Masih dalam perjalanan itu. Dirinya terus berjalan menuju ke satu arah yang dia sendiri tidak pasti. Terbayang-bayang dalam benak fikirannya tentang ais yang cair itu dan juga makhluk yang membawa milo itu.
"Hish, jangan ngada-ngada fikir pasal orang tu lagi. Dah la tak bertanggungjawab. Tinggalkan je milo tu dengan aku. Tak senonoh". Bentak hati kecilnya sambil kepalanya menggeleng-geleng sendiri.
"Oi, Ta. Ape hal kau geleng-geleng tu. Buang tebiat pe?!"
"Kene sampuk agaknye dengan mamat milo tu" HAHAHA..Berderai ketawa mereka berlima dek kerana entah apa leluconnya.
"Korang ni kan. Aku tengah sedih ni. Baru je nak usha-usha makhluk adam tu. Kot-kot boleh buat teman ke. Mane tau, tup2 ilang camtu je. Tak senonoh. Korang ni lagi satu hal, bukan nak bg support..Huh, weh, kan ak dh bgtau byk kali. Jangan panggil ak Ta. Ak tak ske. Ta tu xde maksud, sekadar huruf alif ba ta. Kauthar kan elok. Telaga di syurga. Moga-moga aku dapat minum air telaga kauthar tu nanti"
Terdiam mulut kawan-kawannya. Tak cakap walau sepatah.Padan muka. Tak pernah kawan-kawannya itu melihat dia bercakap sebegitu tinggi suaranya semenjak mereka dalam perjalanan itu. Sepanjang perjalanan itu mereka hanya diam. Hanya derap kaki mereka berenam sahaja yang kedengaran.
Akhirnya mereka tiba di satu kawasan teduhan. Tak ramai orang berteduh di situ. Masing-masing mengambil tempat berteduh mereka sendiri. Ada yang berteduh di teduhan yang rendang, teduhan yang kecil atau yang besar, teduhan yang sejuk umpama ais dinginnya atau panas bak padang sahara. Walau dimanapun tempat teduhan yang mereka tumpangi, mereka tidak menyedari akan hari-hari yang bakal mereka lalui selama 4 hari 3 malam di kawasan rehat itu.Dia tidak memilih kawasan teduhan tetapi kawasan teduhan itu yang memilihnya. Dia tidak pasti mengapa, yang dia pasti ini semua Kerja Tuhan, Tak Siapa Yang Tahu. Kawasan teduhannya tidaklah seberapa. Dia tidak suka dengan teduhan itu sebenarnya. Tak pernah seumur hidupnya, dia datang ke teduhan seperti itu. Sangat tidak selesa bagi dirinya. Deria baunya menangkap satu bau yang kurang menyenangkan. Huh, tahi makhluk Tuhan yang bernama kucing!.
"Cepat lah habis 4 hari 3 malam ni. Baik aku teruskan perjalanan yang tak berkesudahan tu lagi bagos" Detik hatinya pada petang itu.
"Hai. Termenung sorang nampak. Saya Syam. Ahmad Syamil. Selamat berkenalan",disapa seseorang.
"Erk..Eh..Assalamualaikum. Saya Nurain Kauthar. Kawan-kawan panggil saya Kauthar.Selamat berkenalan" Dia tersenyum kerana di hadapannya seorang adam yang agak tahan perwatakannya.
"Dah berapa lama awak kat teduhan ni? Saya baru je sampai"
"Saya pun baru je sampai. Saya datang dengan kawan2 saya tu. Masing-masing dah ada di teduhan diorang. Awak pun berteduh kat sini gak ke?"
"Ha'ah.Berteduh kat sni 4 hari 3 malam. Nanti malam terakhir ada aktiviti plak.Kene buat show. Herm..entah la Ain. Saya takut ni. Tak pernah buat show la katekan"
"Ada show?. Nampaknya kita sama-sama buat show la eh? Tak sangka. Ok la. Nanti Ain jumpe Syam malam show tu eh. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Bye2"
Mereka melangkahkan kaki menuju teduhan masing-masing.
