Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Thursday, December 16, 2010

Sesuatu Yang Disegerakan


Apabila ingin membuat post baru dan meng-klik new post, semua idea yang terfikir untuk ditulis tadi, hilang dihembus angin kipas. Aduih, ingat kembali apa yang ingin ditulis. Tak mengapalah, idea lain.

Baiklah, sekarang dah masuk tahun baru hijrah [walaupun sudah agak lewat untuk meraikannya]. Alhamdulillah, nikmat dikurniakan Allah untuk saya mencapai azam tahun lepas. Untuk mendapat degree dalam bidang sains komputer [bukan pilihan] dan mendapat tawaran untuk merealisasikan impian sejak kecil iaitu belajar dalam bidang senibina [memang pilihan].


Selain itu, mendapat wang dari hasil titik peluh sendiri[cikgu tadika], pun saya dapat. ALHAMDULILLAH. Namun, ada 1 yang tak tercapai. Tidak mengapalah, teruskan usaha dan jadikan azam tahun baru ini.

Akan kembali menjadi pelajar. Saya BOLEH LAKUKAN!!

Nikmat di dunia yang sementara ini, banyak yang saya perolehi.

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH

wajah terbaru akuarium saya

usrah saya

الحمدلله الحمدلله الحمد
لله شكرا بالنعمة الله

Bukan saya nak bangga diri. Cuma memuji Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Sangat berkuasa dan mendengar setiap apa yang dikata oleh hamba-hambaNya.

Membaca blog kegemaran Dr Faisal Tehrani , entry beliau tentang Wikileaks:Rupa-rupanya Aisyah Pun Meratap. Ada 1 perenggan yang mengusik jantung saya :

..sahabat Rasulullah saw bernama Abdur Rahman bin Auf, pernah satu hari dijamu makanan lazat. Tiba-tiba di hadapan hidangan beliau menangis. Apabila ditanyakan apakah sebab musababnya ia menangis, beliau memberitahu, 'Adalah aku teringat akan sahabat kita Mus'ab bin Umair yang telah terkorban sebagai syahid. Dia ternyata lebih baik daripadaku. Walaupun demikian apabila dia terbunuh dalam perang Uhud itu tiada kain kapan yang cukup untuk menutupinya. Apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutup kakinya, wajahnya pula akan terdedah.
Aku bimbang segala nikmat dunia yang dianugerahkan ini merupakan
suatu yang telah disegerakan oleh Allah untuk dunia kita. Dan di akhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat-nikmat. Lantas semua yang hadir menangis bersama-sama dengannya. (Riwayat Muslim)


Sama-sama kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan...Wallahualam


No comments: