Berakhirlah episod mengajar kanak-kanak riang dan suci itu. Pengalaman, pengajaran dan kenangan yang sangat berharga untuk masa depan(mase dpn?? dh ade ke calon??..ceh~) bermula dari Jun hingga November 2010. Selain daripada belajar erti kesabaran, sebagai teacher kepada kanak-kanak ini, saya juga belajar menjadi kanak-kanak. Hah?! . Ye lah, apabila kita semakin dewasa, kita terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi yang menekan(stress) kepala anda. Jadi, kesempatan menjadi mereka yang riang dan gembira, telah saya gunakan sebaiknya, InsyaAllah. Apa-apa pun, terima kasih Allah(kerana tertulisnya kerjaya sy sbgi pengajar sejak azali, walaupun 6 bln je) dan terima kasih pengalaman.
Sememangnya rezeki Tuhan itu ada di mana-mana. Kita hanya perlu berusaha bersungguh untuk mendapatkannya. Kerana saya sangat percaya dan berpegang pada ayat: "Tidak akan diubah nasib seseorang hamba itu kecuali dia mengubahnya sendiri" dan jika diizin Tuhan, maka apa yang dicita dan diimpikan itu akan diperoleh.
Sekarang, alhamdulillah, rezeki melimpah yakni peluang datang mencurah. Dan saya, tidak tahu mana yang mahu dipilih. Peluang untuk terus membina kerjaya dalam bidang yang telah saya peroleh degree itu, memang sangat banyak. Dan peluang saya untuk membina asas dan menunaikan impian yang telah sekian lama terpedam, juga datang serentak. Kedua-duanya memang membingungkan.
Aduh, itulah, telah saya katakan tadi, semakin dewasa, kita menjadi terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi yang menekan(stress) kepala. Bukankah lebih baik kita semua menjadi kanak-kanak riang yang tidak tergugur dan terputih rambutnya, tidak terkerut dahinya dan yang paling utama, tidak mengalirkan air mata kerana cinta sesama manusia...
No comments:
Post a Comment