18 Mei 2010, saya dah menjadi semakin tua.
Kepada Papa&Mama,
Terima kasih sebab dah bela Mina selama 22 tahun ni. Walaupun Mina ni bukanlah anak yang baik dan menurut kata, Papa&Mama still bertahan dengan Mina. Mina lah satu-satunya anak yang masih lagi duduk di rumah. Tak macam Abang, Kak Ngah n Melati yang keluar merantau jauh mencari ilmu. Mina dekat-dekat je. Lagipun, siapa nak duduk rumah yang agak besar ni kalau bukan Mina? .. Hahaha . Kerja pun tak dapat lagi ni. Sampai bila nak bergantung dengan parents, Mina pun tak tau. But I still confident with my self that one day, I can repay you Papa&Mama.
Kepada Abang&K.Wati , Kak Ngah&Abg Faizal,
Mina dah makin tua ni. Terima kasih sebab bagi Mina anak-anak buah yang semuanya lelaki untuk Mina main-main dan hilangkan tension and stress kehidupan. Bila main dengan kanak-kanak ni, Mina dah tak fikir langsung masalah2 dunia. Sakit kepala pun boleh hilang especially bila Afiq Iman makes argument with me. Sangat suka melayan kanak-kanak bercakap dan menjawab soalan-soalan suci diorang. Tak de anak buah perempuan pun, Mina tak kisah. Yang penting, boleh diajak main-main. Dunia sunyi, jadi meriah.
Kepada Melati@Lalati,
Kalau ko nak kahwin dulu pun, aku tak kisah. Sebab, aku memang rasa yang jodoh aku ni lambat lagi. Bukanlah aku minta2 dilambatkan tapi memang aku tak nampak pon sape2. Aku pernah la macam nampak, tapi bila aku ukur baju bdan sendri, memang aku tak layak.. wah, gitu..Kalau ko nak beli kereta pon, aku tak kisah. Tapi aku nak ko tau yang Papa&Mama memang bangga giler ko dpt blaja kat France tu. So, ko kalau nak bukak kedai kek, aku setuju je. Tapi aku nak join menyumbang idea la.. hehe
Kepada awak dan awak, akak dan akak,
Terima kasih sebab menceriakan hidup kite ni. Walaupun jumlah korang tak lah ramai, tapi cukuplah mewarnai 22 tahun hidup kite ni. Maybe korang dulu mase first time jumpe kite, mesti ingat kite ni orangnye serious and matang tapi hakikatnye, bile dah kenal kite lame sket, mesti terkejut and tak sangke betapa la kite ni budak2. Rahsia2 yg pernah dicerita dan air mata yg pernah mengalir semasa kite kenal korang, kite akan tetap simpan sebagai kenangan dan memori indah.
Kepada kau&ko&beb,
Thanks aa weyh sebab selame ni korang layan je aku ni. Aku selalu gile2 ngan korang. Korang pon lagi aa gile2 ngan aku. Kalau korang2 tak gile, aku tak rasa hidup aku ni happening. Mesti korang terase bile aku ckp2 merepek tu kan? Well, sbnrnye, memang yang merepek tu dari hati yang tak tenteram ketike itu. Atau boleh diklasifikasikan sebagai gile. Aku harap korang paham. By the way, thanks and sorry.
Kepada kamu,
Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya ni. Datang dan pergi. Itu memang dah jadi kebiasaan kamu. Tapi saya tahu, kamu tiada niat untuk datang dan pergi begitu sebab kamu pun tak tahu mengapa begitu. Kehadiran yang sekejap itu sebenarnya punya maksud yang mendalam dan kita akan dapat tahu andai kita berfikir dengan akal kurniaan Ilahi. Sebahagiannya saya sudah dapat jawapan, namun ada sebahagian lagi yang masih menjadi tanda tanya. Saya harap, kamu sudah ada jawapannya. Semoga kamu bertemu dengan ketetapan yang tertulis untuk kamu.
Yang Menulis,
mina&amal..
No comments:
Post a Comment