Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, November 19, 2008

meNGhaRGai kEhiduPAn iTu~

bersama mak dan Kak Pau


Selama 4 hari 3 malam di Felda Bukit Rokan, Gemencheh di Negeri Sembilan, memang mencabar emosi ini yg dah biasa dengan kehidupan yang serba lengkap. Keadaan yang membuatkan aku rasa tak best yang melampau. Pertama kali masuk ke rumah itu, aku sangat tidak suka dengan keadaan di persekitaran. Ada kucing yang merayau-rayau. Ada semut di atas meja dan di tepi tingkap. Di malam hari nya pula, ada kodok di tepi kolah tempat mandian di dalam bilik air. Simen nya hitam tidak bergosok. Biliknya tidak berkipas, tiada katil melainkan tilam sahaja. Betapa aku merindui katil di rumah. Betapa aku menghargai kipas tegak di dalam bilik di rumah. Dan sehari pun berlalu tanpa aku sedari kerana sibuk berborak bercerita bersama mak angkat yang ku panggil mak. Namun di hari kedua, barulah aku dapat menerima hakikat bahawa itulah tujuan asal aku datang berbakti, untuk merasai kehidupan orang kampung. Kesusahan dan kekurangan mereka, aku jadikan pengajaran dan pengalaman. Jahat sungguh syaitan itu kerana berjaya menghasut aku, namun alhamdulillah, aku kembali ke pangkalan semula.
Adapaun di rumah peringkat 2 itu didiami oleh 3 beranak sahaja iaitu abah, mak dan adik ataupun amer. Lebih gemar memanggilnya adik walaupun tua setahun dari aku.

dgn adik@amer

"Adik itu pendiam orangnya, jarang bercerita dgn mak. Semua anak mak dah besar2, ada kerja tetap. Tinggal yang sorang ni je la. Kalau adik dapat kerja tetap, senang la skit hati mak ni. Nanti sebelum balek, pesan la kat adik tu. Kalau mak cakap, dia slalu buat tak tau je. Mak harap dia dengar la tu"

Itu harapan mak kepada aku, supaya aku dapat menjadi contoh kepada adik, agaknya. Aku teringat kata-kata mak tatkala sesi bergambar bersama-sama motor adik iaitu di saat-saat terakhir aku bersama mereka.
Mak kata "..Ye la..Orang bandar mane la nak dengan orang felda".
Aku pula berkata kerana terasa"Hish, tak de la mak. Kalau ade jodoh tak ke mana"
Apa agaknya dalam fikiran mak?. Sampai hari ni aku terfikir-fikir. Sewaktu di Balai Raya, tatkala mengambil gambar di atas pentas berempat orang sambil dibantu oleh jurukamera Kak Kim, mak menyuruh aku lantas berkata"Pergi la ambik gambar dengan adik tu."
Namun aku menolak. Penuh bermakna ayat itu bagi aku. Tidakkah mak tahu perempuan dan lelaki bukan muhrim jika bersama berduaan akan mendatangkan fitnah orang. Malah mak membenarkan aku berduaan membonceng motor bersama adik. Aku mengaku, itulah kali pertama aku menaiki motor bersama seorang lelaki lain yang halal bagiku untuk mengahwininya. Mak tanpa apa-apa halangan kulihat dia membenarkannya. Sampai ada mulut yang berkata.

Memang best membonceng motor yang dipandu oleh orang lain. Hanya duduk menikmati desir-desir angin yang sejuk menampar-nampar pipi yang tembam ini. Kalau boleh, aku ingin menikmatinya lagi tapi biarlah yang membonceng itu adalah dia yang tertulis untukku, yang halal bagiku menyentuhnya. Supaya bolehku peluk dirinya andai diri ini kesejukan atau takut jatuh kerana pemboncengan yang laju.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk adik supaya dirinya ingin kembali sambung belajar. Aku berdoa sentiasa supaya dilembutkan hatinya untuk belajar semula. Jangan tunggu sampai dapat kerja kerana semakin hari usia semakin meningkat. Dah tua malas nak belajar pula.
Kepada belia-belia di Felda Bukit Rokan, apa yang aku harapakan agar korang semua teruskan pengajian dalam bidang akademik. Biarlah susah dahulu, nanti kemudian hari senang. Kalau dah memang tak mampu nak belajar, lakukan lah sesuatu yang mendatangkan hasil. Banyak tanah terbiar di kampung itu. Lakukanlah yang terbaik agar korang tak menyesal di kemudian hari.

Itulah senario kehidupan di kampung yang tidak lah seceruk mana. Aku menjadi insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini. Dan aku meNGhaRGai kEhiduPAn iTu~..