. Keadaan yang membuatkan aku rasa tak best yang melampau. Pertama kali masuk ke rumah itu, aku sangat tidak suka dengan keadaan di persekitaran. Ada kucing yang merayau-rayau. Ada semut di atas meja dan di tepi tingkap. Di malam hari nya pula, ada kodok di tepi kolah tempat mandian di dalam bilik air. Simen nya hitam tidak bergosok. Biliknya tidak berkipas, tiada katil melainkan tilam sahaja. Betapa aku merindui katil di rumah. Betapa aku menghargai kipas tegak di dalam bilik di rumah. Dan sehari pun berlalu tanpa aku sedari kerana sibuk berborak bercerita bersama mak angkat yang ku panggil mak. Namun di hari kedua, barulah aku dapat menerima hakikat bahawa itulah tujuan asal aku datang berbakti, untuk merasai kehidupan orang kampung. Kesusahan dan kekurangan mereka, aku jadikan pengajaran dan pengalaman. Jahat sungguh syaitan itu kerana berjaya menghasut aku, namun alhamdulillah, aku kembali ke pangkalan semula.
Adapaun di rumah peringkat 2 itu didiami oleh 3 beranak sahaja iaitu abah, mak dan adik ataupun amer. Lebih gemar memanggilnya adik walaupun tua setahun dari aku.

dgn adik@amer

"Adik itu pendiam orangnya, jarang bercerita dgn mak. Semua anak mak dah besar2, ada kerja tetap. Tinggal yang sorang ni je la. Kalau adik dapat kerja tetap, senang la skit hati mak ni. Nanti sebelum balek, pesan la kat adik tu. Kalau mak cakap, dia slalu buat tak tau je. Mak harap dia dengar la tu"

Itu harapan mak kepada aku, supaya aku dapat menjadi contoh kepada adik, agaknya. Aku teringat kata-kata mak tatkala sesi bergambar bersama-sama motor adik iaitu di saat-saat terakhir aku bersama mereka.
Mak kata "..Ye la..Orang bandar mane la nak dengan orang felda".
Aku pula berkata kerana terasa"Hish, tak de la mak. Kalau ade jodoh tak ke mana"
Apa agaknya dalam fikiran mak?. Sampai hari ni aku terfikir-fikir. Sewaktu di Balai Raya, tatkala mengambil gambar di atas pentas berempat orang sambil dibantu oleh jurukamera Kak Kim, mak menyuruh aku lantas berkata"Pergi la ambik gambar dengan adik tu."
Namun aku menolak. Penuh bermakna ayat itu bagi aku. Tidakkah mak tahu perempuan dan lelaki bukan muhrim jika bersama berduaan akan mendatangkan fitnah orang. Malah mak membenarkan aku berduaan membonceng motor bersama adik. Aku mengaku, itulah kali pertama aku menaiki motor bersama seorang lelaki lain yang halal bagiku untuk mengahwininya. Mak tanpa apa-apa halangan kulihat dia membenarkannya. Sampai ada mulut yang berkata.

Memang best membonceng motor yang dipandu oleh orang lain. Hanya duduk menikmati desir-desir angin yang sejuk menampar-nampar pipi yang tembam ini. Kalau boleh, aku ingin menikmatinya lagi tapi biarlah yang membonceng itu adalah dia yang tertulis untukku, yang halal bagiku menyentuhnya. Supaya bolehku peluk dirinya andai diri ini kesejukan atau takut jatuh kerana pemboncengan yang laju.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk adik supaya dirinya ingin kembali sambung belajar. Aku berdoa sentiasa supaya dilembutkan hatinya untuk belajar semula. Jangan tunggu sampai dapat kerja kerana semakin hari usia semakin meningkat. Dah tua malas nak belajar pula.
Kepada belia-belia di Felda Bukit Rokan, apa yang aku harapakan agar korang semua teruskan pengajian dalam bidang akademik. Biarlah susah dahulu, nanti kemudian hari senang. Kalau dah memang tak mampu nak belajar, lakukan lah sesuatu yang mendatangkan hasil. Banyak tanah terbiar di kampung itu. Lakukanlah yang terbaik agar korang tak menyesal di kemudian hari.

Itulah senario kehidupan di kampung yang tidak lah seceruk mana. Aku menjadi insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini. Dan aku meNGhaRGai kEhiduPAn iTu~..

Sunday, November 2, 2008

mENJadI bIdaDAri

Diri ini bukanlah seperti mereka
Yang baik luar dan dalamnya
Yang sejuk mata memandang
Yang menenangkan hati runsing
Namun
Sedaya-upaya menjadi yang terbaik
Agar senyumku sentiasa bermakna
Untuk dia, seorang yang berhak,
Pemimpinku menjalani dunia fana ini

Semoga di syurga nanti
Aku menjadi bidadarinya
Hanya mampu berdoa yang terbaik...