Jantungnya berdegup kencang buat seketika setelah pertemuan itu. Peluh dingin memercik di dahi. Wajah Syamil terbayang-bayang di minda. Senyuman manis itu membuatkan dirinya kembali tersenyum seolah-olah membalas kembali senyuman Syamil itu. Tak pernah manusia di muka bumi ini memanggilnya Ain. Walhal manusia yang melahirkannya ke bumi pun tak pernah memanggilnya Ain. Tersenyum sendiri lagi.
Esoknya mereka bertemu secara tidak sengaja tatkala sedang membuat latihan persiapan bagi show itu. Syamil seolah-olah betul-betul mengambil berat akan dirinya. Ada sekali dirinya sakit perut yang teramat sangat tapi disembunyikan dari pengatahuan teman-teman. Namun kerana kesibukan semua pada aktiviti masing-masing, tak siapa yang sedar kecuali Syamil. Syamil yang membawakannya air yang dibacakan surah Al-Fatihah 3 kali. Kata Syamil, kalau sakit perut, biasanya dia akan meminum minuman Al-Fatihah ini. Nanti akan rasa lega.
"Thanks. Care jugak awak kat saya..Ha, dah lega sket. Mane awak tau psal ayer ni? Tapi mmg berkesan la."
Syamil hanya tersenyum mendengar.
"Sayang awak. Syam, Syam dengar tak ape saya cakap ni? Tak pe la. Ain tak harap pun Syam dengar. Hai, hati dan jantung, kenape la mudah sgt sayang kat orang? Senang sgt suke kat makhluk adam. Baru je kenal. Harap-harap Syam tak jadi cam mamat milo tu eh."Monolog dia sendiri kerana dia tahu bahawa hatinya kini sudah ditarik makhluk adam itu.
Ha, akhirnya sampailah di malam terakhir. Show diadakan. Dia nampak seorang hawa bersama Syamil. Cantik orangnya. Tinggi lampai, ada lesung pipit, dicalit sedikit make-up pada mukanya. Makhluk hawa itu beredar ke tempat manusia-manusia lain duduk menonton show.
"Ha, kan dah agak. Melepas lagi. Kerja Tuhan~", dia mengeluh sendiri.
"Ni apsal mengeluh ni. Kuat pulak tu. Dengar sampai kat sana. Hehehe. Tadi Ain nampak kan? Tu la, kalau boleh memang nak ngan dia. Tak kisah lah camne pon. Janji dengan dia", sambil raut wajahnya yang tadi gembira diganti dengan kerutan di dahi.
Dia tak berkata apa. Hanya menganggukkan kepala sambil kembali membalas senyuman yang dirasakan tawar kerana hilang manis madunya dek peria yang menabur jus pahit ke titian senyuman itu. Malam itu, show yang dipersembahkannya hanyalah gitu-gitu sahaja. Tidak dirasakan keseronokannya. Tidurnya di teduhan selepas show tidak seperti puteri di peraduan tetapi seperti ayam yang tidurnya di reban.
"Kalau boleh memang nak ngan dia. Tak kisah lah camne pon. Janji dengan dia". Terngiang-ngiang ayat itu di telinganya.
"Kenapa la aku boleh ske ngn die. Mane tak nya. Dia betol2 take care ngn aku. Care dia pandang aku. Die cakap ngn aku. Hish, Syamil kenapa la boleh camni. Syamil, memang dirimu sesempurna nama. Satu je Syam tak de. Syam tak de ati yang perasan kewujudan Ain. Makhluk hawa cam Ain ni, memang tak layak untuk orang seperti Syam. Cahaya Mata Telaga Kauthar dengan Kesempurnaan Yang Terpuji. Layak ke telaga nak dibandingkan dengan kesempurnaan macam Syamil? Tuhan, lupekan la aku kat dia". Ada air yang bertakung dalam kelopak matanya. Seperti telaga kauthar yang melimpah mata airnya.
"Jom kita gerak. Dah lambat ni. Bismillahi tawakkalna 'ala Allah". Dia bersama rakan-rakannya kembali meneruskan perjalanan yang tak diketahui penghujungnya. Kesempurnaan yang dirasakan buat sementara itu, amatlah dihargainya kerana boleh dibuat bekalan cerita catatan hidupnya sepanjang perjalanan itu. Ais yang dibiarkan cair kerana tiada milonya dan Kesempurnaan Di Teduhan, itulah yang menjadi bekalannya kini. Kaki mereka berenam terus melangkah dan dia tak mahu ketinggalan lagi.