Tersurat dan Tersirat

Kehidupan sentiasa dipenuhi hikmah. Terpulang kepada kita untuk melihat secara tersurat atau tersirat. "...tidakkah kamu berfikir?."

Wednesday, May 12, 2010

Sakit Sekejap

Susah mata hendak lelap. Ye lah. Siang tadi sudah terlena banyak dek kerana tak tertahan menahan sakit yang menggugat kerja seharian(walaupun tak kerja pe..huhu). Itulah, mahu mencari kerja tapi memilih.

Maaflah, tidak boleh berfikir dengan waras sekarang ini. Masih pening-pening sakit. Seluruh anggota lemah. Andai berjalan ke dapur pun, boleh pitam. Fizikal saya tidak dapat menahan kesakitan ini. Entah sampai bila baru boleh pulih.

Mereka kata, sakit itu penghapus dosa. Hmm, memang banyak dosa. Saya redha. Tak mengapa. Sakit saya ini sakit sekejap je. Umat Islam di Gaza dan Palestin lagi sakit. Insan-insan miskin di India, kelaparan menderita sakit. Sakit mereka sakit lama.

Di Malaysia sangat tenteram. Semua keperluan cukup. Alhamdulillah. Saya ini, tak pernah keluar jauh dari rumah ini. Mengakui, terlalu memanjakan diri dan tentulah tidak pandai berdikari. Niat mahu merantau jauh, namun tiada izin dariNya.

Ye lah, mungkin penyakit yang sekejap namun kerap ini menjadi asbabnya. Mama saya pernah kata " Macam mana la kalau Mina ni belajar jauh. Sape nak tengok-tengokkan?". Itu kekurangan saya, tak mampu sendiri walaupun secara zahir teman-teman melihat saya seorang yang matang, hakikatnya tidak.

Masa untuk saya menjadi muda semakin singkat dan mungkin ini bakal membantu saya menjadi matang sebenar-benarnya. Sakit sekejap yang kerap itu akan menjadi perkara biasa untuk selama hidup akan datang. Alah bisa tegal biasa, kata mereka.


1 comment:

Anonymous said...

kamu demam ke amal? by ash.